expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, May 31, 2011

Tarif elektrik naik...takkan nak pakai lilin kot....

Muka depan Berita Harian 31 Mei 2011

Bermula esok....kadar baru tarif elektrik akan berkuatkuasa.Jadi kepada semua yang berkenaan eloklah menjimatkan penggunaan elektrik agar tidak melebihi 300 kwj.Hmm..menurut laporan kebanyakan akhbar hari ni,kadar baru tersebut tidak melibatkan 75 peratus atau 4.4 juta pengguna domestik.

Bagi KM7 yang bukan pakar ekonomi ni...terfikir juga kenaikan tersebut mesti melibatkan sektor yang menggunakan elektrik dengan banyak.Macam sektor industri perkilangan...pasti akan menyebabkan kos pengeluarannya meningkat.Takkan pihak industri baik hati sangat tak mahu menyerap kos pengluaran tu ke atas barangan yang dikeluarkan.

Pada hemat KM7 lah....sedikit sebanyak pasti akan ada kenaikan harga barangan.Nampak gayanya pengguna domestik yang tidak terlibat secara langsung dengan kenaikan tarif ini...turut terlibat secara tidak langsung..dengan membayar pada harga yang lebih pada barangan atau perkidmatan yang dihasilkan oleh pengusaha industri.Pi... mai...pi mai...pengguna juga yang kena ...

Pendek cerita..jimatkanlah penggunaan elektrik...dan belilah barangan keperluan yang perlu sahaja.

Monday, May 30, 2011

Panggilan manja selepas kahwin

Pelamin hiasan Pakcik Google

Masih dalam mood kenduri kahwin?Yer la...sana-sini masih sibuk dengan kenduri-kendara.Masing-masing sibuk naik pelamin.Mak andam pun berpeluh sana-sini,demikian juga juru gambar mengusung kamera ke sana ke mari.Semua tu untuk apa?haaa tak lain tak bukan untuk meraikan raja sehari.

Jom ke Bukit Keluang

Bukit Keluang,Besut,Terengganu

Nak ke mana cuti ni?KM7 bawa anda semua ke Bukit Keluang yang terletak di Besut Terengganu.Pemandangan kat sini cantik...cuma panas terik kalau datang tengahari.Anda boleh berteduh dalam gua tu dari panas dan hujan...Jom saksikan beberapa keping foto kat sini...

Klinik swasta yang menjadi pujaan hati

Klinik:Hiasan Google

Masyarakat kita sudah ramai yang mampu mendapatkan rawatan di klinik-klinik swasta.Kalau di bandar-bandar besar,terdapat banyak klinik swasta.Keadaan ini menguntungkan kita kerana kita dapat membuat pilihan untuk ke kilinik yang disukai.

KM7 perhatikan ada sebilangan klinik swasta ni ramai betul pesakit yang datang mendapatkan rawatan.Padahal di kawasan yang sama ada juga klinik swasta yang lain.Kenapa yer?

KM7 rasa...mesti mereka yang datang tu suka dengan doktor yang merawat.Yer la...mungkin doktor tu peramah,atau teliti dalam pemeriksaannya.Bayangkan doktor sendiri yang keluar memanggil nama dan menjemput pesakit dengan mesra...tanpa menggunakan khidmat pekerjanya memanggil nama pesakit.

Personaliti dan penampilan doktor sangat penting tau!Kalau ada doktor yang masam jer muka kemudian bertanya..."sakit apa?"hmm makin sakitlah pesakit tu.Kemudian periksa pesakit pun ala kadar jer...terus bagi ubat.Kalau macam tu baik beli ubat kat farmasi jer terus.

Ada pesakit yang sanggup ke klinik yang agak jauh dari rumah mereka,dan sanggup menunggu lama semata-mata ingin mendapatkan rawatan daripada doktor yang dirasakan selesa berurusan dengannya.Ada yang tak kisah pun pasal bayaran asalkan mendapatkan rawatan yang sempurna.

Sunday, May 29, 2011

Selamat Pengantin Baru Ghazi & Farhana

Rombongan pengantin lelaki

Cuti sekolah dah bermula.Maka bermulalah juga acara perkahwinan.Hehe...sana-sini sibuk dengan kenduri-kendara.Jalan raya sesak bagai musim perayaan.Hari ini KM7 berpeluang menghadiri satu lagi majlis perkahwinan.

