Thursday, January 13, 2011

Selamat bersara !

Selamat bersara..
oppss jangan salah faham pula,
bukan KM7 mahu bersara dari berblogging ni,
bukan juga bersara dari kerja.
Sebenarnya selamat bersara
buat Tuan Pengetua
tempat KM7 bertugas ni...
Hari ini adalah hari persaraan beliau
dari dunia pendidikan.


Pelbagai atur cara sempena majlis ini.
Antaranya persembahan nasyid dari kumpulan nasyid sekolah.
Juga penyampaian cendera hati daripada
guru,staf dan pelajar.


Paling syahdu...
acara bermaaf-maafan
dan mengucapkan selamat berpisah.
Begitulah alam perkejaan ini,
sampai masanya bersaralah kita.

p/s:Apabila kita bersara nanti,
apa yang menarik untuk kita lakukan yer?

2 comments:

whitecappuccino said...

Salam..sekolah saya pun ada cikgu bersara kelmarin, kami buat majlis sekali dgn beberapa org guru yg bertukar..

Cikgu Nurin said...

Sedihkan kalau bos nak bersara, nak nak pulak kalau yang baik dan pandai ambil hati orang bawahan....