expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, September 29, 2010

Aidilfitri 2010 @ SMKAM

Satu majlis sambutan Aidilfitri 2010 peringkat SMKAM telah diadakan pada 26 September 2010.Tak perlu cerita panjang,jom layan beberapa keping gambar yang sempat dirakam.




Semoga berjumpa lagi di Aidilfitri 2011.Insyaallah.

Tuesday, September 28, 2010

Gadis mangsa pakar motivasi

IMA yang mendakwa dirogol oleh pakar motivasi menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang pakar motivasi bergelar doktor didakwa memperdaya seorang wanita muda yang merupakan pekerjanya menggunakan ilmu pukau.

Mangsa yang dikenali sebagai Ima dan berusia awal 20-an itu juga mendakwa dia dirogol oleh majikannya itu sebelum dilarikan ke Thailand untuk dikahwinkan melalui sindiket nikah.

Menurut Ima, segalanya bermula kira-kira dua tahun lalu ketika dia mula bekerja dengan sebuah syarikat motivasi di Bukit Bintang di sini.

“Saya ditawarkan untuk bekerja sebagai pembantu koordinasi program tetapi peliknya dalam pejabat yang begitu besar, hanya saya seorang pekerja,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Menurut Ima, dia mengesyaki majikannya itu menggunakan pukau kerana dia sering memintanya memandang tepat ke matanya setiap kali memujuk dan bertanya sama ada dia menyayanginya.

Selain itu, pakar motivasi itu juga sering memberinya minum air yang dicampur madu.

Selepas itu, menurut Ima, dia telah dirogol oleh majikannya sebelum dibawa ke Kedah dan kemudian ke Danok, Thailand untuk dikahwinkan secara sindiket di sebuah kedai.

Sumber:Kosmo Online 28/9/10

Monday, September 27, 2010

Lama tak 'update' blog

Salam semua blogger,

apa khabar semua?sejak dua tiga hari ni KM7 tak dapat update blog.Aduh...rindunya blogwalking.Tapi sayang seribu kali sayang,broadband KM7 tak dapat beroperasi.Bukan tak bayar bil tau!KM7 siap bayar 3 bulan sekali lagi tu.Rugilah bayar bil tapi tak boleh guna.Boleh claim balik ker?.....Jadi apa masalahnya?

Broadband C****M Km7 ni tak boleh sambung dengan internet.Call careline,diberitahu ada masalah 3G untuk 'coverage'nya. Sampai bila? tak diberitahu pula.Macam ni susahla....banyak kerja nak buat dengan internet ni telah terganggu.Nak bayar bil-bil rumah tangga dan bank2,urusan sekolah lagi dan yang penting juga nak update blog dan melawat blog rakan-rakan.....cewahhhhh terharunya.

Hari ni terpaksalah KM7 cari CC nak guna internet.Ramai betul budak2 kat CC ni.Mereka tu asyik main game jer.Kali ke 3 KM7 datang ni baru boleh guna.huhuhu....sabor jer lah.

Oklah, itu saja ringkasan luahan hati KM7.Ada sesiapa senasib?
Kepada semua pengunjung blog KM7,terima kasih kerana datang ke blog Kembaraminda7.Sudi-sudilah datang walaupun tuan rumah tak ada kat rumah.hehe...Wasalam.

Saturday, September 25, 2010

Cerita tentang hati

(foto:Google)

Banyak cerita pasal hati
suka hati,sakit hati,puas hati
kecil hati,besar hati,makan hati
semuanya pernah dirasa
oleh makhluk bernama manusia.

Pepatah ada mengatakan
rambut sama hitam tapi hati lain-lain.
benarlah ada yang terbuku di hati
lantaran kehendak hati tidak diturutkan

Ayuh bersihkan hati
dari sifat keji dan penyakit hati
semoga hati-hati kita
diselaputi keimanan dan ketaqwaan.

Followers ke 300

KM7 begitu terharu dan gembira kerana followers sudah mencecah 300 orang.Followers ke 300 KM7 ialah sarahnajwan.Terima kasih kerana follow blog kembaraminda7.Sebagai tanda penghargaan,en3 kali ini KM7 dedikasikan khas buat sarahnajwan.Jadi KM7 nak promosi blog sarahnajwan.

Haaa..tu dia tuan empunya diri.Kalau nak kenal lebih lanjut,sila ke blog beliau: sarah-najwan.blogspot.com


Blog beliau ialah Permata Hatiku.en3 barunya bertajuk kain oh kain.KM7 pun akan singgah ke blog tersebut dan menjadi followernya juga.Ok..sekali lagi terima kasih sarahnajwan.Nanti rajin2 ler ke blog KM7 ni yer.

