expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, December 31, 2010

Beberapa jam saja lagi

Assalamualaikum dan salam ceria.

Cepat sungguh masa berlalu.
Tinggal beberapa jam saja lagi
kita akan melangkah ke tahun baru.
Bermakna bertambah lagi usia kita.

2010 akan meninggalkan kita semua
dengan 1001 kisah suka duka,
dengan bermacam kenangan yang mengusik jiwa.

Ada yang suka
ada yang sedih untuk menyambut tahun baru.
Masing-masing ada jawapan tersirat.
apa pun masa terus berlalu meninggalkan kita.
jangan ada yang masih hanyut
dibuai perasaan.

Ayuh...
jadikan tahun baru ini sebagai
satu titik permulaan untuk
kita terus bangkit di alam realiti.
Semoga kedatangan 2011 esok
akan membawa sinar baru
dalam kehidupan kita semua.

Biarkan peristiwa 2010
kekal dalam lipatan sejarah kenangan.
Jadikannya sebagai pengajaran yang
amat bermakna untuk kita
terus menempuh 2011.

Selamat datang 2011.....

Thursday, December 30, 2010

Kedai alat tulis kena serbu

Assalamualaikum dan salam ceria.

Hari ini KM7 sempat ke
beberapa buah kedai alat tulis.
Sajalah nak beli beberapa benda
sempena nak buka sekolah ni.

alamak...ramainya  budak-budak
sekolah dan ibu bapa masing-masing
kat kedai buku dan alat tulis ni.
Nampak meriah jer.
Masing-masing sibuk membeli kelengkapan
sekolah yang baru.

Persoalannya,
setiap  kali nak buka sekolah kena beli
alat tulis yang baru ker?
Kalau anak seorang dua ok lagi la..
tapi kalau anak yang bersekolah sampai 5 atau 6 orang tu
boleh tahan juga ibu bapa kena cari duit...

Budak-budak sekarang ni pun
satu hal juga.
asal saja tahun baru,
mesti mahukan kelengkapan sekolah yang baru.
Kalau mereka tu rajin belajar dan
sering dapat markah tinggi pasti ibu bapa
tak keberatan memenuhi keperluan mereka tu.
Tapi bagi yang tak seberapa dalam pelajaran...
hmmm kesian....

apa-apapun berbelanjalah mengikut kemampuan.
anak-anak perlu dididik agar tidak membazir.
Bukan kita tidak mampu untk membeli,
tapi untuk mendidik mereka agar
menghargai apa yang ada...

Lima sekeluarga diserang api misteri

ZAINAB melihat serangan api misteri yang berlaku di rumahnya di Kampung Penambang Bunga Emas, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Sebuah keluarga di Kampung Penambang Bunga Emas, dekat sini dihantui dengan 'serangan' api misteri sejak empat hari lalu.
Lebih menyeramkan, gangguan tersebut bukan setakat kemunculan api tetapi keluarga terbabit turut menghadapi beberapa lagi gangguan aneh lain.

Antara kejadian aneh itu ialah duit hilang tetapi dipulangkan semula, tilam dipenuhi telur pecah dan hirisan bawang goreng bertaburan serta tong beras dituang sirap dan budu.
Penghuni rumah itu, Zainab Sulaiman, 73, memberitahu, beliau tinggal di rumah tersebut sejak 32 tahun lalu tetapi api misteri tersebut hanya muncul sejak Isnin lalu dan telah membakar lebih seratus pasang baju miliknya serta menantu dan cucu beliau selain beberapa dua buah tilam dan langsir juga turut terbakar secara tiba-tiba.
"Kira-kira pukul 11 pagi tiga hari lalu, saya terbau hangit seperti ada benda terbakar dan sebaik memasuki bilik, saya terkejut apabila bilik tersebut berasap dan beberapa pakaian di dalam almari terbakar sebelum mengeluarkannya dan memadamkan api.

"Sejak dari itu api tersebut banyak kali muncul dan membakar pakaian termasuklah hari ini (semalam) sahaja, sudah lebih lima kali ia muncul dan kami terpaksa berjaga-jaga sehingga tidak tidur pada waktu malam kerana bimbang berlaku kebakaran," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

 sumber:Kosmo Online 30/12/10



Wednesday, December 29, 2010

Malaysia julang Piala AFF Suzuki

JAKARTA: Malaysia mencipta sejarah membawa pulang trofi Piala Suzuki AFF buat julung kali meskipun tewas 1-2 dengan Indonesia pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Dengan keputusan itu, ia menjadikan agregat 4-2 kepada Malaysia selepas pasukan negara menang 3-0 ke atas Indonesia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Malaysia mendahului Indonesia 1-0 menerusi jaringan penyerang Safee Sali pada minit ke-53 pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno.

Pada minit ke-88 pula, Indonesia mendahului Malaysia menerusi jaringan Muhammad Ridwan untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Pada babak pertama pula, Indonesia hampir mendahului selepas mendapat sepakan penalti pada minit ke-18 tetapi tendangan Firman Utina dapat diselamatkan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Sementara itu, beberapa insiden membabitkan pancaran cahaya laser turut dilakukan penyokong, termasuk ketika Khairul menghadapi tendangan sudut, sepakan percuma dan penalti.

Sumber:Berita Harian Online 29/12/10

Tahniah Malaysia !

MCA 1 cecah nilai RM300,000

Assalamualaikum dan salam ceria.

Angka punya pasal....
ratusan ribu pun sanggup bayar.
Itu bagi mereka yang berduit la.
Yang tak berapa berduit ni..
nombor berapa...tak penting.
Dengan duit sejumlah lebih RM 300.000 tu
boleh dibina sebuah banglo..

Cerita apa ni?
haa...jom baca kat bawah ni...

KUALA LUMPUR - Keputusan penuh tender nombor pendaftaran MCA akan dipamerkan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka dan boleh disemak melalui laman web JPJ di www.jpj.gov.my mulai pagi ini.
Sebanyak 965 permohonan tender telah diterima oleh JPJ bagi pendaftaran kenderaan 'MCA', siri nombor 1 hingga 9999 bermula 24 November hingga 14 Disember lepas.
"Antara nombor pendaftaran yang ditender pada harga tertinggi adalah nombor pendaftaran 'MCA 1' pada harga RM300,100, 'MCA 2' pada harga RM101,000 dan 'MCA 8' pada harga RM88,168," menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan di sini semalam.
Katanya, tender nombor pendaftaran terbanyak diterima oleh JPJ adalah 'MCA 888' dengan 15 bidaan tender yang ditawarkan pada harga RM15,400.
Nombor pendaftaran siri 'MCA 1' merupakan nombor pendaftaran yang mendapat bidaan tender harga tertinggi diikuti dengan siri 'TAY 1' yang ditender pada harga RM242,000 dan 'TAN 1' yang ditender pada harga RM200,900, katanya.
Katanya, menerusi bidaan proses tender dan tempahan nombor pendaftaran siri 'MCA', JPJ dijangka mengutip sebanyak RM1.5 juta sebagai hasil kerajaan.

Sumber;Kosmo Online:29/12/2010

Jom Tukar link dalam bloglist

Assalamualaikum dan salam ceria


KM7 ingin mengajak mana-mana blogger
yang sudi lagi rela
untuk bertukar-tukar link
dalam bloglist KM7.


Tak ada syarat-syarat 
atau homework yang perlu dillakukan.
Caranya mudah saja.
Masukkan link blog KM7
dalam blog anda
kemudian maklumkan dalam komen di bawah.
Nanti KM7 akan list kan
blog anda dalam blog KM7 ni.
senangkan!


Jadi apa tunggu lagi...
marilah kita bertukar-tukar link
dan sama-sama memeriahkan dunia
blogging untuk tahun  2011.

Tuesday, December 28, 2010

Tak rugi kalau bertanya

Assalamualaikum dan salam ceria.

Apa khabar?dah makan ke belum?
buat apa tu?nak ke mana?
dan macam-macam lagi pertanyaan.
Kenapa orang bertanya?
ada banyak sebab la kan.
Antaranya memang orang tu nakkan jawapannya.
Selain itu ada juga yang bertanya
sekadar pemanis mulut atau
sebagai peluang untuk bertegur sapa.

Jadi jelaslah bahawa bertanya itu
satu keperluan.
Apatah lagi kalau kita memang tak tahu
tentang sesuatu perkara,
elok sangatlah kalau bertanya kepada yang pakar.
Bak kata pepatah,
Malu bertanya sesat jalan.

Memang ada orang yang malu untuk bertanya.
Mungkin sifatnya yang memang pemalu.
Tapi ada juga yang malas bertanya,
bimbang dikatakan tak pandai atau tak tahu menahu.
Dengan kata lain,nak tunjuk pandai lah tu....

Tak rugi kalau bertanya ni.
Sekurang-kurangnya kita dapat sesuatu jawapan.
Takpun kita dapat memulakan sesuatu perbualan,
seterusnya menambah kenalan baru.

Tapi awas!
bertanyalah kepada yang sedia menerima pertanyaan kita,
sebab ada juga manusia yang tak suka
orang bertanya sesuatu kepada mereka.
Lebih selamat...bertanyalah kepada
mereka yang betugas di kaunter pertanyaan...
anda akan dilayan sebaiknya .hehehe.

Monday, December 27, 2010

Bil:dah bayar ker belum?

Assalamualaikum dan salam ceria.

