Tuesday, August 31, 2010

Anda dah terima kad raya?

Tak lama lagi dah nak raya.Persoalannya anda dah terima kad raya tahun ni?Belum?KM7 pun belum terima lagi.Camana ni?Berbeza sungguh akhir-akhir ni apabila tak terima kad raya.Kad raya yang KM7 maksudkan di sini ialah kad raya yang dijual di pasaran,bukannya kad raya elektronik.Ada beberapa sebab kad raya ni kurang popular sekarang:

1. Orang malas nak pergi membeli kad raya.(setiap waktu depan komputer jer)
2. Kena ke pejabat pos-beli setem-baru pos.(kena naik bas dulu...siapa nak tolong bayar tambang?)
3. Takut kad raya tu tak sampai atau sampai selepas raya.(camana nak sampai....tak letak setem pun)
4. Tak tahu nak mengarang ayat-ayat canggih dalam kad tu.(masa sekolah dulu malas buat karangan)
5. Kad raya tu tak sesuai dengan jiwa kita.(buat sendiri la...)
6. Tak tahu nak hantar kepada siapa.(kesiannya...)
7. Takut kalau kad raya yang awek atau pakwe hantar tu dibaca oleh ibu bapa atau adik-beradik) ( tu...la...hantarlah kat mereka satu,barulah tak berebut baca kad raya anda)
8. Hantar kad raya elektronik atau sms lagi cepat.(alasan la tu....cakapla tak cukup bajet beli kad raya..heheh).
9. Anda jawablah sendiri.....penat dah menaip ni.....

Monday, August 30, 2010

Selamat Ulangtahun Kemerdekaan ke 53

KM7 ingin mengucapkan Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 53
kepada semua warga Malaysia pada 31 ogos 2010
Marilah sama-sama kita bersyukur atas keamanan dan kesejahteraan Malaysia
Tidak dilupakan jasa-jasa pejuang kemerdekaan tanah air.
Jom kita hayati gambar-gambar sempena kemerdekaan negara
yang KM7 petik daripada Google






Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Sunday, August 29, 2010

Air mata ibu

7 beradik ditemukan semula selepas setahun berpisah

KUALA LUMPUR: Air mata ibu berlinangan! Itulah babak pilu yang berlaku di Balai Berita di sini, petang semalam apabila pasangan Mahadi Che Mansor, 31, dan Kasmaliza Kassim, 29, dipertemukan dengan tujuh anaknya berusia antara 3 hingga 11 tahun selepas terpisah sejak lebaran tahun lalu.

Demikian antara petikan Berita Harian Online 29 Ogos 2010.
***************************************
KM7 tumpang gembira atas pertemuan anak-anak dengan ibu bapa mereka.Kerinduan selama ini antara kedua-dua pihak terlerai sudah.Alhamdulillah pertemuan antara mereka menjadi kenyataan lebih awal,biarpun rancangan awalnya untuk bertemu pada Aidilfitri nanti,

Itulah hadiah paling bermakna buat anak-anak mereka.Biarpun apa masalah yang melanda antara ibu bapa dan datuk nenek mereka, itu bukan persoalan buat anak-anak.Mereka cuma inginkan belaian dan kasih sayang ibu bapa mereka.bersyukurlah kerana masih mendapat perhatian dan kasih sayang kedua ibu bapa.

Semoga rentetan kisah keluarga ini memberikan seribu pengajaran buat kita semua.Tahniah juga buat akhbar tersebut yang menjadi medium pertemuan antara mereka yang terpisah sejak lama.

Saturday, August 28, 2010

Ikan 'berkaki empat'

GAMBAR menunjukkan seekor ikan 'berkaki empat'.

JAKARTA - Seekor ikan 'berkaki empat' ditemui di dalam laut pada kedalaman lebih 500 meter di Wilayah Sangihe Talaud dekat perairan Indonesia, lapor sebuah akhbar semalam.

Kaki ikan itu sebenarnya sirip tetapi semasa ia berada di lantai laut, sirip tersebut bertindak seperti kaki untuk mengimbangi pergerakan.

Imej ikan itu dirakamkan oleh sebuah kenderaan robotik yang dilengkapi kamera dalam projek sekumpulan saintis termasuk dari Amerika Syarikat untuk meninjau kehidupan marin di laut dalam.

Gambar seekor ikan seperti jerung turut dirakamkan selain hidupan laut seperti tumbuhan berwarna merah. - Agensi

sumber:Kosmo Online 28/8/10

“Sampai hati ayah, abang”

KOTA BHARU – Bukan sekali, tetapi didakwa berkali-kali tubuh mereka diratah abang kandung sendiri yang hanya untuk melepaskan nafsu serakah yang bermaharajalela dalam diri.

Itulah nasib malang yang menimpa lima adik-beradik perempuan yang masing-masing berusia 5 hingga 16 tahun dari Kampung Saadur, Tawang, Bachok.

Lebih malang lagi, adik bongsu mereka yang berusia lima tahun juga turut menjadi mangsa.

Mereka bukan sahaja mendakwa dirogol dan dipaksa melakukan seks oral secara bergilir-gilir, tetapi juga diugut bunuh sekiranya rahsia itu dibongkar.

Tidak tahan dengan sikap abang yang durjana itu tiga daripada lima beradik yang berusia 5, 14, dan 16 tahun itu tekad melarikan diri ketika umat Islam sedang sibuk bersiap sedia untuk menyediakan juadah berbuka puasa kira-kira jam 2.10 petang kelmarin, bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Ketiga-tiga beradik ini ditemui dalam keadaan trauma dan kebuluran di Masjid Kedai Lalat Kota Bharu oleh penduduk kampung dan mereka kemudiannya dibawa ke rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung Tok Ku, Kedai Lalat, Mat Rani Ibrahim kira-kira jam 8 malam, semalam.

Salah seorang daripada mereka yang lengkap berpakaian seragam sekolah menceritakan detik tragis itu dengan mendakwa dia dan kakaknya dirogol sejak 7 tahun lalu.

Katanya, sikap kejam abangnya yang juga seorang penagih dan kaki botol itu sampai ke kemuncak apabila dia turut merogol adik bongsunya yang berusia lima tahun di hadapan mereka sendiri. Lebih memilukan mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana bimbang dengan ugutan abangnya.

“Abang saya merogol adik bongsu saya tahun lalu di depan mata kami sendiri. Saya cuba menghalang tetapi dia bertindak ganas dengan memukul saya kembali. Akibatnya saya dan kakak hanya mampu melihat sahaja perbuatan abang itu.

“Kakak saya dirogol abang ketika dia berusia 9 tahun dan ketika itu abang saya baru berusia 11 tahun. Saya sendiri hampir 20 kali dirogol. Begitu juga dengan tiga lagi adik saya yang berusia 12, 10 dan 5 tahun. Mereka semua menjadi mangsa nafsu serakah abang,” katanya ketika ditemui di sini, malam semalam.

Tidak cukup dengan sikap abang yang tidak bertanggungjawab, lebih malang lagi keselamatan mereka adik-beradik juga terancam kerana bapanya adalah seorang penagih dan kaki botol yang tidak berperikemanusiaan.

