Monday, September 14, 2009

Anugerah Sekolah Cemerlang 2009

Tahniah!Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sekolah Cemerlang peringkat kebangsaan tahun 2009.Warga sekolah bersyukur dan berbangga atas pencapaian ini.Selain anugerah tersebut,SMKA Melor juga telah dipilih sebagai Johan bagi subjek Prinsip Akaun SPM,dan naib johan bagi pengurusan akademik dalam anugerah Kecemerlangan SMKA (AKSMKA).Kedua-dua anugerah yang diterima pada tahun ini sama ada ASC mahupun AKSMKA diharapkan dapat menyuntik semangat warga SMKA Melor untuk terus gemilang di persada negara.Terus berjaya!

1 comment:

syabab islam said...

salam... waahh bangganya menjadi warga semekam dulu. Dah makin bagus sekolah tue. Tahniah Buat Guru-guru dan juga pelajar-pelajarnya juga. Semoga SMKA MELOR terus gemilang dan menjadi antara sekolah terbaik di malaysia suatu hari nanti. insya'Allah.