expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, December 30, 2010

Kedai alat tulis kena serbu

Assalamualaikum dan salam ceria.

Hari ini KM7 sempat ke
beberapa buah kedai alat tulis.
Sajalah nak beli beberapa benda
sempena nak buka sekolah ni.

alamak...ramainya  budak-budak
sekolah dan ibu bapa masing-masing
kat kedai buku dan alat tulis ni.
Nampak meriah jer.
Masing-masing sibuk membeli kelengkapan
sekolah yang baru.

Persoalannya,
setiap  kali nak buka sekolah kena beli
alat tulis yang baru ker?
Kalau anak seorang dua ok lagi la..
tapi kalau anak yang bersekolah sampai 5 atau 6 orang tu
boleh tahan juga ibu bapa kena cari duit...

Budak-budak sekarang ni pun
satu hal juga.
asal saja tahun baru,
mesti mahukan kelengkapan sekolah yang baru.
Kalau mereka tu rajin belajar dan
sering dapat markah tinggi pasti ibu bapa
tak keberatan memenuhi keperluan mereka tu.
Tapi bagi yang tak seberapa dalam pelajaran...
hmmm kesian....

apa-apapun berbelanjalah mengikut kemampuan.
anak-anak perlu dididik agar tidak membazir.
Bukan kita tidak mampu untk membeli,
tapi untuk mendidik mereka agar
menghargai apa yang ada...

2 comments:

  1. Kalau yang lama masih boleh digunakan, tak yah lah beli baru.Tapi ibu bapa sekarang ramai yang ikuuuutt je cakap anak.Kalau ada duit ok jugak.Kalau takde kan dah menyusahkan.Yg penting belajar kena betul2.

    ReplyDelete
  2. dulu adik saya kan..nak buka sekolah
    saya beli sekotak pensil sekotak pen..
    untuk setahun..siap pesan kat mak kalau dia mintak duit nak beli alat tulis jangan bagi duit sebab saya dah sediakan semuanye untuk bekalan setahun..
    hahhah..
    mujur adik saya pandai..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.