Menurutnya, dia terpaksa bekerja sebagai pelayan di kedai makan berhampiran rumahnya dengan upah RM10 sehari selepas pulang dari sekolah bagi mendapatkan pendapatan untuk menyara kehidupan keluarga.

Turut memeranjatkan wang itu juga terpaksa dikongsi dengan bapanya yang sering memeras wang tersebut untuk membeli arak.

Katanya, dia tidak tahan dengan beban yang tanggung sekian lama lantas nekad membuat laporan polis minggu lalu berhubung kes tersebut dan kini abangnya yang digelar ‘abang setan’ itu ditahan di lokap Balai Polis Tawang, Bachok.

Tepat jam 1 pagi semalam, ketiga-tiga beradik ini dibawa ke balai polis binjai sebelum diserahkan kepada balai polis daerah Bachok untuk siasatan lanjut dan diberikan perlindungan sementara.

Sementara itu, Deputi Superintendan Yahya Salleh ketika ditemui berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenai kes terbabit dan kini siasatan mengenainya sedang dijalankan. Kes disiasat di bawah Sesyen 376 kanun keseksaan.

Salah seorang ahli keluarga terdekat yang ditemui di Kampung Wakaf Aik, Rohaya Mamat, 58, berkata, ketiga-tiga beradik itu pernah beberapa kali cuba melarikan diri kerana tidak tahan dengan perangai barang ayah mereka.

Beliau berkata, sebelum ini mereka pernah lari ke rumah ibu saudara di Tanah Merah sebelum Ramandan, bagaimanapun dihantar kembali ke sini.

“Saya tidak tahu kes rogol berkenaan, tetapi kalau mereka kena pukul memang saya sedia maklum kerana ada datang mengadu kena pukul dengan ayahnya,’’ katanya kepada Sinar Harian.

Rohaya berkata, sebelum ini beliau dan suami tinggal bersebelahan dengan rumah tiga beradik itu, tetapi mereka mengambil keputusan untuk berpindah kerana tidak tahan dengan perangai abang sulung adik-beradik tersebut yang sangat nakal.

Beliau berkata, lelaki kepada tiga beradik itu seorang penagih dadah dan selalu mencuri barangan di atas rumahnya, sehingga menyebabkan beliau takut serta nekad untuk berpindah.

Menurutnya, tengah hari semalam, ayah tiga beradik itu datang ke rumah mencari anak-anak mereka yang dikatakan hilang.

“Memang saya akui, ayah dan anak sama-sama penagih dan anak-anak perempuan mereka selalu kena pukul,” katanya.

Jiran mereka, Aminah Dollah, 50, berkata, jerit pekik lima beradik itu sentiasa didengari dan ia perkara biasa.

Beliau berkata, mereka selalu dipukul ayah mereka dan ada kalanya ayah mereka berkata ingin memukul anak-anaknya hingga mati.

Aminah ketika ditemui tidak mengetahui mengenai kes rogol terhadap adik-beradik itu dan hanya mengetahui mereka semua sering dipukul saja.

“Kali terakhir saya berjumpa budak-budak itu pada tengah hari dan kata mereka hendak ke Sering untuk mengambil salah seorang adiknya pulang dari sekolah.

“Sehingga itu saya tidak melihat lagi kelibat adik-beradik tersebut, yang saya jumpa ialah ibu mereka yang bekerja di salah sebuah pasar raya di Kota Bharu yang keluar pagi dan hanya pulang lewat malam pada setiap hari,’’ katanya.

Sementara itu, Imam Muda Mukim Senak, Abu Hassan Abdul Hamid, 51, berkata, beliau sangat terkejut dengan berita tersebut dan tidak mengetahuinya.

“Lagipun keluarga itu baru berpindah ke sini tiga tahun lalu, dan ayah mereka sangat ramah dengan orang kampung,” katanya.

sumber:Sinar Harian 28/8/10

Baju raya @ hari raya

(foto:Google)

Apa khabar semua?
sudah lebih 2 minggu berpuasa,maknanya semakin hampir
dengan sambutan hari raya.

maknanya persiapan untuk hari raya
semakin rancak.
Perkara yang tak boleh dipisahkan
dengan hari raya ialah baju raya.

Dah siap ker baju raya anda semua?
atau belum beli lagi?
mungkin tunggu saat akhir kot..
apapun,sebagai orang dewasa ni eloklah
didahulukan pakaian untuk anak-anak .

Nak beli kat mana?
itu satu lagi soalan..
maklumlah sekarang ni banyak sangat pusat beli belah.
pandai-pandailah memilih lokasi untuk
membeli pakaian
alah membeli menang memakai

Berapa pasang baju raya?
yang ni kena tanya poket masing-masing.
ada orang kata
raya setahun sekali,takpelah beli banyak pun
hehe...
anda pula bagaimana?

O
klah...apa-apapun
KM7 mengucapkan selamat membeli baju raya
untuk anda dan keluarga
Raya ni mesti berseri dengan baju pilihan
masing-masing.

Friday, August 27, 2010

Burung hantu kepala terbalik

GAMBAR menunjukkan burung hantu yang menterbalikkan kepalanya.


PUEBLO, Amerika Syarikat (AS) - Bukan leher patah tetapi seekor burung hantu di AS gemar berpura-pura menterbalikkan kepalanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Telatah burung hantu yang nakal itu dirakamkan oleh seorang jurugambar hidupan liar AS, Rob Palmer di Colorado.

Burung hantu berusia enam minggu itu turut dirakamkan cuba mengejutkan adik beradiknya yang sedang tidur.

Ia mendekatkan kepalanya seolah-seolah mahu memberi ciuman pada adik beradiknya. - Agensi

Sumber:Kosmo 27/8/10



Thursday, August 26, 2010

'Maafkan papa dan mama'


Pasangan tinggalkan 9 anak janji pulang pada Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Kepada anak-anak, harap maafkan papa serta mama dan bersabarlah menunggu kami pulang pada Aidilfitri nanti. Saya memang sentiasa teringatkan mereka setiap masa. Bapa mana yang tak sayangkan anak, tapi ramai yang tidak tahu, malah tidak faham masalah yang saya hadapi hingga terpaksa meninggalkan mereka.

Selepas mengetahui cerita mengenai saya melalui akhbar Ahad lalu, saya diselubungi rasa bersalah dan malu tetapi mereka tidak faham apa yang berlaku kerana ia terlalu peribadi untuk diceritakan.

Saya tahu ramai yang menyalahkan saya, tapi pada hari dan bulan baik ini, saya sanggup melupakan semua sengketa seperti mentua yang berjanji melakukan perkara sama dan sangat berharap anak-anak dan keluarga maafkan saya, kata Mahadi Che Mansor, 31, yang meninggalkan sembilan anak bersama bapa mentuanya, Kassim Mat Diah, di Kuala Krai, Kelantan kerana perselisihan faham sejak tahun lalu.

Mahadi yang ditemui di bengkal tempat beliau bekerja di Bukit Angkasa, di sini sejak sebulan lalu sebak ketika mengakui terlalu rindukan semua anak dan menyesali perbuatannya yang terlalu mengikut kata hati selepas perselisihan faham dengan isteri dan keluarga mentua.

