Tuesday, September 21, 2010

Cikgu....ingat saya?


"cikgu.....ingat saya lagi tak?" soalan yang penuh dengan tanda tanya

"eh...mestilah ingat" menjawab dengan selambanya

"kalau ingat,siapa saya?" masih berteka-teki

"hmmm...awak ni Rushila kan!" jawapan yang penuh keyakinan.

"bestnya....cikgu masih kenal saya lagi" menjawab dengan kepuasan dan tersenyum.


************************************

Perbualan di atas tu adalah sebahagian daripada dialog yang berlaku semasa Aidilfitri yang lalu.Sebenarnya KM7 berjumpa dengan bekas pelajar yang sudah 5 tahun meninggalkan sekolah di satu majlis rumah terbuka.Pertemuan yang tak dijangkakan!

Wah..semua dah besar sekarang yer. Maksud KM7, semua dah berubahlah,tak macam budak-budak sekolah lagi..Masing-masing sudah atau sedang melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara dalam pelbagai jurusan pengajian.Tahniah!

Berbalik kepada perbualan di atas,nampaknya KM7 masih lagi mengingati nama-nama beberapa orang pelajar tersebut.Apa tidaknya,mereka membesar di hadapan mata KM7..dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5. Apatah lagi KM7 pernah mengajar mereka semasa di tingkatan 4 dan 5.

Ok...cikgu bangga dengan kejayaan anda semua.Jadilah insan yang berguna untuk agama,keluarga,masyarakat dan negara.

5 comments:

Izzat said...

salam cikgu... cikgu.. ingat sy lagi tak? hehe.. dengan confirm dan konfidennya mesti cikgu ingat sy la... hehe.. sebab setiap kali jumpa, cikgu kenal je muka n nama sy.. huhu.. tp kita x sempat jumpa la masa kt umah cikgu khamsah tu, mungkin kami terlewat skit je kot.. rugi x sempat jumpa cikgu..

Cikgu Nurin said...

ermmm...best dapat jumpa bekas anak muridkan?

( baru dapat balas kunjungan,streamyx sangat sangat lembab)

faten liyana said...

lagi best cikgu ingt nama penuh sya~!..heheheh..metsi la cikgu ingt kami semua..cikgu dulu guru kelas kami yg best~!!...

thumbs up~!

KM7 said...

To:Izzat
sy kenal awk,takpe x sempat jumpa hr tu,lain kali blh jumpa lg...

To:cikgu Nurin
erm..best juga.lagi best klu bekas ank murid masih kenal kita.

To:faten
u all mmg anak murid yg best...

nur said...

bagus betul ingatan cikgu.. saya ni susah mengingat nama org.. muka bolehla cam


nuffnang bagi cek?