expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, September 28, 2009

Vandalisme

Lihat foto di atas, apa reaksi anda?Foto tersebut dirakamkan pada dinding sebuah bangunan kedai, yang terletak di laluan umum.Apa motifnya?adakah sekadar untuk melepaskan perasaan tidak puas hati terhadap seseorang, atau ada agenda lain.Walau apapun persoalannya, kehadiran contengan itu mencacatkan pemandangan bagi mereka yang melalui laluan tersebut.

Sebenarnya vandalisme dalam bentuk contengan tulisan mahupun lukisan ada di mana-mana sahaja.Mungkin sebagai satu cara untuk meluahkan perasaan.Tapi sedarkah mereka yang melakukannya itu akan menyusahkan banyak pihak.Janganlah pula marahkan nyamuk kelambu dibakar.Perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab ini memalukan agama,bangsa dan negara.Dek kerana perbuatan tidak bermoral segelintir masyarakat ini, ramai yang mendapat tempiasnya.Bak kata pepatah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Marilah kita sama-sama menjadi masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama. Masyarakat yang tahu menggunakan kemudahan yang disediakan sebaik mungkin. Bersyukur atas kedamaian,kemakmuran dan kemajuan yang dicapai.Katakan TIDAK kepada vandalisme.

Sunday, September 27, 2009

Selamat tinggal Aidilfitri

Seminggu Syawal berlalu,rasa macam baru saja menyambut Aidilfitri.Biarpun ada pendapat mengatakan raya sebulan,tapi bagi saya cukuplah beraya selama seminggu.Lagipun masing-masing sudah memulakan tugas semula.Bagi perantau, ramai yang sudah kembali ke kota.Aidilfitri yang berlalu,meninggalkan seribu satu kenangan.Adakah kemeriahan aidilfitri tahun ini akan berulang lagi?Itu harapan semua.Tuhan yang lebih mengetahui.Semoga kita berjumpa lagi di aidilfitri 1431H.

Thursday, September 24, 2009

Cerita Hari Raya

Hari ini,hari raya kelima,baru sempat saya menulis sesuatu dalam blog ini.Maklumlah sibuk beraya.(ye ker?)Tahun ini beraya kat Tegayong pula.Bermula sehari sebelum raya, berbuka puasa bersama-sama kakak dan abang ipar.Malam raya pula seperti tahun-tahun sudah diserikan dengan percikan mercun dan bunga api.Walaupun mercun tidak dibenarkan, tetapi malam raya ni kedengaran di mana-mana saja.Meriam buluh tu,biasalah kalau kat kampung.
Pagi raya selepas solat sunat Aidilfitri acara bermaaf-maafan,bergambar dengan ahli keluarga dan makan-makan.Sepanjang hari beraya kat rumah saja.Lewat petang baru beraya di kampung sendiri di Tanjung Stan.Raya kedua,saudara-mara sebelah ibu datang ke rumah.Acara makan-makan.Seharian raya kat rumah jer.Raya ketiga lepak kat rumah di Pasir Tumboh.Sebelah petang baru keluar ke rumah kawan.
Perkara yang tak seronok setiap kali raya adalah keadaan jalan raya yang sentiasa 'jem'.Biasalah kan...masing-masing nak beraya ke rumah saudara-mara dan sahabat handai.Kalau tak pergi sekarang,bila pula.Inilah kesempatan yang terbaik untuk menziarahi antara satu sama lain.Jangan jadikan kesesakan jalan raya sebagai alasan untuk tidak ke mana-mana.Pandai-pandailah merancang perjalanan.Bagi mereka yang akan pulang ke kota atau tempat kerja,berhati-hatilah di jalan raya.Semoga berjumpa lagi pada Aidilfitri tahun depan.Insyaallah.

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kepada semua pengunjung blog ini,saya ucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri,maaf zahir batin.Semoga hari raya tahun ini lebih bermakna buat anda semua.Kepada yang pulang ke kampung halaman,berhati-hatilah di jalan raya.Bergembiralah di hari raya ini dengan perkara-perkara yang berfaedah.Kalau makan tu....beringat-ingatlah,jangan lebih-lebih pula,takut terkejut pula perut tu.Maklumlah,sebulan rehat tiba-tiba diisi penuh.Pasal duit raya...jangan lupa....budak-budak memang tunggu tu.Kalau nak beri kepada yang dewasa pun bagus juga.Mesti mereka suka.Ok..jumpa lagi.

