Saturday, July 31, 2010

Jom kutip durian

Makan durian memang best
tapi kutip durian lagi....best.
hari ini KM7 sempat balik kampung
pergi ke kebun durian.

Itu antara buah-buah durian yang dikutip hari ini
Taklah banyak sangat
tapi cukuplah untuk makan-makan hari ini.
Silalah makan..jangan malu-malu pula.

Budak-budak pun suka kutip durian ni
tengoklah anak buah KM7 tu
bukan main gembira lagi jumpa buah durian
awas...nanti gugur pula buah durian kat atas tu.
lain kali kena pakai helmet baru selamat.

alamak...cuba lihat kat dahan tu
rupa-rupanya ada makhluk lain bersarang di situ.
jangan kacau kami sebab kami tak kacau kamu.
Hehe...lain kali kita pergi kutip durian lagi ya.

Friday, July 30, 2010

Setem02:Colombia

004
Kali ini mari kita sama-sama ke Colombia
tengok tu...hipopotamo yang kacak
senyum lagi tu kat anda semua
setem ini dah lama tau...1980

005
Wah...kereta proton SAGA edisi pertama
kalau dulu,berebut-rebut nak tengok kereta ni di jalan raya
maklumlah,kereta buatan Malaysia yang pertama.
Berbeza sekali reka bentuknya dengan yang terkini
itulah peredaran zaman namanya.
Setem 1985 ini ada nostalgia kepada negara.

006
Mari kita tengok setem dari Thailand pula
KM7 tak tahu sangat nak ulas
jadi layan sendirilah setem 1.25 baht itu.

007
Rafflesia hasseltii
Bunga ni banyak kat Sabah.
cantikkan bunga ni.
setem dulu-dulu ada yang bernilai 1 sen
sekarang ni ada tak?

ok,setakat ini saja kali ini.Lain kali kita tengok setem lain pula ya.

Thursday, July 29, 2010

Sepi dan Terpinggir Aku

Sepi dan terpinggir aku
jauh dari kesibukan kota
merantau ke ceruk desa
tidak dipedulikan sesiapa
Biarpun begitu aku mampu berbangga
kerana bisa berbuah subur


sepi dan terpinggir aku
tatkala berbunga kembang
biarpun tidak seharum flora indah
namun tetap berbangga
kerana mampu menyerikan alam ini

sepi dan terpinggir aku
tidak mampu untuk bersuara
tidak mampu menahan waktu
tatkala kehijauan dedaunan itu
bertukar wajah


sepi dan terpinggir aku
di celah rimbunan alam
menggamit seribu pengertian
hakikat sebuah kewujudan
menagih seribu janji
hakikat sebuah kedamaian


nukilan:KM7
29 Julai 2010

Usah abai tugas di sekolah bila sudah berpolitik

PEMBABITAN guru dalam arena politik tanah air bukanlah sesuatu yang baru. Ketika era sebelum kemerdekaan, guru adalah pemimpin politik yang aktif di pelbagai peringkat, tidak kira di kampung mahupun bandar. Sebagai golongan yang rapat dengan masyarakat, mendidik anak watan dan dianggap terpelajar pada ketika itu, pendapat dan pandangan mereka cukup berpengaruh dan dihormati. Profesion keguruan disanjung tinggi sehingga ke hari ini, walaupun kadang-kadang mereka berdepan dengan pelbagai tohmahan dan cabaran. Keputusan kerajaan membenarkan semula guru atau pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah Gred DG41 hingga DG48 bergiat kembali dalam arena politik seperti diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan, kelmarin tentunya disambut baik semua pihak, khususnya pendidik. Langkah itu membuka peluang kepada mereka bertanding, dilantik atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik, berkuat kuasa 1 Ogos ini. Ketika ini, hanya pegawai dalam kumpulan sokongan saja yang boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik memegang jawatan dalam parti, dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan. Tidak dinafikan, memang ada guru bergiat dalam politik secara diam-diam bagi mengelak sebarang tindakan dikenakan. Ia berdasarkan kepada Peraturan 21(2) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Dengan kelonggaran ini, 140,000 guru kini dibenarkan aktif dalam politik selepas 17 tahun mereka tidak membenarkan berbuat demikian. Kita percaya ramai di kalangan guru yang berminat mempunyai bakat besar dalam bidang politik tetapi terhalang oleh peraturan yang ditetapkan. Rata-rata guru dalam kategori gred itu berkelulusan tinggi, berpengalaman dan mempunyai banyak idea untuk disumbangkan kepada masyarakat melalui saluran politik. Guru adalah golongan paling rapat dengan generasi muda iaitu murid dan pelajar di sekolah. Keadaan itu membolehkan mereka menyampaikan mesej, dasar serta aspirasi negara dengan lebih mudah. Guru juga lebih dekat dengan masyarakat dan dapat melaksanakan serta merancang pelbagai aktiviti bersama penduduk setempat.

