Tuesday, December 7, 2010

Memaksa atau memberi pilihan?

Assalamualaikum,salam ceria dan selamat
menyambut Maal Hijrah 1432.Ada azam baru?

Kali ini kita berbicara tentang memaksa atau memberi pilihan.
Dalam sesuatu perkara kita tidak terlepas
dari memaksa/dipaksa dan memberi/diberi pilihan.

Kalau diberi pilihan
memang seronok memaksa
kerana ia menjadikan kita seperti bos
atau seseorang yang berjaya mengarah

Tapi kalau dilihat di sudut psikologi
memberi pilihan itu lebih baik.
Contohnya dalam hal perkembangan emosi anak-anak.
Berilah peluang kepada anak-anak untuk
membuat pilihan minat dan kerjaya mereka.

Kalau anak-anak ini diasuh dengan cara
sering dipaksa untuk melakukan sesuatu perkara,
Mungkin perkara yang dilakukan oleh mereka
seperti melepaskan batuk di tangga.
Dibuat dengan tidak sepenuh hati.

Bagaimanapun dalam hal-hal tertentu
paksaan juga perlu...
Contohnya hal-hal berkaitan agama seperti solat,
puasa,menutup aurat dan sebagainya.

KM7 percaya setiap ibu bapa
ingin melihat anak-anak mereka cemerlang
bukan saja dalam hal-hal  keduniaan tetapi juga
hal-hal berkaitan agama dan akhirat.
Jadi buatlah pertimbangan yang sepatutnya.

4 comments:

ahsfantasy24 said...

ckgu, salam tahun baru. Moga tahun ini, lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya,dan menjadikan tahun ini sebagai asas untuk kte lebih baik pada tahun-tahun selepasnya.. <3

ssuatu yg mndesak akn mmbuahkan kputusan terdesak.. elakkan mmaksa, hehe..

KM7 said...

ahsfantasy24,
terima kasih.
selamat tahun baru 1432

caera puttih said...

salam..sedey bace entry nie..sbb sy dalam situasi tu..btw..sy suke entry nie..

penaberkala said...

salam maal hijrah 1432H ckgu
semoga tahun baru yg mendatang ni, lebih baik hendaknya,amin

selaku seorang anak, pada pendapat saya kedua-dua elemen ini penting
memaksa dan memberi pilihan

utk perkara2 tertentu, perlu berkeras dan memaksa agar kami anak2 akan patuh dan tidak lalai

dari sudut pilihan, mungkin perbincangan/musyawarah itu lebih baik. jgn jadikan keputusan memilih terletak di bahu ibubapa semata-mata secara mutlak

sekadar pandangan peribadi