Wang bukan segala-galanya...tetapi segala-galanya memerlukan wang!

Gambar hiasan:Google

Bercakap pasal duit ni memang tak akan habis.Yang akan habisnya...duitlah.Setiap hujung bulan bukan main seronok tengok jumlah duit dalam bank.Tapi belum pun pertengahan bulan baru...duit tu dah pun susut.Dengan kata lain,poket semakin nipis.hehe..

Apa tidaknya kan...semua nak kena bayar.Sewa rumah (bagi yang berkenaan),bil elektrik,air,ASTRO,nursery anak-anak,yuran tuisyen anak,bil-bil kad kredit,pinjaman kereta dan banyak lagi.......Orang kata banyak gaji maka banyaklah perbelanjaannya.Betul ker?

Alangkah seronoknya bagi mereka yang gaji bulanannya tak terusik pun dengan perkara-perkara di atas.Mungkin semuanya ditanggung oleh suami,ibu bapa atau kekasih hati.Atau ada juga kes kebanyakan perbelanjaan keluarga ditanggung oleh isteri.Wah...beruntungnya suami kalau ada isteri yang sanggup menanggung perbelanjaan rumahtangga.

Pusat beli-belah pun macam tahu-tahu jer nak buat jualan hebat setiap kali musim dapat gaji.Apa lagi berduyun-duyunlah kita ke sana membuat pelaburan atau menambah kekayaan pemilik pasar raya.Ada yang suka menyalahkan golongan wanita dalam bab berbelanja ni.Tapi akhir-akhir ni golongan lelaki pun ada juga yang suka berbelanja perkara-perkara yang tak perlu.

Pendek kata...kalau ada duit semua jadi.....Wang bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan wang.

Friday, May 27, 2011

Terserempak kekasih lama

Gambar hiasan:Google

Semasa anda sedang bersiar-siar bersama kekasih baru, tiba-tiba muncul kekasih lama anda.Apakah reaksi spontan anda?

Alamak...entri KM7 kali ni agak jiwang pula.Harap maaf kepada yang tak berkenaan.Saja jer nak mencabar minda.Berbalik kepada topik asal...agaknya apa yang akan berlaku yer apabila terserempak semula dengan orang yang pernah bertakhta di hati kita suatu masa dahulu?

Buat-buat tak kenal?-Ini kes tak mahu kekasih baru tahu ler tu.Hmmm dibuatnya kekasih lama tu datang tegur kita,tak ker haru jadinya.

Buat selamba...tegur dia-Ini rasanya langkah yang baik juga.Yer la...buat apa nak masam-masam muka....dah takde jodohlah katakan.

Perkenalkan kekasih baru-Ini macam nak menunjuk-nunjuk pula.Lebih-lebih lagi kalau kekasih baru kita tu banyak kelebihannya berbanding kekasih lama.Tapi kalau dia juga ada buah hati baru yang lebih kacak/jelita berbanding kita.Camana tu?

Senyum dari jauh-boleh ker?bimbang ada yang terasa hati pula.

Ajak berbual-bual di restoran-Ini kes berat..nampak sangat macam nak sambung balik perhubungan yang dah terputus.Biarpun kita ditemani kekasih baru,hati kekasih baru tu kena jaga juga tau!

Entahlah...itu jer kot.Anda mungkin ada idea yang lebih bagus....silakan...

Blogwalking melalui blog list

Jom blogwalking

Wah..masing-masing sibuk berblogwalking.Ada banyak sebab orang blogwalking tu.Ada yang nak naikkan jumlah trafik blog.Ada juga sekadar nak membaca entri-entri baru blog orang lain.Tak kurang juga nak promosi blog sendiri supaya dikenali juga dalam dunia blogging ni.

KM7 nak tanya satu soalan..Kalau anda blogwalking tu...anda mulakan dari mana?Maksud KM7 macamana anda terjah blog-blog lain tu?Dari senarai shoutmix box ker...dari blog list ker atau dari dashboard?Kalau KM7,KM7 lebih suka mulakan dari shoutmix dulu.Yer la...balas kunjungan blogger yang meninggalkan jejak di shoutmix tu dulu.