Perkara yang tak boleh dielakkan
apabila tibanya setiap hujung bulan
ialah kedatangan bil-bil.
Bil apa tu?
haa...macam-macamlah...
elektrik,air,telefon,internet,dan sebagainya.

Dah kita guna...kena bayarlah kan.
mana ada benda free lagi kat dunia sekarang ni.
Bukan saja nak guna kena bayar,
kalau nak buang pun kena bayar tau!
contohnya nak buang air pun kena bayar tau!
kalau dulu sekali masuk
10 sen jer,sekarang dah 30 sen.

Berbalik pasal bil-bil ni
kadang-kadang terlupa juga untuk membayarnya.
Maklumlah sibuk dengan urusan dunia ni.hahaha..
Maka jadilah bil-bil tertunggak.
Itu yang penat sikit nak bayar apabila
banyak sangat yang tertunggak.
Lebih malang lagi kalau bekalan elektrik,air atau
internet kena potong sebab tak bayar bil.

Zaman dah berubah.
Sekarang kita tak perlu beratur di pejabat pos lagi
untuk bayar segala macam bil tu.
Duduk saja depan komputer
segala bil boleh dijelaskan dengan syarat
duit dalam akaun tu ada...senang kan!

Sunday, December 26, 2010

Nangka Madu: Memang sedap....


Tengoklah longgokan nangka madu tu
hmm..sedapnya....
KM7 lupa pula kat mana ni
yang pastinya di negeri Pahang



Buah nangka ni besar betul
sama besarnya dengan KM7 tu hehe..
apa pun,rasanya memang sedap.


Saturday, December 25, 2010

Budak Tahun 1 dan Tingkatan 1

Assalamualaikum dan salam ceria.

Seminggu lagi sekolah akan dibuka.
Siapa yang tak lena tidur sekarang?
adakah cikgu-cikgu?ibu bapa atau budak-budak sekolah?
haa..pastinya budak-budak yang baru
nak masuk sekolah tahun depan.
Khususnya yang baru masuk tahun 1 dan juga tingkatan 1.

Seperti kelaziman budak-budak ni
tak sabar-sabar nak masuk sekolah baru mereka.
Hari-hari cuba baju sekolah baru.
Sebab itulah ada kalangan ibu bapa
yang beli uniform sekolah anak-anak mereka
last minute.

Tapi budak-budak sekarang
dah biasa dengan sekolah tadika dan seumpamanya.
Jadi apabila masuk tahun satu ni
taklah takut sangat.
Tak macam kita dulu-dulu....
masuk darjah satu tu macam sesuatu yang asing.
Maklumlah darjah satu baru kenal dunia persekolahan.

Masuk 2011 ni ibu bapa pun tak kurang sibuk,
terutama bagi yang anak-anak mereka baru masuk sekolah.
Hari pertama persekolahan nanti
boleh tengoklah macam-macam kerenah anak-anak ni.
ada juga kes ibu bapa pun kena masuk kelas
juga bersama anak-anak.
sabar je lah...

Apapun,KM7 ingin mengucapkan
selamat masuk ke sekolah baru
bagi murid-murid tahun 1 dan tingkatan 1.

Friday, December 24, 2010

Tahun Baru...bloglist baru

Assalamualaikum dan salam ceria.

Seminggu lagi 2010 akan meninggalkan kita.
Cepat betul masa berlalu.
Sempena tahun baru ni macam-macamlah
nak buat untuk update blog.
Konon-kononnya untuk imej baru.
entah jadi entah kan tidak....

Apa yang pasti KM7 akan
senaraikan semula bloglist yang sedia ada.
KM7 akan pastikan senarai blog
yang ada dalam bloglist KM7 tu
adalah blog-blog yang turut
menyenaraikan blog KM7
dalam blog mereka.
Kira adil lah kan...

Bagi blogger yang
sudah masukkan blog KM7 dalam blog mereka,
tetapi KM7 belum masukkan blog mereka
ke dalam bloglist KM7,tolong maklumkan di sini.
Maklumlah...mungkin terlepas pandang.

Sama-samalah kita meriahkan
dunia blogging untuk tahun 2011.
Selamat berblog.

Thursday, December 23, 2010

Sukanya apabila berjaya

Assalamualaikum dan salam ceria.

Hari ini seperti semua sedia maklum
keputusan PMR telah diumumkan.
Ada yang gembira dan ada yang berduka.
Tahniah kepada calon PMR 2010
yang mencapai keputusan cemerlang.
Hasil usaha anda selama ini telah terbukti.

Jangan lupa titipkan ucapan terima kasih
kepada guru-guru,ibu bapa dan mereka
yang memberi sokongan dan dorongan
kepada anda selama ini.

Jadikan kejayaan ini sebagai
titik permulaan untuk terus cemerlang dalam SPM kelak.
Andalah harapan keluarga,masyarakat dan negara
untuk terus cemerlang.

Kepada yang kurang berjaya,
jangan patah semangat
kerana perjalanan hidup anda masih jauh.
Masih banyak peluang untuk anda
terus membuktikan yang anda
juga mampu melakukan yang terbaik
suatu hari nanti.

Percayalah kegagalan hari ini
bukanlah kegagalan untuk selamanya.
Asalkan anda bangkit dari kegagalan itu.
Teruskan usaha....

Wednesday, December 22, 2010

Panik.....!

Assalamulaikum dan salam ceria.

Seronok shopping,
barang penuh troli
sampai kat kaunter nak buat pembayaran....
alamak...dompet tak bawa pula.
Orang dah ramai beratur kat belakang.

Camana tu?
Haaa....tau panik..
itu baru satu contoh situasi
yang mungkin membuatkan kita panik kan!
agaknya apa yang patut kita buat  dalam situasi
macam tu.

Kalau KM7 lah..
elok berterus terang saja katakan tak bawa wang..
malu pun malulah kan...hehe

Beberapa cara nak hilangkan panik,
antaranya beristighfar banyak-banyak.
kemudian bayangkan perkara yang berlaku itu
biasa saja.
orang lain juga pernah mengalaminya.
Anda juga mungkin boleh buat selamba saja.

Paling penting,
rehatkan minda seketika.
Jangan terburu-buru.

p/s : Panik masa majlis akad nikah camana ya.hehee...

Tahun Baru...Imej blog baru?

Assalamualaikum dan salam ceria.

Masuk tahun baru macam-macam nak baru.
Penampilan blog pun nak baru.
KM7 tengah berkira-kira nak buat sedikit
pembaharuan dalam blog KM7 ni.
Masih dalam perancangan...
Nak tukar pun sikit-sikit jer
mungkin background colour
atau font tulisan.

Header?oh tidak..
KM7 tak akan tukar buat masa ni.
Tak tahulah pula kot-kot pengunjung-pengunjung
dah bosan dengan header tu.

Beberapa blog yang KM7 lawati
nampaknya ramai juga nak buat penampilan baru
sempena tahun baru.
Citarasa masing-masing lah kan.
Ada juga yang dengan beraninya
mengubah terus corak persembahan blog.

Apapun KM7 percaya apa yang dilakukan itu
untuk kebaikan bersama.
Perubahan yang dilakukan itu janganlah sampai
identiti asal blog anda tu hilang.
Sebab pengunjung-pengunjung blog yang dah
biasa dengan blog kita akan membuat perkiraan semula
untuk terus berkunjung ke blog kita
atau melupakan terus blog kita ni.

Sesuatu perubahan itu
mempunyai kesannya sama ada positif atau negatif.
Jadi sebelum membuat perubahan kepada blog
kesayangan masing-masing....fikir-fikirkanlah.

Tuesday, December 21, 2010

Sedih,kecewa,geram,sakit hati.....

Assalamualaikum dan salam ceria.

Entry kali ini untuk meluahkan
perasaan sedih,kecewa,geram dan seangkatan dengannya.
Bukan kepada kekasih,bukan juga kepada kawan.
tapi kepada broadband C yang tak habis-habis masalah.

Ini bukan kali pertama KM7
coretkan pasal tak puas hati ni,
dah beberapa kali.
Mungkin pembaca dan blogger lain
pun dah bosan membaca isu ini.

Termasuk hari ini, dah 5 hari
KM7 tak boleh melayari internet
menggunakan format 3G.
Terpaksa guna format GPRS yang lebih
lambat dari kura-kura berjalan....

Kalau sebelum ni kawasan KM7 ni
3G ok jer...tak tahulah pula akhir-akhir ni
begini pula masalahnya.
Takkan nak masuk seminggu masalah tak selesai juga.
Macamanalah nak suruh orang kampung
macam KM7 ni celik internet,
kalau line asyik tak clear saja...
boleh sakit hati dibuatnya.
Lama-lama hilang mood nak berinternet.
haa...siapa yang rugi....


Aduan telahpun dibuat
tapi tak ada apa-apa perubahan pun.
Kepada yang berkenaan,
tolonglah ambil peduli dan jaga pelanggan-pelanggan anda.
Sebab pelanggan ada banyak pilihan lagi...
jangan nanti apabila pelanggan lari baru terhegeh-hegeh
nak pikat semula hati pelanggan.

KM7 mohon maaf kalau entry kali ini
ada menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Jom naik beca di Bandar Hilir

Assalamualaikum dan salam ceria.

Monday, December 20, 2010

Tahun Baru Azam pun Baru

Assalamualaikum dan salam ceria.

Beberapa hari lagi kita akan
melangkah ke tahun baru 2011.
Sekejap saja masa berlalu
2010 akan meninggalkan kita semua
dengan 1001 cerita dan nostalgia.

