expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, November 30, 2010

Sang Kancil ni meragamlah pula

Assalamualaikum.Kisah kancil pula kali ini,tapi bukan sang kancil dalam zoo.Kancil ni berkaki empat..opsss bertayar empat...KM7 nak cerita pasal kereta kancil kepunyaan isteri KM7 yang meragam hari ni.

Alkisahnya isteri KM7 ni nak menyelesaikan satu urusan di bandar Kota Bharu pagi tadi.Sebelum pergi...dengan confidentnya dia check kereta tu sendiri.

Tengah harinya pula,sempat lagi di pulang ke kampungnya sekejap.Dalam perjalanan pulang semula ke rumah....kancil tu dah buat hal...maka dia pun parking la kat tepi jalan.Bayangkan kalau kereta tu meragam kat tengah-tengah jalan...haru dibuatnya.Meter suhu/temparature dah naik ke warna merah maksimum lagi tu.

Kebetulan kejadian ni tak jauh dah dari rumah,maka dengan pantasnya KM7 ke sana setelah mendapat panggilan kecemasan.Risau juga...masalah apa pula gerangan si kancil ni hari ni.

KM7 ni bukan tahu sangat pasal kereta.Tapi buat-buat tahu je lah.hehe...adusss...lawak betul rupa-rupanya penutup air penyejuk/cooler tu terbuka.....kering habis air dalam bekas tu.Siap elok jer letaknya penutup tu kat atas bateri kereta.Nasib baik tak jatuh.Barulah isteri KM7 ni perasan...pagi tadi masa check air tu dia lupa nak tutup balik.Haaa....kan dah kena....nasib baik kereta tu tak meletup tadi..hehe

Pengajarannya kat sini...sebelum memulakan perjalanan elok check dulu kenderaan.Tapi tadi dah check...ada pula masalah lain...nasib lah...cubaan.....Kemudian handphone kena bawa tau! senang nak hubungi sesiapa kalau apa-apa hal terjadi.Pastikan handphone tu ada kredit la....hehe

BM Kertas 2 tak perlu diduduki semula: KP

Selamat petang semua...

Perhatian kepada calon-calon SPM 2010

juga ibu bapa dan guru-guru;

BM kertas 2 SPM 2010

tak perlu diduduki semula.

Beritanya di sini;

*

*

*

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran menafikan khabar angin bahawa calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 berkemungkinan perlu menduduki semula peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Dua yang dijalankan pada 23 November lalu.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud, berkata berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, peperiksaan subjek itu sah dan calon-calon yang menduduki peperiksaan itu tidak perlu menduduki semula kertas tersebut.

"Saya ingin menegaskan di sini supaya ibu bapa dan terutamanya calon-calon peperiksaan supaya tidak mempercayai khabar angin yang tidak berasas ini," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau meminta ibu bapa dan calon-calon peperiksaan supaya tidak risau atau bimbang kerana Kementerian Pelajaran sentiasa mengambil langkah-langkah untuk memastikan semua peperiksaan adalah sah serta memastikan kualiti atau standard peperiksaan berada pada tahap yang baik.

Abd Ghafar berkata sehingga hari ini, peperiksaan SPM yang bermula pada 23 November lalu dan berakhir pada 20 Disember depan berjalan baik dan lancar seperti yang telah dijadualkan.

Sebarang kemusykilan atau pertanyaan mengenai peperiksaan SPM 2010 boleh dikemukakan kepada Bilik Gerakan SPM, Lembaga Peperiksaan Malaysia yang beroperasi setiap hari peperiksaan dari pukul 7 pagi hingga 6 petang atau menghubungi talian 03-8889 3551, 03-8889 3601 atau 03-2889 3520. - BERNAMA

Berita Harian Online 30/11/10

Menulis blog memerlukan kesabaran yang tinggi

(foto:Google)

Assalamualaikum.Dua hari KM7 tak menulis blog,rasa macam 2 tahun.Alasannya biasalah sibuk...Kalau anda perasan 2 hari ni KM7 upload berita-berita dari surat khabar jer dalam blog.Rasa macam tak puas pula apabila tidak mengarang sendiri ni.

Sebenarnya dalam keterbasan waktu itu masih sempat kalau KM7 ambil sedikit waktu untuk menulis blog.Tapi KM7 dapat bayangkan hasil penulisan yang tergesa-gesa itu pastinya tidak berkualiti.Kalau diri sendiri tak puas hati,apa lagi pengunjung-pengunjung blog yang datang membaca...Tak tahulah pula kot-kot ada yang berkunjung tinggalkan jejak jer,tak baca pun en3 yang kita tulis.

Apa yang ingin KM7 kongsikan di sini ialah untuk menulis blog semestinya memerlukan kesabaran yang tinggi. Bermula dengan pencarian idea sehinggalah penyusunan ayat-ayat untuk melengkapkan cerita atau idea yang ingin disampaikan.Seboleh-bolehnya setiap en3 yang disiarkan itu memberi manfaat kepada diri sendiri dan pembaca-pembaca blog yang setia.

Sebaiknya en3 kita tu tidak bersifat syok sendiri.Memang benar blog kita...kita punya pasallah kan.Tapi harus diingati bahawa blog sedemikian tidak akan dikunjungi untuk kali kedua.Kalau datang pun mungkin tak sengaja,dan cuma tinggalkan jejak.Nak baca en3..hmm lupakan saja...buat sakitkan hati atau membuang masa.

Justeru  marilah kita sama-sama menghasilkan en3 yang berkualiti supaya pelayaran dan pengembaraan di alam maya memberi manfaat buat kita semua.


Riak syirik paling halus musnahkan amal ibadat

AMALAN bersedekah adalah jalan bagi mukmin mendekatkan diri serta meningkatkan keimanan kepada Allah. Amalan sedekah membawa kepada keredaan Allah dan menghapuskan dosa.

Firman Allah bermaksud: “Dan apa juga harta yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa juga yang kamu dermakan daripada harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.” (Surah al-Baqarah: 271)

Perlu ditekankan, amalan sedekah yang dilakukan jangan sampai menimbulkan riak kerana perbuatan menunjuk-nunjuk sedekah melambangkan hati yang tidak ikhlas kepada Allah. Ingatlah Allah Maha Mengetahui gerak hati kita.

Islam menegah umatnya berpeluk tubuh dan menjadi penonton terhadap penderitaan orang lain. Menjadi kewajipan orang kaya, pemimpin masyarakat dan negara atau sesiapa saja yang berkemampuan untuk membantu sesama mukmin yang dalam kesusahan.