Bagaimanapun, kebenaran yang diberikan tidak bermakna mereka boleh mengabaikan tugas hakiki sebagai pendidik. Guru harus sentiasa bersikap profesional dalam menjalankan tanggungjawab dan tidak terbawa-bawa dengan kecenderungan berpolitik hingga ke sekolah. Kita bimbang, jika terlalu ghairah berpolitik dan gagal mengimbangi keadaan ini, yang akan rugi adalah pelajar dan anak bangsa sendiri. Mereka juga tidak wajar menghasut atau mempengaruhi pelajar supaya menyokong mana-mana parti. Sikap mencampuradukkan politik dengan tugas sebagai pendidik akan menjejaskan pelajaran pelajar dan masa depan mereka. Jika itu berlaku, ibu bapalah yang paling runsing dan kecewa. Walau apapun pegangan dan fahaman politik seseorang guru, mereka perlu melaksanakan agenda kerajaan atau pemerintah semasa. Jika ia gagal dilaksanakan akibat terlalu ghairah berpolitik, agenda pembangunan mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Guru dilihat sebagai golongan yang memiliki integriti. Selain itu, kita juga tidak mahu profesion guru tercemar dengan gejala politik wang serta perebutan jawatan secara keterlaluan.

Berita Harian:29 Julai 2010

Tuesday, July 27, 2010

Setem01:Punai Tanah

001
Setem sangat penting suatu ketika dulu sebab ramai yang suka mengutuskan surat.Sekarang rasanya tidak semeriah dulu dalam bab2 surat ni.Ramai yang suka email dan sms sahaja.Bagaimanapun fungsi setem masih penting,selain urusan pos,ia juga boleh melambangkan identiti sesebuah negara,mahupun sesuatu peristiwa penting yang berlaku.Kali ini KM7 masukkan setem Punai Tanah,baru lagi ni...tengoklah cantikkan setem ini.Terima kasih kepada Pos Malaysia atas inisiatif mengeluarkan setem-setem yang banyak info ini.

002
Setem ini pula menggambarkan suasana dalam hutan.Nampak tu 2 ekor tapir sedang mencari makanan,atau mungkin sedang melihat habitat mereka dicerobohi.Kesian...Nampaknya setem juga boleh memberi pengajaran yang berguna secara tersirat kepada mereka yang sedar.Jadi selepas ini,apabila membelek-belek setem tu,fikir-fikirkanlah mesej yang ingin disampaikan.

003
KM7 rasa setem ini anda semua sudah biasa tengok,kan?Gambar kelapa sawit itu menunjukkan ia adalah salah satu komoditi penting sektor pertanian negara yang menyumbang kepada ekonomi negara.Oklah, rasanya cukup setakat ini dulu N3 kali ini.Lain kali,KM7 akan berkongsi setem-setem lain pula.

Sunday, July 25, 2010

Pokok Putat


Kali ini KM7 ingin membawa anda semua melihat-lihat kehijauan alam.Nampak tak pokok yang besar itu?.Itulah pokok putat.Kegunaan pokok ini,pucuknya boleh dibuat ulam,makan dengan budu.Macamana nak ambik daunnya kalau dah tinggi begitu?

