Sunday, September 5, 2010

Siapa nak duit raya?

(foto:Google)

1. Siapa nak duit raya?angkat tangan.....ada ker soalan macam tu ditanya pada hari raya ni? kalau ada,angkatlah tangan,baru dapat duit raya.hehe.Mesti ada yang malu-malu kucing nak angkat tangan ni,terutamanya kana-kanak kategori yang dah besar.

2. Bagi pemberi-pemberi duit raya pula,mesti sekarang ni tengah sibuk menyediakan duit raya.Persoalannya,berapa RM yer?kalau zaman KM7 kecil-kecil dulu dapat 30 sen pun dikira banyak dah tu.Budak-budak sekarang dapat seringgit pun siap komen lagi.ishh tak baik tu.Sebagai orang dewasa,eloklah bagi nasihat kat budak-budak tu supaya bersyukur dengan jumlah yang diterima tu.

3. Jangan pula ada kes nak menunjuk-nunjuk.Yer lah masing-masing berlumba-lumba nak bagi duit raya yang paling banyak.Kalau orang lain bagi RM2,kita bagi RM3.Kalau macam ni,boleh pokai la...tapi kalau mampu,bagi jer lah.Kanak-kanak mesti suka tu.

(foto:Google)
4. Satu hal lagi bab memilih sampul duit raya.Maklumlah kat pasaran sekarang ni macam-macam jenis sampul duit raya ada.Daripada yang paling kecil sampailah yang paling besar.Fungsinya sama jer...untuk masukkan duit raya.

5. Kenapa mesti guna sampul yer?Mesti kes tak mau orang tahu jumlah duit raya yang dihulurkan.Tambah-tambah pula kalau RM sikit jer dalam sampul tu.Tapi kalau RM besar dalam sampul tu,bagus juga.Sekurang-kurangnya dapat mengelakkan rasa tidak ikhlas atau riak dalam diri pemberi.

6. Sekarang ni pun dah ada yang tempah sampul duit raya sendiri.Siap ada foto,nama dan alamat pemberi duit raya lagi.masing-masing punya kreativiti la tu...Ikhlas ker tidak pemberian tu,tuhan saja yang tahu.

7. Kalau anak-anak kita dah terima banyak sampul duit raya tu,bolehlah dibuat hobi baru,kumpul sampul duit raya.Budak-budak ni kalau tak diberitahu,mesti dibuangnya sampul tu setelah diambil wang di dalamnya.Satu perkara lagi,sampul tu juga boleh diguna semula untuk diberi kepada orang lain pula.itu namanya tidak membazir..kan!

(foto:Google)
8. Sesungguhnya kanak-kanaklah yang paling gembira pada hari raya.Selain berpakaian baru,mereka juga telah dibiasakan dengan pemberian duit raya.Ingatkan anak-anak agar tidak mengamalkan budaya meminta duit raya.Malunya...kalau anak-anak meminta duit raya daripada tuan rumah yang kita kunjungi itu.Pesanlah juga kepada anak-anak agar mereka menyimpan duit raya tu untuk kegunaan masa depan.

9. Kenapa acara pemberian duit raya tidak dijalankan kepada golongan dewasa?heheh kalau ada kan bagus...mesti raya bertambah meriah.Kalau tak percaya cubalah......

Oklah KM7 mohon maaf kalau coretan pada kali ini ada yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.Selamat hari raya!

3 comments:

::cikserai:: said...

nak duit raya..nak duit wane pepel 3 keping pon ok!!

padin said...

salam kembara
hehe.. betul tu dulu memang seronok dapat duit raya ekekee, tak kire bape dapat, tapi tetap seronok,

tapi sekarang ni bertukar status dah ekekee bukan lagi penerima tegar, tapi akan jadi pemberi tegar plak ekekee

Abd Karim MJ said...

Salam Bro...

Sebenarnya bagi duit raya nie adat jer.. tak lebih sebagai satu sedekah jer.. dulu2 ingat lagi masa saya kecik2.. masa tu tak ada duit raya mcm skrg... cuma kitaorang nak cari kuih raya yang sedap dan air ais yang sedap.. kalau ada halwa buah lagi best time tu... tak lama lepas tu ada bagi2 duit... paling banyak collection pon dalam 10 ringgit mcm dah 100 ringgit time tu.. buat simpan kat BSN atau tabung haji... sekarang nie dah jadi kebiasaan pulak.. apa apa pon buatlah secara berhemah... demi mencapai keradaan ALLAH... niat tu penting.. ikhlas dalam memberi sedekah...