expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, December 31, 2010

Beberapa jam saja lagi

Assalamualaikum dan salam ceria.

Cepat sungguh masa berlalu.
Tinggal beberapa jam saja lagi
kita akan melangkah ke tahun baru.
Bermakna bertambah lagi usia kita.

2010 akan meninggalkan kita semua
dengan 1001 kisah suka duka,
dengan bermacam kenangan yang mengusik jiwa.

Ada yang suka
ada yang sedih untuk menyambut tahun baru.
Masing-masing ada jawapan tersirat.
apa pun masa terus berlalu meninggalkan kita.
jangan ada yang masih hanyut
dibuai perasaan.

Ayuh...
jadikan tahun baru ini sebagai
satu titik permulaan untuk
kita terus bangkit di alam realiti.
Semoga kedatangan 2011 esok
akan membawa sinar baru
dalam kehidupan kita semua.

Biarkan peristiwa 2010
kekal dalam lipatan sejarah kenangan.
Jadikannya sebagai pengajaran yang
amat bermakna untuk kita
terus menempuh 2011.

Selamat datang 2011.....

Thursday, December 30, 2010

Kedai alat tulis kena serbu

Assalamualaikum dan salam ceria.

Hari ini KM7 sempat ke
beberapa buah kedai alat tulis.
Sajalah nak beli beberapa benda
sempena nak buka sekolah ni.

alamak...ramainya  budak-budak
sekolah dan ibu bapa masing-masing
kat kedai buku dan alat tulis ni.
Nampak meriah jer.
Masing-masing sibuk membeli kelengkapan
sekolah yang baru.

Persoalannya,
setiap  kali nak buka sekolah kena beli
alat tulis yang baru ker?
Kalau anak seorang dua ok lagi la..
tapi kalau anak yang bersekolah sampai 5 atau 6 orang tu
boleh tahan juga ibu bapa kena cari duit...

Budak-budak sekarang ni pun
satu hal juga.
asal saja tahun baru,
mesti mahukan kelengkapan sekolah yang baru.
Kalau mereka tu rajin belajar dan
sering dapat markah tinggi pasti ibu bapa
tak keberatan memenuhi keperluan mereka tu.
Tapi bagi yang tak seberapa dalam pelajaran...
hmmm kesian....

apa-apapun berbelanjalah mengikut kemampuan.
anak-anak perlu dididik agar tidak membazir.
Bukan kita tidak mampu untk membeli,
tapi untuk mendidik mereka agar
menghargai apa yang ada...

Lima sekeluarga diserang api misteri

ZAINAB melihat serangan api misteri yang berlaku di rumahnya di Kampung Penambang Bunga Emas, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Sebuah keluarga di Kampung Penambang Bunga Emas, dekat sini dihantui dengan 'serangan' api misteri sejak empat hari lalu.
Lebih menyeramkan, gangguan tersebut bukan setakat kemunculan api tetapi keluarga terbabit turut menghadapi beberapa lagi gangguan aneh lain.

Antara kejadian aneh itu ialah duit hilang tetapi dipulangkan semula, tilam dipenuhi telur pecah dan hirisan bawang goreng bertaburan serta tong beras dituang sirap dan budu.
Penghuni rumah itu, Zainab Sulaiman, 73, memberitahu, beliau tinggal di rumah tersebut sejak 32 tahun lalu tetapi api misteri tersebut hanya muncul sejak Isnin lalu dan telah membakar lebih seratus pasang baju miliknya serta menantu dan cucu beliau selain beberapa dua buah tilam dan langsir juga turut terbakar secara tiba-tiba.
"Kira-kira pukul 11 pagi tiga hari lalu, saya terbau hangit seperti ada benda terbakar dan sebaik memasuki bilik, saya terkejut apabila bilik tersebut berasap dan beberapa pakaian di dalam almari terbakar sebelum mengeluarkannya dan memadamkan api.

"Sejak dari itu api tersebut banyak kali muncul dan membakar pakaian termasuklah hari ini (semalam) sahaja, sudah lebih lima kali ia muncul dan kami terpaksa berjaga-jaga sehingga tidak tidur pada waktu malam kerana bimbang berlaku kebakaran," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

 sumber:Kosmo Online 30/12/10



Wednesday, December 29, 2010

Malaysia julang Piala AFF Suzuki

JAKARTA: Malaysia mencipta sejarah membawa pulang trofi Piala Suzuki AFF buat julung kali meskipun tewas 1-2 dengan Indonesia pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Dengan keputusan itu, ia menjadikan agregat 4-2 kepada Malaysia selepas pasukan negara menang 3-0 ke atas Indonesia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Malaysia mendahului Indonesia 1-0 menerusi jaringan penyerang Safee Sali pada minit ke-53 pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno.

Pada minit ke-88 pula, Indonesia mendahului Malaysia menerusi jaringan Muhammad Ridwan untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Pada babak pertama pula, Indonesia hampir mendahului selepas mendapat sepakan penalti pada minit ke-18 tetapi tendangan Firman Utina dapat diselamatkan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Sementara itu, beberapa insiden membabitkan pancaran cahaya laser turut dilakukan penyokong, termasuk ketika Khairul menghadapi tendangan sudut, sepakan percuma dan penalti.

Sumber:Berita Harian Online 29/12/10

Tahniah Malaysia !

MCA 1 cecah nilai RM300,000

Assalamualaikum dan salam ceria.

Angka punya pasal....
ratusan ribu pun sanggup bayar.
Itu bagi mereka yang berduit la.
Yang tak berapa berduit ni..
nombor berapa...tak penting.
Dengan duit sejumlah lebih RM 300.000 tu
boleh dibina sebuah banglo..

Cerita apa ni?
haa...jom baca kat bawah ni...

KUALA LUMPUR - Keputusan penuh tender nombor pendaftaran MCA akan dipamerkan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka dan boleh disemak melalui laman web JPJ di www.jpj.gov.my mulai pagi ini.
Sebanyak 965 permohonan tender telah diterima oleh JPJ bagi pendaftaran kenderaan 'MCA', siri nombor 1 hingga 9999 bermula 24 November hingga 14 Disember lepas.
"Antara nombor pendaftaran yang ditender pada harga tertinggi adalah nombor pendaftaran 'MCA 1' pada harga RM300,100, 'MCA 2' pada harga RM101,000 dan 'MCA 8' pada harga RM88,168," menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan di sini semalam.
Katanya, tender nombor pendaftaran terbanyak diterima oleh JPJ adalah 'MCA 888' dengan 15 bidaan tender yang ditawarkan pada harga RM15,400.
Nombor pendaftaran siri 'MCA 1' merupakan nombor pendaftaran yang mendapat bidaan tender harga tertinggi diikuti dengan siri 'TAY 1' yang ditender pada harga RM242,000 dan 'TAN 1' yang ditender pada harga RM200,900, katanya.
Katanya, menerusi bidaan proses tender dan tempahan nombor pendaftaran siri 'MCA', JPJ dijangka mengutip sebanyak RM1.5 juta sebagai hasil kerajaan.