Kepada followers KM7 yang lain,KM7 juga ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua.Anda sangat bermakna buat KM7.Terima kasih juga kepada semua pengunjung blog kembaraminda7 ini.

Selamat berblog,jumpa lagi.

Gates paling kaya di AS


NEW YORK - Pengasas firma Microsoft, Bill Gates (gambar) kekal menjadi individu paling kaya di Amerika Syarikat (AS) untuk tahun ke-17 berturut-turut dengan anggaran kekayaan AS$54 bilion (RM167 bilion).

Senarai terbaru 400 individu terkaya di AS yang diterbitkan majalah Forbes kelmarin menunjukkan anggaran kekayaan Gates, 54, meningkat AS$4 bilion (RM12.4 bilion) daripada tahun lalu.

Paras minimum kekayaan untuk seseorang individu menyertai senarai 400 orang kaya itu pada tahun ini kembali kepada syarat AS$1 bilion (RM3.1 bilion) berbanding hanya AS$950 juta (RM2.9 bilion) yang ditetapkan untuk tahun lalu.

Berada di tempat kedua ialah pelabur Warren Buffett yang mempunyai anggaran kekayaan berjumlah AS$45 bilion (RM139.29 bilion) meningkat sebanyak AS$5 bilion (RM15.47 bilion).

Pengasas Oracle yang merupakan pengasas syarikat perisian komputer, Larry Ellison berada di tangga ketiga dengan anggaran kekayaan AS$27 bilion (RM83.57 bilion).

Pewaris rangkaian pasar raya Walmart, Christy Walton menduduki tempat keempat dengan anggaran kekayaan AS$24 bilion (RM74.29 bilion). - Reuters

sumber:Kosmo online 25/9/10

* * * * * * * * * * *
Coretan KM7

1. Wah.....kayanya dia.Kita ni tak masuk senarai pun.hahhaha....

2. Jangan lupa,kita semua turut menyumbang kepada kekayaannya.Betul tak?

3. Agaknya apalah yang Gates nak buat dengan kekayaannya itu.

4. Boleh dijadikan idola untuk memajukan diri atau dengan kata lain untuk menambah kekayaan diri atau keluarga.Ingat juga....dunia hanya sementara.Kejarlah dunia tapi akhirat jangan dilupakan.Amin.....


Friday, September 24, 2010

Isteri mati, suami saman HUSM


KOTA BHARU - "Saya akan saman kerana kecuaian pihak hospital yang tertinggal kain kapas dalam rahim isteri saya selepas melahirkan anak telah menyebabkan saya kehilangan orang tersayang."

Itulah kata Musa Abdul Kadir, 44, yang mendakwa kecuaian pihak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian ketika melakukan pembedahan yang menjadi punca isterinya mati di hospital itu Selasa lalu.

Menurut Musa dari Kubang Kerian, isterinya, Aumil Khairri Abd. Razak, 44, yang melahirkan bayi keempatnya di HUSM pada pukul 7.03 malam 17 Ogos lalu mengadu sakit yang teramat di dalam perut tiga jam kemudian.

"Selepas ujian X-ray, doktor mendapati ada satu objek tertinggal di dalam perut selepas pembedahan melahirkan anak kami.

"Selepas memberi kebenaran, doktor HUSM melakukan pembedahan kedua pukul 2 petang pada 22 Ogos dan dua keping kain kapas berjaya dikeluarkan di sebelah kiri dan kanan rahim isteri saya," ceritanya lagi.

Menurutnya, pada 25 Ogos, isterinya mengalami demam panas dan meracau kerana terlalu sakit menyebabkan doktor memberinya ubat tahan sakit sehingga membawa kepada koma selama dua minggu sebelum meninggal dunia.

Sumber:Kosmo Online 24/9/10


* * * * * * * * * * *

1. Takziah kepada keluarga mangsa.

2. Semua pekerjaan ada risikonya,termasuklah di hospital.

3. Kecuaian boleh membawa padah.

4. Kita hanya merancang,tuhan yang menentukan.


Budak-budak beraya di Tadika

Budak-budak ni tak habis-habis lagi nak beraya.

sekarang beraya di tadika pula yer.hmmm

semalam Imdad beraya pula kat Tadika Nur,

bukan main suka lagi dia,pakai baju raya sekali lagi.

Fulamak...banyak betul biskut raya

macam-macam jenis ada.

habiskah makan semuanya tu?