Jangan sekali-kali mempertikaikan sedekah atau bantuan yang diberikan orang lain kerana sikap membandingkan sedekah yang banyak dengan sedikit adalah bertentangan sama sekali dengan kehendak agama.

Perbuatan sebegini secara tidak langsung akan menghapuskan pahala sedekah, malah membawa kepada kemurkaan Allah.

Sepatutnya, kita bangga melihat ada saudara kita yang mampu bersedekah dan menjadikan sikap murah hati itu sebagai motivasi untuk kita mengikuti jejak mereka.

Riak adalah pemusnah amal ibadah dan Rasulullah menyamakan riak sebagai syirik paling halus seperti sabda Baginda yang bermaksud: “Yang amat aku takuti ke atas kamu ialah syirik yang paling kecil. Kemudian Baginda ditanya mengenainya dan Baginda mengatakan, itulah riak.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Oleh itu, usahlah kita berkembang dada penuh bangga kerana paling banyak bersedekah dan membuat kebaikan.

Rasulullah ada berwasiat yang antara lain katanya: “Benarlah khabar gembira kepada umat ini dengan kemuliaan, ketinggian, kemenangan dan darjat di bumi.
Maka sesiapa melakukan pekerjaan akhirat demi dunia, dia tidak akan mendapat apa-apa di akhirat.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Buatlah amal kebaikan dan bersama berlumba melakukannya serta menjaga keikhlasan hati supaya perasaan riak tidak dapat menyelinap masuk ke dalam hati.

Berita Harian 29/11/10

Monday, November 29, 2010

Sultan Selangor dukacita orang Melayu gadaikan perkataan Melayu

SHAH ALAM: Sultan Selangor hari ini melahirkan rasa dukacita dengan segelintir orang Melayu yang tidak memiliki rasa megah dan bangga sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan perkataan Melayu itu sendiri untuk dikuburkan serta lenyap dari dunia ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris ada menyatakan mengenai 'Tanah Melayu' , 'Negeri Melayu Bersekutu' dan Raja Melayu sekali gus membuktikan penulis Barat ketika itu mengiktiraf adanya Melayu yang memulakan sejarah negara ini.

Sultan Selangor turut melahirkan rasa bangga dan sukacita dengan langkah kerajaan Malaysia yang akan menjadikan subjek Sejarah sebagai syarat wajib untuk dipelajari oleh rakyat di sekolah negara ini.

"Beta percaya dengan arahan ini ia akan membuka minda dan kefahaman dari pengetahuan berhubung peranan penting yang berlaku dalam sejarah tanah air untuk tidak timbulnya syak wasangka dan persoalan yang mencurigakan hingga timbul salah faham terhadap sesama rakyat di negara yang kita kasihi ini," titah Sultan Selangor pada Wacana Raja Berpelembagaan-Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di sini.

Berita Harian Online:29/11/10

Ribuan rai perarakan pertama gay di India

SEJUMLAH golongan gay menyertai perarakan gay di New Delhi semalam. 

NEW DELHI - Ribuan orang menari, menyanyi dan bersorak di beberapa batang jalan raya di sini semalam dalam perarakan pertama gay, lesbian dan pondan di India.


Seramai 2,000 aktivis gay termasuk penyokong cara hidup bebas itu menjerit pelbagai slogan dan membawa poster semasa mereka berarak.


"Hari ini merupakan hari untuk menyatakan bahawa kami merupakan gay dan kami berasa bangga. Kami tidak pergi ke mana-mana, kami merupakan sebahagian daripada masyarakat," kata salah seorang penganjur, Amit Agrawal.


Perarakan itu dilakukan sejak gay dibenarkan berdasarkan undang-undang India. - Reuters 


Kosmo Online:29/11/10

KM7:Apa nak jadi dengan dunia hari ini.Macam-macam dilakukan untuk menunjukkan hak masing-masing.Apakah ini yang dikatakan kebebasan asasi?Tidak mustahil perkara ini akan merebak ke tempat-tempat lain seluruh dunia.

Sunday, November 28, 2010

Melayu Semakin Berani

En3 kali ini KM7 akan memperkatakan tentang Melayu yang semakin berani.Keberanian dalam kalangan orang-orang Melayu ni memang telah diketahui sejak zaman Hang Tuah lagi.Sekarang ni Melayu memang terkenal dalam pelbagai bidang...politik,ekonomi sehinggalah merempit di jalanan.

Semakin berani Melayu ini apabila ada kalangan mereka ini sudah mula menjual diri dalam dunia  siber.Terkejut betul KM7 apabila terjumpa satu laman yang mempromosi lelaki Melayu untuk perempuan atau gadis atau isteri-isteri yang kegersangan.Disertakan juga maklumat ringkas umur,negeri asal,ketinggian,dan berat badan.Memeranjatkan lagi apabila individu ini menyertakan sekali gambar alat sulit mereka (maaf kerana berterus terang di sini).Alat itu sudah tidak sulit lagi bagi mereka.

Mungkin kalau di barat perkara ini dianggap biasa.Tapi bagi negara kita,KM7 rasa situasi ini menggambarkan kerosakan jiwa sesetengah individu.Mereka lebih suka mencari kenikmatan dunia tanpa memikirkan soal halal haram.Membimbangkan juga laman-laman sebegini agak mudah dilayari oleh sesiapa sahaja.Kalau terjumpa oleh kanak-kanak macamana?

Naluri seks memang lumrah bagi manusia.Tapi sebagai manusia yang berakal,gunalah akal itu agar perkara ini tidak disalahguna.Bagi yang sudah layak kahwin,eloklah berkahwin.Bagi yang dah berkahwin,fahamilah dan laksanakan tanggungjawab yang sepatutnya sama ada zahir mahupun batin.

Kepada Melayu yang semakin berani untuk hal-hal yang tak berfaedah ini,diharapkan anda fikirkan semula tindakan anda itu.Baliklah ke pangkal jalan.KM7 mohon maaf  kalau en3 ini menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.Tujuannya untuk memberi kesedaran kepada kita semua.

Bilionair India perkenal rumah termahal

GAMBAR fail pada 19 Oktober 2010 menunjukkan rumah baru 27 tingkat milik bilionair, Mukesh Ambani di Mumbai, India.
 