Sumber;Kosmo Online:29/12/2010

Jom Tukar link dalam bloglist

Assalamualaikum dan salam ceria


KM7 ingin mengajak mana-mana blogger
yang sudi lagi rela
untuk bertukar-tukar link
dalam bloglist KM7.


Tak ada syarat-syarat 
atau homework yang perlu dillakukan.
Caranya mudah saja.
Masukkan link blog KM7
dalam blog anda
kemudian maklumkan dalam komen di bawah.
Nanti KM7 akan list kan
blog anda dalam blog KM7 ni.
senangkan!


Jadi apa tunggu lagi...
marilah kita bertukar-tukar link
dan sama-sama memeriahkan dunia
blogging untuk tahun  2011.

Tuesday, December 28, 2010

Tak rugi kalau bertanya

Assalamualaikum dan salam ceria.

Apa khabar?dah makan ke belum?
buat apa tu?nak ke mana?
dan macam-macam lagi pertanyaan.
Kenapa orang bertanya?
ada banyak sebab la kan.
Antaranya memang orang tu nakkan jawapannya.
Selain itu ada juga yang bertanya
sekadar pemanis mulut atau
sebagai peluang untuk bertegur sapa.

Jadi jelaslah bahawa bertanya itu
satu keperluan.
Apatah lagi kalau kita memang tak tahu
tentang sesuatu perkara,
elok sangatlah kalau bertanya kepada yang pakar.
Bak kata pepatah,
Malu bertanya sesat jalan.

Memang ada orang yang malu untuk bertanya.
Mungkin sifatnya yang memang pemalu.
Tapi ada juga yang malas bertanya,
bimbang dikatakan tak pandai atau tak tahu menahu.
Dengan kata lain,nak tunjuk pandai lah tu....

Tak rugi kalau bertanya ni.
Sekurang-kurangnya kita dapat sesuatu jawapan.
Takpun kita dapat memulakan sesuatu perbualan,
seterusnya menambah kenalan baru.

Tapi awas!
bertanyalah kepada yang sedia menerima pertanyaan kita,
sebab ada juga manusia yang tak suka
orang bertanya sesuatu kepada mereka.
Lebih selamat...bertanyalah kepada
mereka yang betugas di kaunter pertanyaan...
anda akan dilayan sebaiknya .hehehe.

Monday, December 27, 2010

Bil:dah bayar ker belum?

Assalamualaikum dan salam ceria.

Perkara yang tak boleh dielakkan
apabila tibanya setiap hujung bulan
ialah kedatangan bil-bil.
Bil apa tu?
haa...macam-macamlah...
elektrik,air,telefon,internet,dan sebagainya.

Dah kita guna...kena bayarlah kan.
mana ada benda free lagi kat dunia sekarang ni.
Bukan saja nak guna kena bayar,
kalau nak buang pun kena bayar tau!
contohnya nak buang air pun kena bayar tau!
kalau dulu sekali masuk
10 sen jer,sekarang dah 30 sen.

Berbalik pasal bil-bil ni
kadang-kadang terlupa juga untuk membayarnya.
Maklumlah sibuk dengan urusan dunia ni.hahaha..
Maka jadilah bil-bil tertunggak.
Itu yang penat sikit nak bayar apabila
banyak sangat yang tertunggak.
Lebih malang lagi kalau bekalan elektrik,air atau
internet kena potong sebab tak bayar bil.

Zaman dah berubah.
Sekarang kita tak perlu beratur di pejabat pos lagi
untuk bayar segala macam bil tu.
Duduk saja depan komputer
segala bil boleh dijelaskan dengan syarat
duit dalam akaun tu ada...senang kan!

Sunday, December 26, 2010

Nangka Madu: Memang sedap....


Tengoklah longgokan nangka madu tu
hmm..sedapnya....
KM7 lupa pula kat mana ni
yang pastinya di negeri Pahang



Buah nangka ni besar betul
sama besarnya dengan KM7 tu hehe..
apa pun,rasanya memang sedap.


Saturday, December 25, 2010

Budak Tahun 1 dan Tingkatan 1

Assalamualaikum dan salam ceria.

Seminggu lagi sekolah akan dibuka.
Siapa yang tak lena tidur sekarang?
adakah cikgu-cikgu?ibu bapa atau budak-budak sekolah?
haa..pastinya budak-budak yang baru
nak masuk sekolah tahun depan.
Khususnya yang baru masuk tahun 1 dan juga tingkatan 1.

Seperti kelaziman budak-budak ni
tak sabar-sabar nak masuk sekolah baru mereka.
Hari-hari cuba baju sekolah baru.
Sebab itulah ada kalangan ibu bapa
yang beli uniform sekolah anak-anak mereka
last minute.

Tapi budak-budak sekarang
dah biasa dengan sekolah tadika dan seumpamanya.
Jadi apabila masuk tahun satu ni
taklah takut sangat.
Tak macam kita dulu-dulu....
masuk darjah satu tu macam sesuatu yang asing.
Maklumlah darjah satu baru kenal dunia persekolahan.

Masuk 2011 ni ibu bapa pun tak kurang sibuk,
terutama bagi yang anak-anak mereka baru masuk sekolah.
Hari pertama persekolahan nanti
boleh tengoklah macam-macam kerenah anak-anak ni.
ada juga kes ibu bapa pun kena masuk kelas
juga bersama anak-anak.
sabar je lah...

Apapun,KM7 ingin mengucapkan
selamat masuk ke sekolah baru
bagi murid-murid tahun 1 dan tingkatan 1.

Friday, December 24, 2010

Tahun Baru...bloglist baru

Assalamualaikum dan salam ceria.

Seminggu lagi 2010 akan meninggalkan kita.
Cepat betul masa berlalu.
Sempena tahun baru ni macam-macamlah
nak buat untuk update blog.
Konon-kononnya untuk imej baru.
entah jadi entah kan tidak....