Haaa.. seronok tengok budak-budak ni

pakai baju raya

pastu makan sama-sama.

mana cikgunya,tak makan ker..

Kecil-kecil pun dah pandai

angkat dua jari tangan tu.

budak-budak ni tahu ker apa maksudnya tu?

entahlah...nanti kita tanya sama mereka.

BE 3 Nuffnang


Hari ini KM7 mendapat BE yang ke 3
manakala BE ke2,STB GPSS LB telah pun menjadi ME.
BE ke 3 ini ialah
DiGi Postpaid YP iPhone LB.
Terima kasih kepada nuffnang dan DiGi Postpaid YP iPhone LB
kerana sudi muncul di blog KM7.
terima kasih juga kepada
semua follower dan pengunjung blog KM7.

selamat berblog.

Thursday, September 23, 2010

Perigiku tiada lagi

(foto:Google)

Syoknya mandi air perigi,sejuk dan nyaman.

Tapi sekarang ni kat mana nak cari perigi?

kalau ada pun,hanya di kampung-kampung.

Itupun tak banyak lagi perigi yang berfungsi dengan baik.


(foto:Google:perigi Hang Tuah))

Kalau dulu terkenal dengan perigi Hang Tuah,

juga perigi Mahsuri

menunjukkan betapa rapatnya hubungan perigi

dengan masyarakat Melayu.

sehingga ada peribahasa menyebut

Perigi mencari Timba.

Maksudnya perempuan yang mencari lelaki.

(foto:Google:Perigi/telaga Mahsuri)

Oh ya, di sesetengah tempat

perigi juga dikenali sebagai telaga.

Fungsinya tetap sama,membekalkan air.

kepada yang masih memiliki perigi,

jagalah dengan baik untuk

kegunaan dan tatapan generasi akan datang.

Wednesday, September 22, 2010

Al-fatihah buat 3 kematian

(foto:Google)

en3 kali ini agak suram kerana berkisar tentang kematian.Terlebih dahulu,mohon maaf sekiranya en3 pada kali ada menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.KM7 ingin berkongsi kisah kematian yang berlaku hampir serentak di kampung KM7.Berita tentang kematian tersebut KM7 perolehi setelah pulang ke kampung sebentar tadi.

(foto:Google)

Kematian 1:

Berlaku pagi semalam.Seorang lelaki tua,dalam lingkungan 70 an.Arwah meninggal dunia di sebuah kedai kopi semasa dia sedang makan pagi.Memang tidak diduga,hampir siap makan pagi,mengadu sakit dada kemudian menghembuskan nafas terakhir.(arwah tiada rekod sakit jantung)

Kematian 2:

Berlaku pagi tadi.Seorang wanita tua,rumah bersebelahan dengan lelaki tadi.Ada pertalian keluarga juga.Arwah memang sudah lama sakit.

Kematian 3:

Berlaku petang tadi.Seorang perempuan dalam lingkungan 40an.Mempunyai 9 orang anak. Kesemua anaknya masih belum berkahwin.Meninggal di rumah sendiri.


1. KM7 mengucapkan takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

2. Kematian boleh berlaku bila-bila masa.

3. Dalam kesibukan urusan seharian,marilah kita mengingati kematian juga.

4. Paling penting:Bersediakah kita untuk menghadapi MATI????


AL-Fatihah

Tuesday, September 21, 2010

Kenapa ni Chef?

(foto:Google)

Anda mesti tahu pasal kerjaya chef ni kan.

KM7 masukkan en3 pasal chef ni bukannya nak promosi

jawatan chef yang kosong ke apa.

Cuma ada 2 perkara yang sering bermain di minda ini.


(foto:Google)

1.Kenapa chef mesti pakai uniform putih,

pastu mesti ada butang

kat depan baju tu?

(kalau pakai baju macam baju raya anda yang

'colouful' tu tak boleh ker?)

(foto:Google)

2.Kenapa setiap chef mesti

memakai topi putih yang tinggi tu?

(kalau pakai topi pendek atau yang berwarna-warni

tak hensem ker?)

Harap mendapat jawapan daripada anda yang memang pakar
atau tahu menahu tentang perkara ni.terima kasih.

Cikgu....ingat saya?


"cikgu.....ingat saya lagi tak?" soalan yang penuh dengan tanda tanya

"eh...mestilah ingat" menjawab dengan selambanya

"kalau ingat,siapa saya?" masih berteka-teki

"hmmm...awak ni Rushila kan!" jawapan yang penuh keyakinan.

"bestnya....cikgu masih kenal saya lagi" menjawab dengan kepuasan dan tersenyum.