MUMBAI - Bilionair India, Mukesh Ambani mengadakan parti mewah bagi memperkenalkan rumah barunya di atas sebuah bukit di sini yang dibina dengan kos AS$2 bilion (RM6.3 bilion) sekali gus kediaman persendirian termahal di dunia.
Akhbar Times of India melaporkan sekitar 80 individu berpengaruh dan selebriti Bollywood termasuk Preity Zinta dan Aamir Khan menghadiri parti tersebut pada malam kelmarin di kediaman 27 tingkat itu yang dinamakan Antilia.
Digelar Taj Mahal kurun ke-21, Antilia adalah setinggi 174 meter dengan ruang dalaman seluas 37,161 meter persegi dan dilengkapi ruang parkir enam tingkat, beberapa kolam renang dan sebuah panggung wayang.
“Satu kelegaan dapat menghirup udara segar di tempat tinggi dan meninggalkan pencemaran bandar Mumbai di bawah sana,” kata seorang tetamu parti itu.
Menurut akhbar berkenaan, Ambani memerlukan kira-kira 600 kakitangan bagi menyelenggara kediaman barunya itu
Ambani, 53, merupakan lelaki terkaya di India dengan anggaran kekayaan mencecah AS$27 bilion (RM85.1 bilion). – AFP
 
KosmoOnline:28/11/10

Saturday, November 27, 2010

Panggilan percuma pun tak guna

Assalamualaikum...tengah buat apa tu?Kali ini mari kita berbicara tentang panggilan percuma yang diberikan oleh pengendali rangkaian telefon bimbit di negara kita.Panggilan percuma ini biasanya diberikan sempena hari jadi,bonus panggilan,atau panggilan dengan kadar paling minima.Persoalannya adakah kita mengambil kesempatan atas kemudahan yang diberikan ini?


Bagi KM7 sendiri yang sudar berumur ni (hehehe dah tua sangat ker aku ni),Biarpun panggilan itu diberi percuma...tak mungkin digunakan sepenuhnya.Banyak sebab,antaranya tak tahu nak call siapa.Kalau ada pun,orang yang kita nak call tu mungkin sibuk....tak boleh layan bercakap dengan kita.Ini yang malas nak call.
Lainlah bagi pasangan yang sedang hangat bercinta kan...bergayut sampai panas telinga pun tak apa.


Bagi yang dah dewasa ni...perbualannya berkisar tentang kerjaya...kerja kat mana,anak-anak ..berapa orang anak...kemudian habis cerita.Hmm tak sampai 5 minit dah habis idea.Jadi walaupun panggilan itu percuma,jumlah yang digunakan sikit saja.


KM7 melihat perkara ini sebagai peralihan masa...apabila seseorang itu sudah berusia,berkerjaya dan berkeluarga,maka perbualan telefon dengan rakan-rakan semakin minima.Justeru panggilan percuma yang diberikan itu tidak membawa makna yang besar.Apapun terima kasih kepada syarikat-syarikat pengendali rangkaian telefon bimbit yang sentiasa memberi keistimewaan kepada pelanggan setia mereka.

          

USM: Kenangan lalu mengusik jiwaku


Salam semua..

Kali ini KM7 ingin memperkenalkan coursemate KM7 

masa belajar kat USM dulu.

tengoklah wajah-wajah mereka tu..

Mesti anda tak cam KM7 ni.

teruk betul wajah KM7 dalam foto tu..

fesyen rambut pun entah apa-apa.

muka dahlah gelap...tak hensem pula tu.huhu...

eh..eh..silap.KM7 bukan gelap tau...tapi mereka

yang lain tu putih-putih belaka,hehe..

patutla masa  belajar dulu takde pun orang nak berkenalan dgn KM7

Masa tu mana ada facebook atau blog

handphone pun pensyarah jer pakai.

Orang lain sibuk bercouple..tapi KM7 tetap solo....

ish...sedih la pulak..

Kepada coursemate KM7...

apa khabar kalian semua?apa cerita anda semua?

i miss u all

Jom breakfast dengan Apam yang sedap



Selamat pagi dan selamat datang ke blog KM7

Pagi ni KM7 telah sediakan apam yang sedap

untuk pengunjung-pengunjung blog KM7.

Sila...sila....jangan segan-segan atau malu-malu.

sambil-sambil BW kita makan apam.

KM7 tak buat sendiri..

(tak sempat....padahal tak pandai nak buat)

Beli jer...biasalah kan...

Harganya masih maintain RM 1 untuk 2 biji.

Biasa dijual di pasar malam atau pasar tani.

OK...KM7 nak pergi sediakan kopi 

untuk anda semua.

Selamat menjamu selera......


Perlu lagi ker album gambar?

(foto:Google)

Salam semua....

Suka simpan foto-foto dalam album?

KM7 ada banyak koleksi album foto

Itu dululah..masa rajin print foto kat kedai gambar.

Tapi sekarang ni 

rasa malas pula nak print foto

simpan dalam komputer atau hard disk saja.

Lama-lama..lupa pula nak tengok foto-foto tu.

Pada pendapat KM7 la

simpan foto dalam album foto mahupun hard disk  ada baik buruknya

cuma lebih nostalgia kalau foto-foto tu

dilihat terus dari album foto.

Tak tahulah sekarang ni rasa malas pula

nak pergi print foto ni.

Kalau dulu-dulu masa guna kamera yang pakai filem,

tak sabar-sabar nak tengok foto yang dirakam.

tapi sekarang senang...lepas rakam terus tengok hasilnya

kalau tak suka..delete terus.

hmm...itulah perkembangan sains dan teknologi.

Bayangkan 10 tahun akan datang macam manalah foto-foto

akan disimpan,atau masa tu

orang dah tak pakai kamera lagi?



Friday, November 26, 2010

Tingkatan 1 di sekolah mana?

Salam semua.

Keputusan UPSR dah lama diumumkan.Ketika ini ibu bapa berkira-kira untuk memilih sekolah mana bagi anak-anak mereka bersekolah tahun depan.Bagi yang mendapat 5A sudah tentu inginkan anak-anak mereka bersekolah di sekolah-sekolah berasrama penuh atau sekolah-sekolah terpilih yang lain.

Mendapat 5A dalam UPSR zaman ini bukanlah penentu untuk memasuki sekolah terpilih.Maklum sajalah bilangan sekolah dan tempat yang disediakan tidak dapat menampung jumlah pelajar yang semakin ramai mendapat 5A.Nampaknya anak-anak kita sekarang pandai-pandai belaka.Zaman KM7 bersekolah dulu, nak cari pelajar yang dapat 5A pun susah.

Persaingan sengit untuk memasuki sekolah-sekolah terpilih menyebabkan ada kalangan ibu bapa yang sanggup menghantar anak-anak mereka mengikuti kelas-kelas tambahan khas bagi menghadapi ujian kelayakan kemasukan ke sekolah-sekolah terpilih.Tujuannya supaya anak-anak yang dapat 5A UPSR ini akan dapat keputusan cemerlang juga dalam ujian kelayakan,seterusnya terpilih ke sekolah berkenaan.