Pada Ahad lalu, Berita Harian menyiarkan gambar anaknya bersama kad raya yang merayu Mahadi dan isterinya Kasmaliza Kassim, 29, kembali menjenguk mereka diikuti beberapa berita lain selepas itu, Semalam seorang pembaca yang enggan namanya disiarkan menghubungi pejabat akhbar ini di Kota Bahru bagi memaklumkan lokasi Mahadi dan isterinya.

sumber:Berita Harian Online 26/8/10

Wednesday, August 25, 2010

'Duit raya' RM500 untuk kakitangan awam, pesara

(foto:Google)

KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya.

Najib berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. - BERNAMA

sumber:Berita Harian Online 25/8/10

Pasangan tinggal 9 anak dikesan di Lembah Klang

CHE MAHMUD (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan KESEDAR kepada Esah yang menjaga sembilan beradik ditinggalkan ibu dan bapa mereka
di Kampung Tengah, Kuala Krai, semalam.

KUALA KRAI: Pasangan suami isteri, Mahadi Che Mansor, 31, dan Kasmaliza Kassim, 29, yang meninggalkan sembilan anak setahun lalu, dipercayai berada di Lembah Klang dengan Mahadi bekerja sebagai mekanik motosikal.

Sejak meninggalkan keluarga susulan perselisihan faham, pasangan itu gagal menghubungi anak mereka iaitu Nor Hidayah Mahadi, 13; Amirul Rizal, 11; Afiq Asyraf, 10; Natasha Emilia, 9; kembar Airin Puteri dan Adlin Puteri, 4; Naqiuddin, 3, dan Nia Khalisa, 2.

Tujuh daripada sembilan beradik terbabit hanya menumpang kasih datuk mereka, Kassim Mat Diah, 55, dan moyang, Ehsah Hashim, 74, kerana dua lagi saudara mereka dijaga ibu saudara di Seremban dan Kota Bharu.

Ehsah berkata, mereka mendapat tahu yang ibu bapa kanak-kanak terbabit berada di Kuala Lumpur daripada seorang rakan Kasmaliza.

Walaupun Kasmaliza dan Mahadi meninggalkan keluarga secara berasingan, mereka dipercayai bersama ketika ini di Kuala Lumpur kerana Mahadi bekerja sebagai mekanik.

Anak saya, Kassim pernah mencari mereka tetapi tidak berhasil. Sehingga kini, masing-masing tidak pernah berusaha menghubungi kami memaklumkan kedudukan sebenar, hidup atau mati, katanya di Kampung Tengah dekat sini, semalam.

Ehsah berkata, sejak nasib malang yang menimpa sembilan cicitnya itu disiarkan dalam akhbar, ramai pihak menghubungi Kassim menyatakan hasrat menjadikan mereka anak angkat, namun terpaksa ditolak.

Mereka sudah tinggal lama bersama, susah payah tetap saya jaga. Ramai yang ingin mengambil Airin, Adlin dan Naqiuddin, namun saya mohon maaf kepada mereka walaupun menghargai hasrat murni itu, katanya.

Sementara itu, ketika Berita Harian mengunjungi anak-anak berkenaan kelmarin, kakitangan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) hadir menyampaikan sumbangan dalam bentuk keperluan barangan antaranya beras, biskut dan gula.

Pengurus Pejabat Operasi KESEDAR Mengkebang, Che Mahmud Ismail, berkata pihaknya terpanggil meringankan beban penjaga sembilan anak ini selepas membaca kisah mereka yang disiarkan akhbar kumpulan The New Straits Times Press (NSTP).

sumber:Berita Harian 25/8/10

Tuesday, August 24, 2010

Bapa sembelih anak 3 tahun di Kota Bharu

ADIK-BERADIK kepada kanak-kanak yang disembelih bapanya ditenteramkan saudara mereka di Kampung Sungai Keladi, Kota Bharu, pagi tadi. Mohd Adam Muzaffar Muhaimi, 3 tahun, mati di tempat kejadian manakala bapanya cedera di leher dipercayai akibat cuba menyembelih diri sendiri. - Foto Adnan Mohamad
Aug 24, 2010 4:37 pm

KOTA BHARU: Seorang bapa yang dipercayai sakit mental menyembelih anak sendiri berusia tiga tahun sebelum cuba membunuh diri di Kampung Sungai Keladi, dekat sini, pagi tadi


Dalam kejadian 11.50 pagi itu, Mohd Adam Muzaffar Muhaimi mati di tempat kejadian manakala bapanya cedera di leher dipercayai akibat cuba menyembelih diri sendiri.

Lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai pernah mendapat rawatan mental di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini.

Beliau yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di sini dipercayai sudah lama tidak mendapatkan rawatan penyakit mentalnya itu.


sumber:Berita Harian Online 24/8/10

Monday, August 23, 2010

Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur

(foto:Google)


Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

(Bukhari)


Huraian

Silaturrahim berasal daripada bahasa Arab yang bererti menghubungkan ikatan kasih sayang. Silaturrahim merupakan suatu ikatan yang suci yang menuntut kita sebagai umat Islam sentiasa menjaganya malah seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.

Masakan manusia boleh hidup keseorangan. tanpa bergantung harap dan menerima kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu jalinan silaturrahim adalah amat penting bagi sesebuah ummah itu hidup lebih cemerlang dan berjaya kerana ukhuwwah yang dipupuk di atas rasa cinta dan kasih kerana Allah pasti akan memberikan kekuatan pada jiwa mana-mana individu.


sumber:JAKIM

Sunday, August 22, 2010

Ikan masin Indonesia disyaki ada pengawet mayat

DUA nelayan di wilayah Jawa Barat tekun mengeringkan ikan masin di bawah sinaran matahari terik.

JAKARTA - Sebuah badan bukan kerajaan, Yayasan Lembaga Konsumer Indonesia (YLKI) mendakwa, banyak ikan masin dijual didapati mengandungi bahan kimia formalin yang biasa digunakan untuk mengawet mayat.

Ketua YLKI wilayah Jambi, Warasdi berkata, pemantauan badan itu di pasar-pasar sekitar Sumatera menunjukkan keadaan kini semakin serius namun, mereka masih menjalankan kajian bagi menentukan tahap penggunaan bahan tersebut.

"Mudah sahaja untuk mengenal pasti ikan masin yang dikeringkan dengan formalin apabila ia didapati masih segar, tidak dihinggapi lalat dan isinya kenyal walaupun sudah agak lama," katanya kepada akhbar Kompas semalam.

Bulan lalu, Indonesia gempar apabila Kementerian Kelautan dan Perikanan membongkar banyak kes ikan patin yang dijual di wilayah Kalimantan Barat dekat sempadan Sarawak, Malaysia berisiko tinggi kerana mengandungi formalin. - Agensi

sumber:Kosmo 22/8/10

Saturday, August 21, 2010

Bapa rogol anak kena 60 tahun

MUSA (kiri) bersama dua anaknya, Mahmud dan Mazlan (kanan) keluar Mahkamah Sesyen Kuching, selepas perbicaraan, semalam.