************************************

Perbualan di atas tu adalah sebahagian daripada dialog yang berlaku semasa Aidilfitri yang lalu.Sebenarnya KM7 berjumpa dengan bekas pelajar yang sudah 5 tahun meninggalkan sekolah di satu majlis rumah terbuka.Pertemuan yang tak dijangkakan!

Wah..semua dah besar sekarang yer. Maksud KM7, semua dah berubahlah,tak macam budak-budak sekolah lagi..Masing-masing sudah atau sedang melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara dalam pelbagai jurusan pengajian.Tahniah!

Berbalik kepada perbualan di atas,nampaknya KM7 masih lagi mengingati nama-nama beberapa orang pelajar tersebut.Apa tidaknya,mereka membesar di hadapan mata KM7..dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5. Apatah lagi KM7 pernah mengajar mereka semasa di tingkatan 4 dan 5.

Ok...cikgu bangga dengan kejayaan anda semua.Jadilah insan yang berguna untuk agama,keluarga,masyarakat dan negara.

Monday, September 20, 2010

Tauke Kereta ker?


Petang tadi semasa KM7 belek-belek foto lama,terjumpalah foto-foto ini.Haaa nak tahu foto apa?Foto koleksi mainan Imdad,anak sulung KM7.Sekarang ni Imdad sudah masuk 5 tahun tetapi minatnya masih lagi sama iaitu suka kepada mainan kenderaan terutamanya kereta.

Sunday, September 19, 2010

Masjid Hadhari Jerteh

KM7 bersama keluarga berkesempatan singgah di masjid Hadhari,Jerteh,Terengganu
pada hari raya yang lalu.Masjid ini terletak di bandar Jerteh.Cantik juga masjid ni.
Selesa untuk singgah bersolat.Lagipun ia terletak di pinggir jalan utama memudahkan
sesiapa saja untuk singgah.

Imdad di hadapan masjid Hadhari,Jerteh

Sebenarnya kami singgah di masjid tersebut sekembalinya
dari majlis kenduri di Jabi.
Lokasi kenduri,seperti yang terdapat dalam foto di atas.

Thursday, September 16, 2010

Aidilfitri 2010: Pertemuan yang Mendebarkan


Aidilfitri 2010:Kenapa mendebarkan KM7?Sebenarnya pada Aidilfitri kali ini KM7 berpeluang bertemu dengan rakan-rakan sekolah yang terpisah sejak 21 tahun yang lalu.Wow! satu jangka masa yang lama tu.Pertemuan kali ini berlangsung di rumah En.Azhan di Kubang Kerian.

Suami lebihkan kekasih

(foto:sebagai hiasan,Google)

1. En3 kali ini KM7 ingin berkongsi satu lagi kisah masyarakat,khususnya dalam bab perhubungan suami isteri.

2. Artikel berikut,KM7 petik daripada akhbar Utusan Online dalam ruangan keluarga berkisar tentang perlakuan suami yang mengutamakan kekasih barunya berbanding isteri dan anaknya sendiri.

3. Semoga paparan kisah ini memberikan pengajaran buat kita semua.

SEORANG isteri akan menatang suaminya bagaikan minyak yang penuh, tetapi sanggupkah suami berbuat demikian untuk isteri?

Hakikatnya jarang ditemui suami yang sanggup melakukan apa sahaja untuk isteri sedangkan isteri selalu sanggup berkorban untuk mereka.

Inilah kisah yang ingin saya kongsi bersama pembaca, kiriman seorang wanita yang hanya mahu dipanggil sebagai Maria.

Kita ikuti cerita Maria: "Saya dan suami, Norman, berumur lewat 40-an dan telah berkahwin selama 20 tahun. Kami dikurniakan dua orang anak perempuan, berumur 18 dan 15 tahun.

"Saya seorang pegawai kerajaan manakala Norman seorang pengurus di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Kami sekeluarga menginap di hotel kerana jawatan suami sebagai pengurus residen.

"Perkahwinan kami berlangsung setelah tiga tahun berkenalan. Norman seorang yang agak tampan walaupun telah berumur. Di samping itu dia mempunyai ramai kenalan terutama perempuan.

"Sejak awal perkahwinan lagi Norman telah beberapa kali membuat hubungan dengan perempuan lain tetapi tidak berpanjangan kerana saya selalu bersabar demi anak-anak yang masih kecil.

"Bagaimanapun sejak dua tahun kebelakangan ini Norman telah menjalin hubungan dengan seorang pekerjanya di bahagian jualan yang saya namakan Zann berumur dalam 30-an.

