expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, December 25, 2010

Budak Tahun 1 dan Tingkatan 1

Assalamualaikum dan salam ceria.

Seminggu lagi sekolah akan dibuka.
Siapa yang tak lena tidur sekarang?
adakah cikgu-cikgu?ibu bapa atau budak-budak sekolah?
haa..pastinya budak-budak yang baru
nak masuk sekolah tahun depan.
Khususnya yang baru masuk tahun 1 dan juga tingkatan 1.

Seperti kelaziman budak-budak ni
tak sabar-sabar nak masuk sekolah baru mereka.
Hari-hari cuba baju sekolah baru.
Sebab itulah ada kalangan ibu bapa
yang beli uniform sekolah anak-anak mereka
last minute.

Tapi budak-budak sekarang
dah biasa dengan sekolah tadika dan seumpamanya.
Jadi apabila masuk tahun satu ni
taklah takut sangat.
Tak macam kita dulu-dulu....
masuk darjah satu tu macam sesuatu yang asing.
Maklumlah darjah satu baru kenal dunia persekolahan.

Masuk 2011 ni ibu bapa pun tak kurang sibuk,
terutama bagi yang anak-anak mereka baru masuk sekolah.
Hari pertama persekolahan nanti
boleh tengoklah macam-macam kerenah anak-anak ni.
ada juga kes ibu bapa pun kena masuk kelas
juga bersama anak-anak.
sabar je lah...

Apapun,KM7 ingin mengucapkan
selamat masuk ke sekolah baru
bagi murid-murid tahun 1 dan tingkatan 1.

4 comments:

  1. tak seronok la masa tingkatan satu dulu.. sebab dah tak de kawan2 lama..semua masuk kelas lain..hehhe

    ReplyDelete
  2. kawan2 baru tu lama2 sksn jadi kawan lama kita jugs.hehe..

    ReplyDelete
  3. Saya pun tak lena tidurlah.Tak sabar nak jumpa anak-anak murid baru, nak dapat buku2 baru, tugas2 baru.

    ReplyDelete
  4. betul tu tak lena tidur di buat nya anak nk masuk tahun 1...hari2 dia cuba kasut tuh..sampai nk hitam dah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.