Sunday, November 1, 2009

Buah Katak Puru

Anda kenal buah dalam gambar di atas?Kalau di tempat saya, buah ini lebih dikenali dengan nama buah katak puru.Kenapa nama katak puru pula yer?Saya rasa mungkin rupanya macam badan katak yang menggerutu.Buah ini memang sedap dimakan dengan mencicahnya ke dalam campuran gula,garam,cuka atau kicap.(dikenali sebagai colek bukan culik yer).

Walaupun rasanya agak kelat(yang belum masak sepenuhnya), itu tidak menjadi halangan bagi yang meminatinya.Tambah-tambah lagi bagi yang sedang mengidam.hmmm kalau dah mengidam tu, rasa kelat pun macam manis jer yer.

Pokok ini sekarang tak banyak ditemui.Mungkin pupus dek pembangunan semasa.Bagi sesiapa yang masih ada pokok ini, jagalah baik-baik untuk generasi akan datang.Kalau ada sesiapa yang ada maklumat tentang pokok atau buah ini,bolehlah berkongsi bersama di sini.

7 comments:

Aidy Shahiezad said...

erm.. 1st time nampak pokok nie...
apa rase buah dia ek ??

mrGHA said...

yer ker.rasanya kelat dan masam skit.tapi kalau yg dah masak,warnanya kekuningan,rasa sikit manis.

Anonymous said...

haha buah katak puru ke xder la kat tempat saya buah nam2 nak tau nape sempena nama siam buahnya sedap beb kalu wat jeruk

INNA AB said...

salam utk tuan umh..dr kecik memang pnggil buah katak puru..tup2 khwin ngan org perlih...bila sbut je..depa pakat gelak bgai nk rak...alahai...so..skrg pnggillah buah nanam ...btoi kot..xpenah eja tp slalu dgr...hehehe...

azli said...

saya org perlis..kat tempat saya orang paggil buah ni buah nam-nam...pastu buah ni jgk kalau kita belajar ilmu pengakap, dalam tajuk ikhtiar hidup ada tunjuk buah ni..mungkin dalam hutan banyak..sebenarnya saya pernah mkn dah buah ni,,tapi sebijik ja ..sedap..nak rasa lagi kalau bleh..

mrGHA said...

first time saya dengar nama buah nam-nam.nanti klu gi perlih bolehlah sebut nam-nam.

Candi Orchids said...

Kalau di tempat saya... kota 'semarang' jawa tengah - indonesia kita kenal dengan nama 'kopi anjing'... rasa masam dengan sedikit manis...