Bagi yang berjaya meneruskan pelajaran di sekolah terpilih ini,KM7  nasihatkan agar jangan sia-siakan peluang yang diberikan kepada anda.Bagi yang tak berjaya,jangan berputus asa kerana pelajaran ada di mana-mana.Pokok pangkalnya usaha andalah yang menentukan kecemerlangan seterusnya.

Selamat menempuhi alam persekolahan peringkat menengah bagi pelajar tingkatan 1 2011.


Selamat datang ke Kota Bharu



Cuti sekolah dah bermula.

Belum ada rancangan  ke mana-mana?

Haa...KM7 jemput anda datang ke Kota Bharu.

Apa yang ada?

Macam-macam ada...

Bagi yang dah biasa ke Kota Bharu

tentu tahu apa yang menarik.

Bagi KM7 Kota Bharu sesuai

juga dikunjungi oleh mereka

yang ingin membeli-belah dan

menikmati pelbagai makanan tradisi Kelantan.

Pendek kata...anda datang,anda tahu dan anda rasa sendiri.

Selamat datang ke Kota Bharu.

November:Bulan kerosakan

Salam semua...

Pertama sekali..KM7 ingin menyatakan bahawa tajuk en3 kali ini tada kena mengena dengan sesiapa melainkan kena-mengena dengan KM7 semata-mata.Bulan November juga tak salah cuma kebetulan.

Sebenarnya dalam bulan November ni banyak gajet atau peralatan elektrik KM7  yang rosak.Macam berjanji pula gajet-gajet ni rosak bersama.Mari kita lihat apa yang rosak;

1.     Handphone....huhu...sedih betullah dah pakai 2 tahun nak rosak bulan ni.Tapi masih boleh digunakan.cuma beberpa fungsinya saja yang rosak....Jadi,pakai lagilah sampai betul-betul rosak.

2.     TV..dah tak keluar gambar.Dah lama TV tu .10 tahun.Masa beli dulu harganya RM 1800 untuk 29 inci.Rasa nak beli baru lah...tapi bilalah tu..sebab sekarang ni dah ada satu lagi TV kecil kat rumah ni.Hmm tak jadi beli lagilah..

3.     Kamera Sony kesayangan KM7 juga rosak bulan ni.Dah pakai 2 tahun lebih tu.Banyak berjasa..dah beribu-ribu gambar dirakam.Tak pelah dah sampai masanya...KM7 pun dah beli yang baru sebagai ganti.

4.     Note book....ini paling sedih....Satu tu rosak teruk...kena tukar barang.Satu lagi rosak key board.hmm tengah fikir-fikir kena beli baru juga ni.

Semuanya memerlukan duit.Paling-paling sikit pun untuk 4 perkara tu KM7 kena habiskan RM6000... ada ke siapa yang nak sponsor.hehe...takpelah,beli mana-mana yang perlu jer dulu walaupn semua tu KM7 rasa sangat perlu.

Kerosakan gajet-gajet yang hampir serentak itu menyebabkan bajet lari...Pengajarannya kita kena ada simpanan untuk digunakan bagi kes-kes macam ni...betul tak?

Thursday, November 25, 2010

Cuba lihat blog list anda



Salam semua....

Kali ini KM7 akan berkongsi pasal blog list.

Kebanyakan blog ada blog list.

Pemilik blog biasanya akan memasukkan blog kegemaran ke dalam list mereka.

Tapi sedar atau tidak

blog yang tersenarai itu ada yang sudah tidak up date

berminggu-minggu,malah ada yang berbulan-bulan.

Mungkin pemilk blog sibuk BW

tak perasan ada blog-blog dalam blog list mereka

yang sedemikian.

Kalau KM7,rasanya elok tukar saja blog-blog

yang tak update berbulan-bulan itu dengan blog lain.

Letak blog KM7 pun ok juga.

hehe...promosi lah pula....

Bukan apa

secara peribadi KM7 suka list kan blog-blog

yang sentiasa di update kan

paling lama pun mungkin 2 minggu...

Ok...selamat meninjau blog list masing-masing.

Positif atau negatif?

 
  (foto:Google)

Sesuatu yang kita fikirkan itu
sama ada positif atau negatif
biasanya 
itulah yang akan mencerminkan
siapa kita yang sebenarnya.....
sama ada kita seorang yang positif
atau seorang yang negatif dalam menghadapi sesuatu situasi. 
en3 kali ini
KM7 paparkan foto-foto
yang boleh kita kongsikan bersama... 

*
*
*


 (foto:Google)
*
*
*

 (foto:Google)
*
*
*

(foto:Google)


Sedapnya tidur....




Salam semua.


Ada yang masih tidur?atau ada yang belum tidur hari ini?
Tidur ni memang best lah kan.Ditambah lagi kalau dapat tidur pada hari cuti,kemudian hujan pula hari tu.


Setiap manusia mesti tidur untuk mendapatkan rehat yang cukup.Jumlah masa tidur yang diperlukan bergantung kepada usia seseorang.Bagi dewasa,rasanya 5-6 jam sehari tu dah cukuplah kan....Kalau terlebih tidur tak baik untuk kesihatan...


Orang yang terlebih tidur ni....boleh dikategorikan orang yang membuang masa pula.Bayangkan 2-3 jam yang digunakan untuk tidur tu kalau digunakan untuk membuat kerja-kerja lain ...kan banyak faedahnya.Contohnya membasuh kereta,mengemas rumah,membaca,menziarahi kaum keluarga dan sebagainya.


Orang yang berjaya dalam kerjaya biasanya mereka yang tak banyak tidur.Masa bekerja mereka lebih banyak daripada masa tidur.Kerja tu kerja juga,jangan sampai tak tidur yer...Kita memerlukan tidur yang berkualiti bukannya tidur yang berkuantiti.


Selamat tidur lah....zzzz

Wednesday, November 24, 2010

Aku ingin menangis....

(foto:Google)

Menangis....?
ya..aku ingin menangis
tapi kenapa?
entah...
salahkah bila aku menangis?
tak salah..
*
*
*

menangislah jika ia mampu
membuatkan engkau bahagia.

***********

Catatan: KM7 cukup tersentuh apabila melihat orang yang betul-betul menangis...(bukan buat-buat atau lakonan).Apatah lagi jika yang menangis itu anak-anak yatim.....

Tuesday, November 23, 2010

Cheng Ho Expo 2010


Salam semua

Kepada yang sedang bercuti,KM7 ucapkan selamat bercuti.hmmm tentu seronok cuti tahun ni kan.KM7 sendiri belum ke mana-mana cuti ni.Mahu bereskan dulu kerja-kerja yang tak habis-habis ni....