Sebut pasal tahun baru
mesti ramai yang berkira-kira untuk memasang azam baru.
baguslah,sekurang-kurangnya menampakkan kita ada perancangan.
Bagi yang azam 2010 yang tidak terlaksana,
eloklah dibawa ke tahun 2011 ni.
Jangan biarkan azam itu terkubur begitu saja.

Marilah kita sama-sama
berazam untuk menjadi seseorang yang lebih
baik dan boleh memberikan sumbangan
kepada agama,bangsa dan negara
pada tahun 2011 nanti.

Selamat menyambut tahun baru 2011.

Sunday, December 19, 2010

Parking Kereta:Lain tempat lain caranya

Assalamualaikum dan salam ceria.

Sebagai pemandu kenderaan, kita tidak terlepas
untuk parking kenderaan kita tu apabila sampai ke destinasinya.
Memang tak masuk akal kalau bawa kereta tanpa henti,
mesti apabila tiba waktunya..berhenti dan parking
di tempat yang sesuai.
ada juga kes pemandu-pemandu yang hentam saja nak
parking kat mana kenderaan mereka.

Berbalik kepada topik kali ini,
Lain tempat lain pula cara bayaran parking kereta.
Kalau di Kota Bharu ni
bayaran tempat parking kereta
dibuat dengan memasukkan wang syiling ke dalam
meter yang disediakan.
Juga boleh dibuat dengan memasukkan kad parking
ke dalam meter yang sama.

Kalau di salah sebuah pusat membeli belah
di Putrajaya,sebelum masuk tu kena ambil tiket dulu.
pastu sebelum keluar,bayar di mesin yang disediakan,
kemudian dapatkan tiket yang telah berbayar tadi,
dan masukkan semula ke dalam tempat keluar..
baru boleh keluar...
aduss...kalau tak biasa boleh tension dibuatnya.

Kalau kat Melaka,
ada sistem gores kupon.
(Ini bukan gores dan menang tau!)
Kupon ini digores untuk tempoh 1 jam dengan bayaran 60 sen.
Maknanya kalau anda nak  parking 15 minit pun
kena bayar 60 sen  juga.
Kalau tak letak kupon yang bergores tu
awas...kena saman pula.

Hmmm. itu baru beberapa contoh.
mungkin di tempat anda lain pula caranya.
Apapun eloklah kita bertanya
orang kat tempat kita nak parking kereta,
sistem bayaran yang digunakan.
Bimbang  nanti tak pasal-pasal kena saman pula.

Saturday, December 18, 2010

JOM KEMBARA 1: Hari 4 Bahagian 2 Taman Mini Malaysia & Mini Asean


Assalamualaikum dan salam ceria

Hari ke4 percutian KM7 bersama keluarga masih lagi di Ayer Keroh,Melaka. Kali ini kami sempat melawat Taman Mini Malaysia & Taman Mini Asean yang terletak di Ayer Keroh.Tempat  ini memang bagus untuk dilawati kerana banyak informasi terutamanya reka bentuk rumah-rumah tradisional.Tak sia-sia KM7 datang ke sini.

Friday, December 17, 2010

JOM KEMBARA 1: Hari 4 Bahagian 1 Zoo Melaka


Assalamualaikum dan salam ceria.
Dah lama tak post entry  baru.Maklumlah sibuk bercuti...lagipun apabila penat ni..nak buka blog pun tak larat.Apapun entry ini ditulis semasa KM7 dah pun selamat sampai ke Kota Bharu semula,setelah bercuti selama 6 hari 5 malam.Alhamdulillah segalanya telah selamat.Apapun dalam beberapa entry seterusnya ini KM7 akan catatkan beberapa lagi siri percutian KM7 sekeluarga.

Tuesday, December 14, 2010

JOM KEMBARA 1:Hari 3 Bahagian 1 PUTRAJAYA


Assalamualaikum dan salam ceria.
Entry ini dicatat semasa KM7 sudahpun berada di Melaka.Kali ini KM7 akan bercerita tentang hari ketiga percutian kami (12/12/10) iaitu di Putrajaya.Lokasi pertama kami di sini ialah masjid Putrajaya.Ramai betul pelancong yang datang ke sini untuk bergambar sebagai kenangan.KM7 juga idak melepaskan peluang untuk merakam gambar-gambar termasuklah dalam masjid.

Monday, December 13, 2010

JOM KEMBARA 1:Hari 2 Bahagian 2 KLCC

 Assalamualaikum dan salam ceria.
Bertemu lagi dalam catatan kembara KM7.Semasa catatan enty ini dibuat,KM7 berada di Serdang dekat dengan UPM.Kali ini KM7 akan paparkan aktiviti hari kedua (11/12/2010) KM7 bersama keluarga di KLCC.Bangunan pencakar langit ini memang tidak asing lagi kepada kita semua.KM7 pun dah beberapa kali ke sini sebelum ini

Sunday, December 12, 2010

JOM KEMBARA 1:Hari 2 Bahagian 1 Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Akhirnya sampai juga KM7 di Kuala Lumpur.
Kali pertama KM7 memandu sendiri ke sini.
Kalau sebelum ni datang ke Kuala Lumpur ni dengan bas
atau tumpang orang,ha...kali ini memang best
dan mencabar la pasal bawa kereta sendiri.

Bagi yang dah biasa memandu ke sini
mungkin tak rasa apa-apa lah kan.
Tapi bagi orang kampung macam KM7 ni
ini satu pengalaman baru lah
hehe..janganlah gelakkan KM7 pula.

Entry kai ini takde gambar yer.
Insyaallah nanti KM7 akan upload gambar
dalam entry-entry seterusnya.
Pada hari kedua ni (11/12/10) hanya beberapa tempat saja
sempat dikunjungi.
Maklumlah dengan kesesakan jalanraya
dan tak biasa dengan jalan-jalan di sini.

SOGO
popular juga tempat ni
untuk membeli belah barangan kulit
seperti beg tangan wanita .
Kalau datang KL ni tak sah kalau tak singgah SOGO.
Kali ini isteri KM7 siap beli 2 beg tangan
entahla.....nak pakai kedua-duanya serentak ker.hhahaa...

Bayaran parking kat sini
boleh tahan juga.
masuk tak sampai 3 jam dah kena RM 10.50
Kalau kat Kota Bharu parking di pasaraya
percuma jer beb.

Oklah nanti kita sambung lagi
dalam bahagian kedua nanti.

Saturday, December 11, 2010

JOM KEMBARA 1:Hari 1 Bahagian 2 Gambang,Kuantan

Assalamualaikum dan salam ceria.

Catatan ini KM7 coretkan semasa menginap di City Villa Kuala Lumpur.(11/12/10)Kami sampai di sini jam 10 malam tadi setelah bertolak dari Gambang,Kuantan pada jam 6.30 petang.Jom saksikan beberapa keping foto yang sempat dirakamkan pada hari pertama percutian kami.


Friday, December 10, 2010

JOM KEMBARA 1:Hari 1:Bahagian 1

Assalamualaikum dan salam ceria.

Hari ini 10 Disember 2010 (Jumaat)
KM7 bersama keluarga akan memulakan satu pengembaraan
dalam negara.(wow...bunyi macam best jer).

Sebenarnya kami nak bercuti ke Kuantan,Gambang
seterusnya Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Kalau sempat juga akan terus ke Melaka.
Tempoh masa belum ditentukan lagi.
Maklumlah cuti sekolah kan masih panjang.

Nak melancong ke luar negara
macam tak cukup bajet jer.
Jadi melancong dalam negara sajalah.
Apa salahnya melancong dalam negara kan.
Negara kita pun banyak tempat menarik untuk dilawati.

Kami nak bertolak jam 8.00 pagi ni.
Insyaallah KM7 akan memuatkan rentetan
perjalanan dalam Jom Kembara ini
dari semasa ke semasa (cewah...ala-ala siaran langsung pula).
Harapan KM7 agar coretan perjalanan KM7
kali ini tidak membosankan pengunjung setia
blog Kembara Minda 7 ini.


Kalau ada rakan-rakan blogger yang sedang bercuti juga
diucapkan selamat bercuti.
Kalau jumpa KM7 tu..tegur-tegurlah yer.
hehee...macamlah kenal.

Ok..doakanlah perjalanan kami ini selamat,
dan percutian ini sesuatu yang berfaedah buat
kami sekeluarga.
Jumpa lagi dalam entry seterusnya nanti.

Thursday, December 9, 2010

'SALE' sana sini....tak terpedaya ker?

Assalamualaikum dan salam ceria.

Seperti kebiasaan,setiap hujung tahun
ada banyak pesta jualan murah atau sale.
Bermula 5 peratus hinggalah 80 peratus.
Masing-masing belumba untuk menarik pelanggan.

Betul ker jualan murah ini betul-betul murah?
atau sekadar untuk menarik pelanggan.
Pastinya sebagai pengguna kita turut teruja
apabila ditawarkan potongan 50 hingga 80 peratus.
Kadang kala barang yang tak perlu pun
turut dibeli dek kerana harganya murah.

Orang kita memang suka dengan segala pesta.
Sebab itulah pesta jualan murah pun menjadi tarikan.
Sebagai pengguna eloklah beringat-ingat,
Berbelanjalah mengikut kemampuan dan untuk keperluan
agar setiap ringgit yang dibelanjakan itu
membawa pulangan yang baik kepada kita.

Kasih sayang seorang ayah

Assalamualaikum dan salam ceria.