Friday, September 18, 2009

Iftar Perdana 2009


SMKAM 16 Sept.2009.Majlis Khatam Quran dan penyampaian bingkisan aidilfitri telah diadakan di dewan al-Ghazali.Setelah sebulan warga SMKAM bertadarus, hari ini adalah kemuncaknya.Majlis ini diserikan lagi dengan ceramah Ramadhan.Kepada pelajar yang menerima bingkisan aidilfitri daripada pihak sekolah, gunakan sebaiknya.Pada sebelah petangnya diadakan tahlil sebelum majlis berbuka puasa.Semoga dengan penganjuran majlis ini akan dapat meningkatkan lagi amalan mulia di bulan Ramadhan, di samping mengeratkan lagi hubungan sesama warga smkam.Jumpa lagi tahun depan!

Monday, September 14, 2009

Majlis Rundingcara PMR

SMKAM 14 Sept.2009.Majlis rundingcara Ibu bapa,guru dan pelajar PMR 2009 telah diadakan di dewan al Ghazali SMKAM.Majlis yang bermula jam 9.00 pagi itu dirasmikan oleh tuan pengetua, Tn Hj Ramli b Awang.Objektif utama majlis ini adalah untuk mewujudkan kerjasama rapat antara guru,ibu bapa dan pelajar demi kecemerlangan PMR tahun 2009.Sempena majlis ini juga diadakan penyampaian hadiah kecemerlangan kepada 8 orang pelajar yang mendapat 9A dalam peperiksaan percubaan PMR 2009.Menjadi target sekolah,70 calon PMR tahun ini memperolehi 9A dan dijanjikan untuk dibawa melawat ke Sarawak. PMR 2008 seramai 43 calon mendapat 9A.Semoga pencapaian cemerlang ini dapat diteruskan.

Anugerah Sekolah Cemerlang 2009

Tahniah!Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sekolah Cemerlang peringkat kebangsaan tahun 2009.Warga sekolah bersyukur dan berbangga atas pencapaian ini.Selain anugerah tersebut,SMKA Melor juga telah dipilih sebagai Johan bagi subjek Prinsip Akaun SPM,dan naib johan bagi pengurusan akademik dalam anugerah Kecemerlangan SMKA (AKSMKA).Kedua-dua anugerah yang diterima pada tahun ini sama ada ASC mahupun AKSMKA diharapkan dapat menyuntik semangat warga SMKA Melor untuk terus gemilang di persada negara.Terus berjaya!

Sunday, September 13, 2009

Hari Guru 2009

Setiap tahun tanggal 16 Mei adalah hari yang istimewa buat guru-guru.Hari inilah setiap guru diraikan oleh para pelajar mereka dengan ucapan selamat hari guru.Tidak ketinggalan juga ada yang menerima hadiah daripada pelajar mereka.Yang tak terima hadiah tu...takpelah jangan pula bersedih.Kalau nak dibandingkan antara pelajar sekolah rendah dan menengah,pelajar sekolah rendahlah yang paling suka memberikan hadiah kepada guru mereka.Kenapa yer?
Apapun,sebenarnya guru-guru tidak mengharapkan balasan daripada pelajar.Hadiah yang paling bermakna adalah kejayaan pelajar yang dididik itu menjadi seorang yang berguna kepada diri,keluarga,agama,masyarakat dan negara.SMKA Melor juga tidak ketinggalan mengadakan sambutan hari guru.Seperti tahun-tahun sudah, sambutan ini dikendalikan oleh PERTIMA. Banyak acara yang melibatkan guru sama ada sukaneka mahupun persembahan.Tahniah dan terima kasih atas persiapan menjayakan program tersebut.Semoga usaha pelajar itu bukan sahaja menjadi kenangan kepada guru-guru,malah kepada para pelajar juga apabila mereka meninggalkan alam persekolahan.

Saturday, September 12, 2009

Cruise Seroja

Pada tanggal 7 Februari 2008,kami berpeluang menaiki Cruise Seroja yang berpengkalan berhampiran Tesco Kota Bharu.Cruise yang pertama kali diperkenalkan di Kelantan ini menyelusuri sungai Kelantan dan singgah di beberapa tempat yang telah ditetapkan.Secara peribadinya saya rasa perkhidmatan yang disediakan ini bagus juga,terutamanya kepada pelancong-pelancong dari luar negara.Inilah peluang bagi mereka untuk mengenali sosiobudaya masyarakat Kelantan, terutamanya yang tinggal di sepanjang sungai Kelantan.Persoalannya adakah Cruise ini masih beroperasi?

Tapak rumah:Wakaf Stan


Terima kasih kepada ayah kerana telah memberikan 2 lot tanah, bersebelahan padang SK Wakaf Stan kepadaku.Kedua-dua lot tanah tersebut adalah untuk pembinaan kediaman keluargaku.Tanah tersebut asalnya kebun kelapa.Jadi kerja-kerja penebangan pokok kelapa dan pembersihan tapak mengambil masa seminggu, dilakukan pada bulan Januari 2008. Foto di atas dirakamkan pada 25 Januari 2008.Tapak dah sedia,bila pula nak mulakan pembinaan?tunggu....

