expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, December 25, 2009

Tahun baru,perlukah semua baru?

Beberapa hari saja lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2010.Insyaallah jika diizinkanNya. Seperti kebiasaannya apabila melangkah ke tahun baru, maka banyaklah perkara baru yang ingin dilaksanakan.Bermula dengan azam,cita-cita sehinggalah kelengkapan rumah. Bagi ibu bapa pula, sibuk menguruskan hal-hal persekolahan anak-anak termasuklah hal pakaian dan kelengkapan sekolah yang lain.

Persoalannya perlukah kita menukar atau menggantikan yang lama dengan yang baru?bagi saya apa salahnya jika pakaian atau alat tulis itu yang masih baik itu digunakan semula.Bukankah amalan membazir itu tidak baik........Bagi yang berkemampuan pula,eloklah juga menanamkan tabiat berjimat cermat dalam kalangan anak-anak.Walaupun kita mampu membelikan apa sahaja yang diinginkan mereka,sebaiknya biarlah mereka sedar bahawa kehendak jangan mengatasi keperluan.

Pada pendapat saya,tidak wajar dijadikan satu trend kepada pelajar-pelajar sekolah bahawa segala kelengkapan sekolah mesti baru pada tahun baru.Sebaliknya,jika azam dan cita-cita baru untuk berjaya memang elok disemai dalam sanubari mereka. Semoga tahun baru ini memberi kebahagiaan dan ketenangan buat semua.Selamat tahun baru 2010.

Tuesday, December 22, 2009

Putu Piring,Laksam & Kuih Pelita

Putu Piring

Laksam dan Kuih Pelita

3 jenis makanan di atas adalah antara makanan dan kuih-muih yang terdapat di Kelantan.Biasanya dimakan semasa minum petang bersama keluarga. Saya pasti anda juga pernah merasai kesedapan makanan tersebut.Jom...makanlah lagi...........

Friday, December 18, 2009

Jamuan Perpisahan PERTIMA 09




Tarikh: 17 Disember 2009 (Khamis)
Lokasi: Hotel Raudhah,Kota Bharu
Masa: 12 tengahari

Monday, December 7, 2009

Kereta Terjun


Petikan myMetro 7 Disember 2009
Oleh Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my

KOTA BHARU: “Saya macam tidak percaya apabila menyaksikan sebuah kereta tiba-tiba ‘terbang’ dari tingkat atas sebelum jatuh ke atas tangga bergerak di ruang legar kompleks,” kata Mohd Jawaidi Mohd Zain, 23.

Penolong Pengurus Kyros Kebab itu berkata, sebelum kejadian dia sibuk melayan pelanggan di premisnya di ruang legar berhadapan tangga bergerak berkenaan.

Katanya, tiba-tiba dia terdengar bunyi seperti bangunan runtuh sebelum terlihat sebuah kereta Ford Laser jatuh dari tingkat atas lalu menghempap tiga wanita di tempat kejadian.

“Saya dan pelanggan tergamam sebelum lari menyelamatkan diri,” katanya.

Kejadian kira-kira jam 5 petang itu berlaku apabila kereta di tingkat tiga parkir kereta pasar raya KB Mall di sini, hilang kawalan sebelum merempuh dinding dan terjunam ke bawah dari ketinggian lebih 18 meter lalu menghempap tiga penuntut Kolej Kejururawatan Masterskill cawangan bandar ini.

Kejadian itu menyebabkan dua daripada pelajar berkenaan iaitu Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, mati di tempat kejadian manakala Siti Nordiana Azman, 18, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Seorang lagi pelajar kolej itu, Rashidah Ahmad Lufti, 24, dan pemandu kereta itu, Nor Ain Said, 19, cedera parah.

Suasana mencemaskan itu menyebabkan aktiviti perniagaan lebih 40 premis di pasar raya terbabit terpaksa dihentikan bagi memberi laluan kepada lapan anggota bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim dan Kota Bharu melakukan tugas menyelamat.

Kejadian turut menyebabkan Jalan Hamzah berhampiran sesak teruk kira-kira dua jam apabila sekitar bangunan pasar raya itu dipenuhi hampir 2,000 orang awam yang mahu melihat keadaan itu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata kejadian berlaku apabila kereta dipandu Nor Ain Said, 19, bersama adiknya, Nor Atikah, 17, hilang kawalan ketika ditolak seorang lelaki dikenali sebagai Sabri, 27, bagi menghidupkannya.