Semua anak memerlukan kasih sayang seorang ayah.
Tetapi seorang ayah pada hari ini belum tentu
dapat memberikan kasih sayang yang sebenarnya
kepada anak-anak mereka.

KM7 ingin berkongsi satu paparan kisah
yang berlaku di depan mata KM7 hari ini.
Seorang bapa dalam lingkungan 50 an berbangsa Cina,
datang mengambil anak perempuannya
yang berusia lingkungan 8-9 tahun di salah sebuah
pusat tuisyen.

Bapa tadi pada tanggapan KM7 bukanlah seorang yang berada.
Dari segi pakaian dan penampilannya,biasa saja.
Datang dengan motosikal lama Honda C70.
Dalam bakul motosikalnya terdapat
barang keperluan dapur..ikan,sayur dan sebagainya.

Apa yang menarik perhatian KM7 ialah
cara dia melayan kerenah anaknya itu.
Memberi anaknya itu minuman dan memakaikan topi keledar.
Anaknya itu tak mahu membonceng motosikal itu,
sebaliknya nak duduk di bahagian depan motor tu.
nampak tenang saja si bapa ni melayan anaknya.
Biasalah budak-budak  macam-macam hal.

Biarpun dalam kemiskinan,
tetapi aspek pendidikan tetap diutamakan.
Bapa tadi berusaha juga menghantar anaknya
ke pusat tuisyen.
Jelaslah bahawa pendidikan itu sangat penting
dan si bapa sanggup berkorban untuk memastikan
anak mereka mendapat pendidikan yang sempurna.

Beruntunglah anak-anak
yang mendapat kasih-sayang daripada
seorang bapa.

BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU


Assalamualaikum dan salam ceria.


Ben Ashaari akan membubarkan bloglist beliau

untuk menyenaraikan bloglist baru sempena 2011.


Tahun baru...bloglist pun mesti baru.....baru ada pembaharuan.

Tak gitu encik ben?


Kalau anda pun berminat...sila ke sini cepat-cepat yer.


p/s.. blog anda mestilah blog yang sentiasa aktif.


Terima kasih.

Wednesday, December 8, 2010

Lelaki mengandung:Di manakah silapnya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernah tengok lelaki mengandung?
Opss..sebelum tu maaf dulu
bukan mengandung macam perempuan tau!
Ini kes mengandung yang tak pernah bersalin
biarpun dah bertahun-tahun.

senang cerita...kisah lelaki boroi....
Di negara kita memang ramai
dalam kalangan lelaki yang perutnya
agak maju ke depan.
Terutama bagi lelaki yang sudah berkahwin.

Kenapa ya?
Ada pendapat mengatakan  lelaki
yang sudah berkahwin ni makan minumnya terjaga.
Isteri pula suka kalau suami makan banyak
masakannya...Bukti dia masak sedap.

Jadi tak salahlah kan
Kalau perut suaminya tu boroi
dek kerana makan banyak kat rumah.
Itu sebagai tanda kerajinan isteri memasak.

Apapun sebagai lelaki eloklah
menjaga kesihatan diri,
termasuklah bahagian perut tu.
Bimbang ada yang akan bertanya
dah berapa bulan?bila nak bersalin?
ho..ho...malunya...

Ahh...hilang selera...!

Assalamualaikum dan salam ceria.

Cerita pasal makan,
Sesekali tu nak juga makan kat luar kan.
Dalam banyak-banyak kedai makan
KM7 singgahlah satu kedai ni.
Nampak ramai jer pelanggan.

Suasana dalam kedai makan ni biasa-biasa saja.
Belum pun order makan,anak pula buat hal
nak buang air kecil.
Tanya tandas...
Pergi tandas...gelap jer sebab lampu rosak.
Dahlah gelap, pintunya rosak..kena angkat nak buka tutup.

Tandasnya pula dekat jer dengan tempat bancuh minuman.
Anda bayangkan sendiri macamana kan...
pastu kat nampak cam tak bersih jer.
lantainya pula basah semacam jer.

Keputusan diambil
tak jadi makan kat situ..
Buat alasan anak nak balik.hehe..
bungkus  roti canai jer bawa balik.
Itupun takut tuan kedai tu kecik hati.

Pesanan kepada pemilik-pemilik kedai makan,
Jagalah kebersihan premis masing-masing.
Berilah keselesaan kepada pelanggan.
Jangan nanti apabila pelanggan lari
baru terfikir nak tarik semula pelanggan tu.

Sebagai pelanggan dan pengguna
Kita berhak membuat pilihan.

Tuesday, December 7, 2010

SMS daripada KM7


Assalamualaikum dan salam ceria.

Berhenti sekejap BW atau mengadap blog,
ambil handphone masing-masing.
Cuba check SMS dalam inbox handphone anda.
Ada banyak tak SMS tu?

KM7 percaya mesti ada banyak SMS 
yang diterima,mungkin sampai beratus-ratus.
Kenapa tak delete saja SMS tu?
oo...sayang nak delete yer
maklumlah SMS daripada orang tersayang.
Takpe...simpan saja untuk kenangan.

Itulah yer kebaikan dan keburukan SMS ni.
Senang,cepat dan ringkas 
untuk dihantar dan diterima.
Senang,cepat dan mudah juga untuk didelete.

Kalau dikira-kira jumlah wang yang dihabiskan
untuk SMS ni banyaklah juga.
selepas didelete...habis macam tu saja.
hmm...takkan nak simpan bertahun-tahun
jadi bahan sejarah pula.

Zaman ni mana ada orang main kirim-kirim surat.
Dahlah kena mengarang surat macam ambil SPM jer.
pastu lambat sampai pula.
Jadi SMS tetap menjadi pujaan.heheh..
ada sesiapa nak kirim SMS kepada KM7?

Memaksa atau memberi pilihan?

Assalamualaikum,salam ceria dan selamat
menyambut Maal Hijrah 1432.Ada azam baru?

Kali ini kita berbicara tentang memaksa atau memberi pilihan.
Dalam sesuatu perkara kita tidak terlepas
dari memaksa/dipaksa dan memberi/diberi pilihan.

Kalau diberi pilihan
memang seronok memaksa
kerana ia menjadikan kita seperti bos
atau seseorang yang berjaya mengarah

Tapi kalau dilihat di sudut psikologi
memberi pilihan itu lebih baik.
Contohnya dalam hal perkembangan emosi anak-anak.
Berilah peluang kepada anak-anak untuk
membuat pilihan minat dan kerjaya mereka.

Kalau anak-anak ini diasuh dengan cara
sering dipaksa untuk melakukan sesuatu perkara,
Mungkin perkara yang dilakukan oleh mereka
seperti melepaskan batuk di tangga.
Dibuat dengan tidak sepenuh hati.

Bagaimanapun dalam hal-hal tertentu
paksaan juga perlu...
Contohnya hal-hal berkaitan agama seperti solat,
puasa,menutup aurat dan sebagainya.

KM7 percaya setiap ibu bapa
ingin melihat anak-anak mereka cemerlang
bukan saja dalam hal-hal  keduniaan tetapi juga
hal-hal berkaitan agama dan akhirat.
Jadi buatlah pertimbangan yang sepatutnya.

Monday, December 6, 2010

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

(foto:Google)

Assalamualaikum dan salam ceria.

Baca tajuk pun dah tahu isi ceritanya kan!Tak apalah,KM7 nak cerita juga pasal buluh dan rebungnya.Kepada puan-puan jangan salah faham...ini bukan rancangan resepi,masak-memasak mahupun dekorasi taman.

Cerita kita kali ini berkaitan dengan peribahasa Melentur buluh biarlah dari rebungnya.Bagi pelajar sekolah,peribahasa ini sudah biasa digunakan.Apa maksudnya?Secara mudah maksudnya kalau kita ingin membentuk seseorang individu itu,eloklah dimulakan sejak kecil lagi.

Kenapa masa kecil mudah dibentuk?haa..tengok sajalah anak-anak atau adik-adik kita yang kecil tu.Senang saja mereka meniru gaya,lagak atau apa saja yang mereka tonton.Nak bagi nasihat dan pengajaran pun senang diterima masa mereka kecil.Apabila dah besar....hmm penat ibu-ibu berleter belum tentu masuk ke telinga.

Jadi eloklah kita membentuk keperibadian anak-anak sejak kecil lagi dengan perkara-perkara yang positif.Berilah mereka peluang untuk meneroka alam ini tanpa terlalu banyak sekatan dan tegahan.Cuma yang penting,tunjuk ajar dan pengawasan daripada orang dewasa diperlukan.

KM7 percaya anda pun ada banyak pengalaman mendidik anak-anak.Jadi eloklah kita berkongsi untuk kebaikan bersama.


Beruntungnya orang berharta

(foto:Google)

Assalamualaikum dan salam ceria.

Pertama sekali KM7 mohon maaf sebab letak foto mangkuk toilet tu kat atas.Tengok baik-baik... mangkuk bukan sebarang mangkuk.Itu mangkuk emas.Wahh..kaya betul lah...mangkuk toilet pun daripada emas.Anda mampu memilikinya?KM7 buat masa ni belum mampu lagi.hehe..

Bercakap pasal orang berharta ni,memang tidak dinafikan banyak kebaikan yang mereka dapat.Antaranya, semua benda di dunia ni mereka dapat beli dan miliki dengan mudah.Kasih sayang pun boleh dibeli sekarang ni asalkan kita berharta.Tapi ingat...apabila harta habis..kasih sayang pun hilang... (bagi sesetengah kes).