Dua anak lelaki turut dipenjara 36 tahun, 24 sebatan


KUCHING: Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 60 tahun selepas didapati bersalah merogol anak kandungnya yang kudung tangan, manakala dua anak lelakinya masing-masing dikenakan penjara 36 tahun dan 24 kali sebatan kerana kesalahan sama yang dilakukan terhadap mangsa di antara 2006 dan 2008.

Hakim Mahkamah Sesyen, Amelati Parnel mendapati bapa mangsa berusia 52 tahun bersalah atas lima tuduhan merogol dan melakukan sumbang mahram ke atas mangsa yang kini berusia 20 tahun.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun bagi kesalahan pertama yang didakwa dilakukan pada Disember 2006 ketika mangsa berusia 16 tahun, di kawasan semak berdekatan Padang Golf Petra Jaya.

“Bagi kesalahan kedua, ketiga dan keempat yang berlaku di Pejabat Tanah dan Survei, Jalan Pending; sebuah rumah di Bandar Baru Semariang dan di persimpangan lampu isyarat Semerah Padi antara Januari dan Disember 2007, hukuman penjara 20 tahun akan berjalan serentak sebaik tempoh hukuman pertama selesai.

“Bagi kesalahan kelima iaitu merogol mangsa di atas motosikal berdekatan Padang Golf Petra Jaya, pada November 2008, tertuduh juga dikenakan hukuman penjara 20 tahun bermula selepas tempoh hukuman 40 tahun bagi kesalahan pertama hingga keempat selesai,” katanya.

Amelati berkata, tertuduh kedua, 24 tahun dan tertuduh ketiga, 22, yang juga abang kepada mangsa turut didapati bersalah, masing-masing di atas dua pertuduhan merogol dan sumbang mahram.

Mereka berdua secara bersama dituduh merogol dan melakukan sumbang mahram ke atas adik kandung mereka antara Januari dan Disember 2006 serta antara Januari hingga Disember 2007 di bilik mangsa di sebuah rumah di Bandar Baru Semariang.

“Hukuman dijatuhkan selepas mengira kepentingan awam dan teladan kepada orang ramai dalam memastikan anak-anak diberi peluang untuk hidup sempurna walaupun mangsa dalam kes ini adalah seorang insan kurang upaya,” katanya.

Terdahulu, peguam Mohd Fairus Masri, yang mewakili semua tertuduh meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kepada mereka berikutan keluarga berkenaan kehilangan anak bongsu berusia 10 tahun yang lemas, tahun lalu selain terpaksa berhadapan pandangan negatif masyarakat.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Stella Augutine Deruce, menyifatkan kesalahan yang dilakukan semua tertuduh adalah sangat serius dan mereka wajar dijatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan.

Sumber:Berita Harian 21/8/10

Friday, August 20, 2010

Berbuka puasa seawal 11 pagi

TAK MALU...kaki ponteng puasa membeli nasi bungkus di sebuah restoran di Jalan Tuanku Abdul Rahman (gambar atas). BERATUR...pelanggan beragama Islam beratur mengambil makanan.

KUALA LUMPUR: Bagai tidak tahu malu dan makna dosa apabila puluhan lelaki beragama Islam dikesan berpusu-pusu berbaris dan mengerumuni beberapa kedai dan gerai di sekitar ibu kota semata-mata untuk membeli nasi bungkus seawal jam 11 pagi.


Kebanyakan mereka terdiri daripaa pekerja swasta, penghantar surat serta pelajar sekolah berbaris panjang di kawasan terbuka bagi membeli juadah hidangan tengah hari yang sengaja dijual kepada orang ramai oleh peniaga beragama Islam.


Perbuatan mengaibkan di bulan Ramadan itu dapat dibuktikan selepas wartawan Harian Metro menyamar pelanggan di beberapa lokasi tumpuan kaki ponteng puasa terutama di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi, Kampung Pandan dan Keramat di sini, semalam.


Berdasarkan pemerhatian bermula jam 10 pagi, kebanyakan pelanggan yang menunggang motosikal membeli nasi bungkus terutama pada jam 11.30 pagi hingga jam 1 tengah hari.


Dalam tinjauan pertama ke sebuah restoran di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, seramai lebih 20 pelanggan berbaris panjang untuk membeli nasi kandar berlauk tanpa menghiraukan kenderaan yang lalu lalang.


Kedudukan restoran terbabit yang dilindungi hentian bas menyebabkan aktiviti membeli nasi oleh kaki ponteng puasa itu dilakukan dengan berani tanpa rasa malu.


Malah, pelanggan terbabit berbaris panjang menunggu pemilik kedai mengambil pesanan dan membungkus nasi selain minuman.


Kebanyakan mereka yang membeli nasi bungkus itu enggan membuka topi keledar bagi mengelakkan identiti mereka dikesan sebelum memecut sejurus membuat bayaran.


Lebih mengecewakan apabila pemilik dan pekerja kedai makan terbabit seolah-olah tidak hairan kehadiran pelanggan beragama Islam walaupun menyedari perniagaan makanan itu disajikan pada waktu yang boleh menimbulkan curiga.


Situasi sama turut dilihat di restoran berhampiran apabila rata-rata pelanggan di kalangan lelaki beragama Islam didapati berbaris untuk membeli nasi bungkus persis konsep ‘pandu lalu’.


Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Tuan Asmawi Tuan Umar yang dihubungi berkata, pihak penguat kuasa Jawi sudah memulakan operasi membanteras kaki ponteng puasa sejak awal Ramadan lalu di beberapa lokasi yang dianggap popular

sumber:myMetro 20/8/10

Thursday, August 19, 2010

Ayam

(foto:Google)
Salam sejahtera semua.En3 kali ini KM7 ingin bercerita pasal ayam
bukan nak jual ayam tau.
apatah lagi nak makan nasi ayam
opss maaf lah sebut pasal nasi ayam puasa2 ni.
sebenarnya nak sebut pasal peribahasa
yang ada kaitan dengan ayam.
jom kita lihat......

1. Cakar ayam
tulisan tangan yang buruk

2. bapa ayam
bapa yang tidak mempedulikan anak-anaknya

3. ibu ayam
wanita yang memperniagakan pelacur

4. bagai ayam dibawa ke lampuk
orang yang tidak pernah menghadiri majlis,jamuan,dsb

5. bagai ayam dimakan tungau
rupa yang pucat dan kuning kerana menghidap penyakit
sangat gelisah kelakuannya

(foto:Google)

6. bagai ayam disambar helang
mati tanpa sakit

7. bagai ayam mengerang telur
perihal keelokan paras seseorang perempuan

8. seperti ayam berak kapur
pucat wajahnya kerana menghidap penyakit


(foto:Google)

9. musang berbulu ayam
orang jahat menyamar sebagai orang baik

10. ayam baru belajar berkokok
baru cukup umur

11. ayam tak patuk,itik tak sudu
seseorang yang hina dalam masyarakat

12. seperti ayam patuk anaknya
menghukum anak dengan tujuan untuk mengajarnya

13. umpama ayam menetas telur itik,anaknya itu ke air juga
perangai atau kelakuan yang diperturunkan daripada ibu bapa tidak dapat diubah


Sebenarnya ada banyak lagi peribahasa pasal ayam ni
tapi cukuplah setakat itu dulu.
lain kali cerita lagi.

