Wednesday, October 13, 2010

Berkongsi nombor PIN kad ATM?

(foto:Google)


1. KM7 percaya semua kenal kad ATM.Mustahil anda tidak memiliki sekurang-kurangnya satu kad ATM.Kebanyakan individu masa kini memiliki lebih dari satu kad ATM termasuklah kad-kad kredit,kad-kad debit, dan pelbagai nama bagi wang plastik ini.

2. Persoalannya di sini ialah patutkah kita berkongsi nombor PIN kad-kad tersebut dengan orang-orang tersayang?.Contohnya antara suami dengan isteri,ibu bapa dengan anak-anak, atau antara kekasih?

3. Memang kita tidak boleh mendedahkan nombor PIN tersebut sewenang-wenangnya. Namun sedarkah kita malang tidak berbau, atau kematian boleh berlaku bila-bila masa.Jadi segala 'kekayaan' dalam akaun bank yang kita ada itu akan ke mana pula nanti seandainya kita telah tiada lagi di dunia ini.Mungkin akan mengambil masa untuk mengeluarkannya kerana ada beberapa prosedur yang perlu dipatuhi.Alangkah baiknya kalau orang tersayang yang memerlukan wang itu boleh mengeluarkannya juga apabila kita sudah tiada lagi, untuk kegunaan persekolahan anak-anak dan sebagainya.

4. KM7 percaya ramai yang tidak terfikir tentang hal ini termasuklah KM7 sendiri.Tapi bersediakah kita untuk berkongsi nombor PIN ini?Barangkali boleh dipertimbangkan seandainya kita menaruh sepenuh kepercayaan kepada orang yang kita percayai itu.Banyak juga faktor yang perlu diambilkira sebelum kita berkongsi nombor PIN ini.

5. Anda pula bagaimana?


11 comments:

Mila said...

Buat masa ni memang Mila kongsi no pin ngan asben.. Cuma Mila ada on9 banking jadi boleh pantau keluar masuk duit tu....
http://abahmila.blogspot.com/

Kalamhati said...

suami ngan isteri ok kot..sbb ramai isteri yg suaminya tukang cucuk duit utk isteri..hehe

BeaN MorENo said...

tak perlu kongsi...saya dah pernah terkena zaman sekolah dulu bila orang rembat duit saya

kakyon said...

kalau suami isteri..tak salah rasanya..

gnesop.com said...

isteri sop selalu tolong keluarkan duit dr atm.. comfirm dia tahu.. huhuhuh

RAFHAN ~peace~ said...

sy rase lebih baik jgn.. untuk elakkan pergaduhan..

Khairy said...

ada bagus dan tak bagus nya, kalu nak juga seperti kata penulis ditimpa malang ke atau musibah. Better do akaun ke-3 untuk keselamatan. Akaun ke-3 ni semua orang boleh akses...tapi hanya keluarkan bila emergency saja la

S..U..D..@..I..S said...

ada kelebihan dan keburukannya...setuju dengan khairy

Sham said...

pin isteri saya, saya tau...pin saya, isteri saya tak tahu...heh..

Permata Hijrah said...

rasanya perlu kongsi ngan isteri or mak ayah... rase sy takde masalah ngan tu...:)

hani said...

lebih baik berkongsi..klu suami istri la...
klu jadi apa2 kat suami tak de la si istri ni mengelabah klu nak guna duit..