Menurutnya, kereta berkenaan tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh dinding lubang angin di tingkat tiga dan menghempap tiga penuntut kolej berkenaan.

“Siti Nor Amira dan Rashidah di temui di tangga bergerak, manakala Nordiana terpelanting ke bawah,” katanya.

Menurutnya, Nor Ain dihantar ke HRPZ II untuk rawatan lanjut, manakala Sabri dan Nor Atikah dipercayai melarikan diri dan gerakan mengesan mereka bagi membantu siasatan sedang dilakukan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Saturday, November 28, 2009

Aidiladha 2009

Untuk dikorbankan....selamat tinggal dunia

Berakhirlah sebuah riwayat hidup seekor lembu

Golongan muda pun hebat juga melapah lembu untuk diagihkan dagingnya

Kenal ni?perut lembu yang sudah direbus,menjadi kegemaran sesetengah orang

Walaupun raya ni banyak daging korban namun ketupat tidak dilupakan

Sunday, November 22, 2009

Menghitung Waktu

Menghitung Waktu

Sesekali teringat juga aku

saat-saat itu pasti tiba
cukup bersediakah aku?
atau masih mahukan penangguhan
ah! aku pun keliru

detik waktu kian berlalu
tapi aku masih begitu
terpesona dengan nikmat dunia
biarpun secubit cuma
menjengah dewasaku
mengisi usiaku

di ruang kesedaran ini
aku mengerti
dunia ini sementara saja
biarpun kepenatan
aku mengejarnya
semakin jauh aku
ditinggalkannya

aku bermohon kepadaNya
berilah hidayahMu kepadaku
agar sisa-sisa usiaku
yang masih berbaki ini
tidak terlewat lagi
untuk mengabdikan diri
tanda cinta kudusku
terhadapMu

nukilan:
mrGHA
22 November 2009

Saturday, November 21, 2009

Majlis Graduasi 2009


Majlis Graduasi Anak-Anak Tadika Nur 2009
20 November 2009 (Jumaat)
Dewan Mutiara,MRSM Pasir Tumboh
9.00 pagi - 12.30 tgh




Friday, November 13, 2009

Siapa yang bersalah?

Kali ini saya ingin berkongsi cerita benar, yang diceritakan oleh seseorang kepada saya.Saya namakan saja cik X.Cik X ini seorang graduan universiti tempatan.Kerja yang setaraf dengan kelulusan agak sukar,maka dia bekerja di sebuah kedai top up dan aksesori telefon dengan gaji yang dijanjikan cuma RM 350 sebulan.Kerja 2 syif.Kalau syif malam, habis pukul 10.30 malam.
Itu takpelah lagi, katanya saja2 nak penuhkan masa, bosan juga terperap kat rumah.

Satu hari datanglah seorang pelanggan yang berurusan di kedai itu dan memberikan wang RM 100 untuk membeli aksesori telefon.Pada masa tu,cik X ada bersama seorang lagi pembantu kedai. Urusan selesai.Esoknya,pemilik kedai mendapati wang RM 100 itu palsu.Marah sakanlah bos kedai tu.Biasalah,pekerja2nya lah yang kena 'sound' sebab tak berhati-hati terima wang daripada pelanggan.Yang cik X geram sangat, kat kedai tu bukannya ada alat untuk mengesan wang yang diterima itu palsu ker tidak.Mereka pun bukan biasa sangat dengan wang RM 100 ni.

Disebabkan kejadian itu, 3 orang pekerja kedai itu termasuklah cik X kena bayar RM 30 seorang kepada bos mereka dengan cara potongan gaji.Kononnya sebagai denda atau hukuman.Ish...geram betul saya mendengarnya.Cik x pun mengambil keputusan untu berhenti kerja.Kalau dikira hari,cik X bekerja penuh 24 hari dalam bulan itu,tapi dibayar gaji tak sampai pun RM 300.Saya rasa mamat bangla yang kerja kat negara kita di stesen minyak lagi banyak gajinya.Kalau macam ni, macamanalah nak menggalakkan rakyat kita bekerja.Patutlah kedai tu sentiasa bertukar pekerjanya.Memang majikan ni nak cepat kaya agaknya.

Sunday, November 8, 2009

Perlukah lelaki bermisai?