Wednesday, August 18, 2010

Bayi kena patuk ular tedung lumpuh kekal

MOHD ASRI kini terlantar sakit di rumahnya di Kampung Bukit Merah, Kangar.

Mohd Asri turut mengalami kegagalan fungsi saraf
KANGAR: Seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang terlantar sejak lebih tiga bulan lalu selepas kepalanya dipatuk ular tedung ketika bermain di rumah neneknya di Kampung Bukit Merah, dekat Beseri, di sini disahkan mengalami lumpuh kekal.

Mohd Asri Mohd Indrasuadi, anak bongsu daripada tiga beradik bukan saja disahkan lumpuh, malah turut mengalami masalah kegagalan fungsi saraf, selepas bisa ular tedung terbabit dikatakan merebak ke otaknya.

Keadaan itu menyebabkan Mohd Asri sebelum ini koma selama 45 hari, mengalami kekejangan otot kekal, hanya mampu terbaring dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan ibunya, Noor Amali Ahmad, 27.

Noor Amali ketika ditemui, berkata anaknya itu bukan saja tidak boleh bergerak, malah dia juga tidak mampu menelan makanan dan hanya meminum susu melalui tiub yang disalurkan melalui hidung terus ke ususnya.

"Ibu mana yang tidak sedih melihatkan anak yang sihat dan baru saja boleh bertatih kini terlantar menderita. Saya tidak tahu apa lagi yang boleh saya ikhtiarkan untuk membantu Mohd Asri. Paling saya khuatir, dia akan terus terlantar begitu selama-lamanya, sedangkan usianya baru saja bermula,” katanya sebak.

Menceritakan kejadian malang itu, Noor Amali berkata, ketika itu Mohd Asri yang baru pandai berjalan sedang bermain seorang diri di dalam sebuah bilik di rumah neneknya, sebelum terdengar dia menangis.

Selepas diperiksa, katanya, kepala Mohd Asri didapati berdarah dan selepas tidak berhenti menangis, dia kemudian terus meminta bantuan jiran untuk membawa bayi itu ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, untuk pemeriksaan lanjut.

“Selepas menjalankan pemeriksaan, pihak hospital mengesahkan Mohd Asri dipatuk ular. Berikutan kejadian itu, Mohd Asri terlantar koma selama 45 hari, sebelum kembali sedar dan dibenarkan pulang ke rumah dua minggu lalu,” katanya ketika menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Kedah, Mansor Jusoh, semalam.

Berita Harian:18/8/10

Tuesday, August 17, 2010

Itik oh itik

(foto:Google)

Semua kenal itik kan?Kalau ada yang tak kenal
tengoklah gambar tu.heheh
gurau saja ...sementara menunggu berbuka puasa.
apa yang menarik tentang itik ni?
entahlah...tapi hari ni KM7 nak tunjukkan
sejenis kuih yang ada kaitan dengan itik.
jeng...jeng...jeng mari kita lihat
=
=
=
=
=
=
=
=
=
(foto:Google)

Itulah kuih tahi itik.
alamak kenapa namanya kuih tahi itik?
sebab rupanya macam tahi itik.
mesti ada yang tak berselera nak makan kuih ni
apabila dengar namanya
tapi apabila anda merasa sendiri
kesedapannya...hmmm rasa nak makan lagi
awas...tunggu waktu berbuka dulu ya.

berikut maklumat tentang kuih ini,sila rujuk wikipedia

Kuih tahi itik merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik, menurut cita rasa pembuatnya.

Biasanya kuih tahi itik dibuat serentak dengan kuih jala mas atau kuih pauh dilayang, kerana kedua kuih tersebut menggunakan kuning telur, sementara tahi itik menggunakan putih telur.

Kuih tahi itik disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan dari kuning telur. Selepas itu putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat dengan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir. Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu kerana ia pada kebiasaannya hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain.

Kuih tahi itik biasanya tidak banyak dijual secara meluas dan kerana pembuatannya bergantung kepada ada putih telur atau tidak yang biasanya merupakan sisa dari penyediaan kuih jala mas dan seperti dengannya. Kuih tahi itik biasa boleh didapati di pasar, pasar minggu, dan pasar tani pada musim-musim tertentu seperti musim cuti sekolah, ketika banyak majlis perkahwinaan diadakan.

Monday, August 16, 2010

Batas-batas Dalam Berhias

(fotohiasan:koleksiKM7)



Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.”



Riwayat Ibnu Mas’ud

Huraian

i) Maksud mengubah ciptaan Allah s.w.t. ialah membuat perubahan pada ciptaan Allah S.W.T yang telah sempurna secara pandangan umum dan adat atas dasar tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan.

ii) Mencabut bulu kening yang merupakan anugerah dan ciptaan Allah S.W.T. yang sempurna dan membuat atau melukis bulu kening yang baharu selepas itu agar menepati cita rasa sendiri supaya kelihatan lebih cantik, menawan dan bergaya adalah perbuatan yang haram di sisi Islam.

iii) Jika perbuatan mencabut bulu kening itu disebabkan ia tumbuh berselerak dan tidak kemas yang amat teruk, maka hal ini tidaklah termasuk dalam erti kata mengubah ciptaan Allah S.W.T. Lagipun jika yang dicabut itu hanyalah yang berselerak dan bukan termasuk bulu yang dipanggil kening serta tidak membuat lukisan semula terhadapnya. Ini dilakukan atas dasar menjaga kekemasan diri bukan kerana tidak puas hati dengan ciptaan Allah S.W.T kerana Allah S.W.T itu cantik dan sukakan kecantikan.

iv) Hanya rawatan ke atas penyakit yang tidak boleh sembuh dengan sendirinya sahaja yang diharuskan seperti memasang gigi palsu di tempat gigi yang rongak (bukan mematahkan gigi dan menggantikannya dengan yang lain), mengatur susunan gigi yang tidak tersusun (tapi bukan mengasah atau mengikir), memakai ubat supaya rambut tumbuh di tempat yang botak (bukan memakai rambut palsu), memakai ubat untuk membuang jeragat pada kulit (bukan membuat pembedahan plastik atau memakai bahan kimia untuk menukar warna kulit), memakai inai, syampu atau gel pada rambut atau janggut supaya lebih segar dan terurus (bukan mewarnakannya dengan cat atau spray) dan sebagainya sebagai perbezaan antara merawat/menjaga keaslian ciptaan Allah S.W.T dengan mengubah ciptaan-Nya di mana merawat/menjaga itu adalah HARUS manakala mengubahnya adalah HARAM.


v) Diri manusia dan segala makhluk di alam ini adalah hak mutlak Allah S.W.T, Oleh itu kita hendaklah mematuhi segala hukum dan kehendak agama dengan baik. Janganlah tertipu dan terpengaruh dengan tabiat orang yang suka menurut hawa nafsunya disebabkan sikap tidak bersyukur dan tidak berpuas hati dengan ciptaan dan anugerah Allah di mana sikap ini sebenarnya merupakan sikap yang diwarisi daripada syaitan.