Saturday, July 24, 2010

Urut Kaki @ Keli Tasik Dayang Bunting

Memang best kalau kaki diurut.Apatah lagi diurut oleh ikan-ikan keli yang jinak.Tidak dinafikan,sebelum mencubanya pelbagai tanggapan muncul di minda,risau digigit atau mungkin kegelian.Awas! tidak semua keli jinak.Keli-keli yang mahir mengurut kaki dan jinak ini terdapat di tasik Pulau Dayang Bunting,Langkawi.

Memang best...belum cuba belum tahu.Tengoklah kanak-kanak pun tidak melepaskan peluang.

Sesiapa yang berkunjung ke tasik pulau Dayang Bunting Langkawi,
jangan lepaskan peluang ini.

Sambil kaki diurut,anda boleh menikmati keindahan tasik dan pulau ini.

Thursday, July 22, 2010

Pokok Duit-duit


Orang kata ini pokok duit-duit.Betul ker?
Rasanya betullah tu. Tengok pada bentuk pun macam duit syiling.

Tuesday, July 20, 2010

Selamat Hari Jadi KM7

Selamat hari lahir KM7.
Pada sambutan hari kelahiran ini,KM7 berdoa semoga hidup diberkati, diberi kesihatan
yang baik dan dimurahkan rezeki yang halal.

Monday, July 19, 2010

Jam Antik Ayah


Jam antik milik ayah KM7 ini sudah melebihi 40 tahun usianya. Sekarang dah tak berfungsi,simpan dalam stor saja.

Saturday, July 17, 2010

Pesta Wau Jemputan Antarabangsa Kelantan

Tapak Pesta Wau Jemputan Antarabangsa Kelantan di Pantai Irama Bachok

Birthday Imdad

16 Julai 2010.Selamat Hari Jadi yang kelima buat anak sulung KM7,Imdad Sidqi.
Sambutan ini dibuat kat kampung KM7.
Tak lama lagi birthday KM7 lah pula.Kami sambut birthday sama bulan Julai.

Potong kek tu Imdad....jangan tak potong pula

Mana seorang lagi anak KM7?Ada...sedang tidur tu...

Kebetulan pula hari ini juga diadakan majlis bercukur
untuk anak saudara KM7 yang baru.
Namanya Nur Aimi Husna.

Itu adalah sebahagian daripada hidangan untuk tetamu
bagi majlis bercukur.

Tuesday, July 13, 2010

Kecil tetap berseri


Lihat sajalah flora di atas,mungkin biasa bagi anda. Bagi KM7,biarpun flora ini bersaiz kecil, namun ia tetap berseri.Ditambah pula dedaun yang menawan.Namanya?KM7 tidak pasti.Kalau ada rakan blogger yang tahu,bolehlah maklumkan.

Friday, July 9, 2010

Tapai daun getah

Inilah tapai daun getah.Bukan musim raya saja boleh makan
tapai ni, bila-bila masa pun boleh.


Nak sedap lagi,simpan dulu dalam peti sejuk,

Asal-usul bungkusan daun getah tu,KM7 belum selidik lagi.
Tapi sekarang ni macam-macam cara bungkusan,ada dalam daun pisang
dan ada juga dalam bekas plastik.

Apa pun,tapai dalam daun getah paling sedap,ada aromanya yang tersendiri.
Tapai ni boleh dibeli di pasar tani dengan harga RM1 bagi 7 biji.

Wednesday, July 7, 2010

Mahkota Berduri


Mahkota Berduri,cantik betul nama bunga ni
nama saintifiknya KM7 tak tahulah pula

Monday, July 5, 2010

Belimbing Buluh


Anda kenal dengan buah di atas?kali ini KM7 ingin memperkenalkan sejenis buah yang jarang-jarang ditemui sekarang.Buah tersebut ialah belimbing buluh.Itu nama di tempat KM7.Mungkin di kawasan anda,lain pula gelarannya.