Orang berharta juga mampu menambah atau menggandakan hartanya lagi.Maklumlah dengan harta yang dimiliki mampu untuk dijadikan pelaburan untuk menambah kekayaan.Orang kaya bertambah kaya.betul tak?

Orang berharta juga sering mendapat tempat istimewa dalam masyarakat.Biasanya mereka akan disanjung dan dipandang tinggi.Ke mana sahaja mereka pergi akan mendapat layanan kelas VVIP.

Perlu diingat,orang berharta juga boleh membantu golongan yang kurang mampu.Bersedekah juga satu amalan yang baik.Semoga harta itu akan berganda asalkan mempunyai niat yang ikhlas semasa membantu,

Pendek kata,orang berharta ini memang beruntung.Beruntung juga kalau dapat berkawan dengan orang berharta ini.Manalah tahu kot-kot ada tempias hartanya kepada kita.Tak sikit pun banyak..heheh...Best lagi dapat kahwin dengan orang yang berharta.Betul tak?

Sunday, December 5, 2010

Sungaiku mengalir lesu

(foto:Google)

Assalamualaikum dan salam ceria...

Dah mandi ke belum?Kalau belum,jomlah mandi sungai.Tiba-tiba jer KM7 teringin untuk buat entry pasal sungai ni.KM7 percaya kita semua kenal dan pernah ke sungai.Cuma kekerapannya saja yang berbeza.

Sungai sangat popular suatu ketika dahulu untuk kegunaan domestik seperti bekalan minuman,membasuh dan mandi-manda.Begitu juga untuk aktiviti pengairan pertanian,sumber protein.(.ikan banyak kat sungai masa dulu-dulu), dan yang penting lagi sebagai jalan pengangkutan untuk ke sesuatu destinasi.

Sekarang?Kebanyakan sungai sekarang mengalir lesu dek kerana ketuaannya.Macam manusia la..kalau dah tua tu sakit sana-sini.Kalau ke sungai sekarang rasa macam tak best kan...penuh dengan sampah- sarap.airnya pula sudah tidak sejernih dulu.Nak mandi dan berenang-renang pun fikir banyak kali.Ish..tak macam masa kita kecil-kecil dulu lah.

Gerangan apakah sungaiku mengalir lesu?Tidak lain dan tidak bukan...semuanya angkara manusia juga.Tangan-tangan rakus untuk pembangunan dan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak telah memusnahkan fungsi sebenar dan keindahan sungai

Amat malang bagi generasi akan datang seandainya mereka mengenali sungai hanya melalui nama dan gambar semata-mata.Ayuh..bersama-sama kita menjaga sungai agar ia terus mengalir untuk kegunaan dan tatapan generasi akan datang.


Saturday, December 4, 2010

Cuti sekolah:Masa untuk bermesra?

(foto Google)


Assalamualaikum.Salam ceria.

Musim cuti sekolah terus berlalu.Sudah ada aktiviti atau ke mana? atau masih merancang?.KM7 belum sempat bercuti lagi.Masih ada kerja-kerja yang perlu dibereskan.sampai bila pun kerja  takkan habis kan...

Orang kata masa cuti inilah peluang untuk kita sekeluarga bermesra.Sebelum ni tak mesra ker?Mesra juga...cuma kurang sikit.hehe....maklumlah masing-masing sibuk.Tambah lagi kalau ada kalangan ibu bapa yang sememangnya sibuk 24 jam dan anak-anak pula sibuk dengan persekolahan.

Masa cuti sekolah macam ni lah sesuai untuk mengadakan aktiviti bersama seperti berkelah,melancong mahupun aktiviti sosial yang lain.Paling tidak pun,bermesra di rumah sendiri.

Apabila semua berkumpul di rumah maka masing-masing dapat beramah-mesra.Tak kurang juga akan menyakitkan kepala ibu bapa apabila semua anak berkumpul dalam satu-satu masa.Macam-macam hal...rumah jadi kapal pecah.hehe..

Apapun aktiviti yang dilakukan pada masa cuti ini..eloklah dilakukan bersama ahli keluarga agar kemesraan  dan kasih-sayang akan bertambah.Selamat bercuti.....

Ssshh!...rahsia...


Assalamualaikum.Salam ceria.

Rahsia apa pula ni?sebenarnya KM7 ingin berkongsi tentang rahsia.Ehh...dah kata rahsia boleh berkongsi pula ker.Boleh...KM7 beritahu anda jer,jangan beritahu orang lain yer...Haa..itulah masalahnya kalau rahsia tidak menjadi rahsia lagi.

Kita tidak terlepas daripada merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan seseorang.Apa yang dirahsiakan dan kepada siapa perkara itu dirahsiakan...terpulang kepada kita sendiri.Begitu juga dengan persoalan bagaimana ia dirahsiakan dan sampai bila perkara itu dirahsiakan juga menjadi milik kita.

Persoalannya, adakah perkara yang dirahsiakan itu selamat daripada pengetahuan orang lain?Contohnya sesuatu perkara yang kita hanya ceritakan kepada rakan baik..,adakah rahsia itu selamat?Begitu juga apabila kita sudah tidak ada lagi di dunia ini....apakah rahsia tadi akan menyusahkan orang lain?

Wah..begitu banyak persoalannya....bila nak jawab ni?..KM7 tak larat nak jawab.hehe..jangan marah,biarlah ia terus menjadi rahsia.

Friday, December 3, 2010

Jom tukar link dengan KM7

Assalamualaikum.Salam ceria.

Tengok tajuk pun dah tahu kandungan entry kali ini kan...Tak apalah..sudi-sudikan baca sampai habis.

KM7 bercadang nak bertukar-tukar link dengan rakan-rakan blogger yang lain.Ruangan linknya pun dah KM7 sediakan kat bawah blog ini (sila lihat ke bawah) dengan tajuk Coretan Terkini Pengembara 2 dan 3.Masih kosong tu...tunggu masa jer untuk diisi.

Syarat-syaratnya mudah jer.......

1.     Anda juga akan meletakkan link KM7 dalam blog anda.Oh ya..ini untuk link dalam paparan utama sahaja.Dengan kata lain kalau kena klik2 ke bahagian lain dalam blog tu...tak nak lah.hehe...bukan apa..kalau kena klik ke muka surat lain...lambat sikit.Banner pun tak mau juga....

2.     Buat masa ini KM7 nak listkan 20 blog saja.Jadi siapa cepat dia dapatlah.

3.     Blog-blog yang akan disenaraikan itu mestilah updated.Kalau lebih seminggu tak update,KM7 akan keluarkan dari senarai.

4.     Kepada blog yang dah ada dalam senarai Coretan Terkini Pengembara 1,tak perlu senarai lagi kan...Kepada blogger lain yang dah listkan blog KM7 dalam blog mereka...tolong maklumkan kepada KM7.

5.     Jadi apa tunggu lagi...sila tinggalkan link anda dalam ruangan komen...Jangan lupa masukkan blog KM7 dalam bloglist anda.Orang berbudi kita berbahasa.....

Sekian.Terima kasih.

Thursday, December 2, 2010

Malas nak berkata-kata

Assalamualaikum.Salam ceria.

Kalau disebut pasal berkata-kata atau bercakap memang semua orang tahu.Persoalan yang ingin KM7 kongsikan kali ini ialah adakah kita selalunya bersedia atau ingin berkata-kata.?

Kadangkala timbul juga perasaan malas untuk bercakap.Biarpun perkara itu penting atau ada kena mengena dengan kita.Banyak faktor yang mempengaruhi seseorang itu untuk bercakap atau berkata-kata.

Antaranya ialah persediaan dari segi mental.Pernah tak kita rasa tak bersedia untuk bercakap tentang sesuatu perkara....tetapi orang lain telah memulakannya.Maka nak atau tak nak kita seumpama dipaksa untuk berbual tentang topik tersebut.Kalau tak layan nanti kecil hati pula orang tu.

Topik yang dibualkan itu tidak menarik perhatian kita.Contohnya kalau orang kampung bercerita pasal lembu peliharaan mereka..kita pula tak berminat tentang hal itu,..maka tentunya kita rasa malas untuk berkata-kata.Begitu juga sebaliknya kalau kita bercerita pasal blog kepada warga emas...

Tak puas hati tentang sesuatu perkara.Ada yang suka mengambil sikap mendiamkan diri sahaja kerana bimbang perkara tersebut akan merosakkan hubungan kedua-dua pihak jika diperbesar-besarkan.Langkah yang mudah...mendiamkan diri buat seketika.

Kita hidup bermasyarakat,jadi sikap malas berkata-kata atau berbual-bual antara satu sama lain ini jika berterusan akan menyebabkan kita dipinggirkan.Jangan mementingkan diri sendiri.Hargailah tutur bicara orang lain terhadap anda dengan membalas perbualan mereka biarpun pada saat itu kita memang malas untuk berkata-kata.

Janjimu memang manis

Assalamualaikum,salam ceria.Kota Bharu hari ini hujan....

Memperkatakan tentang janji...memang seronok,kerana janjimu memang manis.Cewah...macam judul sebuah lagu popular sedikit masa lalu...janji manismu....Hari ini KM7 akan berbicara pasal janji.

Memang semua orang yang berjanji itu akan menjanjikan yang manis dan indah belaka.Bak kata pepatah menanam tebu di bibir mulut.Kita yang mendengarnya pasti terpikat dengan janji mereka itu.