Sumber:JAKIM

Sunday, August 15, 2010

Idam nak cantik jadi gila

KM7 percaya ramai yang dah baca suratkhabar hari ini
pasal produk yang disenarai hitam kerana mempunyai bahan beracun
petikan berita harian 15/8/10 ini mendedahkan produk-produk tesebut.
Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
# Kintop
# Body Beaus
# BMI-9 Xylimming Capsule
# Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
# Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
# Obexlim
# Slimax Coffee
# Beaute Fit Body Contour
# Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
# 357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
# Makjun Taufiq Dua Istimewa
# Majun Dua Istimewa
# Ginseng Jin Fui Wan
# Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
# Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
# Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
# Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
# Makjun Syafiq 3 Istimewa
# Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
# Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
# Eriesya Spa Beauty Cream
# Atika Beauty Renewal Cream
# Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
# Ratna Sari Whitening Night Cream
# Tia Amelia Krim Jeragat
# Chantique Whitening Night Cream
# RZAC White Pearl Cream
# Nuriz Day and Night Cream
# Elite Rias Er Cream
# R&Z Whitening Night Cream
# Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
# Pigmentation Recovery Complex
# Zara Rejuvenation Cream
# Natasya Krim Herba Gold
# De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
# Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
# Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
# Qian Tong Dan
# Raja Ubat Resdung
# Coral Plus UA 350MG

Friday, August 13, 2010

Jemputan berbuka puasa

(foto:Google)
Dalam menjalani ibadah puasa,
salah satu nikmatnya ialah sewaktu berbuka puasa
mana tidaknya...juadah berbuka penuh meja
pelbagai jenis kuih
pelbagai jenis minuman

sebagai seorang yang beriman
eloklah kita berbuka sekadar keperluan
bukannya untuk memenuhi kehendak nafsu
yang tidak pernah puas

bagi yang berkemampuan,
rebutlah peluang untuk mendapat
pahala apabila menjamu makan
untuk berbuka puasa
tapi ingat...perlu disertakan keikhlasan
bukannya untuk menunjuk-nunjuk
atau membanggakan diri.

Firman Allah SWT: “Mereka juga memberi makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan (sambil berkata dengan lidah atau hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana Allah dan kami langsung tidak inginkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.” - Surah al-Insaan: 8-9.

Menjamu makan untuk berbuka puasa telah dijanjikan dengan ganjaran pahala yang begitu besar. Semakin ramai jumlah orang yang dijamu makan, semakin tinggilah jumlah gandaan pahalanya. Sabda Baginda SAW: “Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.” - Hadis riwayat al-Tirmizi no: 735.

Hukuman mati kes buang bayi

Tindakan dianggap cubaan bunuh boleh dipenjara 20 tahun; Polis guna ujian DNA kenal pasti ibu bapa bayi

KUALA LUMPUR: Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.

Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun ini hingga semalam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata bukan saja wanita terbabit dengan kes pembuangan bayi akan dikenakan siasatan tetapi juga lelaki yang menyebabkan wanita itu mengandung.

Katanya, polis juga diminta menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu bapa bayi berkenaan.

Keputusan itu dicapai selepas kementerian sekali lagi membawa isu pembuangan bayi ke mesyuarat Jemaah Menteri kelmarin kerana perbuatan itu berleluasa walaupun kerajaan mengambil pelbagai inisiatif menangani masalah berkenaan.

Saya tidak mahu ada pihak mengambil ringan kes pembuangan bayi sehingga membiarkan menjadi budaya yang menular dalam masyarakat seolah-olah kita
berada pada zaman jahiliah.

Sekian lama kerajaan menangani masalah kes pembuangan bayi menerusi pendekatan kebajikan termasuk kempen dan pelbagai program, malangnya masih ada manusia sanggup membunuh bayi, katanya selepas majlis penyerahan bantuan khas perbendaharaan kira-kira RM2.7 juta kepada 59 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kementeriannya, semalam.

Shahrizat berkata, langkah itu wajar untuk membawa pihak bertanggungjawab membunuh bayi dihadapkan ke mahkamah, sekali gus diberikan hukuman setimpal dengan tindakan tidak berperikemanusiaan.

Jika ada pasangan yang terlanjur dan terdesak mendapatkan bantuan, mereka boleh datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hospital, polis, NGO dan pemimpin politik terutama Barisan Nasional (BN) supaya mereka boleh dibantu.

Oleh itu, tiada alasan dan maaf bagi mereka yang masih sanggup melakukan kesalahan membuang bayi kerana pelbagai program dan bantuan disediakan untuk golongan berkenaan. Saya juga mahu memberi amaran kepada lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan wanita hamil luar nikah bahawa mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang, katanya.

sumber:Berita Harian 13/8/10

Thursday, August 12, 2010

Semanis Kurma

Alhamdulillah,hari ini masuk hari ke 2 umat Islam berpuasa
Bermula dengan sahur,berpuasa,menyediakan juadah berbuka
berbuka puasa hinggalah sembahyang tarawih,
banyak perkara yang bemanfaat dilakukan
untuk memenuhi bulan mulia ini.

n3 kali ini KM7 ingin berkongsi
cerita pasal juadah berbuka puasa.
Kalau ke bazar Ramadan,memang rambang mata dibuatnya.
daripada kuih- muih hinggalah lauk- pauk.
pendek kata macam-macam ada....
apa yang penting,bawa duit semua beres.

Walau apapun,dalam banyak menu yang disediakan
jangan dilupakan buah kurma.
Kita disunatkan makan kurma terlebih
dahulu semasa berbuka puasa.
Khasiat dan keistimewaannya memang tidak
dipertikaikan lagi
tak perlulah KM7 ceritakan di sini.

Ok....selamat berbuka puasa
dengan buah kurma.

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa

KM7 ingin mengucapkan

Selamat Berpuasa


kepada semua

pengunjung blog Kembara Minda 7.

Terima kasih atas kunjungan anda


semoga amalan puasa pada tahun ini

lebih baik daripada tahun-tahun lepas.

Sunday, August 8, 2010

Pokok Kayu Manis


Pokok kat atas tu namanya pokok kayu manis
Kat mana yang manisnya?cuba teka
jawapannya,kemanisannya terletak pada
kulit batang pokok ini.
Biasanya kulit pokok ini akan dikeringkan
untuk dijadikan bahan rempah dalam masakan

Anak cuba lawan

KOTA KINABALU: “Ayah arah saya masuk ke dalam kelambu sebelum menarik tangan saya. Saya cuba melawan, namun dimarahi serta diugut akan dipukul jika bersuara, menyebabkan saya terpaksa berdiam diri.

Peristiwa itu kali pertama berlaku ketika dia seperti biasa menyiapkan tempat tidur ayahnya di ruang tamu rumah, awal Januari lalu.

Bagaimanapun, rutin harian itu bertukar menjadi malapetaka dalam hidupnya apabila ayahnya yang mabuk merogolnya sebaik pulang ke rumah selepas menikmati air ‘setan’ di rumah rakan berhampiran.

Lelaki ‘dajal’ itu dikatakan tidak tahan melihat aksi anak gadisnya membongkok memasang kelambu dengan berpakaian tidur.Kejadian menimpa Mimi dan dua adik perempuannya terbongkar apabila akhbar awal bulan lalu mendedahkan seorang petani berusia 43 tahun melarikan diri ke dalam hutan berhampiran rumah selepas disyaki merogol mangsa sejak awal tahun ini.