Gambar Hiasan sahaja

Tak sengaja,saya tertonton Nona TV3 petang ni.Alamak, isunya lelaki bermisai.Maka saya pun tontonlah rancangan ni.Macam-macam komen, ada yang suka dan ada juga yang tak suka lelaki bermisai.Ada wanita yang kata lelaki bermisai ni gatal, ada juga yang geli tengok lelaki bermisai. Amboi.....sedapnya mulut.hehehe

Bagi saya,lelaki bermisai ni nampak lebih matang.Apa yang penting, misai tu dijaga kemas dan kebersihan dititikberatkan.Potongan misai juga melambangkan personaliti seseorang, dan ada tarikan tersendiri.Kalau yang biasa bermisai tu tiba-tiba dibuang misainya...alamak...pasti nampak lawak mukanya.

Anda pula bagaimana?

Thursday, November 5, 2009

Hujan turun lagi

Beberapa hari ni,hujan kerap turun.Mungkin dah tiba musimnya....tengkujuh.Ada yang suka,ada juga yang tak suka dengan hujan yang kerap ni.Entahlah...nama lagi manusia,macam-macam pandangan.Apapun,eloklah sediakan payung sebelum hujan.Takut nanti kebasahan pula.

Bagi mereka yang berada di kawasan yang sering dilanda banjir,eloklah bersedia apa-apa yang patut.Manalah tahu,tetiba jer air naik....masuk ke dalam rumah.Kanak-kanak,AWAS jangan main banjir,bahaya.

Bagi yang gemar tidur,haaa inilah masanya.Best betul tidur hujan-hujan ni.Perut pun sering kelaparan.Hmmm makan-tidur-makan-tidur=?

Sunday, November 1, 2009

Buah Katak Puru

Anda kenal buah dalam gambar di atas?Kalau di tempat saya, buah ini lebih dikenali dengan nama buah katak puru.Kenapa nama katak puru pula yer?Saya rasa mungkin rupanya macam badan katak yang menggerutu.Buah ini memang sedap dimakan dengan mencicahnya ke dalam campuran gula,garam,cuka atau kicap.(dikenali sebagai colek bukan culik yer).

Walaupun rasanya agak kelat(yang belum masak sepenuhnya), itu tidak menjadi halangan bagi yang meminatinya.Tambah-tambah lagi bagi yang sedang mengidam.hmmm kalau dah mengidam tu, rasa kelat pun macam manis jer yer.

Pokok ini sekarang tak banyak ditemui.Mungkin pupus dek pembangunan semasa.Bagi sesiapa yang masih ada pokok ini, jagalah baik-baik untuk generasi akan datang.Kalau ada sesiapa yang ada maklumat tentang pokok atau buah ini,bolehlah berkongsi bersama di sini.

Friday, October 30, 2009

Lelaki berusia 112 tahun nikah gadis 17 tahun

Dipetik daripada myMetro 30 Oktober 2009

GALGUDUUD: Ratusan tetamu menghadiri majlis perkahwinan unik membabitkan pasangan yang dijarakkan perbezaan usia 95 tahun di sebuah wilayah Somalia, semalam.

Ahmed Muhamed, 112, berkata, dia menunggu beberapa tahun sebelum melamar pasangannya yang kini baru berusia 17 tahun.

Kata Ahmed, dia tidak pernah memaksa gadis itu untuk menerimanya sebagai suami.

“Sebaliknya saya menggunakan pengalaman sendiri meyakinkan bahawa saya mencintainya,” katanya.

Ketika ini, Ahmed mempunyai 18 anak hasil perkahwinannya dengan lima wanita. - Agensi
_________________________________________________________
Komen: Macam datuk dengan cucu....apapun tahniahlah.

Monday, October 26, 2009

Pengaruh Komik terhadap pelajar

(Gambar hiasan sahaja)
Terdapat pelbagai judul komik di pasaran. Masing-masing ada pengikut yang tersendiri.Saya percaya anda juga meminati komik,cuma tahap minat anda itu mungkin tidak sama antara satu sama lain.Saya juga suka membaca komik-komik tertentu,tapi takde lah sampai ke tahap ketagih.