Bagi anda yang bercuti di Kelantan,khususnya ke Kota Bharu,jangan ketinggalan berkunjung ke Cheng Ho Expo 2010 yang berlangsung dari 21-26 November 2010 di stadium Sultan Muhammad ke IV,Kota Bharu. KM7  pun baru jer pergi semalam.

Antara yang menarik di sini;

         * Seminar dan Business Forum
         * Pameran sejarah Cheng Ho
         * Perniagaan tempatan & antarabangsa
         * Al Quran bersalut emas berusia 500 tahun bernilai US 60 juta
         * Al Quran 500 kaki terpanjang di dunia
         * Rawatan diabetes cara alternatif
         * Produk halal dari China
         * Masakan Cina Islam Xinjiang
         * Pameran seni khat dari China

ISTIMEWA: Persembahan akrobatik oleh Adili Wuxor 'King Skywalker' pemegang rekod dunia dan Shaolin Kung Fu Master.

hmmm...apa lagi,jom la ke sana...masih ada masa.

Selamat Menduduki SPM 2010


Hari ini bermulalah peperiksaan SPM 2010.

Pastinya ada yang berdebar-debar.Bukan saja calon dan ibu bapa,...cikgu-cikgunya lagilah berdebar.

Apapun KM7 mengambil peluang di sini

mengucapkan 

Selamat menduduki Peperiksaan SPM

kepada semua calon SPM 2010

Semoga kejayaan cemerlang menjadi milik anda.


Monday, November 22, 2010

Simpanan emas lebih menguntungkan?


KM7 teruja betul apabila membaca tentang emas.Bukan barang kemas untuk isteri,tapi simpanan  dalam bentuk kepingan emas.Tak kiralah kepingan emas yang dikeluarkan oleh bank-bank atau dinar emas.Mengikut pemahaman KM7,elok juga kalau kita menyimpan dalam bentuk emas ni.

Sebab utama,harga emas ni semakin meningkat...jarang jatuh.Kalau turun pun tak banyak.Lainlah jika dibandingkan dengan duit kertas ni..US dollar pun ada ketikanya menjunam.Masa tu ada duit banyak pun tak guna kalau nilainya sedikit.

Emas ni juga tidak rosak.Cuba anda bakar...mesti tak cair.Tapi cuba anda bakar wang kertas (sanggup ker hehe..)hmmm ada ker yang tinggal?ada...tinggal abu ler jawabnya.

Satu lagi nilainya tetap tinggi.Kalau anda ada simpanan emas sepuluh tahun dulu,cuba jual sekarang...Pakcik kayooo...jadinya.Kalau anda ada RM 1000 hari ni.Sama tak barangan yang anda boleh beli dengan wang sejumlah itu pada tahun depan atau 4 tahun akan datang?Mesti tak sama kan...inflasi biasanya semakin tinggi menyebabkan nilai duit kertas ni semakin berkurangan.KM7 tak boleh cerita banyak pasal bukan ahli ekonomi.hehe...

Jadi bagus juga rasanya kita buat simpanan dalam bentuk emas ni.Orang pun tak boleh pinjam duit kita...pasal semuanya dah bertukar jadi emas.......

Cuti tapi bekerja

 

Salam semua...
Apa khabar hari ni?Sibuk bekerja atau sibuk bercuti?
Kepada guru-guru
selamat bercuti diucapkan
biarpun bercuti tetapi guru-guru ni
tetap bekerja
*
*
kenapa tu?
*
*
Banyak sebab,antaranya......masa cuti inilah guru-guru kena;

1. Semak kertas peperiksaan akhir tahun 
2. Jadi pemeriksa kertas SPM/STPM 
3. Mengawasi peperiksaan SPM/STPM
4. Menghadiri mesyuarat/kursus/seminar dsb
5. Membuat persiapan rancangan mengajar tahun depan
6. Kelas-kelas tution 
7. Keceriaan sekolah
8. dan lain-lain lagi
*
*
*
pendek kata....tiada istilah cuti yang sebenar
lebih baik cuti tapi bekerja
daripada
"bekerja tapi cuti"
*
*
selamat bekerja dalam cuti.
saya suka jadi cikgu....



Bukan tak nak blogwalking,tapi.....

Rindu untuk menziarahi blog rakan-rakan semua.Habis tu kenapa pula...blogwalking je lah.Bukan tak nak blogwalking,tapi.....

1.   Internet hampeh......untuk ke berapa ratus kalinya.Ini membuatkan semangat untuk berblogwalking tu hilang.

2.   Bayangkan berapa lama masa yang diambil untuk membuka satu-satu blog tu...kalau makan nasi boleh habis sepinggan.

3.   Rasa macam buang masa lah pula,dahlah masa tu terhad....masa tu kan berharga.

4.   Kita bayar tau...inikah perkhidmatan yang diperolehi?hee.... geramnya.Kalau bagi diskaun ker tak pe juga.Ini setiap bulan kita bayar tapi perkhidmatan yang diperolehi tak berbaloi.Sedekah kat masjid lagi bagus daripada bayar bil tapi tak boleh guna.

5.   Kita tinggal kat bandar tau...Bayangkan kalau kat bandar pun internet macam ni....kat kampung apa lagi...macam ni ker nak jadi negara maju...

6.   Kalau nak line bagus sikit...tunggulah jam 1,2 atau 3 pagi.Laju lagi 4,5 pagi.Apa....ingat kita ni burung hantu ker tak tidur malam.

7.   Harap-harap kat Malaysia ni akan ada lebih banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan jalur lebar ni,supaya masing-masing dapat bersaing dan pengguna ada pilihan.Syarikat yang tak jaga hak dan kepuasan pengguna...haaaa..kesannya tau-tau sendirilah....

8.   Kesimpulannya...kesabaran manusia ada hadnya....

Sunday, November 21, 2010

Senangnya memberi alasan....


Salam semua.

Hari ini KM7 akan memperkatakan tentang budaya memberi alasan.Percaya atau tidak,kita sering memberikan pelbagai alasan untuk pelbagai perkara.Tak kiralah perkara itu kecil,mudah,remeh -temeh sehinggalah perkara yang besar.

Persoalannya mengapakah ada dalam kalangan kita ni suka sangat memberi alasan biarpun untuk perkara-perkara yang dianggap tak sepatutnya ada alasan....Jawapannya mudah...Seringkali alasan yang diberikan apabila seseorang itu malas untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Ataupun faktor dalaman seseorang itu sendiri yang tidak mahu berubah.Contohnya sering mencari pelbagai alasan mengapa sesuatu pekerjaan atau tugasan itu lambat disiapkan.