Lelaki itu bagaimanapun ditahan pihak berkuasa apabila kembali ke rumah akibat kelaparan beberapa hari kemudian.
Dia dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan merogol dua daripada tiga anaknya.Mimi seterusnya menceritakan, kedua-dua adiknya berusia 13 dan 11 tahun terjaga daripada tidur akibat terdengar bunyi pelik sebelum melihat kelibat ayah yang tidak berpakaian menindihnya.

“Ayah yang terkejut melihat kelibat mereka di luar kelambu segera melepaskan saya sebelum menyuruh kami masuk ke bilik,” katanya.Sejak itu ayah mereka seolah-olah mendapat ‘lesen’ dan hampir setiap malam Mimi menjadi pemuas nafsu lelaki bertopeng syaitan itu.

“Malah, kedua-dua adik saya juga menjadi mangsa. Kami diugut supaya tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapa. Saya cuba melarikan diri, tetapi ayah menemui saya sebelum memukul dan membelasah saya,” katanya kepada Metro Ahad.


Adik Mimi yang mahu dikenali sebagai Nana, 13, pula berkata dia kali pertama menjadi mangsa rogol bapanya awal Mei lalu.

“Pada hari itu adik dan kakak di sekolah manakala saya di rumah berdua bersama ayah. Ketika saya hendak ke bilik air untuk mandi dan bersiap ke sekolah pada sesi petang, tiba-tiba ayah terus menarik saya ke dalam bilik,” katanya.
Nana cuba melawan tetapi ayahnya lebih kuat, menyebabkannya tidak mampu melepaskan diri.
“Bermula detik itu ayah sering merogol saya ketika adik dan kakak ke sekolah, dan pada waktu malam dia melakukan perkara sama dengan kakak walaupun saya dan adik bongsu ada di bilik sama,” katanya.
Lelaki itu yang berpisah dengan isterinya lima tahun lalu, tinggal bersama tiga anak perempuan dan dipercayai merogol mangsa di rumah sejak awal tahun ini.
Kronologi Kes
> 30 JUN 2010: Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superintendan Mohd Isa Yusof menerima laporan yang mendakwa seorang petani berusia 43 tahun merogol tiga anak kandungnya berusia 11, 13 dan 14 tahun di sebuah rumah di Kampung Talangkapas. Perbuatannya terbongkar selepas seorang mangsa secara tidak sengaja menceritakan kejadian itu kepada ibu saudaranya yang tinggal berhampiran rumah sebelum membuat laporan polis.

> 1 JULAI 2010: Gerakan memburu suspek dijalankan selepas dia gagal ditemui di rumahnya, dipercayai melarikan diri ke hutan berhampiran. Lelaki itu yang bercerai dengan isterinya kira-kira lima tahun lalu itu diburu selepas tiga anak kandung yang tinggal bersamanya mendakwa dirogol suspek sejak awal tahun ini.

> 3 JULAI 2010: Selepas tiga hari menyembunyikan diri, suspek dicekup polis di rumahnya ketika menyelongkar dapur untuk mencari makanan.

sumber:mymetro 8/8/10

Saturday, August 7, 2010

Bayi dalam lubang paip

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Di manakah sifat perikemanusiaan apabila masih ada pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup meninggalkan bayi perempuan yang baru dilahirkan di sebuah lubang paip dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Klang Gate dekat sini hari ini.

Bayi malang itu hanya muat-muat dalam lubang paip itu. Memang sukar untuk ditemui atau dilihat orang ramai yang melalui kawasan tersebut.

Namun hayat bayi tidak berdosa itu panjang apabila tangisannya didengari oleh seorang remaja lelaki yang secara kebetulan bermain tidak jauh dari situ pada pukul 3 petang ini.

Tangisan bayi terbabit menarik perhatian remaja berusia 17 tahun itu menyebabkan dia sanggup turun ke dalam longkang setinggi hampir tiga meter dan merangkak ke dalam longkang sejauh kira-kira dua meter sebelum menemui bayi berkenaan.

Ketika ditemui, bayi itu dalam keadaan bogel dan masih bertali pusat.

Mujurlah bayi itu ditemui sebelum hujan kerana lubang paip tersebut merupakan saluran air ke dalam longkang semasa hujan.

Remaja terbabit, Jamaluddin Mawardi (gambar), 17, berkata, dia sedang bermain di kawasan semak berhampiran longkang itu apabila tiba-tiba terdengar suara bayi menangis.

"Saya tercari-cari dari mana datangnya bunyi tangisan tersebut dan mendapati ia datang dari arah dalam longkang besar di situ.

"Perasaan ingin tahu menyebabkan saya sanggup masuk ke dalam longkang dan mengintai ke dalamnya. Saya terkejut apabila mendapati bunyi tangisan itu datang dari seorang bayi dan terus merangkak masuk ke dalam terowong untuk menyelamatkannya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini.

Menurut Jamaluddin, sebaik sahaja sampai di lubang paiptempat bayi itu ditinggalkan, dia bertambah terkejut apabila melihat kaki bayi terbabit terjulur keluar namun kepala dan badannya tidak kelihatan kerana tersumbat di dalam lubang paip.

Katanya, dia segera menarik keluar bayi itu yang diselaputi lumpur sebelum membawanya kepada penduduk kawasan berhampiran dan pemilik stesen minyak itu.

Sementara itu, isteri kepada pemilik stesen minyak Petronas Klang Gate, Fadzilah Abd. Majid, 50, berkata, perkara pertama dilakukan sebaik sahaja mendapatkan bayi malang itu ialah menyusukannya kerana simpati melihat keadaannya yang pucat dan kelaparan.

"Saya kemudian membersihkan badan bayi itu yang dipenuhi lumpur dan memakaikan pakaian sebelum menghubungi polis," katanya.

Bayi tersebut kemudian dihantar oleh sebuah ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kes tersebut.

Beliau berkata, polis sedang mengesan ibu bayi terbabit untuk siasatan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Abdul Jalil turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bayi ini agar menghubungi mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Kes buang bayi terbaru ini menyusul sehari selepas penemuan seorang bayi lelaki dalam kotak di tepi kereta berhampiran sebuah kedai serbaneka oleh seorang pelajar politeknik di Sungai Besar, Sabak Bernam semalam.

Sumber:Utusan Online 7 Ogos 2010

Friday, August 6, 2010

Setem 03:Murai Batu & Merbah Beringin

008
Orang yang banyak cakap diumpamakan macam mulut murai.Betul ker?Setem kat atas tu adalah salah satu spesis murai.Jom berkenalan dengannya.Burung Murai Batu (bahasa Inggerisnya: White-rumped Shama ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Copsychus malabaricus.Ia biasanya seberat 1 dan 1.2 auns dan sekitar 9 hingga 11 inci panjang.

