Sunday, February 13, 2011

Alahai surat khabarku

(foto:Google)

Membaca Jambatan Ilmu.
Membaca juga amalan yang mulia.
Kebanyakan kita akan meperuntukkan
beberapa minit atau jam sehari
untuk membaca.

Kali ini KM7 ingin fokuskan
kepada pembacaan akhbar.
Biarpun kita boleh membaca akhbar
secara online dengan mudah dan percuma,
tetapi menatap akhbar yang boleh
dibelek-belek dengan tangan sendiri,
lebih puas rasanya.
Biarpun terpaksa mengeluarkan
beberapa ringgit atau terpaksa
menunggu giliran untuk membacanya
di perpustakaan,
itu tidak menjadi halangan kalau
kita memang suka membaca akhbar.

Persoalannya,
habiskah artikel atau berita dalam akhbar itu
kita baca pada hari itu?
KM7 sendiri tidak sempat untuk membaca
kesemua artikel terutamanya rencana
yang agak panjang.
Kadang-kadang rasa sedih juga sebab 
tak dapat membaca kesemua rencana yang 
bagus dan penuh informasi itu.
Kalau beli dan bawa balik akhbar itu ke rumah pun
belum tentu sempat dibaca.
keesokannya beli akhbar baru lagi...

Alangkah bagusnya kalau
ada syarikat akhbar kita yang membukukan
artikel atau rencana-rencana yang menarik itu,
kemudian dijual dengan harga berpatutan.
rasanya KM7 lah orang pertama 
yang akan membelinya.

5 comments:

Naisophon said...

Saya ingat - memang ada pun. Tapi dia jual ikut pengarang. Mcm cetusan pengarang individu.

Cetusan minda Mohd Noor Azam, etc.

ATikah Mustapa said...

memang betull....lain layan paper online dengar belek2 sendiri...lagi puas..

KM7 said...

ooo ada ker..nanti la nak cari..TQ

fairuz said...

lebih suke bace yg paper dari yg online. baru ade feel. huhuu

KM7 said...

macam org lah kan..suke jumpa bertemu muka berbanding jumpa secara maya.huhu...