Apa yang pasti KM7 akan
senaraikan semula bloglist yang sedia ada.
KM7 akan pastikan senarai blog
yang ada dalam bloglist KM7 tu
adalah blog-blog yang turut
menyenaraikan blog KM7
dalam blog mereka.
Kira adil lah kan...

Bagi blogger yang
sudah masukkan blog KM7 dalam blog mereka,
tetapi KM7 belum masukkan blog mereka
ke dalam bloglist KM7,tolong maklumkan di sini.
Maklumlah...mungkin terlepas pandang.

Sama-samalah kita meriahkan
dunia blogging untuk tahun 2011.
Selamat berblog.

Thursday, December 23, 2010

Sukanya apabila berjaya

Assalamualaikum dan salam ceria.

Hari ini seperti semua sedia maklum
keputusan PMR telah diumumkan.
Ada yang gembira dan ada yang berduka.
Tahniah kepada calon PMR 2010
yang mencapai keputusan cemerlang.
Hasil usaha anda selama ini telah terbukti.

Jangan lupa titipkan ucapan terima kasih
kepada guru-guru,ibu bapa dan mereka
yang memberi sokongan dan dorongan
kepada anda selama ini.

Jadikan kejayaan ini sebagai
titik permulaan untuk terus cemerlang dalam SPM kelak.
Andalah harapan keluarga,masyarakat dan negara
untuk terus cemerlang.

Kepada yang kurang berjaya,
jangan patah semangat
kerana perjalanan hidup anda masih jauh.
Masih banyak peluang untuk anda
terus membuktikan yang anda
juga mampu melakukan yang terbaik
suatu hari nanti.

Percayalah kegagalan hari ini
bukanlah kegagalan untuk selamanya.
Asalkan anda bangkit dari kegagalan itu.
Teruskan usaha....

Wednesday, December 22, 2010

Panik.....!

Assalamulaikum dan salam ceria.

Seronok shopping,
barang penuh troli
sampai kat kaunter nak buat pembayaran....
alamak...dompet tak bawa pula.
Orang dah ramai beratur kat belakang.

Camana tu?
Haaa....tau panik..
itu baru satu contoh situasi
yang mungkin membuatkan kita panik kan!
agaknya apa yang patut kita buat  dalam situasi
macam tu.

Kalau KM7 lah..
elok berterus terang saja katakan tak bawa wang..
malu pun malulah kan...hehe

Beberapa cara nak hilangkan panik,
antaranya beristighfar banyak-banyak.
kemudian bayangkan perkara yang berlaku itu
biasa saja.
orang lain juga pernah mengalaminya.
Anda juga mungkin boleh buat selamba saja.

Paling penting,
rehatkan minda seketika.
Jangan terburu-buru.

p/s : Panik masa majlis akad nikah camana ya.hehee...

Tahun Baru...Imej blog baru?

Assalamualaikum dan salam ceria.

Masuk tahun baru macam-macam nak baru.
Penampilan blog pun nak baru.
KM7 tengah berkira-kira nak buat sedikit
pembaharuan dalam blog KM7 ni.
Masih dalam perancangan...
Nak tukar pun sikit-sikit jer
mungkin background colour
atau font tulisan.

Header?oh tidak..
KM7 tak akan tukar buat masa ni.
Tak tahulah pula kot-kot pengunjung-pengunjung
dah bosan dengan header tu.

Beberapa blog yang KM7 lawati
nampaknya ramai juga nak buat penampilan baru
sempena tahun baru.
Citarasa masing-masing lah kan.
Ada juga yang dengan beraninya
mengubah terus corak persembahan blog.

Apapun KM7 percaya apa yang dilakukan itu
untuk kebaikan bersama.
Perubahan yang dilakukan itu janganlah sampai
identiti asal blog anda tu hilang.
Sebab pengunjung-pengunjung blog yang dah
biasa dengan blog kita akan membuat perkiraan semula
untuk terus berkunjung ke blog kita
atau melupakan terus blog kita ni.

Sesuatu perubahan itu
mempunyai kesannya sama ada positif atau negatif.
Jadi sebelum membuat perubahan kepada blog
kesayangan masing-masing....fikir-fikirkanlah.

Tuesday, December 21, 2010

Sedih,kecewa,geram,sakit hati.....

Assalamualaikum dan salam ceria.

Entry kali ini untuk meluahkan
perasaan sedih,kecewa,geram dan seangkatan dengannya.
Bukan kepada kekasih,bukan juga kepada kawan.
tapi kepada broadband C yang tak habis-habis masalah.

Ini bukan kali pertama KM7
coretkan pasal tak puas hati ni,
dah beberapa kali.
Mungkin pembaca dan blogger lain
pun dah bosan membaca isu ini.

Termasuk hari ini, dah 5 hari
KM7 tak boleh melayari internet
menggunakan format 3G.
Terpaksa guna format GPRS yang lebih
lambat dari kura-kura berjalan....

Kalau sebelum ni kawasan KM7 ni
3G ok jer...tak tahulah pula akhir-akhir ni
begini pula masalahnya.
Takkan nak masuk seminggu masalah tak selesai juga.
Macamanalah nak suruh orang kampung
macam KM7 ni celik internet,
kalau line asyik tak clear saja...
boleh sakit hati dibuatnya.
Lama-lama hilang mood nak berinternet.
haa...siapa yang rugi....


Aduan telahpun dibuat
tapi tak ada apa-apa perubahan pun.
Kepada yang berkenaan,
tolonglah ambil peduli dan jaga pelanggan-pelanggan anda.
Sebab pelanggan ada banyak pilihan lagi...
jangan nanti apabila pelanggan lari baru terhegeh-hegeh
nak pikat semula hati pelanggan.

KM7 mohon maaf kalau entry kali ini
ada menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Jom naik beca di Bandar Hilir

Assalamualaikum dan salam ceria.

Monday, December 20, 2010

Tahun Baru Azam pun Baru

Assalamualaikum dan salam ceria.

Beberapa hari lagi kita akan
melangkah ke tahun baru 2011.
Sekejap saja masa berlalu
2010 akan meninggalkan kita semua
dengan 1001 cerita dan nostalgia.

Sebut pasal tahun baru
mesti ramai yang berkira-kira untuk memasang azam baru.
baguslah,sekurang-kurangnya menampakkan kita ada perancangan.
Bagi yang azam 2010 yang tidak terlaksana,
eloklah dibawa ke tahun 2011 ni.
Jangan biarkan azam itu terkubur begitu saja.