Salah satu contoh janji manis ini ialah seseorang meminjam wang daripada kita dan berjanji akan memulangkannya dalam jangka waktu tertentu.Dek kerana percayakan janjinya itu atau kasihankan dia maka kita pun berilah wang yang  ingin dipinjamnya itu.

Apabila tiba masa.....macam-macam alasan diberi untuk tidak melangsaikan hutang tersebut.Aduh! terkena lagi....  Nak marah-marah pun kena pada kawan baik sendiri ataupun saudara-mara terdekat.Pengajarannya...tak payah bagi pinjam untuk kedua kalinya....betul tak?

Itu baru satu contoh janji manis.Ada banyak lagi janji-janji manis lain yang menjadi pahit bagi kita seandainya janji itu tidak ditepati.Janganlah berjanji sekiranya kita  tidak mampu menunaikannya.Belajarlah menjadi seseorang yang cakap serupa bikin.

Wednesday, December 1, 2010

Lelaki bertindik telinga

Assalamualaikum.Salam ceria.

Pernah melihat lelaki bertindik telinga?Di negara barat dan sesetengah kawasan negara kita biasalah kan...KM7 mengutarakan isu ini sebab semasa ke kedai runcit tadi KM7 terserempak dengan seorang pemuda Melayu dalam lingkungan 20an bertindik sebelah telinganya.

Mengikut pemahaman dan pembacaan KM7,lelaki yang bertindik sebelah telinga ni adalah gay.Betul ker?Jadi pemuda tadi tu gay lah yer...atau dia sendiri suka-suka nak bertindik telinga tanpa mengetahui imej apa yang dibawanya itu.

Lupakan pasal imej apa...cuma nampak  janggallah kalau lelaki ni bertindik telinga.Sebelah pula tu.Kalau rasa nak bertindik sangat..haaaa pakailah dua belah subang kat telinga tu.Orang perempuan sekarang ni pun dah tak ramai yang suka bertindik telinga.Pakai tudung...nak bertindik buat apa yer...

Jadi apakah gerangan tujuan lelaki ni pakai subang?rasa-rasa nak tanya jer pemuda Melayu tadi....tapi risau juga kot-kot dia jawab dia punya pasallah.....hehe..KM7 rasa tak lain tak bukan...ingin menunjukkan kelainan supaya dia mendapat perhatian masyarakat.Kalau anda perempuan...suka tak suami atau kekasih anda pakai subang sebelah telinga?

Cemburukah anda jika....

Assalamualaikum.Salam ceria semua.Kota Bharu pagi ni hujan.....

Hari ni KM7 akan memperkatakan tentang cemburu.Setiap orang ada perasaan cemburu.Peratus cemburunya saja berbeza mengikut situasi.Jom saksikan beberapa situasi yang KM7 ciptakan ini...

Cemburukah anda jika......

1.     Suami/isteri anda mesra dengan semua orang kerana tuntutan kerjanya yang memerlukan dia sebegitu.

2.     Pensyarah/guru anda sering memberikan perhatian kepada rakan-rakan anda yang lebih pandai.

3.     Ibu/bapa anda sering memuji adik-beradik anda yang lain dalam semua perkara.

4.     Semasa anda  di restoran,pelayan mengambil pesanan orang lain yang tiba lewat daripada anda.

5.     Kekasih hati anda tiba-tiba senyum dan melambai-lambai ke arah kawan baik anda sendiri.

6.     Bos anda sering mengajak rakan-rakan sepejabat anda yang tertentu sahaja keluar lunch dengan dia.

7.     Ibu/bapa mentua anda lebih mesra dengan menantu-menantunya yang lain berbanding anda.

8.     Dalam majlis kenduri, tuan rumah melayan tetamu-tetamu VIP tanpa mempedulikan anda.

Cukuplah 8 saja untuk kali ini.Kalau banyak nanti ada yang bermasam muka kerana cemburu.hehe..Ehh..lupa pula nak tanya,setelah membaca ke lapan-lapan situsai di atas..anda rasa anda seorang yang cemburu ker?

Kalau yer...maknanya anda seorang yang normal lah.hehee...betul tak!

Tuesday, November 30, 2010

Sang Kancil ni meragamlah pula

Assalamualaikum.Kisah kancil pula kali ini,tapi bukan sang kancil dalam zoo.Kancil ni berkaki empat..opsss bertayar empat...KM7 nak cerita pasal kereta kancil kepunyaan isteri KM7 yang meragam hari ni.

Alkisahnya isteri KM7 ni nak menyelesaikan satu urusan di bandar Kota Bharu pagi tadi.Sebelum pergi...dengan confidentnya dia check kereta tu sendiri.

Tengah harinya pula,sempat lagi di pulang ke kampungnya sekejap.Dalam perjalanan pulang semula ke rumah....kancil tu dah buat hal...maka dia pun parking la kat tepi jalan.Bayangkan kalau kereta tu meragam kat tengah-tengah jalan...haru dibuatnya.Meter suhu/temparature dah naik ke warna merah maksimum lagi tu.

Kebetulan kejadian ni tak jauh dah dari rumah,maka dengan pantasnya KM7 ke sana setelah mendapat panggilan kecemasan.Risau juga...masalah apa pula gerangan si kancil ni hari ni.

KM7 ni bukan tahu sangat pasal kereta.Tapi buat-buat tahu je lah.hehe...adusss...lawak betul rupa-rupanya penutup air penyejuk/cooler tu terbuka.....kering habis air dalam bekas tu.Siap elok jer letaknya penutup tu kat atas bateri kereta.Nasib baik tak jatuh.Barulah isteri KM7 ni perasan...pagi tadi masa check air tu dia lupa nak tutup balik.Haaa....kan dah kena....nasib baik kereta tu tak meletup tadi..hehe

Pengajarannya kat sini...sebelum memulakan perjalanan elok check dulu kenderaan.Tapi tadi dah check...ada pula masalah lain...nasib lah...cubaan.....Kemudian handphone kena bawa tau! senang nak hubungi sesiapa kalau apa-apa hal terjadi.Pastikan handphone tu ada kredit la....hehe

BM Kertas 2 tak perlu diduduki semula: KP

Selamat petang semua...

Perhatian kepada calon-calon SPM 2010

juga ibu bapa dan guru-guru;

BM kertas 2 SPM 2010

tak perlu diduduki semula.

Beritanya di sini;

*

*

*

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran menafikan khabar angin bahawa calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 berkemungkinan perlu menduduki semula peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Dua yang dijalankan pada 23 November lalu.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud, berkata berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, peperiksaan subjek itu sah dan calon-calon yang menduduki peperiksaan itu tidak perlu menduduki semula kertas tersebut.

"Saya ingin menegaskan di sini supaya ibu bapa dan terutamanya calon-calon peperiksaan supaya tidak mempercayai khabar angin yang tidak berasas ini," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau meminta ibu bapa dan calon-calon peperiksaan supaya tidak risau atau bimbang kerana Kementerian Pelajaran sentiasa mengambil langkah-langkah untuk memastikan semua peperiksaan adalah sah serta memastikan kualiti atau standard peperiksaan berada pada tahap yang baik.

Abd Ghafar berkata sehingga hari ini, peperiksaan SPM yang bermula pada 23 November lalu dan berakhir pada 20 Disember depan berjalan baik dan lancar seperti yang telah dijadualkan.

Sebarang kemusykilan atau pertanyaan mengenai peperiksaan SPM 2010 boleh dikemukakan kepada Bilik Gerakan SPM, Lembaga Peperiksaan Malaysia yang beroperasi setiap hari peperiksaan dari pukul 7 pagi hingga 6 petang atau menghubungi talian 03-8889 3551, 03-8889 3601 atau 03-2889 3520. - BERNAMA

Berita Harian Online 30/11/10

Menulis blog memerlukan kesabaran yang tinggi

(foto:Google)

Assalamualaikum.Dua hari KM7 tak menulis blog,rasa macam 2 tahun.Alasannya biasalah sibuk...Kalau anda perasan 2 hari ni KM7 upload berita-berita dari surat khabar jer dalam blog.Rasa macam tak puas pula apabila tidak mengarang sendiri ni.

Sebenarnya dalam keterbasan waktu itu masih sempat kalau KM7 ambil sedikit waktu untuk menulis blog.Tapi KM7 dapat bayangkan hasil penulisan yang tergesa-gesa itu pastinya tidak berkualiti.Kalau diri sendiri tak puas hati,apa lagi pengunjung-pengunjung blog yang datang membaca...Tak tahulah pula kot-kot ada yang berkunjung tinggalkan jejak jer,tak baca pun en3 yang kita tulis.

Apa yang ingin KM7 kongsikan di sini ialah untuk menulis blog semestinya memerlukan kesabaran yang tinggi. Bermula dengan pencarian idea sehinggalah penyusunan ayat-ayat untuk melengkapkan cerita atau idea yang ingin disampaikan.Seboleh-bolehnya setiap en3 yang disiarkan itu memberi manfaat kepada diri sendiri dan pembaca-pembaca blog yang setia.

Sebaiknya en3 kita tu tidak bersifat syok sendiri.Memang benar blog kita...kita punya pasallah kan.Tapi harus diingati bahawa blog sedemikian tidak akan dikunjungi untuk kali kedua.Kalau datang pun mungkin tak sengaja,dan cuma tinggalkan jejak.Nak baca en3..hmm lupakan saja...buat sakitkan hati atau membuang masa.