"Semuanya bermula apabila mereka kerap membuat aktiviti sukan anjuran pihak hotel. Sejak itu mereka selalu berlatih bersama terutama lepas waktu pejabat.

"Biasanya dia pergi senyap-senyap dan saya tahu pun anak-anak yang bercakap sebab nampak dia keluar memakai pakaian sukan.

"Hubungan mereka semakin rapat dan intim dari hari ke hari. Biasalah bila ada hubungan sulit telefon bimbit tidak pernah lekang dari tangan dan disorokan kerana bimbang saya ketahui rahsia mereka.

"Oleh kerana kami sekeluarga tinggal di hotel dan Zann pun bekerja di situ selalulah terserempak sama ada di dalam lif, di ruang legar hotel atau di restoran.

"Zann dengan lagaknya yang sombong dan gedik akan menjeling dan memalingkan mukanya setiap kali terserempak dengan saya.

"Jika dahulunya Norman seorang pengurus yang sungguh komited dan mengambil berat mengenai pekerja-pekerja lain tetapi akibat dari hubungan sulit itu dia menjadi sebaliknya.

"Zann juga semakin berani menelefon atau SMS (khidmat pesanan ringkas) Norman walaupun mengetahui ketika itu Norman berada dengan saya dan anak-anak.

"Ini menyebabkan Norman tidak senang duduk dan akan berpura-pura keluar untuk menjawab panggilan Zann. Saya pernah terbaca SMS cinta mereka dan saya tahu mereka selalu berhubungan dan menghabiskan masa bersama.

"Bahkan anak-anak juga tahu kerana pernah mendengar perbualan telefon ayah mereka dengan perempuan itu.

"Di samping itu saya pernah terjumpa buku cek Norman yang telah beberapa kali memberi sejumlah wang kepada Zann.

"Kawan-kawan pejabat dan hotel yang bersimpati ada menyampaikan kepada saya yang mereka pernah terserempak Norman dengan Zann keluar berdua-duaan dalam keadaan yang 'mesra'.

"Perkara ini telah beberapa kali saya minta penjelasan dari Norman sambil memberikan bukti-bukti yang ada.

"Kami pernah berperang besar dan tidak bertegur sapa selama beberapa minggu kerana perkara ini. Saya merasa sungguh sedih dan kecewa kerana dia berterusan berlaku curang pada saya.

"Mungkin Norman tidak melepaskan saya kerana menjaga statusnya sebagai pengurus hotel yang kononnya mempunyai keluarga yang bahagia.

"Pada usia yang hampir setengah abad ini saya idamkan rumah tangga yang bahagia di samping suami dan anak-anak tetapi sebaliknya hanyalah mimpi kosong.

"Lumrah kehidupan berumah tangga semasa dalam kesusahan ditanggung bersama tetapi apabila telah berjaya dan berkedudukan tinggi isteri diabaikan.

"Sebaliknya hanya keburukan dan kekurangan isteri yang dijaja. Saya sedar saya bukannya seorang isteri yang sempurna dan ada kelemahan.

"Jika saya seorang yang ingin berubah untuk memuaskan hatinya dan menyelamatkan rumah tangga kami kenapa dia juga tidak cuba berbuat demikian.

"Saya pernah memberitahu kepada keluarga mertua mengenai perkara ini tetapi mereka juga tidak terdaya menasihatkannya kerana suami menanggung hidup mereka.

"Keluarga saya pula sentiasa menasihatkan saya supaya bersabar, sembahyang dan banyak berdoa kepada Tuhan. Saya harus kuat menghadapi dugaan ini dan mungkin juga ada rahmat di sebaliknya yang saya sendiri tidak tahu.

"Sekiranya Norman membaca cacatan ini saya sangat berharap dia dapat menyelesaikan masalah rumah tangga kami dengan baik.

"Anak-anak pun semakin membesar dan faham dengan apa yang berlaku di antara ayah dan ibu mereka. Sedikit sebanyak pergolakan ini menyebabkan anak-anak menjadi muram dan terganggu pelajarannya.

"Pernahkah suami terfikir apa perasaannya sekiranya perkara ini terjadi kepada anak-anaknya pula?

"Kepada Zann tahniah kerana berjaya menghancurkan rumah tangga saya dan bakal menggugurkan status andartu.

"Tapi jangan lupa satu perkara, hidup di dunia ini tidak lama kerana akhirat juga yang kekal. Jadi beringat-ingatlah!," demikian pesanan Maria sebelum menutup ceritanya.