Persoalannya,baik ker komik ni kepada pelajar sekolah?. Saya rasa ada baik dan buruknya. Baiknya mungkin dari sudut untuk mengurangkan tekanan dek terlalu memberi tumpuan terhadap pelajaran.Buruknya, mungkin kalau dah ketagih membaca komik,mereka terlupa untuk mengulangkaji pelajaran. Wang pun banyak dihabiskan untuk membeli komik.Ada baiknya kalau wang itu digunakan untuk membeli buku-buku pelajaran atau sedekahkan saja ke masjid.

Apapun, sebagai orang yang lebih dewasa, eloklah kita memberi teladan yang baik kepada pelajar-pelajar ni.Contohnya tidak membaca komik di hadapan pelajar ini.hehehe yer ker?

Sunday, October 18, 2009

Percutian di Langkawi


Tarikh: 15,16 & 17 OKTOBER 2009
L A N G K A W I

Menaiki feri dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi
Di kedai jualan minyak gamat
Taman di Langkawi Cable car
Di dalam Cable car
Jambatan di puncak,cable car
Penat mendaki....sejuk nya.
Beras terbakar
Underwater world
Trip ke Pulau Dayang Bunting
Pulau Dayang Bunting,Langkawi
Bersama ahli rombongan yang lain
Pelantar tempat penjagaan ikan
Jeti untuk ke pulau-pulau berhampiran
Dataran Langkawi

Thursday, October 15, 2009

KB-KT-KUANTAN-KT-KB


11 Oktober 2009.Saya dan keluarga ke Kuantan untuk menghadiri satu kursus.Sebenarnya menggantikan seseorang yang tidak mahu ke sana.Bertolak jam 5 petang dan sampai jam 7.30 petang di Kuala Terengganu.Kami menginap di hotel YT Midtown.RM 124.20 termasuk sarapan pagi.Pada sebelah malamnya,pusing-pusing bandar dan makan malam di A&W pantai Batu Burok.Lebat juga hujan malam ini.

Sarapan pagi di Cafe Midtown.Menu pagi ini meehon goreng,nasi kerabu,bubur nasi,roti,sosej dan lain-lain.Sayang sekali pagi ini tidak ada nasi dagang.Hampir jam 10 pagi baru kami bertolak ke Kuantan.

Dalam perjalanan,singgah untuk membeli buah tangan.Keropok lekor,ikan kering dan produk-produk ikan yang lain.Beli sedikit saja kerana bercadang nak beli dalam perjalanan pulang.Tapi tak beli pun...tak ada pula gerai macam tu dalam perjalanan ke Kuantan-KT.
Sampai di bandar Kuantan jam 1 petang.Tunggu abang ipar datang ambil.hmmm tunggu kat Stadium Kuantan.Kami ke rumahnya di Taman Inderapura.Ini kali pertama saya memandu ke Kuantan.Kali pertama juga berkunjung ke rumah kakak ipar.
Hotel Grand Continental...tempat berkursus.Senang jer nak cari hotel ni,pasal kedudukannya agak strategik.
Sebelah petang 13 Oktober 2009,sempat juga ke tebing sungai di Kuantan.Sajalah ambil angin sambil merehatkan badan.Anak-anak pula sempatlah bermain di tapak permainan yang disediakan.
Widad didukung oleh kak Baie di rumahnya.Pagi 14 Oktober 2009, dia nak ke sekolah, sempat lagi bermain dengan anak saudara.
Dalam perjalanan pulang,14 Oktober 2009 terserempak satu kejadian kemalangan.Lori terbalik di atas lebuhraya Kuantan ke KT.Kesesakan teruk,hampir satu jam kami terkandas di lebuhraya.
Di pantai Kelulut,Marang.Singgah sekejap untuk minum dan berehat.
Di masjid terapung Kuala Terengganu.Bersolat dan berehat.
Makan tengahari di pantai Batu Burok.hmmm sedap juga ABC tu.RM 2 jer.
Kesian Imdad.Keletihan akhirnya tertidur juga.
2 jenis makanan ini dibeli di kedai berlainan.Satu di kedai yang menjual keropok lekor dan satu lagi di salah sebuah stesen minyak.Kedua-duanya belum mencapai tarikh luput lagi tapi dah tak boleh dimakan.Ada kulat dan dah masuk angin.Kalau buat aduan kepada CAP ni...siapa yang kena.

Buah tangan ke KB,keropok lekor dan dodol.Itu saja yang sempat dibeli.Saya tak pasti nama makanan dalam gambar di atas.Saya panggil dodol saja.Sampai rumah jam 6.30 petang.Aduh...penatnya.