Marilah kita sama-sama
berazam untuk menjadi seseorang yang lebih
baik dan boleh memberikan sumbangan
kepada agama,bangsa dan negara
pada tahun 2011 nanti.

Selamat menyambut tahun baru 2011.

Sunday, December 19, 2010

Parking Kereta:Lain tempat lain caranya

Assalamualaikum dan salam ceria.

Sebagai pemandu kenderaan, kita tidak terlepas
untuk parking kenderaan kita tu apabila sampai ke destinasinya.
Memang tak masuk akal kalau bawa kereta tanpa henti,
mesti apabila tiba waktunya..berhenti dan parking
di tempat yang sesuai.
ada juga kes pemandu-pemandu yang hentam saja nak
parking kat mana kenderaan mereka.

Berbalik kepada topik kali ini,
Lain tempat lain pula cara bayaran parking kereta.
Kalau di Kota Bharu ni
bayaran tempat parking kereta
dibuat dengan memasukkan wang syiling ke dalam
meter yang disediakan.
Juga boleh dibuat dengan memasukkan kad parking
ke dalam meter yang sama.

Kalau di salah sebuah pusat membeli belah
di Putrajaya,sebelum masuk tu kena ambil tiket dulu.
pastu sebelum keluar,bayar di mesin yang disediakan,
kemudian dapatkan tiket yang telah berbayar tadi,
dan masukkan semula ke dalam tempat keluar..
baru boleh keluar...
aduss...kalau tak biasa boleh tension dibuatnya.

Kalau kat Melaka,
ada sistem gores kupon.
(Ini bukan gores dan menang tau!)
Kupon ini digores untuk tempoh 1 jam dengan bayaran 60 sen.
Maknanya kalau anda nak  parking 15 minit pun
kena bayar 60 sen  juga.
Kalau tak letak kupon yang bergores tu
awas...kena saman pula.

Hmmm. itu baru beberapa contoh.
mungkin di tempat anda lain pula caranya.
Apapun eloklah kita bertanya
orang kat tempat kita nak parking kereta,
sistem bayaran yang digunakan.
Bimbang  nanti tak pasal-pasal kena saman pula.

Saturday, December 18, 2010

JOM KEMBARA 1: Hari 4 Bahagian 2 Taman Mini Malaysia & Mini Asean


Assalamualaikum dan salam ceria

Hari ke4 percutian KM7 bersama keluarga masih lagi di Ayer Keroh,Melaka. Kali ini kami sempat melawat Taman Mini Malaysia & Taman Mini Asean yang terletak di Ayer Keroh.Tempat  ini memang bagus untuk dilawati kerana banyak informasi terutamanya reka bentuk rumah-rumah tradisional.Tak sia-sia KM7 datang ke sini.

Friday, December 17, 2010

JOM KEMBARA 1: Hari 4 Bahagian 1 Zoo Melaka


Assalamualaikum dan salam ceria.
Dah lama tak post entry  baru.Maklumlah sibuk bercuti...lagipun apabila penat ni..nak buka blog pun tak larat.Apapun entry ini ditulis semasa KM7 dah pun selamat sampai ke Kota Bharu semula,setelah bercuti selama 6 hari 5 malam.Alhamdulillah segalanya telah selamat.Apapun dalam beberapa entry seterusnya ini KM7 akan catatkan beberapa lagi siri percutian KM7 sekeluarga.

Tuesday, December 14, 2010

JOM KEMBARA 1:Hari 3 Bahagian 1 PUTRAJAYA


Assalamualaikum dan salam ceria.
Entry ini dicatat semasa KM7 sudahpun berada di Melaka.Kali ini KM7 akan bercerita tentang hari ketiga percutian kami (12/12/10) iaitu di Putrajaya.Lokasi pertama kami di sini ialah masjid Putrajaya.Ramai betul pelancong yang datang ke sini untuk bergambar sebagai kenangan.KM7 juga idak melepaskan peluang untuk merakam gambar-gambar termasuklah dalam masjid.

Monday, December 13, 2010

JOM KEMBARA 1:Hari 2 Bahagian 2 KLCC

 Assalamualaikum dan salam ceria.
Bertemu lagi dalam catatan kembara KM7.Semasa catatan enty ini dibuat,KM7 berada di Serdang dekat dengan UPM.Kali ini KM7 akan paparkan aktiviti hari kedua (11/12/2010) KM7 bersama keluarga di KLCC.Bangunan pencakar langit ini memang tidak asing lagi kepada kita semua.KM7 pun dah beberapa kali ke sini sebelum ini

Sunday, December 12, 2010

JOM KEMBARA 1:Hari 2 Bahagian 1 Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Akhirnya sampai juga KM7 di Kuala Lumpur.
Kali pertama KM7 memandu sendiri ke sini.
Kalau sebelum ni datang ke Kuala Lumpur ni dengan bas
atau tumpang orang,ha...kali ini memang best
dan mencabar la pasal bawa kereta sendiri.

Bagi yang dah biasa memandu ke sini
mungkin tak rasa apa-apa lah kan.
Tapi bagi orang kampung macam KM7 ni
ini satu pengalaman baru lah
hehe..janganlah gelakkan KM7 pula.

Entry kai ini takde gambar yer.
Insyaallah nanti KM7 akan upload gambar
dalam entry-entry seterusnya.
Pada hari kedua ni (11/12/10) hanya beberapa tempat saja
sempat dikunjungi.
Maklumlah dengan kesesakan jalanraya
dan tak biasa dengan jalan-jalan di sini.

SOGO
popular juga tempat ni
untuk membeli belah barangan kulit
seperti beg tangan wanita .
Kalau datang KL ni tak sah kalau tak singgah SOGO.
Kali ini isteri KM7 siap beli 2 beg tangan
entahla.....nak pakai kedua-duanya serentak ker.hhahaa...

Bayaran parking kat sini
boleh tahan juga.
masuk tak sampai 3 jam dah kena RM 10.50
Kalau kat Kota Bharu parking di pasaraya
percuma jer beb.

Oklah nanti kita sambung lagi
dalam bahagian kedua nanti.

Saturday, December 11, 2010

JOM KEMBARA 1:Hari 1 Bahagian 2 Gambang,Kuantan

Assalamualaikum dan salam ceria.

Catatan ini KM7 coretkan semasa menginap di City Villa Kuala Lumpur.(11/12/10)Kami sampai di sini jam 10 malam tadi setelah bertolak dari Gambang,Kuantan pada jam 6.30 petang.Jom saksikan beberapa keping foto yang sempat dirakamkan pada hari pertama percutian kami.


