Wednesday, October 6, 2010

Selipar Kahwin dan Lesen P

Salam semua.Apa kaitan tajuk kat atas tu?apa kena mengena dengan gambar selipar tu pula?Inilah yang KM7 nak ceritakan dalam en3 pada kali ini.Malam tadi KM7,isteri dan anak-anak nak pergi shopping la kononnya....kat mana?dekat jer...kat Mydin di Kubang Kerian. Sibuk-sibuk bersiap, anak-anak masuk kereta lebih awal.Sampai kat sana,alamak.... baru perasan yang anak perempuan,Widad telah memakai selipar kahwin.....gambar kat atas tu lah selipar yang dipakainya.Selipar kahwin tu maksudnya selipar sebelah kiri lain, sebelah kanan lain.Jangan salah faham,bukan selipar yang dipakai masa nak kahwin yer...

Habis tu camana ya...kalau perkara ni berlaku kepada anda,apa nak buat?ha...penyelesaiannya,terpaksalah beli selipar baru.Tengoklah selipar baru Widad tu KM7 beli di kedai Zon Ria berdekatan Mydin.Harganya RM 4.90.Siap ada kartun Dora lagi tu.Tak pasal-pasal dapat selipar baru pula Widad malam ni.Si abangnya Imdad pun sibuk mencuba beberapa pasang selipar,nak beli baru juga konon.Tapi akhirnya KM7 tak belipun untuk dia...kesian....

Satu episod yang menyakitkan hati KM7 malam tadi pasal tuan punya sebuah kereta Wira yang parking sebelah kereta KM7.Punyalah tak belajar sivik si pemandu kereta ini,parking sangat rapat dengan kereta KM7 sehingga KM7 nak masuk ke dalam kereta pun tak boleh.Jarak keretanya dengan kereta KM7 cuma dipisahkan cermin sisi kereta jer.Habis macamana nak masuk ni?Terpaksalah KM7 masuk melalui pintu kiri kereta.Cuba anda bayangkan betapa 'hot'nya KM7.Nasib baik tak bawa kamera,kalau tidak, adalah gambar kereta tu dalam blog ni.....
Oh....rupa-rupanya pakai lesen P lagi pemandu ni.Buktinya terdapat 'sticker' P pada keretanya.Mungkin masa ambil lesen dulu, tak belajar cara parking kereta yang tidak akan menyusahkan orang lain.Atau memang dia seorang yang b***h!!!!

Untuk menghilangkan stress,kitorang singgahlah kat restoran RFC...apa tu?ha...itulah restoran Radix Fried Chicken....ala..ayam organik tu...eh...promosi pula.Tak boleh cerita banyak2 kat sini pasal RFC ni,lain lah kalau dibayar komisyen kat KM7 untuk promosi.hahaha...

Oklah,semoga kisah benar pada kali ini memberi pengajaran yang berguna buat kita semua.

2 comments:

Cikgu Nurin said...

saya pernah pakai kasut kawin semasa g kuliah...bayangkan sepanjang kuliah kasut bertumit tinggi satu putih,satu maroon...pakai pulak skirt labuh...selipar tak der dalam kereta...samai sekarang lect. saya dok kutuk...aduii...( ada dalam entri...)

KM7 said...

To:cikgu Nurin

alamak...lawak betul la...heheh
mesti lucu kan...