Kemudian baru melihat senarai blog dalam blog list.Mana-mana blog yang baru update tu KM7 akan terjah dan baca.Dah masuk blog orang tu...nampak ada jer blog list lain...KM7  tengoklah tajuk-tajuk best,KM7 akan melawat juga blog tu.Nampak tak pentingnya kegunaan blog list tu?Kadang-kadang secara tak sengaja kita melawat sesuatu blog yang tersenarai dalam blog list semata-mata nak tahu lebih lanjut pasal entri. Di sini juga,peranan tajuk entri tu sangat penting...mesti gempak!

Jadi bagi mereka yang mengabaikan blog list tu,elok fikir banyak kali.Pasal apa...banyak juga blog yang KM7 masuk,didapati senarai blog list mereka dah banyak yang tak update.Ada yang sudah melebihi 2 bulan.Hmm..kalau KM7 lah,elok gantikan saja link blog berkenaan dengan blog baru.Tapi kalau link blog berkenaan ada nilai sentimental bagi diri anda...nak buat camana kan..teruskanlah!

Pendek kata,KM7 suka merayau dari satu blog ke satu blog yang lain melalui blog list yang terdapat dalam blog.Anda pula bagaimana?

Thursday, May 26, 2011

Apa komen anda apabila melihat perempuan korek hidung?

Gambar hiasan Google

Korek hidung?ishh biasalah...semua orang pernah buat kan!Habis tu apahal pula ni?Sebelum bercerita lebih lanjut,terlebih dahulu KM7 ingin memohon maaf kalau entri kali ni agak tak senonoh.Lebih-lebih lagi jika ia mengundang rasa tak puas hati pihak tertentu.

Jeng...jeng..jeng....ceritanya begini...Dalam perjalanan nak ke tempat kerja pagi tadi,maka berhentilah kereta KM7 kat satu trafic light.Sambil-sambil tunggu lampu hijau,mata ni terpandanglah ke arah cermin pandang belakang.Nampaklah seorang perempuan dalam usia 30an memandu seorang diri berhenti di belakang kereta KM7.Penampilannya nampak macam nak ke tempat kerja juga.

Ehh..apa dia buat tu?alamak...korek hidung.Rasa nak tergelak pun ada.Bukan korek sikit-sikit tau!bersungguh-sungguh betul.ishhh berapa lama tak korek hidung kak?Cepat-cepat KM7 tengok ke tempat lain pula.Tapi mata ni gatal betul...nak lihat lagi cermin pandang belakang.Ehhh...tak selesai-selesai lagi?

Lampu isyarat dah hijau...jadi KM7 pun meneruskan perjalanan.Dalam hati terfikir juga...mesti kakak dalam kereta tadi tak perasan ada orang melihat tingkah laku dia tu.Pesanan untuk semua...walaupun kita seorang diri dalam kereta,terutamanya semasa berhenti di mana-mana lampu isyarat,janganlah buat aksi-aksi memalukan..Maklumlah pemandu kenderaan di hadapan kita tu boleh nampak wajah kita melalui cermin pandang belakang.Ok..berhati-hati semasa memandu.

Wednesday, May 25, 2011

Ada apa dengan kad undangan perkahwinanmu?

Gambar hiasan:Google

Tak lama lagi cuti sekolah akan bermula.Seperti kebiasaan,setiap kali cuti sekolah maka banyaklah undangan majlis perkahwinan yang diterima.Entri kali ini bukan nak cerita pasal undangan majlis perkahwinan,tetapi nak selongkar satu perkara yang ada kaitan dengannya.

Kalau diperhatikan kad-kad undangan perkahwinan sekarang,ada bermacam-macam reka bentuk menarik.Kita pasti teruja melihat kad-kad yang canggih.Tapi setelah dibelek-belek kad tu,apa yang akan kita lakukan kepada kad itu?Ada orang buat tak kisah,letak di merata-rata tempat atau bagi kat anak-anak buat permainan.

