Wednesday, January 19, 2011

Jenazah Pelajar Selamat Dikebumikan


Bekas pelajar sekolah tempat KM7 mengajar,
Nurul Iman bt Ab Alim
yang melanjutkan pelajaran di Iskandariah,Mesir
dalam bidang perubatan,
telah kembali ke rahmatullah.
KM7 mengajar allayarhamah semasa
arwah di tingkatan 4 dan 5 dulu.
Semoga rohnya ditempatkan 
bersama para solihin.


Kaherah,18 Jan : Jenazah Allahyarhamah Nurul Iman binti Ab Alim pelajar akhawat yang meninggal dunia akibat keracunan gas telah selamat dikebumikan di Hayyu Asyir,Kaherah.
Jenazah telah dibawa ke Kaherah dari Iskandariah pada pukul 3.45 petang selepas selesai urusan solat jenazah yang dilakukan di Asrama MARA,Iskandariah. Turut mengiringi jenazah ke Kaherah ialah Pengarah MARA Timur Tengah Ustaz Isahak bin Othman,barisan pimpinan AJKT PERUBATAN Cawangan Iskandariah serta sebuah bas yang membawa kira-kira 50 orang pelajar Iskandariah.
Setibanya di Kaherah pada pukul 8.50 malam jenazah telah disambut oleh warga Kaherah dan kemudiannya terus dibawa ke Perkuburan Keledang milik Kedutaan Besar Malaysia Kaherah yang terletak di Hayyu Asyir. Jenazah Allahyarhamah kemudiannya telah selamat dikebumikan pada jam 9.20 malam waktu tempatan.
Turut hadir ketika majlis pengebumian berlangsung ialah Encik Shaiful Anuar bin Mohamad wakil Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Presiden PERUBATAN saudara Muhammad Husaini bin Salleh, Presiden PMRAM Ustaz Shahrizan, Ustaz Tarmizi YDP Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir (KPKM) serta ratusan pelajar  Malaysia yang menuntut di Mesir.
Kita doakan semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan para syuhada’ dan para solihin.
Berita penuh mengenai kejadian yang berlaku boleh dilihat di sini. Pihak kami  mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas segala bantuan yang telah diberikan dari awal hingga akhir-mediaPERUBATAN

sumber:Perubatan cawangan Iskandariah 

berita kejadian,sila klik di sini.

1 comment:

eja said...

al-fatihah utk arwah..