Sebenarnya kalau dah terbiasa memberi alasan,ia akan menjadi satu perkara yang seronok untuk dilakukan.Yer..la...siapa yang tak seronok kalau boleh datang lambat ke tempat kerja,lambat siapkan tugasan dan lain-lain lagilah...janji kita boleh berikan 1001 alasan kepada bos!Lebih seronok lagi kalau alasan kita tu diterima 100 peratus oleh bos.

Harus diingat,langit tak selalunya cerah....lambat laun suatu hari nanti apabila orang dah bosan dengan alasan kita tu..haaa..baru tau..kot2 ada yang kena buang kerja.ishh..kesiannnya.Jadi ingatlah seseorang yang suka memberikan alasan ni adalah seseorang yang tidak ada motivasi diri untuk berjaya atau cemerlang dalam sesuatu bidang yang diceburi.Marilah kita sama-sama mengurangkan tabiat suka memberi alasan.semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang berjaya di dunia dan akhirat.

Saturday, November 20, 2010

Dah Solat ke belum?

 sekarang ni ramai yang mengambil mudah pasal solat.
ada yang solat Jumaat dan hari raya sahaja.
ada juga yang hanya bersolat apabila berkelapangan.

kenapa?
alasan:sibuk bekerja
nak cari duit
*
*
*


sebab dengan duit,macam-macam boleh buat
beli rumah besar,kereta mewah,juga melancong 
ke serata alam


tapi ingatlah
persinggahan kita sebelum akhirat
hanyalah di sini
*
*
*
*

fikir-fikirkanlah....

Pagi ni nak senyum....


Salam semua,
Pagi ni KM7 tersenyum lebar nampaknya.
Gerangan apakah itu agaknya.
hehe...
sebenarnya  pagi ni KM7 tergerak hati
nak check BE 
dan hasilnya.......
lihatlah ada 5 BE sedang running kat blog KM7 ni.
*
*
*
*
*



*
*
Suka kan.....
Terima kasih kepada pengiklan yang sudi
melekatkan iklan mereka kat blog KM7 ni..
terima kasih juga kepada pihak nuffnang.
dan....
terima kasih yang tak terhingga 
kepada
semua pengunjung blog KM7 ni.
Luv u all.


Friday, November 19, 2010

Rindu makanan ringan masa dulu-dulu...

(foto:Google)

 Masa ke pasar raya malam tadi
singgah di bahagian makanan ringan.
wow...banyak betul jenis makanan ringan sekarang
pelbagai nama,pelbagai perisa.
Bungkusannya cantik-cantik belaka.
*
*
Tiba-tiba saja teringat 
masa kecil-kecil dulu KM7 pun suka juga
makan makanan ringan ni...
tapi dulu beli dalam bungkusan yang kecil jer.
harga dalam 10 atau 20 sen jer satu
beli pula kat kedai-kedai runcit di kampung.
hmm bayangkanlah dalam sehari tu
sampai dua atau tiga kali pergi ke kedai runcit
untuk membeli makan ringan atau jajan ni.
*
*
*
KM7 sendiri pun dah lupa nama-nama makanan ringan tu.
masa tu KM7 tak ada kamera lagi.
kalau ada,boleh juga tangkap gambar buat kenangan.
satu lagi,lupalah nak simpan bungkusan
makanan tu.
Ada beberapa jenama makanan yang masih ada sampai sekarang,
cuma bungkusan dan kuantitinya sudah berubah.
apa-apapun...yang dulu-dulu juga paling best. 
ish...nostalgia betullah...
*
*
*
makan makanan ringan ni tak baik untuk kesihatan
tapi kalau makan dalam jumlah yang sedikit tu tak apalah kan.. 
nostalgia masa membeli dan makan makanan ringan
zaman kanak-kanak dulu 
tak mungkin dapat dilupakan.....


Thursday, November 18, 2010

Cerai isteri tidak cantik makin meningkat

KM7 tak tahulah nak salahkan siapa
bagi kes-kes perceraian yang semakin meningkat ini.
Masa nak kahwin dulu semuanya cantik,kacak,
segak,bergaya.Pendek kata tiada cacat celanya.
Tapi apabila tak suka
atau ada pilihan lain...semuanya berubah.
macam pantai
sekali air bah sekali pantai berubah
nasib yang terbuang itu umpama
habis madu sepah dibuang.
*
*
*
KUCHING: Ada sesetengah lelaki yang bergelar suami sanggup melepaskan isteri masing-masing selepas mendakwa wanita dinikahi tidak lagi kelihatan menarik dan cantik seperti ketika mereka berkenalan dan melangsungkan perkahwinan dulu.
Mereka menganggap perubahan wajah dan penampilan wanita terbabit memaksa mereka mencari pengganti sehingga menyebabkan rumah tangga dibina mulai goyah, malah ada yang membawa kepada perceraian.

Perkara ini didedahkan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Daud Abd Rahman yang memberitahu, kadar perceraian di kalangan pasangan Islam di negeri ini semakin meningkat saban tahun disebabkan ada suami menganggap isterinya tidak cantik apabila mencapai satu tempoh.
Meskipun tidak menyatakan statistik membabitkan kes perceraian, beliau berkata, kebanyakan kes perceraian membabitkan pasangan muda berusia 20 hingga 25 tahun.

“Mereka berkahwin pada usia muda iaitu bawah 20 tahun atau sebaik selepas tamat persekolahan. Kadar perceraian meningkat seiring peningkatan kadar perkahwinan terutama di kawasan bandar seperti di Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu.

“Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) mendapati berlaku peningkatan jumlah kes cerai di kalangan pasangan Islam dan kami memanggil mereka untuk memberi kaunseling, namun dalam kes tertentu, ada pasangan enggan menerima nasihat kami,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pengagihan Daging Korban di Surau Kolong Dua, Matang, dekat sini, semalam.

Beliau berkata, mereka perlu ingat, ada antara pasangan berkahwin pada usia muda dan bercerai selepas dua ke tiga tahun mempunyai anak kecil yang memerlukan perhatian serta penjagaan rapi.

Katanya, maklumat diterima Jais mengatakan ada antara pasangan muda baru berkahwin tidak mempunyai pendapatan tetap, malah tidak bekerja.

myMetro 18/11/2010

Kata-kata terakhirku....