Sebenarnya ada beberapa perkara yang boleh kita buat dengan kad-kad tersebut;

1.Meyimpannya dalam laci meja,almari atau kotak khas.
2.Menyimpan dalam fail khusus..wah...mesti gempak buat koleksi kad kahwin ni.
3.Buat kraftangan..apa-apa saja ler asalkan kreatif.
4.Buat penanda buku..yang ni KM7 selalu buat.hehe..
5.Gantung kad dinding rumah,pejabat dan lain-lain....sanggup ker?
6.Hantar kitar semula....berbaloi ker?
7.Bagi kat kawan-kawan yang nak buat koleksi.

Itu saja yang muncul di kepala KM7 ketika ini.Kalau anda ada cadangan yang lebih kreatif atau gempak,silakan kongsi  di sini yer.

Tuesday, May 24, 2011

Jom ke Pulau Socotra...penuh keunikannya


Best betul la kalau dapat pergi ke pulau Socotra tu...Teringin nak tengok pokok-pokok yang unik tu.Tanpa berlengah lagi jom saksikan beberapa gambar menarik yang KM7 pinjam dari satu blog ni.Kalau nak tahu lebih lanjut,sila lah ke blog INI.

Monday, May 23, 2011

Lari...lari.....cepat lari...!

Pakcik Google sedang berlari

Lari...lari...lari...

Banyak perkara berkaitan lari.

Kalau lari untuk bersenam,memang bagus untuk kesihatan.

Kalau lari dari tugas atau tanggungjawab,tak bagus untuk sumber rezeki.

Kalau lari dari bayar hutang,hidup tak tenang.

Kalau lari dikejar anjing,memang patut pun...takkan nak berdiri kat situ jer kan!

Kalau lari dari perbuatan keji,memang dituntut dalam agama.

Kalau lari dari masyarakat,ish...nak jadi katak bawah tempurung kot.

Kalau lari dikejar polis,nampak sangat anda buat salah.

Kalau lari dari rumah,mesti kes merajuk nak minta dipujuk.

Kalau lari dikejar hantu,nampak sangat hantu tu berjaya menakutkan anda.

Kan...memang banyak perkara lari...

Tak sempat habis tulis...KM7 pun nak lari ....hehe...

p/s:harap maaf catatan ini tidak ada kena-mengena dengan sesiapa.Rekaan KM7 semata-mata.

Sunday, May 22, 2011

Pakaian lama:Apakah kesudahannya?

Baju Pakcik Google

Kita semua tak lepas daripada membeli pakaian baru.Tak kiralah setiap bulan ker atau setiap kali tibanya hari perayaan.Seronok betul dapat pakaian baru kan...Persoalannya ke manakah pakaian lama kita tu?Adakah masih tergantung dalam almari yang sama, atau sudahpun dilipat-lipat kemudian disimpan di bawah katil?huhu...kesian betul..

Ada juga yang berhati mulia,memberi pakaian lama atau yang sudah tidak dikehendaki itu kepada orang lain seperti adik-beradik,saudara-mara mahupun jiran tetangga.Baguslah tu,sekurang-kurangnya tak menyemakkan almari.Tapi kalau tak ada orang nak terima pakaian lama tu macamana yer..

Haa..kalau KM7 lah,penyelesaian jangka pendeknya senang jer.Beli banyak-banyak kotak kat bawah ni, kemudian masukkan pakaian yang tak mahu dipakai lagi tu.Hmm baru tak bersepah.
Pinjam kotak google
Kotak-kotak berisi pakaian tadi bolehlah disusun kemas-kemas dalam stor.Hehe...Suatu hari nanti bolehlah dibuka semula kotak-kotak tu untuk melihat pakaian lama yang sudah tinggal sejarah.Nak best lagi...kotak-kotak tu boleh dijadikan harta peninggalan buat anak-cucu apabila kita sudah tiada di dunia ini.Camana ok tak?

Anak Yatim Tertimbus

Akhbar Berita Minggu 22 Mei 2011

Takziah.

Tragedi yang menimpa

Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa

di Kampung Sungai Gahal,Hulu Langat.

Semoga tragedi tersebut

menjadi iktibar kepada kita semua.