Friday, December 10, 2010

JOM KEMBARA 1:Hari 1:Bahagian 1

Assalamualaikum dan salam ceria.

Hari ini 10 Disember 2010 (Jumaat)
KM7 bersama keluarga akan memulakan satu pengembaraan
dalam negara.(wow...bunyi macam best jer).

Sebenarnya kami nak bercuti ke Kuantan,Gambang
seterusnya Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Kalau sempat juga akan terus ke Melaka.
Tempoh masa belum ditentukan lagi.
Maklumlah cuti sekolah kan masih panjang.

Nak melancong ke luar negara
macam tak cukup bajet jer.
Jadi melancong dalam negara sajalah.
Apa salahnya melancong dalam negara kan.
Negara kita pun banyak tempat menarik untuk dilawati.

Kami nak bertolak jam 8.00 pagi ni.
Insyaallah KM7 akan memuatkan rentetan
perjalanan dalam Jom Kembara ini
dari semasa ke semasa (cewah...ala-ala siaran langsung pula).
Harapan KM7 agar coretan perjalanan KM7
kali ini tidak membosankan pengunjung setia
blog Kembara Minda 7 ini.


Kalau ada rakan-rakan blogger yang sedang bercuti juga
diucapkan selamat bercuti.
Kalau jumpa KM7 tu..tegur-tegurlah yer.
hehee...macamlah kenal.

Ok..doakanlah perjalanan kami ini selamat,
dan percutian ini sesuatu yang berfaedah buat
kami sekeluarga.
Jumpa lagi dalam entry seterusnya nanti.

Thursday, December 9, 2010

'SALE' sana sini....tak terpedaya ker?

Assalamualaikum dan salam ceria.

Seperti kebiasaan,setiap hujung tahun
ada banyak pesta jualan murah atau sale.
Bermula 5 peratus hinggalah 80 peratus.
Masing-masing belumba untuk menarik pelanggan.

Betul ker jualan murah ini betul-betul murah?
atau sekadar untuk menarik pelanggan.
Pastinya sebagai pengguna kita turut teruja
apabila ditawarkan potongan 50 hingga 80 peratus.
Kadang kala barang yang tak perlu pun
turut dibeli dek kerana harganya murah.

Orang kita memang suka dengan segala pesta.
Sebab itulah pesta jualan murah pun menjadi tarikan.
Sebagai pengguna eloklah beringat-ingat,
Berbelanjalah mengikut kemampuan dan untuk keperluan
agar setiap ringgit yang dibelanjakan itu
membawa pulangan yang baik kepada kita.

Kasih sayang seorang ayah

Assalamualaikum dan salam ceria.

Semua anak memerlukan kasih sayang seorang ayah.
Tetapi seorang ayah pada hari ini belum tentu
dapat memberikan kasih sayang yang sebenarnya
kepada anak-anak mereka.

KM7 ingin berkongsi satu paparan kisah
yang berlaku di depan mata KM7 hari ini.
Seorang bapa dalam lingkungan 50 an berbangsa Cina,
datang mengambil anak perempuannya
yang berusia lingkungan 8-9 tahun di salah sebuah
pusat tuisyen.

Bapa tadi pada tanggapan KM7 bukanlah seorang yang berada.
Dari segi pakaian dan penampilannya,biasa saja.
Datang dengan motosikal lama Honda C70.
Dalam bakul motosikalnya terdapat
barang keperluan dapur..ikan,sayur dan sebagainya.

Apa yang menarik perhatian KM7 ialah
cara dia melayan kerenah anaknya itu.
Memberi anaknya itu minuman dan memakaikan topi keledar.
Anaknya itu tak mahu membonceng motosikal itu,
sebaliknya nak duduk di bahagian depan motor tu.
nampak tenang saja si bapa ni melayan anaknya.
Biasalah budak-budak  macam-macam hal.

Biarpun dalam kemiskinan,
tetapi aspek pendidikan tetap diutamakan.
Bapa tadi berusaha juga menghantar anaknya
ke pusat tuisyen.
Jelaslah bahawa pendidikan itu sangat penting
dan si bapa sanggup berkorban untuk memastikan
anak mereka mendapat pendidikan yang sempurna.

Beruntunglah anak-anak
yang mendapat kasih-sayang daripada
seorang bapa.

BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU


Assalamualaikum dan salam ceria.


Ben Ashaari akan membubarkan bloglist beliau

untuk menyenaraikan bloglist baru sempena 2011.


Tahun baru...bloglist pun mesti baru.....baru ada pembaharuan.

Tak gitu encik ben?


Kalau anda pun berminat...sila ke sini cepat-cepat yer.


p/s.. blog anda mestilah blog yang sentiasa aktif.


Terima kasih.

Wednesday, December 8, 2010

Lelaki mengandung:Di manakah silapnya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernah tengok lelaki mengandung?
Opss..sebelum tu maaf dulu
bukan mengandung macam perempuan tau!
Ini kes mengandung yang tak pernah bersalin
biarpun dah bertahun-tahun.

senang cerita...kisah lelaki boroi....
Di negara kita memang ramai
dalam kalangan lelaki yang perutnya
agak maju ke depan.
Terutama bagi lelaki yang sudah berkahwin.

Kenapa ya?
Ada pendapat mengatakan  lelaki
yang sudah berkahwin ni makan minumnya terjaga.
Isteri pula suka kalau suami makan banyak
masakannya...Bukti dia masak sedap.

Jadi tak salahlah kan
Kalau perut suaminya tu boroi
dek kerana makan banyak kat rumah.
Itu sebagai tanda kerajinan isteri memasak.

Apapun sebagai lelaki eloklah
menjaga kesihatan diri,
termasuklah bahagian perut tu.
Bimbang ada yang akan bertanya
dah berapa bulan?bila nak bersalin?
ho..ho...malunya...

Ahh...hilang selera...!

Assalamualaikum dan salam ceria.

Cerita pasal makan,
Sesekali tu nak juga makan kat luar kan.
Dalam banyak-banyak kedai makan
KM7 singgahlah satu kedai ni.
Nampak ramai jer pelanggan.

Suasana dalam kedai makan ni biasa-biasa saja.
Belum pun order makan,anak pula buat hal
nak buang air kecil.
Tanya tandas...
Pergi tandas...gelap jer sebab lampu rosak.
Dahlah gelap, pintunya rosak..kena angkat nak buka tutup.