Justeru  marilah kita sama-sama menghasilkan en3 yang berkualiti supaya pelayaran dan pengembaraan di alam maya memberi manfaat buat kita semua.


Riak syirik paling halus musnahkan amal ibadat

AMALAN bersedekah adalah jalan bagi mukmin mendekatkan diri serta meningkatkan keimanan kepada Allah. Amalan sedekah membawa kepada keredaan Allah dan menghapuskan dosa.

Firman Allah bermaksud: “Dan apa juga harta yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa juga yang kamu dermakan daripada harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.” (Surah al-Baqarah: 271)

Perlu ditekankan, amalan sedekah yang dilakukan jangan sampai menimbulkan riak kerana perbuatan menunjuk-nunjuk sedekah melambangkan hati yang tidak ikhlas kepada Allah. Ingatlah Allah Maha Mengetahui gerak hati kita.

Islam menegah umatnya berpeluk tubuh dan menjadi penonton terhadap penderitaan orang lain. Menjadi kewajipan orang kaya, pemimpin masyarakat dan negara atau sesiapa saja yang berkemampuan untuk membantu sesama mukmin yang dalam kesusahan.

Jangan sekali-kali mempertikaikan sedekah atau bantuan yang diberikan orang lain kerana sikap membandingkan sedekah yang banyak dengan sedikit adalah bertentangan sama sekali dengan kehendak agama.

Perbuatan sebegini secara tidak langsung akan menghapuskan pahala sedekah, malah membawa kepada kemurkaan Allah.

Sepatutnya, kita bangga melihat ada saudara kita yang mampu bersedekah dan menjadikan sikap murah hati itu sebagai motivasi untuk kita mengikuti jejak mereka.

Riak adalah pemusnah amal ibadah dan Rasulullah menyamakan riak sebagai syirik paling halus seperti sabda Baginda yang bermaksud: “Yang amat aku takuti ke atas kamu ialah syirik yang paling kecil. Kemudian Baginda ditanya mengenainya dan Baginda mengatakan, itulah riak.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Oleh itu, usahlah kita berkembang dada penuh bangga kerana paling banyak bersedekah dan membuat kebaikan.

Rasulullah ada berwasiat yang antara lain katanya: “Benarlah khabar gembira kepada umat ini dengan kemuliaan, ketinggian, kemenangan dan darjat di bumi.
Maka sesiapa melakukan pekerjaan akhirat demi dunia, dia tidak akan mendapat apa-apa di akhirat.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Buatlah amal kebaikan dan bersama berlumba melakukannya serta menjaga keikhlasan hati supaya perasaan riak tidak dapat menyelinap masuk ke dalam hati.

Berita Harian 29/11/10

Monday, November 29, 2010

Sultan Selangor dukacita orang Melayu gadaikan perkataan Melayu

SHAH ALAM: Sultan Selangor hari ini melahirkan rasa dukacita dengan segelintir orang Melayu yang tidak memiliki rasa megah dan bangga sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan perkataan Melayu itu sendiri untuk dikuburkan serta lenyap dari dunia ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris ada menyatakan mengenai 'Tanah Melayu' , 'Negeri Melayu Bersekutu' dan Raja Melayu sekali gus membuktikan penulis Barat ketika itu mengiktiraf adanya Melayu yang memulakan sejarah negara ini.

Sultan Selangor turut melahirkan rasa bangga dan sukacita dengan langkah kerajaan Malaysia yang akan menjadikan subjek Sejarah sebagai syarat wajib untuk dipelajari oleh rakyat di sekolah negara ini.

"Beta percaya dengan arahan ini ia akan membuka minda dan kefahaman dari pengetahuan berhubung peranan penting yang berlaku dalam sejarah tanah air untuk tidak timbulnya syak wasangka dan persoalan yang mencurigakan hingga timbul salah faham terhadap sesama rakyat di negara yang kita kasihi ini," titah Sultan Selangor pada Wacana Raja Berpelembagaan-Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di sini.

Berita Harian Online:29/11/10

Ribuan rai perarakan pertama gay di India

SEJUMLAH golongan gay menyertai perarakan gay di New Delhi semalam. 

NEW DELHI - Ribuan orang menari, menyanyi dan bersorak di beberapa batang jalan raya di sini semalam dalam perarakan pertama gay, lesbian dan pondan di India.


Seramai 2,000 aktivis gay termasuk penyokong cara hidup bebas itu menjerit pelbagai slogan dan membawa poster semasa mereka berarak.


"Hari ini merupakan hari untuk menyatakan bahawa kami merupakan gay dan kami berasa bangga. Kami tidak pergi ke mana-mana, kami merupakan sebahagian daripada masyarakat," kata salah seorang penganjur, Amit Agrawal.


Perarakan itu dilakukan sejak gay dibenarkan berdasarkan undang-undang India. - Reuters 


Kosmo Online:29/11/10

KM7:Apa nak jadi dengan dunia hari ini.Macam-macam dilakukan untuk menunjukkan hak masing-masing.Apakah ini yang dikatakan kebebasan asasi?Tidak mustahil perkara ini akan merebak ke tempat-tempat lain seluruh dunia.

Sunday, November 28, 2010

Melayu Semakin Berani

En3 kali ini KM7 akan memperkatakan tentang Melayu yang semakin berani.Keberanian dalam kalangan orang-orang Melayu ni memang telah diketahui sejak zaman Hang Tuah lagi.Sekarang ni Melayu memang terkenal dalam pelbagai bidang...politik,ekonomi sehinggalah merempit di jalanan.

Semakin berani Melayu ini apabila ada kalangan mereka ini sudah mula menjual diri dalam dunia  siber.Terkejut betul KM7 apabila terjumpa satu laman yang mempromosi lelaki Melayu untuk perempuan atau gadis atau isteri-isteri yang kegersangan.Disertakan juga maklumat ringkas umur,negeri asal,ketinggian,dan berat badan.Memeranjatkan lagi apabila individu ini menyertakan sekali gambar alat sulit mereka (maaf kerana berterus terang di sini).Alat itu sudah tidak sulit lagi bagi mereka.

Mungkin kalau di barat perkara ini dianggap biasa.Tapi bagi negara kita,KM7 rasa situasi ini menggambarkan kerosakan jiwa sesetengah individu.Mereka lebih suka mencari kenikmatan dunia tanpa memikirkan soal halal haram.Membimbangkan juga laman-laman sebegini agak mudah dilayari oleh sesiapa sahaja.Kalau terjumpa oleh kanak-kanak macamana?

Naluri seks memang lumrah bagi manusia.Tapi sebagai manusia yang berakal,gunalah akal itu agar perkara ini tidak disalahguna.Bagi yang sudah layak kahwin,eloklah berkahwin.Bagi yang dah berkahwin,fahamilah dan laksanakan tanggungjawab yang sepatutnya sama ada zahir mahupun batin.

Kepada Melayu yang semakin berani untuk hal-hal yang tak berfaedah ini,diharapkan anda fikirkan semula tindakan anda itu.Baliklah ke pangkal jalan.KM7 mohon maaf  kalau en3 ini menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.Tujuannya untuk memberi kesedaran kepada kita semua.

Bilionair India perkenal rumah termahal

GAMBAR fail pada 19 Oktober 2010 menunjukkan rumah baru 27 tingkat milik bilionair, Mukesh Ambani di Mumbai, India.
 

MUMBAI - Bilionair India, Mukesh Ambani mengadakan parti mewah bagi memperkenalkan rumah barunya di atas sebuah bukit di sini yang dibina dengan kos AS$2 bilion (RM6.3 bilion) sekali gus kediaman persendirian termahal di dunia.
Akhbar Times of India melaporkan sekitar 80 individu berpengaruh dan selebriti Bollywood termasuk Preity Zinta dan Aamir Khan menghadiri parti tersebut pada malam kelmarin di kediaman 27 tingkat itu yang dinamakan Antilia.
Digelar Taj Mahal kurun ke-21, Antilia adalah setinggi 174 meter dengan ruang dalaman seluas 37,161 meter persegi dan dilengkapi ruang parkir enam tingkat, beberapa kolam renang dan sebuah panggung wayang.
“Satu kelegaan dapat menghirup udara segar di tempat tinggi dan meninggalkan pencemaran bandar Mumbai di bawah sana,” kata seorang tetamu parti itu.
Menurut akhbar berkenaan, Ambani memerlukan kira-kira 600 kakitangan bagi menyelenggara kediaman barunya itu
Ambani, 53, merupakan lelaki terkaya di India dengan anggaran kekayaan mencecah AS$27 bilion (RM85.1 bilion). – AFP
 
KosmoOnline:28/11/10

Saturday, November 27, 2010

Panggilan percuma pun tak guna

Assalamualaikum...tengah buat apa tu?Kali ini mari kita berbicara tentang panggilan percuma yang diberikan oleh pengendali rangkaian telefon bimbit di negara kita.Panggilan percuma ini biasanya diberikan sempena hari jadi,bonus panggilan,atau panggilan dengan kadar paling minima.Persoalannya adakah kita mengambil kesempatan atas kemudahan yang diberikan ini?


Bagi KM7 sendiri yang sudar berumur ni (hehehe dah tua sangat ker aku ni),Biarpun panggilan itu diberi percuma...tak mungkin digunakan sepenuhnya.Banyak sebab,antaranya tak tahu nak call siapa.Kalau ada pun,orang yang kita nak call tu mungkin sibuk....tak boleh layan bercakap dengan kita.Ini yang malas nak call.
Lainlah bagi pasangan yang sedang hangat bercinta kan...bergayut sampai panas telinga pun tak apa.