Kisah Maria telah banyak diperkatakan dan menjadi trend dalam masyarakat hari ini. Saya yakin masih ada jalan penyelesaian buat Maria dan Norman untuk kembali hidup normal seperti pasangan suami isteri lain.

Permuafakatan menjadi jalan terbaik memulihkan keadaan.

Sebagai suami, sampai bila anda harus mendera hati dan perasaan isteri?

Sekarang setiap ganjaran Allah bayar secara tunai, ertinya semasa hidup telah ditunjukkan, belum lagi ganjaran di akhirat kelak.

Buat perempuan yang menjadi orang ketiga itu, sudah-sudahlah mengganggu kebahagiaan orang. Jangan kerana terdesak dek umur yang lanjut anda bertindak menjadi perampas. Bukankah lebih manis jika digoda lelaki bujang?

Buat Maria, terus bersabar dan berdoa, mudah-mudahan ada keajaiban yang akan berlaku.

Menutup kata, pesanan saya, mencuba itu memang lambat tetapi Insya-Allah hasilnya membahagiakan! Salam


Wednesday, September 15, 2010

Aidilfitri 1431H penuh bererti

Inilah gambar ahli keluarga KM7 pada pagi hari raya

Selamat hari raya Aidilfitri,maaf zahir & batin

Jalan-jalan menziarahi kaum keluarga di hari raya

Foto ini dirakamkan oleh anak sulung KM7, Imdad.
Kat dalam gambar tu anak ke 2,Widad.

Kami sekeluarga semasa berhari raya

KM7 bersama isteri,Imdad dan Widad

Tuesday, September 14, 2010

BE Kedua


1. Hari ini KM7 mendapat BE yang kedua

2. BE kali ini untuk campaign STB GPSS LB

3. Terima kasih kepada Nuffnang dan STB GPSS LB yang sudi muncul
dalam blog KM7

4. Terima kasih juga kepada semua pengunjung blog KM7.
tanpa anda,siapalah KM7 di alam siber ini.

Suami tembak mati isteri kerana telur

BEBERAPA jiran dan rakan mangsa yang kena tembak
berhimpun di lokasi kejadian di Jackson, Kentucky pada Sabtu lalu.


JACKSON, Kentucky - Seorang lelaki, Stanley Neace menembak mati isterinya yang didakwanya tidak memasak telur mengikut kemahuannya pada Sabtu lalu di timur Kentucky, Amerika Syarikat.

Stanley turut menembak mati anak tirinya dan tiga lagi jirannya sebelum menembak dirinya sendiri pada waktu pagi di lokasi beberapa buah kontena yang dijadikan rumah.

Seorang saudara dua mangsa yang mati ditembak, Sherri Anne Robinson berkata, beberapa saksi memberitahunya Stanley menjadi marah kerana isterinya tidak memasak telur untuk sarapan pagi mengikut kemahuannya.

Menurut Robinson, apabila isterinya melarikan diri ke sebuah kontena jirannya, Stanley mengekorinya sebelum isterinya itu ditembak mati.

"Dia (Stanley) marah pada isterinya kerana tidak menyediakan sarapan pagi yang betul menyebabkan dia menembak mati isterinya," kata Robinson.

"Isterinya cuba melarikan diri untuk memberitahu keluarga saya tetapi dia (Stanely) menembak dua anggota keluarga saya kerana mereka mengetahui cerita sebenarnya," jelas wanita itu. - AP

sumber:Kosmo 14 Sept.10

Catatan KM7:
Begitu murah nilai nyawa manusia masa kini.
Siapa yang bersalah dalam hal ini,suami atau isteri?
KM7 rasa kedua-duanya bersalah.

Monday, September 13, 2010

Perkara tak menarik semasa hari raya

(foto:Google)

Hari raya adalah hari yang dinantikan oleh semua.Sepatutnya kita meraikan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.Bagaimanapun,ada beberapa perkara yang menyebabkan hari raya tahun ini kurang menarik;

1. Kesesakan jalan raya yang teruk.Masuk jer hari raya kedua,kebanyakan jalan raya di Kelantan sesak teruk.Ini menyukarkan urusan ziarah-menziarahi.Bayangkan untuk ke satu-satu tempat yang biasanya mengambil masa 30 minit,kini mencecah 3 jam.

2. Tetamu ramai sangat.Mungkin ada kes tertentu,bilangan tetamu yang datang dalam satu masa terlalu ramai memenatkan tuan rumah.Maklumlah tuan rumah yang popular,mesti ramai tetamu.Tahun depan dicadangkan ambil 'catering' aje ....kan senang.