Tenpin Bowling dan Badminton:Men's Double

Entri kali ini sekadar memaparkan 2 keping setem keluaran pos Malaysia bernilai 50 sen setiap satunya.Jom saksikan.Kalau anda ada maklumat berkaitan gambar-gambar setem berkenaan dipersilakan memberikan komen.Terima kasih.

Tenpin Bowling-Men's Doubles


Badminton-Men's Doubles

Friday, May 20, 2011

Nak kirim surat....sila tulis poskod

Buku Poskod 1985
Masih ingat lagi ker dengan sebuah buku terbitan Pos Malaysia tahun 1985 ni?Buku Panduan Sistem Poskod  Kebangsaan ini diterbitkan semata-mata untuk memperkenalkan penggunaan poskod dalam urusan surat-menyurat.

Harganya cuma 60 sen?
Harga buku setebal 188 muka surat ini ialah 60 sen sahaja.Kenapa...tak percaya?betul...tengoklah harga yang tercatat pada kulit buku tersebut.

Bahagian dalam buku
Ini adalah bahagian awal dalam buku ini.Tengok...cetakan pertama tahun 1985.Sila abaikan tulisan-tulisan tangan kat halaman berkenaan.hehe..siapa punya tulisanlah agaknya tu.

Sebahagian contoh muka surat
Ni..bahagian dalam buku.Terdapat nombor-nombor poskod bagi setiap kawasan dalam semua negeri di Malaysia.Sebelum menghantar surat,terpaksalah belek-belek buku ini mencari poskodnya.Kalau silap poskod maka sampai ke tempat lainlah surat tu.

Panduan menulis alamat
Bagus betul buku ni,selain ada nombor-nombor poskod, juga diberikan contoh penulisan alamat yang betul pada sampul surat.Siap bagi ukuran lagi tu.

Kadar bayaran pos
Kadar bayaran pos tu bukan kadar sekarang tau!Itu tahun 80an.Surat kurang 20g dalam negara perlukan setem cuma 20 sen jer.Kalau ke luar negara 40 sen!Murah betul kan!Hmm itulah peredaran masa namanya.Oklah itu saja untuk kali ini.

Perhatian kepada blogger baru

Terima kasih kerana sudi

mengunjungi blog KM7.

Tahniah kepada anda kerana

memilih untuk menjadi salah seorang blogger

di negara tercinta ini.

KM7 ingin menjemput blogger-blogger baru ni

untuk bertukar-tukar link dalam blog list.

KM7 dah buka satu lagi blog list iaitu

CATATAN PENGEMBARA 3 khusus buat blogger baru.

Jadi anda dialu-alukan menyertainya.

Syaratnya mudah jer...letakkan juga link blog KM7 ni

dalam blog blog list  anda juga.Senangkan..

Sila maklumkan dalam ruangan komen apabila anda

sudah link kan blog KM7 ni dalam blog anda.

Sama-salah kita meriahkan dunia blogging ni.

Sekian terima kasih.

Thursday, May 19, 2011

Mengimbau nostalgia peninggalan Gua Niah

Selamat datang ke Gua Niah,sarawak
Kali ini KM7 nak bawa anda semua ke Gua Niah Sarawak.Gua Niah telah diwartakan sebagai Taman Negara dan dibuka kepada umum pada 1 Januari 1975.Untuk pengetahuan,Gua Niah ni merupakan gua terbesar di Malaysia dan gua batu kapur terbesar di dunia.wah...bangganya...ramai pelancong dari seluruh dunia telah datang ke gua ni.Anda pula bila lagi?

Sering memberi alasan?Kenapa?

Gambar hiasan google

Memberi dan mendengar alasan adalah dua perkara yang berbeza.Ada orang suka memberi alasan.Namun tak ramai yang suka mendengar alasan.Tambahan pula kalau alasan yang diberikan itu adalah alasan yang sama atau alasan yang tak berapa masuk akal.Perlu diingatkan memberi dan mendengar alasan ini sering berlaku serentak.Kalau tak ada yang memberi alasan,bagaimana pula orang nak mendengar alasan.

Agaknya kenapa orang suka memberi alasan?Kalau alasan yang betul tu kira ok lah kan.Masalahnya orang yang sering mengada-adakan atau mereka-reka alasan.Nampak sangat nak melarikan diri dari satu-satu tugas atau tanggung jawab.Peribahasa ada mengatakan bahawa hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.Jadi bagi yang malas tu...banyaklah alasan atau dalih yang diberikan.

