Friday, October 30, 2009

Lelaki berusia 112 tahun nikah gadis 17 tahun

Dipetik daripada myMetro 30 Oktober 2009

GALGUDUUD: Ratusan tetamu menghadiri majlis perkahwinan unik membabitkan pasangan yang dijarakkan perbezaan usia 95 tahun di sebuah wilayah Somalia, semalam.

Ahmed Muhamed, 112, berkata, dia menunggu beberapa tahun sebelum melamar pasangannya yang kini baru berusia 17 tahun.

Kata Ahmed, dia tidak pernah memaksa gadis itu untuk menerimanya sebagai suami.

“Sebaliknya saya menggunakan pengalaman sendiri meyakinkan bahawa saya mencintainya,” katanya.

Ketika ini, Ahmed mempunyai 18 anak hasil perkahwinannya dengan lima wanita. - Agensi
_________________________________________________________
Komen: Macam datuk dengan cucu....apapun tahniahlah.

Monday, October 26, 2009

Pengaruh Komik terhadap pelajar

(Gambar hiasan sahaja)
Terdapat pelbagai judul komik di pasaran. Masing-masing ada pengikut yang tersendiri.Saya percaya anda juga meminati komik,cuma tahap minat anda itu mungkin tidak sama antara satu sama lain.Saya juga suka membaca komik-komik tertentu,tapi takde lah sampai ke tahap ketagih.

Persoalannya,baik ker komik ni kepada pelajar sekolah?. Saya rasa ada baik dan buruknya. Baiknya mungkin dari sudut untuk mengurangkan tekanan dek terlalu memberi tumpuan terhadap pelajaran.Buruknya, mungkin kalau dah ketagih membaca komik,mereka terlupa untuk mengulangkaji pelajaran. Wang pun banyak dihabiskan untuk membeli komik.Ada baiknya kalau wang itu digunakan untuk membeli buku-buku pelajaran atau sedekahkan saja ke masjid.

Apapun, sebagai orang yang lebih dewasa, eloklah kita memberi teladan yang baik kepada pelajar-pelajar ni.Contohnya tidak membaca komik di hadapan pelajar ini.hehehe yer ker?

Sunday, October 18, 2009

Percutian di Langkawi


Tarikh: 15,16 & 17 OKTOBER 2009
L A N G K A W I

Menaiki feri dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi
Di kedai jualan minyak gamat
Taman di Langkawi Cable car
Di dalam Cable car
Jambatan di puncak,cable car
Penat mendaki....sejuk nya.
Beras terbakar
Underwater world
Trip ke Pulau Dayang Bunting
Pulau Dayang Bunting,Langkawi
Bersama ahli rombongan yang lain
Pelantar tempat penjagaan ikan
Jeti untuk ke pulau-pulau berhampiran
Dataran Langkawi

Thursday, October 15, 2009

KB-KT-KUANTAN-KT-KB


11 Oktober 2009.Saya dan keluarga ke Kuantan untuk menghadiri satu kursus.Sebenarnya menggantikan seseorang yang tidak mahu ke sana.Bertolak jam 5 petang dan sampai jam 7.30 petang di Kuala Terengganu.Kami menginap di hotel YT Midtown.RM 124.20 termasuk sarapan pagi.Pada sebelah malamnya,pusing-pusing bandar dan makan malam di A&W pantai Batu Burok.Lebat juga hujan malam ini.

Sarapan pagi di Cafe Midtown.Menu pagi ini meehon goreng,nasi kerabu,bubur nasi,roti,sosej dan lain-lain.Sayang sekali pagi ini tidak ada nasi dagang.Hampir jam 10 pagi baru kami bertolak ke Kuantan.

Dalam perjalanan,singgah untuk membeli buah tangan.Keropok lekor,ikan kering dan produk-produk ikan yang lain.Beli sedikit saja kerana bercadang nak beli dalam perjalanan pulang.Tapi tak beli pun...tak ada pula gerai macam tu dalam perjalanan ke Kuantan-KT.
Sampai di bandar Kuantan jam 1 petang.Tunggu abang ipar datang ambil.hmmm tunggu kat Stadium Kuantan.Kami ke rumahnya di Taman Inderapura.Ini kali pertama saya memandu ke Kuantan.Kali pertama juga berkunjung ke rumah kakak ipar.
Hotel Grand Continental...tempat berkursus.Senang jer nak cari hotel ni,pasal kedudukannya agak strategik.
Sebelah petang 13 Oktober 2009,sempat juga ke tebing sungai di Kuantan.Sajalah ambil angin sambil merehatkan badan.Anak-anak pula sempatlah bermain di tapak permainan yang disediakan.
Widad didukung oleh kak Baie di rumahnya.Pagi 14 Oktober 2009, dia nak ke sekolah, sempat lagi bermain dengan anak saudara.
Dalam perjalanan pulang,14 Oktober 2009 terserempak satu kejadian kemalangan.Lori terbalik di atas lebuhraya Kuantan ke KT.Kesesakan teruk,hampir satu jam kami terkandas di lebuhraya.
Di pantai Kelulut,Marang.Singgah sekejap untuk minum dan berehat.
Di masjid terapung Kuala Terengganu.Bersolat dan berehat.
Makan tengahari di pantai Batu Burok.hmmm sedap juga ABC tu.RM 2 jer.
Kesian Imdad.Keletihan akhirnya tertidur juga.
2 jenis makanan ini dibeli di kedai berlainan.Satu di kedai yang menjual keropok lekor dan satu lagi di salah sebuah stesen minyak.Kedua-duanya belum mencapai tarikh luput lagi tapi dah tak boleh dimakan.Ada kulat dan dah masuk angin.Kalau buat aduan kepada CAP ni...siapa yang kena.