Taiping & Bukit Merah

Taiping memang terkenal dengan keindahan tasiknya dan deretan bangunan bersejarah yang masih dikekalkan.Justeru,Kelab guru dan kakitangan SMKAM telah bersepakat untuk mengadakan hari keluarga di Taiping.Pada 8 September 2007,konvoi beberapa buah kereta guru dan bas smkam telah bertolak ke sana.Kami bermalam di hotel Seri Malaysia Taiping.Pada sebelah malamnya,berkesempatan mengunjungi Zoo Taiping & Night Safari.Merasai sendiri kehidupan warga zoo tersebut pada waktu malam.
Keesokannya,pada sebelah pagi diadakan sukaneka untuk ahli keluarga di padang Tasik Taiping.Acara popular untuk kanak-kanak ialah tiup belon dan kutip gula-gula.Tengaharinya rombongan bertolak ke Bukit Merah Lake Town Waterpark.Inilah tempat yang ditunggu-tunggu bukan saja oleh anak-anak,malah ibu-ibu dan bapa-bapa mereka juga.Semua berpeluang 'main air'.Agak lama juga di sana sebelum kami pulang ke Kelantan pada sebelah petangnya.Kepenatan mengharungi perjalanan terbalas juga dek keseronokan bersama keluarga masing-masing sepanjang berada di sana.Jumpa lagi.

Friday, September 11, 2009

Tasik Kenyir


5 Jun 2007 aku bersama isteri dan anak,serta zulhilmi sekeluarga telah bercuti ke Terengganu. Kami ke Kuala Terengganu.Sesampainya di sana, melawat Muzium Terengganu,kemudian ke pantai Batu Buruk yang sememangnya sudah terkenal di Terengganu. Pada mulanya kami bercadang untuk bermalam di bandar Kuala Terengganu, tetapi bertukar rancangan pada saat-saat akhir.Ke mana pula?Tasik Kenyir.Ingatkan dekat,rupa-rupanya jauh juga.Hampir malam baru sampai.Di sana kami bermalam di Kenyir Lake View Resort& Spa.Hebat juga penginapan di sini.Bayaran untuk sehari semalam, RM 250.Alamak....boleh tahan juga.nasib baik masa tu ada bawa kad kredit.Takpelah kan, sekali-sekala.Kalau tengok dalam foto,itu adalah pemandangan Tasik Kenyir dari tempat makan resort yang kami diami.Makanan pun special juga.Nasi lemak untuk sarapan pagi tu berharga RM 25 sepinggan.Kesedapannya...rasa macam biasa jer.Mungkin bagi orang lain,sedap kot.Pada tengahari 6 Jun 2007, kami telah menyewa sebuah bot.Makcik jer yang mengendalikan bot tu, membawa kami mengelilingi Tasik Kenyir dengan bayaran RM 50 untuk satu trip.Masa tu Imdad baru umur 2 tahun lebih.Nasib baik dia tak meragam masa atas bot.Selepas check out petang tu, kami kembali semula ke Kota Bharu.Satu percutian yang tidak akan dilupakan.

Puasa dan raya di Miri

Coretan ringkas ini,sebagai kenangan berpuasa di rantau orang.Aku mula posting ke Miri pada 1998.Beberapa hari selepas posting,masuklah bulan puasa.adusss....dahlah berjauhan dengan keluarga, banyaklah kena berdikari sempena bulan puasa ni....tak kisahlah,pasal sebelum ni pun dah biasa berpuasa tempat orang, cuma kat sini lain la sikit.Maklumlah...muslim tak ramai.kadang2 keliru juga tengok anak murid yang tak berpuasa....rupa2nya non muslim.
Bersahur dan berbuka,ala kadar jer...masa tu duk sorang2 jer satu rumah.Aku tinggal kat RPR Batu 6...jalan dari Lutong ke bandar Miri.Pasal berbuka...tak kisah sangat,banyak pasar Ramadhan.Bersahur? kadang2 jer.tu pun kalau rajin.Biasanya bersahur dulu sebelum tidur....(amalan yang tak baik ni).
Solat Tarawikh...best juga,pasal rumah dekat juga dengan masjid Lutong.
Tibanya hari raya...huhuhu first time aku raya aidilfitri di rantau orang......sedih juga time solat raya tu.Tapi lepas tu alamak..meriah betul raya kat sana,seminggu tak habis lagi....senang cerita puasa sebulan,raya pun sebulan juga.hehehe.Aku paling tak boleh lupa,kek lapis Sarawak.hmmm sedapnya...(bilalah boleh rasa lagi).apapun...semuanya kini hanya tinggal kenangan.