Friday, August 6, 2010

Setem 03:Murai Batu & Merbah Beringin

008
Orang yang banyak cakap diumpamakan macam mulut murai.Betul ker?Setem kat atas tu adalah salah satu spesis murai.Jom berkenalan dengannya.Burung Murai Batu (bahasa Inggerisnya: White-rumped Shama ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Copsychus malabaricus.Ia biasanya seberat 1 dan 1.2 auns dan sekitar 9 hingga 11 inci panjang.

Burung jantan hitam berkilat dengan dada warna berangan (chestnut) dan bulu putih pada ekor dan hujung ekor. Burung betina adalah lebih keperangan, dan biasanya lebih pendek berbanding burung jantan. Kedua jantina mempunyai paruh hitam dan kaki merah jambu. Burung jantan muda mempunyai warna keperangan atau kelabu, menyerupai burung betina, dengan dada bertompok.

Burung ini membiak dengan cara bertelur. Kebiasaannya Ia akan memilih lubang pada dahan pokok mati untuk bersarang.Burung betina akan bertelur antara 2 hingga 3 biji setiap musim. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarangnya.Semasa proses mengeram yang mengambil masa antara 12-15 hari, burung jantan dan betina akan bergilir mengeram telur dan seterusnya memberi anak yang menetas hinggalah boleh mencari makanan sendiri.

Burung Murai Batu merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya.Awas..jangan tangkap burung ini sembarangan.


009

Setem ini pula pasal burung Merbah Beringin (Alophoixus ochraceus).Ia merupakan spesies burung berlagu dalam keluarga Pycnonotidae. Ia terdapat di Brunei, Indonesia, Kemboja, Malaysia, Myanmar, Thailand dan Vietnam.

Burung Merbah Beringin adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Merbah Beringin tidak bergigi.Kalau anda mempunyai maklumat tambahan,bolehlah berkongsi.

Rujukan:Wikipedia Bahasa Melayu

13 comments:

RozectLyantie said...

salam..
Murai Batu tu biasa tengok..
Teringat suatu masa dulu pernah abah bela n letak nama "Clara". What a sweet memory that we have!

cuz said...

nice info bro..aku jarang dh nampak burung murai skang ni..ko ni pengumpul setem ker??hehe

KM7 said...

To:Rozect
thanks 4 sharing

To:cuz
murai skrg makin pupus.
ada la sikit2 setem utk rujukan

RozectLyantie said...

hehehe..
tp abah bela sbb clara x leh terbang. Bila dh sembuh, lepas lah. Tp ada masa clara dtg singgah gak..

~p/s: i pun dh follow u~

KM7 said...

To:Rozect
Wah...bestnya,burung yang ingat kpd tuannya.

mesti u all rindu kat clara.

azremy said...

ada member bela,,fuh malam pun galak bunyi,sedap

KM7 said...

To:azremy
alamak mlm2 pun galak bunyi
mesti mengganggu jiran2.hehe

Wan Gerrard said...

Wah, Gerrard respek KM7 yang pencinta haiwan^^

Murai dah jarang tengok, g zoo je baru nampak

shazika said...

burung pon leh masuk dlm setem..

azremy said...

nasib baik member buat sangkar besar.dkt kolam mancing.so xde la sunyi

azremy said...

burung ni bkn cam murai itam tu.dia warna coklat.ekor panjang.org susah nk
kenal.kt utan je ada

zalizalu said...

kat area rumah saya, ada 3 spesis murai ( tak tahu lah kalau bukan jenis murai)..
murai gila (warna koko strip putih),
murai biasa (hitam putih),
murai batu (sama cam dalam gambar)...
semua burung ni memang bising.. huhu..

zalizalu said...

dulu saya pon kumpul setem burung tp semua dah dihilangkan oleh adik.. lagipon minat setem tu hanya kepada setem burung.. jadi susah nak dapat..
sekarang bertukar kepada banknotes and vintage watches.. :P