Tandasnya pula dekat jer dengan tempat bancuh minuman.
Anda bayangkan sendiri macamana kan...
pastu kat nampak cam tak bersih jer.
lantainya pula basah semacam jer.

Keputusan diambil
tak jadi makan kat situ..
Buat alasan anak nak balik.hehe..
bungkus  roti canai jer bawa balik.
Itupun takut tuan kedai tu kecik hati.

Pesanan kepada pemilik-pemilik kedai makan,
Jagalah kebersihan premis masing-masing.
Berilah keselesaan kepada pelanggan.
Jangan nanti apabila pelanggan lari
baru terfikir nak tarik semula pelanggan tu.

Sebagai pelanggan dan pengguna
Kita berhak membuat pilihan.

Tuesday, December 7, 2010

SMS daripada KM7


Assalamualaikum dan salam ceria.

Berhenti sekejap BW atau mengadap blog,
ambil handphone masing-masing.
Cuba check SMS dalam inbox handphone anda.
Ada banyak tak SMS tu?

KM7 percaya mesti ada banyak SMS 
yang diterima,mungkin sampai beratus-ratus.
Kenapa tak delete saja SMS tu?
oo...sayang nak delete yer
maklumlah SMS daripada orang tersayang.
Takpe...simpan saja untuk kenangan.

Itulah yer kebaikan dan keburukan SMS ni.
Senang,cepat dan ringkas 
untuk dihantar dan diterima.
Senang,cepat dan mudah juga untuk didelete.

Kalau dikira-kira jumlah wang yang dihabiskan
untuk SMS ni banyaklah juga.
selepas didelete...habis macam tu saja.
hmm...takkan nak simpan bertahun-tahun
jadi bahan sejarah pula.

Zaman ni mana ada orang main kirim-kirim surat.
Dahlah kena mengarang surat macam ambil SPM jer.
pastu lambat sampai pula.
Jadi SMS tetap menjadi pujaan.heheh..
ada sesiapa nak kirim SMS kepada KM7?

Memaksa atau memberi pilihan?

Assalamualaikum,salam ceria dan selamat
menyambut Maal Hijrah 1432.Ada azam baru?

Kali ini kita berbicara tentang memaksa atau memberi pilihan.
Dalam sesuatu perkara kita tidak terlepas
dari memaksa/dipaksa dan memberi/diberi pilihan.

Kalau diberi pilihan
memang seronok memaksa
kerana ia menjadikan kita seperti bos
atau seseorang yang berjaya mengarah

Tapi kalau dilihat di sudut psikologi
memberi pilihan itu lebih baik.
Contohnya dalam hal perkembangan emosi anak-anak.
Berilah peluang kepada anak-anak untuk
membuat pilihan minat dan kerjaya mereka.

Kalau anak-anak ini diasuh dengan cara
sering dipaksa untuk melakukan sesuatu perkara,
Mungkin perkara yang dilakukan oleh mereka
seperti melepaskan batuk di tangga.
Dibuat dengan tidak sepenuh hati.

Bagaimanapun dalam hal-hal tertentu
paksaan juga perlu...
Contohnya hal-hal berkaitan agama seperti solat,
puasa,menutup aurat dan sebagainya.

KM7 percaya setiap ibu bapa
ingin melihat anak-anak mereka cemerlang
bukan saja dalam hal-hal  keduniaan tetapi juga
hal-hal berkaitan agama dan akhirat.
Jadi buatlah pertimbangan yang sepatutnya.

Monday, December 6, 2010

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

(foto:Google)

Assalamualaikum dan salam ceria.

Baca tajuk pun dah tahu isi ceritanya kan!Tak apalah,KM7 nak cerita juga pasal buluh dan rebungnya.Kepada puan-puan jangan salah faham...ini bukan rancangan resepi,masak-memasak mahupun dekorasi taman.

Cerita kita kali ini berkaitan dengan peribahasa Melentur buluh biarlah dari rebungnya.Bagi pelajar sekolah,peribahasa ini sudah biasa digunakan.Apa maksudnya?Secara mudah maksudnya kalau kita ingin membentuk seseorang individu itu,eloklah dimulakan sejak kecil lagi.

Kenapa masa kecil mudah dibentuk?haa..tengok sajalah anak-anak atau adik-adik kita yang kecil tu.Senang saja mereka meniru gaya,lagak atau apa saja yang mereka tonton.Nak bagi nasihat dan pengajaran pun senang diterima masa mereka kecil.Apabila dah besar....hmm penat ibu-ibu berleter belum tentu masuk ke telinga.

Jadi eloklah kita membentuk keperibadian anak-anak sejak kecil lagi dengan perkara-perkara yang positif.Berilah mereka peluang untuk meneroka alam ini tanpa terlalu banyak sekatan dan tegahan.Cuma yang penting,tunjuk ajar dan pengawasan daripada orang dewasa diperlukan.

KM7 percaya anda pun ada banyak pengalaman mendidik anak-anak.Jadi eloklah kita berkongsi untuk kebaikan bersama.


Beruntungnya orang berharta

(foto:Google)

Assalamualaikum dan salam ceria.

Pertama sekali KM7 mohon maaf sebab letak foto mangkuk toilet tu kat atas.Tengok baik-baik... mangkuk bukan sebarang mangkuk.Itu mangkuk emas.Wahh..kaya betul lah...mangkuk toilet pun daripada emas.Anda mampu memilikinya?KM7 buat masa ni belum mampu lagi.hehe..

Bercakap pasal orang berharta ni,memang tidak dinafikan banyak kebaikan yang mereka dapat.Antaranya, semua benda di dunia ni mereka dapat beli dan miliki dengan mudah.Kasih sayang pun boleh dibeli sekarang ni asalkan kita berharta.Tapi ingat...apabila harta habis..kasih sayang pun hilang... (bagi sesetengah kes).

Orang berharta juga mampu menambah atau menggandakan hartanya lagi.Maklumlah dengan harta yang dimiliki mampu untuk dijadikan pelaburan untuk menambah kekayaan.Orang kaya bertambah kaya.betul tak?

Orang berharta juga sering mendapat tempat istimewa dalam masyarakat.Biasanya mereka akan disanjung dan dipandang tinggi.Ke mana sahaja mereka pergi akan mendapat layanan kelas VVIP.