Bagi yang dah dewasa ni...perbualannya berkisar tentang kerjaya...kerja kat mana,anak-anak ..berapa orang anak...kemudian habis cerita.Hmm tak sampai 5 minit dah habis idea.Jadi walaupun panggilan itu percuma,jumlah yang digunakan sikit saja.


KM7 melihat perkara ini sebagai peralihan masa...apabila seseorang itu sudah berusia,berkerjaya dan berkeluarga,maka perbualan telefon dengan rakan-rakan semakin minima.Justeru panggilan percuma yang diberikan itu tidak membawa makna yang besar.Apapun terima kasih kepada syarikat-syarikat pengendali rangkaian telefon bimbit yang sentiasa memberi keistimewaan kepada pelanggan setia mereka.

          

USM: Kenangan lalu mengusik jiwaku


Salam semua..

Kali ini KM7 ingin memperkenalkan coursemate KM7 

masa belajar kat USM dulu.

tengoklah wajah-wajah mereka tu..

Mesti anda tak cam KM7 ni.

teruk betul wajah KM7 dalam foto tu..

fesyen rambut pun entah apa-apa.

muka dahlah gelap...tak hensem pula tu.huhu...

eh..eh..silap.KM7 bukan gelap tau...tapi mereka

yang lain tu putih-putih belaka,hehe..

patutla masa  belajar dulu takde pun orang nak berkenalan dgn KM7

Masa tu mana ada facebook atau blog

handphone pun pensyarah jer pakai.

Orang lain sibuk bercouple..tapi KM7 tetap solo....

ish...sedih la pulak..

Kepada coursemate KM7...

apa khabar kalian semua?apa cerita anda semua?

i miss u all

Jom breakfast dengan Apam yang sedap



Selamat pagi dan selamat datang ke blog KM7

Pagi ni KM7 telah sediakan apam yang sedap

untuk pengunjung-pengunjung blog KM7.

Sila...sila....jangan segan-segan atau malu-malu.

sambil-sambil BW kita makan apam.

KM7 tak buat sendiri..

(tak sempat....padahal tak pandai nak buat)

Beli jer...biasalah kan...

Harganya masih maintain RM 1 untuk 2 biji.

Biasa dijual di pasar malam atau pasar tani.

OK...KM7 nak pergi sediakan kopi 

untuk anda semua.

Selamat menjamu selera......


Perlu lagi ker album gambar?

(foto:Google)

Salam semua....

Suka simpan foto-foto dalam album?

KM7 ada banyak koleksi album foto

Itu dululah..masa rajin print foto kat kedai gambar.

Tapi sekarang ni 

rasa malas pula nak print foto

simpan dalam komputer atau hard disk saja.

Lama-lama..lupa pula nak tengok foto-foto tu.

Pada pendapat KM7 la

simpan foto dalam album foto mahupun hard disk  ada baik buruknya

cuma lebih nostalgia kalau foto-foto tu

dilihat terus dari album foto.

Tak tahulah sekarang ni rasa malas pula

nak pergi print foto ni.

Kalau dulu-dulu masa guna kamera yang pakai filem,

tak sabar-sabar nak tengok foto yang dirakam.

tapi sekarang senang...lepas rakam terus tengok hasilnya

kalau tak suka..delete terus.

hmm...itulah perkembangan sains dan teknologi.

Bayangkan 10 tahun akan datang macam manalah foto-foto

akan disimpan,atau masa tu

orang dah tak pakai kamera lagi?



Friday, November 26, 2010

Tingkatan 1 di sekolah mana?

Salam semua.

Keputusan UPSR dah lama diumumkan.Ketika ini ibu bapa berkira-kira untuk memilih sekolah mana bagi anak-anak mereka bersekolah tahun depan.Bagi yang mendapat 5A sudah tentu inginkan anak-anak mereka bersekolah di sekolah-sekolah berasrama penuh atau sekolah-sekolah terpilih yang lain.

Mendapat 5A dalam UPSR zaman ini bukanlah penentu untuk memasuki sekolah terpilih.Maklum sajalah bilangan sekolah dan tempat yang disediakan tidak dapat menampung jumlah pelajar yang semakin ramai mendapat 5A.Nampaknya anak-anak kita sekarang pandai-pandai belaka.Zaman KM7 bersekolah dulu, nak cari pelajar yang dapat 5A pun susah.

Persaingan sengit untuk memasuki sekolah-sekolah terpilih menyebabkan ada kalangan ibu bapa yang sanggup menghantar anak-anak mereka mengikuti kelas-kelas tambahan khas bagi menghadapi ujian kelayakan kemasukan ke sekolah-sekolah terpilih.Tujuannya supaya anak-anak yang dapat 5A UPSR ini akan dapat keputusan cemerlang juga dalam ujian kelayakan,seterusnya terpilih ke sekolah berkenaan.

Bagi yang berjaya meneruskan pelajaran di sekolah terpilih ini,KM7  nasihatkan agar jangan sia-siakan peluang yang diberikan kepada anda.Bagi yang tak berjaya,jangan berputus asa kerana pelajaran ada di mana-mana.Pokok pangkalnya usaha andalah yang menentukan kecemerlangan seterusnya.

Selamat menempuhi alam persekolahan peringkat menengah bagi pelajar tingkatan 1 2011.


Selamat datang ke Kota Bharu



Cuti sekolah dah bermula.

Belum ada rancangan  ke mana-mana?

Haa...KM7 jemput anda datang ke Kota Bharu.

Apa yang ada?

Macam-macam ada...

Bagi yang dah biasa ke Kota Bharu

tentu tahu apa yang menarik.

Bagi KM7 Kota Bharu sesuai

juga dikunjungi oleh mereka

yang ingin membeli-belah dan

menikmati pelbagai makanan tradisi Kelantan.

Pendek kata...anda datang,anda tahu dan anda rasa sendiri.

Selamat datang ke Kota Bharu.

November:Bulan kerosakan

Salam semua...

Pertama sekali..KM7 ingin menyatakan bahawa tajuk en3 kali ini tada kena mengena dengan sesiapa melainkan kena-mengena dengan KM7 semata-mata.Bulan November juga tak salah cuma kebetulan.

Sebenarnya dalam bulan November ni banyak gajet atau peralatan elektrik KM7  yang rosak.Macam berjanji pula gajet-gajet ni rosak bersama.Mari kita lihat apa yang rosak;

1.     Handphone....huhu...sedih betullah dah pakai 2 tahun nak rosak bulan ni.Tapi masih boleh digunakan.cuma beberpa fungsinya saja yang rosak....Jadi,pakai lagilah sampai betul-betul rosak.

2.     TV..dah tak keluar gambar.Dah lama TV tu .10 tahun.Masa beli dulu harganya RM 1800 untuk 29 inci.Rasa nak beli baru lah...tapi bilalah tu..sebab sekarang ni dah ada satu lagi TV kecil kat rumah ni.Hmm tak jadi beli lagilah..

3.     Kamera Sony kesayangan KM7 juga rosak bulan ni.Dah pakai 2 tahun lebih tu.Banyak berjasa..dah beribu-ribu gambar dirakam.Tak pelah dah sampai masanya...KM7 pun dah beli yang baru sebagai ganti.

4.     Note book....ini paling sedih....Satu tu rosak teruk...kena tukar barang.Satu lagi rosak key board.hmm tengah fikir-fikir kena beli baru juga ni.

Semuanya memerlukan duit.Paling-paling sikit pun untuk 4 perkara tu KM7 kena habiskan RM6000... ada ke siapa yang nak sponsor.hehe...takpelah,beli mana-mana yang perlu jer dulu walaupn semua tu KM7 rasa sangat perlu.

Kerosakan gajet-gajet yang hampir serentak itu menyebabkan bajet lari...Pengajarannya kita kena ada simpanan untuk digunakan bagi kes-kes macam ni...betul tak?

Thursday, November 25, 2010

Cuba lihat blog list anda



Salam semua....

Kali ini KM7 akan berkongsi pasal blog list.

Kebanyakan blog ada blog list.

Pemilik blog biasanya akan memasukkan blog kegemaran ke dalam list mereka.

Tapi sedar atau tidak

blog yang tersenarai itu ada yang sudah tidak up date

berminggu-minggu,malah ada yang berbulan-bulan.

Mungkin pemilk blog sibuk BW

tak perasan ada blog-blog dalam blog list mereka

yang sedemikian.

Kalau KM7,rasanya elok tukar saja blog-blog

yang tak update berbulan-bulan itu dengan blog lain.

Letak blog KM7 pun ok juga.

hehe...promosi lah pula....

Bukan apa

secara peribadi KM7 suka list kan blog-blog

yang sentiasa di update kan

paling lama pun mungkin 2 minggu...

Ok...selamat meninjau blog list masing-masing.

Positif atau negatif?

 
  (foto:Google)

Sesuatu yang kita fikirkan itu
sama ada positif atau negatif
biasanya 
itulah yang akan mencerminkan
siapa kita yang sebenarnya.....
sama ada kita seorang yang positif
atau seorang yang negatif dalam menghadapi sesuatu situasi. 
en3 kali ini
KM7 paparkan foto-foto
yang boleh kita kongsikan bersama... 

*
*
*


 (foto:Google)
*
*
*

 (foto:Google)
*
*
*

(foto:Google)