3. Tidak dilayan oleh tuan rumah.Alamak ini kes memalukan.Mungkin tuan rumah tu penat melayan ramai tetamu.Tiba jer giliran kita,dia dah penat.Sepatutnya janganlah macam tu...jauh-jauh kita datang,tak dilayan pula.

4. Tak dapat duit raya.Ini kes budak-budaklah.Ada yang datang beraya tu nakkan duit raya jer.Tuan rumah pula lupa atau sengaja tak sediakan duit raya menyebabkan budak-budak ni tak seronok.Hmm tahun depan mesti budak-budak tu tak datang lagi beraya ke situ.

5. Tak cukup masa.Bagi yang dah kahwin,mesti kena bahagikan masa di rumah ibu bapa sendiri dan rumah mentua.Kalau jarak antara kedua-dua rumah tu jauh,kesianla.....tambah pula kalau cuti tak panjang.

6. Pemandu samseng.Banyak pemandu yang samseng semasa berada di jalan raya.Masing-masing nak cepat suka potong Q.Pastu kalau kita tak bagi jalan masa dia nak menyelit masuk,siap dijeling-jeling kita lagi.Tak sedar diri lah tu,dah tahu buat salah,nak marah-marah orang pulak kan.Ingat dia sorang jer ker nak cepat.

7. Tetamu atau tuan rumah banyak cakap.Ini pun perkara yang tak menarik.Letihlah dengar celoteh yang panjang-panjang.Tambahan pula kalau perkara yang diperkatakan itu tidak menarik perhatian kita.Jadilah pendengar yang setia.heheh

8. Ada lagi ker....

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

"Selamat Hari Raya Aidilfitri,

Maaf zahir dan batin."

.......daripada KM7


Wednesday, September 8, 2010

Persiapan raya di saat akhir?

(foto:Google)

1. Persiapan untuk hari raya dah beres ke?KM7 percaya ramai yang hampir beres...maknanya ada lagi yang tak beres tu.Selagi belum tiba hari raya, ada-ada saja benda yang hendak dibeli atau diselesaikan.

2. Mengapa sesetengah orang suka membuat persiapan raya di saat-saat akhir?Inilah yang akan dikongsi oleh KM7 mengikut pandangan peribadi KM7 sendiri.

a) Baru dapat cuti-sebab tu lah baru berpeluang untuk membeli-belah dan sebagainya.

b) Inginkan suasana perayaan-Kalau beli awal-awal mana best,sebab masa ni lah ramai membeli-belah,suasana lebih meriah.

c) Banyak diskaun-masa ni lah pusat beli-belah banyak tawarkan diskaun.Ada yang sampai 80 peratus.yer ke?

d) Buat kejutan-kalau siap awal-awal,contohnya mengecat rumah,potong rambut,beli pakaian,mesti orang terdekat akan tahu.jadi lebih baik buat di saat akhir untuk 'surprise'.

e) Baru dapat duit raya-kalau duit raya diberi awal-awal oleh kerajaan,mungkin ada yang gunakannya untuk perkara lain pula.

f) Ramai ahli keluarga dah balik kampung-masa ni lah seronoknya membuat persiapan raya bersama-sama.Ramai-ramai buat kerja tu,ringanlah sikit bebannya.Kalau ada yang malas nak tolong,eloklah balik kampung pagi raya tu...hehhe mesti semuanya dah beres.

g) Menambah bilangan trafik di jalan raya-sajalah nak menyibuk kat jalan raya untuk ke pusat beli belah.Tambahan pula yang beli kereta baru atau motor baru.Masa ni lah nak tayang kereta atau motor kita tu.

h) Seterusnya,harap rakan-rakan blogger yang lain jelaskan.KM7 dah habis idea.hehe Ok..selamat membuat persiapan raya,dan selamat hari raya.


Tuesday, September 7, 2010

Pertama kali dapat BE

1. Salam semua blogger dan rakan-rakan siber.Km7 percaya dalam sibuk-sibuk membuat persiapan raya,anda tidak lupakan blog kan?.Km7 pun sibuk juga ni dekat-dekat nak raya.hehhe tak tahula sibuk apa ke bendanya.

2. Hari ini sempat check nuffnang.Wah....ada sesuatu yang menggembirakan.Km7 dapat BE untuk kali pertamanya...tahniah...terima kasih nuffnang dan NIKE City LB yang sudi muncul di blog KM7.Ini adalah hadiah hari raya buat KM7.