Perlu diingat,orang berharta juga boleh membantu golongan yang kurang mampu.Bersedekah juga satu amalan yang baik.Semoga harta itu akan berganda asalkan mempunyai niat yang ikhlas semasa membantu,

Pendek kata,orang berharta ini memang beruntung.Beruntung juga kalau dapat berkawan dengan orang berharta ini.Manalah tahu kot-kot ada tempias hartanya kepada kita.Tak sikit pun banyak..heheh...Best lagi dapat kahwin dengan orang yang berharta.Betul tak?

Sunday, December 5, 2010

Sungaiku mengalir lesu

(foto:Google)

Assalamualaikum dan salam ceria...

Dah mandi ke belum?Kalau belum,jomlah mandi sungai.Tiba-tiba jer KM7 teringin untuk buat entry pasal sungai ni.KM7 percaya kita semua kenal dan pernah ke sungai.Cuma kekerapannya saja yang berbeza.

Sungai sangat popular suatu ketika dahulu untuk kegunaan domestik seperti bekalan minuman,membasuh dan mandi-manda.Begitu juga untuk aktiviti pengairan pertanian,sumber protein.(.ikan banyak kat sungai masa dulu-dulu), dan yang penting lagi sebagai jalan pengangkutan untuk ke sesuatu destinasi.

Sekarang?Kebanyakan sungai sekarang mengalir lesu dek kerana ketuaannya.Macam manusia la..kalau dah tua tu sakit sana-sini.Kalau ke sungai sekarang rasa macam tak best kan...penuh dengan sampah- sarap.airnya pula sudah tidak sejernih dulu.Nak mandi dan berenang-renang pun fikir banyak kali.Ish..tak macam masa kita kecil-kecil dulu lah.

Gerangan apakah sungaiku mengalir lesu?Tidak lain dan tidak bukan...semuanya angkara manusia juga.Tangan-tangan rakus untuk pembangunan dan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak telah memusnahkan fungsi sebenar dan keindahan sungai

Amat malang bagi generasi akan datang seandainya mereka mengenali sungai hanya melalui nama dan gambar semata-mata.Ayuh..bersama-sama kita menjaga sungai agar ia terus mengalir untuk kegunaan dan tatapan generasi akan datang.


Saturday, December 4, 2010

Cuti sekolah:Masa untuk bermesra?

(foto Google)


Assalamualaikum.Salam ceria.

Musim cuti sekolah terus berlalu.Sudah ada aktiviti atau ke mana? atau masih merancang?.KM7 belum sempat bercuti lagi.Masih ada kerja-kerja yang perlu dibereskan.sampai bila pun kerja  takkan habis kan...

Orang kata masa cuti inilah peluang untuk kita sekeluarga bermesra.Sebelum ni tak mesra ker?Mesra juga...cuma kurang sikit.hehe....maklumlah masing-masing sibuk.Tambah lagi kalau ada kalangan ibu bapa yang sememangnya sibuk 24 jam dan anak-anak pula sibuk dengan persekolahan.

Masa cuti sekolah macam ni lah sesuai untuk mengadakan aktiviti bersama seperti berkelah,melancong mahupun aktiviti sosial yang lain.Paling tidak pun,bermesra di rumah sendiri.

Apabila semua berkumpul di rumah maka masing-masing dapat beramah-mesra.Tak kurang juga akan menyakitkan kepala ibu bapa apabila semua anak berkumpul dalam satu-satu masa.Macam-macam hal...rumah jadi kapal pecah.hehe..

Apapun aktiviti yang dilakukan pada masa cuti ini..eloklah dilakukan bersama ahli keluarga agar kemesraan  dan kasih-sayang akan bertambah.Selamat bercuti.....

Ssshh!...rahsia...


Assalamualaikum.Salam ceria.

Rahsia apa pula ni?sebenarnya KM7 ingin berkongsi tentang rahsia.Ehh...dah kata rahsia boleh berkongsi pula ker.Boleh...KM7 beritahu anda jer,jangan beritahu orang lain yer...Haa..itulah masalahnya kalau rahsia tidak menjadi rahsia lagi.

Kita tidak terlepas daripada merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan seseorang.Apa yang dirahsiakan dan kepada siapa perkara itu dirahsiakan...terpulang kepada kita sendiri.Begitu juga dengan persoalan bagaimana ia dirahsiakan dan sampai bila perkara itu dirahsiakan juga menjadi milik kita.

Persoalannya, adakah perkara yang dirahsiakan itu selamat daripada pengetahuan orang lain?Contohnya sesuatu perkara yang kita hanya ceritakan kepada rakan baik..,adakah rahsia itu selamat?Begitu juga apabila kita sudah tidak ada lagi di dunia ini....apakah rahsia tadi akan menyusahkan orang lain?

Wah..begitu banyak persoalannya....bila nak jawab ni?..KM7 tak larat nak jawab.hehe..jangan marah,biarlah ia terus menjadi rahsia.

Friday, December 3, 2010

Jom tukar link dengan KM7

Assalamualaikum.Salam ceria.

Tengok tajuk pun dah tahu kandungan entry kali ini kan...Tak apalah..sudi-sudikan baca sampai habis.

KM7 bercadang nak bertukar-tukar link dengan rakan-rakan blogger yang lain.Ruangan linknya pun dah KM7 sediakan kat bawah blog ini (sila lihat ke bawah) dengan tajuk Coretan Terkini Pengembara 2 dan 3.Masih kosong tu...tunggu masa jer untuk diisi.

Syarat-syaratnya mudah jer.......

1.     Anda juga akan meletakkan link KM7 dalam blog anda.Oh ya..ini untuk link dalam paparan utama sahaja.Dengan kata lain kalau kena klik2 ke bahagian lain dalam blog tu...tak nak lah.hehe...bukan apa..kalau kena klik ke muka surat lain...lambat sikit.Banner pun tak mau juga....

2.     Buat masa ini KM7 nak listkan 20 blog saja.Jadi siapa cepat dia dapatlah.

3.     Blog-blog yang akan disenaraikan itu mestilah updated.Kalau lebih seminggu tak update,KM7 akan keluarkan dari senarai.

4.     Kepada blog yang dah ada dalam senarai Coretan Terkini Pengembara 1,tak perlu senarai lagi kan...Kepada blogger lain yang dah listkan blog KM7 dalam blog mereka...tolong maklumkan kepada KM7.

5.     Jadi apa tunggu lagi...sila tinggalkan link anda dalam ruangan komen...Jangan lupa masukkan blog KM7 dalam bloglist anda.Orang berbudi kita berbahasa.....

Sekian.Terima kasih.