Sesekali memberikan alasan...itu boleh diterima.Tapi kalau banyak sangat atau kerap memberi alasan...awas...lambat laun orang tak akan percaya.Jangan sampai dicop sebagai pembuat alasan yang hebat!Agaknya apalah yang kita boleh buat kepada mereka yang sering memberi alasan ni?

Wednesday, May 18, 2011

Rumahku beratapkan nipah berdindingkan buluh

Gambar hiasan Google
Masa belek-belek gambar rumah kat google tadi,KM7 ternampak satu gambar ni.....aduss nostalgia sungguh.Rasanya itu rumah masyarakat Melayu dahulu kala.Beratapkan nipah (yer ker?) berdindingkan buluh yang dijalin kemas.Lantainya mungkin kayu...Cuba perhatikan tangganya tu...simple sungguh.Masa kecil-kecil dulu KM7 pernah berkunjung ke rumah sebegitu.Tangganya siap guna kayu bulat lagi.Mencabar betul nak naik ke atas rumah.Kat tepi tangga mesti ada tempayan dan gayung yang diperbuat daripada tempurung.Budak-budak sekarang mana kenal semua tu kan!

Satu lagi kalau kita lihat bahagian bawah rumah tu...mesti boleh letakkan motor ker..basikal ker...jangan kereta sudahlah!Ada juga yang tambat lembu,kambing dan binatang peliharaan yang lain.Rasa-rasanya orang dulu-dulu ni boleh tahan ker dengan bau-bauan binatang tersebut?Tapi itulah kehidupan masyarakat dulu,tak boleh dipisahkan dengan haiwan ternakan.

Sekarang ni memang susah nak cari rumah-rumah macam tu.Kalau ada pun dalam gambar-gambar lama.Ingat lagi masa sekolah rendah dulu,kalau cikgu suruh lukis rumah, mesti lukis rumah macam tu...kemudian kat belakang rumah tu dilukis pokok kelapa dan ada bukit-bukau.Tak ketinggalan...ada matahari sedang tersenyum.hehe...Budak-budak hari ni kalau disuruh lukis rumah,mesti mereka lukis banglow besar,kondominium, juga rumah pangsa.Itulah peredaran masa.Sesekali terasa ingin pulang ke zaman dulu-dulu...penuh ketenangan dan keharmonian.

Bilakah harga petrol RON95 akan dinaikkan?

Gambar Hiasan Google

Sana-sini heboh berteka-teki pasal harga petrol Ron95.Adakah harganya masih kekal atau bakal dinaikkan?Rasanya penurunan harga tu sesuatu yang mustahil.Kalau kenaikan harga tu...mungkin.sangat.Cuma masanya tak pasti.Sebagai pengguna memanglah kita mengharapkan agar harganya tidak dinaikkan lagi.Maklumlah kalau harga petrol dinaikkan maka banyaklah harga barang dan perkhidmatan  lain yang turut dinaikkan.

IPOH 17 Mei – Kerajaan akan membuat kajian rasionalisasi subsidi pertengahan tahun pada awal bulan depan bagi menentukan sama ada harga petrol RON95 dan gas petroleum cecair (LPG) akan dinaikkan atau sebaliknya.....Pada tahun lalu, katanya, kerajaan menanggung subsidi produk petroleum sebanyak RM8 bilion tetapi jika trend kenaikan terlampau tinggi harga minyak dunia berterusan, jumlah tanggungan subsidi itu dijangka meningkat kepada RM18 bilion pada tahun ini.
(petikan Utusan Online 18/5/2011)

Sebagai pengguna,KM7 rasa ada baiknya kalau kita bersedia dari segi mental yang harga petrol ron95 bakal dinaikkan.Maka eloklah dibuat perancangan awal sama ada untuk penggunaan petrol mahupun harga barangan lain yang mungkin bakal naik.Kurangkan perjalanan yang tidak perlu.Mungkin ada yang akan berbasikal ke tempat kerja?

Monday, May 16, 2011

Saksikan sambutan hari guru di sekolah

 Sekitar majlis sambutan hari guru di sekolah tempat KM7 bertugas.Jom saksikan....