Salam semua.
Hari ini masih dalam mood raya
mesti penat ziarah-menziarahi
kemudian dihidang dengan pelbagai juadah.
menu utama mestilah daging lembu.
*
*
*
Untuk menghilangkan kepenatan
dan stress makan daging yang banyak sangat
jom kita rehatkan minda di sini...
*
*
Kalau lembu-lembu yang
akan disembelih itu
boleh berkata-kata,
apakah kata-kata terakhir 
yang akan diucapkannya?
*
*
*
*
KM7 rasa mesti lembu-lembu tu 
nak mohon ampun dan maaf..
hehehe

Follower ke 500


Hari ini blog Kembara Minda 7
telah mendapat follower
yang ke 500
*
*
*
Terima kasih kepada
follower yang ke 500 iaitu
Syafiq Tengku
dari Batu Pahat,Johor
*
*
*


Beliau adalah pemilik blog
*
*
*
terima kasih sekali lagi.....
kepada syafiq tengku
sila hubungi KM7 melalui email
sebab ada sedikit cenderahati
untuk anda.
*
*
Terima kasih yang tak terhingga
kepada semua follower blog KM7
dah 500 orang ni....
tanpa anda,siapalah KM7
dalam dunia blogging ini.
Terima Kasih semua.


Lembu Qurban hilang!!


       Salam semua.Masih sibuk berhari raya?waaa...penatnya kan.Maklumlah semalam dah sehari suntuk mengerjakan lembu-lembu Qurban.Pastu pula makan nasi menu yang sama,daging...daging...daging.Nak buat camana kan,dah musim Qurban,makan aje la...

      Semasa beraya semalam kat sebuah kampung (nama kampung dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan),terdengarlah kisah-kisah lembu Qurban yang dicuri.Bukan seekor tetapi berekor-ekor,bukan dalam satu masa tetapi hari-hari yang berlainan.Ishh..memang  pencuri lembu-lembu jenis orang tak bertamadun kot.

      Modus operandinya hampir sama,lembu-lembu tu dicuri pada sebelah malam atau awal pagi masa tuan-tuan lembu tu sedang enak dibuai mimpi.Sedar-sedar pagi esoknya lembu tu dah takde dalam kandang atau tempat ia ditambat.Kesian betul tuan punya lembu tu.Kesian lagi orang-orang yang dah menempah lembu tersebut untuk melaksanakan ibadah Qurban.Agaknya pencuri tu buat apa dengan lembu-lembu tu?takkan nak bela kot...mesti dijualnya.haa...pembeli tu pula siapa?Nampak macam ada konspirasi pula.Sepatutnya pembeli lembu tu buat je laporan polis.

      Kejadian ini bukan kali pertama berlaku.Jadi eloklah diambil pengajaran agar sentiasa mengawasi orang-orang yang tidak dikenali yang sering keluar masuk kampung.Nak ambil pengawal keselamatan ker untuk menjaga lembu-lembu Qurban ni?atau ada cara-cara lain yang lebih efektif?

      Selamat menjalankan  ibadah Qurban.Selamat hari raya Aidiladha.

Wednesday, November 17, 2010

Mangsa Merapi perlukan ‘kamar asmara’

Renung-renungkanlah.....
antara bencana yang menimpa
dengan tuntutan fitrah semulajadi manusia.
*
*
*
*
*
JAKARTA: Selepas beberapa minggu hidup bersesak-sesak di pusat perlindungan sementara dengan bekalan dan minuman yang mencukupi, mangsa letupan Gunung Merapi kini amat memerlukan ‘kamar asmara.’
“Jika ada kamar asmara mungkin bagus,” kata pengantin baru, Ari Margareta, 18, kepada wartawan akhbar Republika.

Dia adalah antara ratusan ribu penduduk sekitar Merapi yang terpaksa tinggal di pusat perlindungan sementara, termasuk di sebuah stadium di Yogyakarta sejak Merapi meletup akhir Oktober lalu.
Kesesakan di pusat perlindungan sementara itu tidak memungkinkan mereka memenuhi tuntutan fitrah semula jadi manusia.

Pentadbir di bandar Yogyakarta masih memikirkan sama ada mahu membina ‘kamar asmara’, konsep yang pernah diketengahkan ketika daerah itu dilanda gempa bumi besar pada 2006. Petugas kumpulan sukarelawan tempatan yang membantu penduduk menangani trauma kejadian melalui pemulihan psikologi, Insan Nurrohman berkata, selain menyediakan bantuan makanan dan pakaian, ruang peribadi juga adalah keperluan asas yang perlu disediakan untuk mangsa yang sudah berkahwin.

Katanya, ia boleh dibina dalam bentuk khemah atau pondok kayu. Insan berkata, pengalaman selepas gempa bumi pada 2006 menunjukkan kamar berkenaan adalah selamat dan tidak menimbulkan masalah sosial. “Ada jadual dan tempoh masa yang ditetapkan untuk orang menggunakannya,” kata Insan.

Menurutnya, sesetengah penduduk berasa malu untuk meminta keperluan itu. - Agensi

sumber:mymetro 17/11/2010



Salam Aidiladha 2010


Hari ini umat Islam meraikan
hari raya Aidiladha.
KM7 mengambil peluang ini
untuk mengucapkan
Selamat hari raya Aidiladha

(foto:Google)

Selamat menjalankan ibadah Qurban
Kebanyakan tempat hari ini
sibuk dengan upacara
Qurban.....
Kalau di Kelantan ini
suasana Aidiladha agak meriah.
Sana-sini sibuk dengan penyembelihan lembu.
pendek kata sehari dua ni
letih makan daging lembu...
*
*
bagi calon-calon SPM dan STPM
selamat menjalani peperiksaan
sejurus selepas perayaan Aidiladha ini.
*
*
Ok jumpa lagi...KM7  nak pergi beraya......



Tuesday, November 16, 2010

Tolong off kan handphone!!


Tahulah.... handphone kamu tu mahal
atau ring tone handphone kamu tu sedap didengar
tapi
kalau masa orang solat
atau mesyuarat 
atau majlis rasmi
tolonglah off kan sekejap handphone tu.
kalau tak pun.
buatlah nada 'silent'
*
*
*
ini tidak....
masa orang tengah khusyuk solat
atau memberi tumpuan dalam mesyuarat dan majlis rasmi
tiba-tiba jer handphone dia berbunyi.
ish...tak tahu adat majlis ker
atau buat-buat tak tahu 
atau memang yer...kamu lupa.
zaman sekarang orang tak heran bunyi handphone
malah dah ramai yang meluat
kalau berbunyi masa yang tak sepatutnya 
*
*
*
apa-apa jer lah..
lain kali tolong beringat yer
jangan kerana kamu seorang...
mengganggu kosentrasi orang lain.


Peraduan JOM KEMBARA...maka berterbanganlah key chain...


