expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, October 5, 2010

Harga rokok naik 63 sen

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah menaikkan kadar duti eksais bagi rokok sebanyak tiga sen sebatang, berkuat kuasa 1 Oktober lalu.

Dengan kenaikan kadar duti eksais itu, amaun kenaikan cukai bagi sekotak rokok 20 batang ialah kira-kira 63 sen, iaitu 60 sen daripada duti eksais dan tiga sen daripada cukai jualan, demikian menurut satu kenyataan daripada Kementerian Kewangan di sini semalam.

Kenyataan itu mengesahkan laporan sebelum ini tentang kenaikan cukai itu. Sebelum ini, kadar duti eksais bagi rokok ialah 19 sen dan 20 peratus sebatang.

Kenyataan yang sama berkata, kenaikan itu adalah selaras dengan komitmen kerajaan di bawah Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Dunia.

Melalui komitmen itu, kaedah percukaian dan kawalan harga merupakan langkah penting dan berkesan dalam mengawal penularan gejala merokok, terutama di kalangan remaja.

KosmoOnline....5/10/10


5 comments:

  1. eemmmnaik 20 ringgit sekotak pun,kalau yang degil tu,beli gak...tahan tak makan,dari tak beli rokok tuh...

    ReplyDelete
  2. kenapa tak haramkan je terus kan? huhu..

    ReplyDelete
  3. hahaha..citer pasal rokok nek hrga.ala,gomen pya strategi bkn nak bg owg henti,tp nak bg tax naik jer.

    ReplyDelete
  4. Saya bukan perokok, tapi saya percaya walau berapa banyak harga rokok naik sekalipun si perokok tetap membelinya juga... tengok ajer Mat Pit sebagai contohnya.

    PapaBlogger

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.