Buah tangan ke KB,keropok lekor dan dodol.Itu saja yang sempat dibeli.Saya tak pasti nama makanan dalam gambar di atas.Saya panggil dodol saja.Sampai rumah jam 6.30 petang.Aduh...penatnya.

Wednesday, October 7, 2009

Kreatifkah anda?

Anda seorang yang kreatif?.Mestilah kan...cuma tak perasan jer.hehehe.Saya?entahlah,cuma kadang-kadang tu rasa seronok juga buat perkara-perkara yang melibatkan kreativiti ni.Foto kat atas tu memanglah saya yang edit,tapi yang lebih kreatif ialah orang mengukir tempurung kelapa tu menjadi lampu hiasan.Siapalah yang rajin tu.....

Seseorang yang kreatif mesti banyak idea untuk mengubahsuai sesuatu.Tapi jangan ubahsuai wajah atau diri yer...bahaya.Bimbang ada yang tak kenal pula nanti.Kalau idea ada tapi tak ada masa,susah juga kan.Kerja-kerja seni ini biasanya memerlukan banyak masa untuk disiapkan.Begitu juga dengan kos.Cuba anda perhatikan kereta-kereta yang telah diubahsuai, mesti kosnya tinggi juga.Tapi kalau dah minat tu...wang jadi perkara nombor dua.

Bagi yang pandai mengambil peluang,pasti ada ruang untuk mereka memasarkan hasil kreativiti itu kepada penggemarnya.Buktinya ada lukisan yang dijual dengan harga puluhan ribu ringgit.Hanya mereka yang tahu menilainya sahaja yang sanggup membeli hasil seni tadi dengan harga yang sepatutnya.

Tuntasnya,hargailah kreativiti yang dianugerahkan oleh tuhan kepada kita.Jangan sia-siakan untuk perkara yang tidak berfaedah.Biarlah hasil kreativiti kita tadi dimanfaat oleh orang ramai.Anda kreatif,anda positif.


Sunday, October 4, 2009

Pertarungan 2 pahlawan

Saya tertarik dengan prop patung itu yang dirakamkan di muzium Melaka beberapa tahun lalu.Ia memberi gambaran pertarungan antara 2 pahlawan.Kalau di Melaka, sejarah telah tercatat antara Hang Tuah dan Hang Jebat.Masing-masing cuba menegakkan hak dan memperjuangkan kebenaran.

Persoalannya, wajarkah Hang Tuah menumpahkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada raja dengan mengorbankan sebuah persahabatan.Atau wajarkah juga Hang Jebat yang mempertahankan erti sebuah persahabatan sehingga sanggup menderhaka.Ishhh susah juga nak buat pertimbangan ni yer.

Entry kali ini ada unsur sejarah .Harap pengunjung blog ini masih mengingati fakta sejarah yang dipelajari dulu.Sejarah menceritakan kebenaran biarpun pahit.Belajarlah dari sejarah.

Friday, October 2, 2009

Pinggan oh pinggan

Ini bukan iklan pinggan,apatah lagi nak jual pinggan.Sebenarnya saya nak berkongsi cerita tentang pinggan.Seumur hidup kita,memang tak boleh dipisahkan dari pinggan.Pernahkah anda terfikir jumlah pinggan yang pernah anda gunakan sejak kecil sampailah ke hari ini?

Pinggan dalam foto tersebut adalah antara koleksi pinggan yang pernah saya gunakan lebih 30 tahun dulu.Kedua-dua pinggan dari China itu nampak elok kerana disimpan baik-baik dan masih boleh digunakan, cuma nampak macam klasik sikit kalau digunakan hari ini.

Saya cadangkan kepada mereka yang memiliki koleksi pinggan klasik tu, bolehlah digunakan sekali-sekala untuk tatapan generasi muda.Barang lama jangan dibuang.Banyak kenangannya.