Thursday, December 2, 2010

Malas nak berkata-kata

Assalamualaikum.Salam ceria.

Kalau disebut pasal berkata-kata atau bercakap memang semua orang tahu.Persoalan yang ingin KM7 kongsikan kali ini ialah adakah kita selalunya bersedia atau ingin berkata-kata.?

Kadangkala timbul juga perasaan malas untuk bercakap.Biarpun perkara itu penting atau ada kena mengena dengan kita.Banyak faktor yang mempengaruhi seseorang itu untuk bercakap atau berkata-kata.

Antaranya ialah persediaan dari segi mental.Pernah tak kita rasa tak bersedia untuk bercakap tentang sesuatu perkara....tetapi orang lain telah memulakannya.Maka nak atau tak nak kita seumpama dipaksa untuk berbual tentang topik tersebut.Kalau tak layan nanti kecil hati pula orang tu.

Topik yang dibualkan itu tidak menarik perhatian kita.Contohnya kalau orang kampung bercerita pasal lembu peliharaan mereka..kita pula tak berminat tentang hal itu,..maka tentunya kita rasa malas untuk berkata-kata.Begitu juga sebaliknya kalau kita bercerita pasal blog kepada warga emas...

Tak puas hati tentang sesuatu perkara.Ada yang suka mengambil sikap mendiamkan diri sahaja kerana bimbang perkara tersebut akan merosakkan hubungan kedua-dua pihak jika diperbesar-besarkan.Langkah yang mudah...mendiamkan diri buat seketika.

Kita hidup bermasyarakat,jadi sikap malas berkata-kata atau berbual-bual antara satu sama lain ini jika berterusan akan menyebabkan kita dipinggirkan.Jangan mementingkan diri sendiri.Hargailah tutur bicara orang lain terhadap anda dengan membalas perbualan mereka biarpun pada saat itu kita memang malas untuk berkata-kata.

Janjimu memang manis

Assalamualaikum,salam ceria.Kota Bharu hari ini hujan....

Memperkatakan tentang janji...memang seronok,kerana janjimu memang manis.Cewah...macam judul sebuah lagu popular sedikit masa lalu...janji manismu....Hari ini KM7 akan berbicara pasal janji.

Memang semua orang yang berjanji itu akan menjanjikan yang manis dan indah belaka.Bak kata pepatah menanam tebu di bibir mulut.Kita yang mendengarnya pasti terpikat dengan janji mereka itu.

Salah satu contoh janji manis ini ialah seseorang meminjam wang daripada kita dan berjanji akan memulangkannya dalam jangka waktu tertentu.Dek kerana percayakan janjinya itu atau kasihankan dia maka kita pun berilah wang yang  ingin dipinjamnya itu.

Apabila tiba masa.....macam-macam alasan diberi untuk tidak melangsaikan hutang tersebut.Aduh! terkena lagi....  Nak marah-marah pun kena pada kawan baik sendiri ataupun saudara-mara terdekat.Pengajarannya...tak payah bagi pinjam untuk kedua kalinya....betul tak?

Itu baru satu contoh janji manis.Ada banyak lagi janji-janji manis lain yang menjadi pahit bagi kita seandainya janji itu tidak ditepati.Janganlah berjanji sekiranya kita  tidak mampu menunaikannya.Belajarlah menjadi seseorang yang cakap serupa bikin.

Wednesday, December 1, 2010

Lelaki bertindik telinga

Assalamualaikum.Salam ceria.

Pernah melihat lelaki bertindik telinga?Di negara barat dan sesetengah kawasan negara kita biasalah kan...KM7 mengutarakan isu ini sebab semasa ke kedai runcit tadi KM7 terserempak dengan seorang pemuda Melayu dalam lingkungan 20an bertindik sebelah telinganya.

Mengikut pemahaman dan pembacaan KM7,lelaki yang bertindik sebelah telinga ni adalah gay.Betul ker?Jadi pemuda tadi tu gay lah yer...atau dia sendiri suka-suka nak bertindik telinga tanpa mengetahui imej apa yang dibawanya itu.

Lupakan pasal imej apa...cuma nampak  janggallah kalau lelaki ni bertindik telinga.Sebelah pula tu.Kalau rasa nak bertindik sangat..haaaa pakailah dua belah subang kat telinga tu.Orang perempuan sekarang ni pun dah tak ramai yang suka bertindik telinga.Pakai tudung...nak bertindik buat apa yer...

Jadi apakah gerangan tujuan lelaki ni pakai subang?rasa-rasa nak tanya jer pemuda Melayu tadi....tapi risau juga kot-kot dia jawab dia punya pasallah.....hehe..KM7 rasa tak lain tak bukan...ingin menunjukkan kelainan supaya dia mendapat perhatian masyarakat.Kalau anda perempuan...suka tak suami atau kekasih anda pakai subang sebelah telinga?

Cemburukah anda jika....

Assalamualaikum.Salam ceria semua.Kota Bharu pagi ni hujan.....

Hari ni KM7 akan memperkatakan tentang cemburu.Setiap orang ada perasaan cemburu.Peratus cemburunya saja berbeza mengikut situasi.Jom saksikan beberapa situasi yang KM7 ciptakan ini...

Cemburukah anda jika......

1.     Suami/isteri anda mesra dengan semua orang kerana tuntutan kerjanya yang memerlukan dia sebegitu.

2.     Pensyarah/guru anda sering memberikan perhatian kepada rakan-rakan anda yang lebih pandai.

3.     Ibu/bapa anda sering memuji adik-beradik anda yang lain dalam semua perkara.

4.     Semasa anda  di restoran,pelayan mengambil pesanan orang lain yang tiba lewat daripada anda.

5.     Kekasih hati anda tiba-tiba senyum dan melambai-lambai ke arah kawan baik anda sendiri.

6.     Bos anda sering mengajak rakan-rakan sepejabat anda yang tertentu sahaja keluar lunch dengan dia.

7.     Ibu/bapa mentua anda lebih mesra dengan menantu-menantunya yang lain berbanding anda.

8.     Dalam majlis kenduri, tuan rumah melayan tetamu-tetamu VIP tanpa mempedulikan anda.

Cukuplah 8 saja untuk kali ini.Kalau banyak nanti ada yang bermasam muka kerana cemburu.hehe..Ehh..lupa pula nak tanya,setelah membaca ke lapan-lapan situsai di atas..anda rasa anda seorang yang cemburu ker?

Kalau yer...maknanya anda seorang yang normal lah.hehee...betul tak!