Apa tu..?
haa...itulah surat-surat yang mengandungi
key chain KM7 untuk
pemenang peraduan JOM KEMBARA
Hari ini KM7 dah poskan semuanya
Ada tak surat anda tu? 
sebenarnya masih ada 3 pemenang
yang tidak mengesahkan alamat mereka,
KM7 mengandaikan pemenangnya 
tidak mahu hadiah tersebut.
(maklumlah...hadiah tak seberapa)
atau mereka lupa....
tak apalah,kalau nak hadiah tu
sila emailkan alamat kpd KM7 yer.
*
*
*
Key  chain tu mungkin sampai 
selepas hari raya Aidiladha
sebab KM7 pos biasa jer.
(setem sekarang dah 80 sen yer)
jadi,harap bersabar.
*
*
mesti ada yang tanya
macamana rupanya key chain tu
KM7 sengaja tak upload gambarnya
di sini...biarlah rahsia....
penerimanya sahaja yang tahu nanti.
ish..ish...berahsialah pula....
takde lah...saja nak bagi saspen..
maklumlah hadiah simple jer
malulah nak tunjukkan kat sini.
KM7 harap penerima-penerimanya 
nanti terimalah pemberian tersebut.
Biarlah harganya tak seberapa
tetapi 
nilai tersiratnya sangat tinggi buat KM7
*
*
ok.....nanti abang posmen akan sampaikan
key chain tersebut kepada anda
bagi pihak KM7.



Monday, November 15, 2010

Uji bakat cari peserta program realiti bogel

Ada sesiapa berminat?
harap maaf....
bukan di Malaysia yer...
macam-macamlah dunia sekarang
semua perkara nak dibuat program realiti.
lepas ni tak tahulah apa lagi..
*
*
*
berita sepenuhnya.....
*
*
*
*
*

TASIK LAND O,' Amerika Syarikat (AS) - Seramai 125 orang termasuk wanita menyertai uji bakat dalam satu program realiti yang memerlukan mereka tidak memakai sebarang pakaian di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Program realiti itu menjalani penggambaran di sebuah resort untuk golongan suka berbogel, Resort Caliente di sini.
Seorang peserta, Horace Tidwell berharap dia akan berjaya dalam uji bakat yang diadakan kelmarin.
Ada di antara peserta uji bakat itu berasal dari negara luar selain penari bogel.
Dalam program itu, tujuh peserta berumur 20 tahun hingga 35 tahun akan berbogel selama 30 hari semasa mereka bekerja di sekitar resort tersebut.
Temu ramah peserta dibuat di laman web Caliente dan para penonton boleh mengundi untuk memilih peserta pilihan mereka.
Penerbit program yang berjudul The Nak'd Truth itu berharap uji bakat tersebut akan berakhir semalam. - Agensi

Kosmo Online:15/11/2010

Pujilah diri sendiri

     

        Pernah dipuji?mesti kembang hidung kan.hehe...Kalau segan nak kembang hidung tu...kembang hati pun jadilah.Itu kalau orang pujilah.Kalau tak ada yang nak puji kita..haa...pujilah diri sendiri.Kenapa KM7 suruh puji diri sendiri ni?Sebab utamanya ialah sebagai perangsang kepada diri sendiri supaya kita lebih rajin dan bersemangat untuk bekerja atau apa-apa sajalah.Maklum sajalah,bagi orang-orang yang low profile ni,mesti hasil kerja atau kebolehan kita tu orang tak pandang.Kalau diri sendiri tak puji,siapa lagi kan...

      Sebut pasal puji-pujian ni,ada juga yang tak ikhlas memberi pujian.Hanya untuk menyedapkan hati pendengarnya saja.Jadi kalau ada orang yang selalu memberi pujian yang keterlaluan tu faham-fahamlah.. jangan perasan pula...Kadangkala orang macam ni jenis talam dua muka.Depan kita punyalah manis berkata-kata dengan pujian menggunung tinggi.Tapi di belakang kita...apa dia tak kata?

      Ada saranan supaya kita membuat sesuatu pekerjaan itu dengan ikhlas tanpa mengharapkan pujian.Betullah tu,tapi sebagai manusia biasa,kita perlukan motivasi diri juga.Puji-pujian juga boleh mendatangkan motivasi.Sebagai suami isteri,eloklah saling memberi pujian.Sebagai bos pula,sesekali tu pujilah orang bawahan juga.Yang kena puji pula,jangan sampai riak...tak baik tau!

      Jadi marilah kita puji diri sendiri...setuju tak?

Saturday, November 13, 2010

Musim demam pula ker?


Salam semua.

      Apa khabar?Semoga kalian semua sihat sejahtera.KM7 bertanya khabar pula hari ni...kenapa ya?Sebabnya hari ni KM7 rasa kurang sihat la....Isteri dan anak-anak pula demam.Mungkin lepas ni giliran KM7 pula.

      Rasa-rasanya sekarang ni musim demam la...Masa pergi klinik tadi,ramai juga yang demam.Apabila dah demam ni,macam-macam kerja yang dijadualkan tergendala.Tak apalah,mungkin ada hikmah di sebaliknya.Kalau orang dewasa demam tu,boleh tahanlah...tapi kalau kanak-kanak demam..kesiannya.Makan minum tak lalu.Asyik merengek jer.

      Masa inilah kita mula mengingati nikmatnya kesihatan yang dikurniakan oleh Allah.Yer lah...masa demam ni nak buat apa pun tak larat...Bagilah makanan paling best pun,rasa macam tak boleh masuk ke mulut jer...hmmm makan ubat pun rasa pahit.hehe..ada ker ubat manis?ubat kanak-kanak adalah..

      Macamanalah pengurusan rumah tangga kalau semua dah demam ni....Isteri demam,tak boleh memasak.Suami pula demam...tak boleh keluar membeli makanan.Anak-anak demam juga..isyy kena call pizza ker?hehe..Beruntunglah kalau masa ni ada ibu bapa yang boleh membantu..Kalau mereka tak bersama kita..haa suami isteri kena tanggung sendiri lah..Masa beginilah menguji kesabaran kita...

      Ok..kepada yang demam juga tu...selamat berehat,makanlah ubat..dengar nasihat doktor...semoga cepat sembuh.Bersyukurlah dengan nikmat kesihatan yang dikurniakanNya.....

Friday, November 12, 2010

Peraduan JOM KEMBARA...Pemenangnya ialah....

Terima kasih kepada semua yang menyertai peraduan Jom Kembara.Tahniah kepada semua pemenang.Berikut adalah semua pemenang bagi peraduan Jom Kembara pada kali ini.Kepada semua pemenang ini,diharapkan anda menghubungi KM7 dengan email ini: mghazali7@gmail.com untuk urusan penghantaran hadiah.Sila sertakan nama dan alamat lengkap.(maklumat anda akan dirahsiakan) dalam email tersebut.Terima Kasih.














ok....sekali lagi tahniah.....sila email KM7 dengan segera.
Terima kasih......