3. KM7 mula berblog untuk suka-suka dari tahun lepas lagi.Tapi baru letak iklan nuffnang ni sejak 2 bulan lepas.Terus-terang,KM7 tak tahu sangat apa ke bendanya BE ni,tapi setelah membaca di blog rakan2 blog, maka fahamlah sikit2.

4. Terima kasih kepada semua pengunjung blog KM7 dan nuffnang.

Selamat Hari raya.Maaf Zahir Batin.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kepada semua rakan blogger,

KM7 ingin mengambil kesempatan ini

untuk mengucapkan

"Selamat menyambut hari raya Aidilfitri.

Mohon maaf zahir & batin

seandainya ada salah dan silap


sepanjang perkenalan di alam siber ini."

Sunday, September 5, 2010

Siapa nak duit raya?

(foto:Google)

1. Siapa nak duit raya?angkat tangan.....ada ker soalan macam tu ditanya pada hari raya ni? kalau ada,angkatlah tangan,baru dapat duit raya.hehe.Mesti ada yang malu-malu kucing nak angkat tangan ni,terutamanya kana-kanak kategori yang dah besar.

2. Bagi pemberi-pemberi duit raya pula,mesti sekarang ni tengah sibuk menyediakan duit raya.Persoalannya,berapa RM yer?kalau zaman KM7 kecil-kecil dulu dapat 30 sen pun dikira banyak dah tu.Budak-budak sekarang dapat seringgit pun siap komen lagi.ishh tak baik tu.Sebagai orang dewasa,eloklah bagi nasihat kat budak-budak tu supaya bersyukur dengan jumlah yang diterima tu.

3. Jangan pula ada kes nak menunjuk-nunjuk.Yer lah masing-masing berlumba-lumba nak bagi duit raya yang paling banyak.Kalau orang lain bagi RM2,kita bagi RM3.Kalau macam ni,boleh pokai la...tapi kalau mampu,bagi jer lah.Kanak-kanak mesti suka tu.

(foto:Google)
4. Satu hal lagi bab memilih sampul duit raya.Maklumlah kat pasaran sekarang ni macam-macam jenis sampul duit raya ada.Daripada yang paling kecil sampailah yang paling besar.Fungsinya sama jer...untuk masukkan duit raya.

5. Kenapa mesti guna sampul yer?Mesti kes tak mau orang tahu jumlah duit raya yang dihulurkan.Tambah-tambah pula kalau RM sikit jer dalam sampul tu.Tapi kalau RM besar dalam sampul tu,bagus juga.Sekurang-kurangnya dapat mengelakkan rasa tidak ikhlas atau riak dalam diri pemberi.

6. Sekarang ni pun dah ada yang tempah sampul duit raya sendiri.Siap ada foto,nama dan alamat pemberi duit raya lagi.masing-masing punya kreativiti la tu...Ikhlas ker tidak pemberian tu,tuhan saja yang tahu.

7. Kalau anak-anak kita dah terima banyak sampul duit raya tu,bolehlah dibuat hobi baru,kumpul sampul duit raya.Budak-budak ni kalau tak diberitahu,mesti dibuangnya sampul tu setelah diambil wang di dalamnya.Satu perkara lagi,sampul tu juga boleh diguna semula untuk diberi kepada orang lain pula.itu namanya tidak membazir..kan!

(foto:Google)
8. Sesungguhnya kanak-kanaklah yang paling gembira pada hari raya.Selain berpakaian baru,mereka juga telah dibiasakan dengan pemberian duit raya.Ingatkan anak-anak agar tidak mengamalkan budaya meminta duit raya.Malunya...kalau anak-anak meminta duit raya daripada tuan rumah yang kita kunjungi itu.Pesanlah juga kepada anak-anak agar mereka menyimpan duit raya tu untuk kegunaan masa depan.

9. Kenapa acara pemberian duit raya tidak dijalankan kepada golongan dewasa?heheh kalau ada kan bagus...mesti raya bertambah meriah.Kalau tak percaya cubalah......

Oklah KM7 mohon maaf kalau coretan pada kali ini ada yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.Selamat hari raya!

Thursday, September 2, 2010

Berbuka puasa @ SMKAM

Majlis berbuka puasa di SMKAM telah diadakan pada 1 September 2010.Gambar kat atas tu, KM7 bersama-sama dengan rakan sekerja.

Suasana dalam dewan AL-Ghazali SMKAM sebelum majlis berbuka puasa bermula.

Para tetamu,hadirin dan pelajar dalam majlis berbuka puasa di SMKAM.


Selesai majlis berbuka puasa,solat Maghrib berjemaah dan diikuti solat Isyak dan Tarawih bertempat di dataran perhimpunan SMKAM.