Burung jantan hitam berkilat dengan dada warna berangan (chestnut) dan bulu putih pada ekor dan hujung ekor. Burung betina adalah lebih keperangan, dan biasanya lebih pendek berbanding burung jantan. Kedua jantina mempunyai paruh hitam dan kaki merah jambu. Burung jantan muda mempunyai warna keperangan atau kelabu, menyerupai burung betina, dengan dada bertompok.

Burung ini membiak dengan cara bertelur. Kebiasaannya Ia akan memilih lubang pada dahan pokok mati untuk bersarang.Burung betina akan bertelur antara 2 hingga 3 biji setiap musim. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarangnya.Semasa proses mengeram yang mengambil masa antara 12-15 hari, burung jantan dan betina akan bergilir mengeram telur dan seterusnya memberi anak yang menetas hinggalah boleh mencari makanan sendiri.

Burung Murai Batu merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya.Awas..jangan tangkap burung ini sembarangan.


009

Setem ini pula pasal burung Merbah Beringin (Alophoixus ochraceus).Ia merupakan spesies burung berlagu dalam keluarga Pycnonotidae. Ia terdapat di Brunei, Indonesia, Kemboja, Malaysia, Myanmar, Thailand dan Vietnam.

Burung Merbah Beringin adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Merbah Beringin tidak bergigi.Kalau anda mempunyai maklumat tambahan,bolehlah berkongsi.

Rujukan:Wikipedia Bahasa Melayu

Thursday, August 5, 2010

Si tinggi Zirafah

Semua kenal zirafah kan?
Pastinya kat negara kita,haiwan ini ada kat zoo sahaja
atau ada sesiapa yang bela zirafah kat rumah?heheh
Kali ini mari kita berkongsi
apa istimewanya zirafah ini dijadikan tinggi?
1. Memudahkan memakan daun/pucuk pokok
(pastu camana pokok nak besar?)
2.Senang nak ambil buah yang tinggi-tinggi
(buah durian boleh ker?)
3.Orang susah nak sembelihnya,pasal lehernya tinggi
(mana boleh sembelih di kaki kan!)
Banyak lagi alasannya,anda mesti lebih tahu daripada KM7

Soalan tambahan:apa kelemahan zirafah ni?

terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat

Peribahasa:Daun

(Gambar hiasan:Pokok Mas Cotek)

En3 kali ini KM7 ingin berkongsi 2 peribahasa yang
ada kaitan dengan daun.Jom sama-sama kita teliti.

001.
Daun mengenalkan pohonnya

maksud:
Daripada tingkah laku seseorang itu kita
dapat mengenali peribadinya.

contoh ayat:
Kita dapat mengagak bahawa dia gadis yang baik
daripada tutur katanya umpama daun mengenalkan pohonnya.

002.
Daunlah melayang,buah jatuh
ke perdu juga

maksud:
tidak sama kasih kepada anak sendiri
dengan kasih kepada anak orang lain.

contoh ayat:
Ibu tiri Amira menyayangi Fariza,anak kandungnya
daripada Amira, umpama daunlah melayang,buah jatuh
ke perdu juga.

Wednesday, August 4, 2010

Orang Berjaya

Orang yang berjaya bukanlah orang yang memendam semangatnya
kerana takut gagal,
bukan juga orang yang tidak pernah gagal,
tetapi ialah orang yang masih tetap
maju ke depan sungguhpun
menempuh kegagalan.

Charles Swindoll



Janganlah takut bahawa
hidup anda akan berakhir
tetapi
takutlah bahawa
hidup anda tidak pernah
dimulakan

John Henry Newman

Tuesday, August 3, 2010

Budak 7 tahun dapat RM749,903 dalam 30 minit

GAMBAR menunjukkan Kieron Williamson melukis di rumahnya di Holt, Britain baru-baru ini.

HOLT, Britain - Seorang budak lelaki berumur tujuh tahun, Kieron Williamson mendapat £150,000 (RM749,903) dalam tempoh 30 minit dengan menjual 33 lukisan yang dihasilkannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Jualan lukisannya pada minggu lalu telah menarik ramai pembeli sejauh Arizona, New York dan Afrika Selatan dengan beberapa orang lagi membida dengan menggunakan telefon dari seluruh dunia.

Satu pasangan dari Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) sanggup berkhemah selama dua hari di luar galeri di bandar Holt, Norfolk bagi memastikan mereka hadir pada pameran lukisan ketiga budak tersebut pada Jumaat lalu.

Antara gambar yang dilukisnya termasuk lukisan cat sebuah gereja, itik dan lukisan air beberapa nelayan memunggah hasil tangkapan.

Pada musim panas lalu, semasa berumur enam tahun, dia mengadakan pameran lukisan pertama dengan 19 lukisannya terjual dengan hasil jualan £14,000 (RM70,007).

Bakat Kieron dikesan dua tahun lalu apabila dia mewarnakan gambar dinosaur oleh ibu bapanya.

Namun, pada satu percutian, dia mula menghasilkan lukisan bot di dalam air selepas dibawa ke pelabuhan.

Ibu bapa Kieron kemudian mendapatkan pendangan pelukis tempatan dan pemilik galeri dan mereka mengesahkan Kieron mempunyai bakat untuk mencampurkan warna semasa melukis. - Agensi

Sumber:Kosmo Online 3 ogos 2010

Monday, August 2, 2010

Jom Main Air

Kalau tanya kepada budak-budak,suka atau tidak
main air,rasanya 90 peratus menjawab suka.
Pergi saja ke mana-mana taman tema air
mesti dipenuhi kanak-kanak.
ibu bapa mereka pun apa kurangnya
suka juga tu,tapi buat alasan mengawasi anak-anak.

Kalau dulu-dulu tempat macam ni mana ada
paling hebat pun mandi kat sungai atau tali air saja
aksi hebat apabila bergayut kat dahan pokok
kemudian terjun ke sungai
sekarang ni main gelungsur jer dalam kolam

Terdapat banyak taman tema air di negara kita
foto kat atas tu taman air kat Kota Bharu Kelantan
Taman air tu taklah besar sangat
khas untuk budak-budak jer
orang dewasa tengok kat tepi jer
kalau nak main air juga pergi jer sunway lagoon
Bukit Merah,dan terkini di Gambang.
Ok lah selamat bermain air....jaga keselamatan

Sunday, August 1, 2010

Merak: Cantik @ Sombong?

"Cantik bak Merak di kayangan"
Kita biasa dengar ungkapan tersebut
tetapi betul ker Merak tu cantik?
atau burung yang sombong dan megah dengan kelebihannya?
KM7 rasa, memang betullah Merak ni cantik
tegoklah sayap dan tubuhnya diselubungi bulu pelepah yang indah.
Merak atau nama sainsnya Pavo Cristatus,biasanya
akan membuka sayapnya itu pada masa-masa tertentu
sahaja.Bertuahlah anda sekiranya berpeluang melihatnya.


Nama Inggeris bagi Merak ini ialah Indian Peafowl
KM7 merakamkan gambar Merak ini sewaktu
bercuti di salah sebuah Resort di Kelantan.
Baru-baru ini KM7 terbaca dalam sebuah akhbar
ada pereka fesyen mereka gaun pengantin
menggunakan bulu pelepah Merak.
Wah..tentu mahal harganya.
Sanggupkah anda memakainya?