Tengoklah...tema hari guru tahun 2011

Bacaan ikrar dan lagu Guru Malaysia

Ada acara masak-memasak tanpa api

Ahli kumpulan sukaneka..memulakan perjuangan

Acara membalut hamper

Awas..jangan tiru...itu bukan tarian poco-poco

Ahli kumpulan B bersama maskot ciptaan.hehe...

hai...saya pun nak join juga

Sempat lagi tu berposing cikgi-cikgi

Guru-guru menunjukkan bakat menyanyikan lagu Kalau Berpacaran

Penyerahan kad ucapan hari guru kepada pengetua

Persembahan hebat....dikir barat daripada PERTIMA 2011

Penonton yang setia..semoga terhibur

Sekian...habis cerita

Sunday, May 15, 2011

Selamat hari guru buat semua cikgu

Selamat Hari Guru


Esok 16 Mei 2011

adalah hari guru.

Hari untuk pelajar

dan masyarakat menzahirkan 

penghargaan dan terima kasih

buat para guru.


Selamat Hari Guru
KM7 mengambil kesempatan di sini

untuk mengucapkan 

Selamat Hari Guru

buat semua warga pendidik.

Juga terima kasih buat

semua cikgu yang pernah

mengajar KM7.

Terima kasih cikgu!

Saturday, May 14, 2011

Malukah untuk mengaku keluarga kita miskin?

Fizikal rumah yang melambangkan kemiskinan.Gambar hiasan Google

Kemiskinan adalah lumrah dalam hidup.Bagi mereka yang tergolong dalam kategori ini,mereka sajalah yang mengerti jerit-perih terpaksa mengharungi kesusahan hidup.Ditambah pula dengan bilangan ahli keluarga yang ramai untuk ditanggung.

Malukah kita untuk mengaku hakikat kemiskinan yang dialami oleh keluarga kita?Ada orang yang malu untuk mengaku yang dia berasal dari keluarga yang susah.Malahan sanggup menipu identiti sebenar semata-mata ingin memenangi hati sesetengah pihak.

Kenapa agaknya seseorang itu malu untuk mengaku yang dia berasal dari keluarga yang miskin?Rasanya tak salah kalau kita berasal dari keluarga yang miskin asalkan kita berusaha untuk mengubah masa depan keluarga supaya tidak terus dibelenggu kemiskinan.Jangan pula jadikan alasan kemiskinan untuk meminta-minta.

KM7 tertarik dengan artikel mengenai penyanyi tersohor tanahair,Datuk Siti Nurhaliza.Sedikit sedutan berita tentang pengalaman masa kecil beliau,

Siti tidak malu membantu ibu Siti berniaga kuih meskipun harus bangun seawal jam 5 pagi untuk membantu ibu di dapur. Sempat lagi Siti tidur di dapur setelah menggulung popia dan juga mengelim karipap. Kemudian Siti bersiap-siap pula ke sekolah dengan membawa kuih dalam bakul yang disediakan ibu. Hari-hari lainnya kami akan berniaga di hadapan balai polis ataupun di pekan sehari di bandar Kuala Lipis. Siti lakukan ini kerana melihatkan kecekalan ibu Siti.(Berita Harian Online 14/5/2011)

Tengok,siapa sangka budak yang menggulung popia dan menjual kuih masa kecilnya telah bertukar menjadi seseorang yang berjaya dalam hidupnya.Jadi bagi kita yang berada dalam kemiskinan,sepatutnya  jadikan kemiskinan itu sebagai perangsang untuk berusaha mengubah kehidupan kepada yang lebih baik.

Tahniah The Red Warrior

Gambar hiasan Google

Tahniah kepada pasukan Kelantan

kerana telah mengalahkan pasukan Selangor

5 gol berbalas 1.

Petikan Utusan Malaysia Online,
KUALA LUMPUR - Sebelah tangan Kelantan sudah menguak pintu perlawanan akhir selepas membelasah Selangor 5-1 pada separuh akhir bola sepak Piala FA sementara Terengganu bangkit dengan mengagumkan untuk turut merebut satu lagi tiket setelah mengatasi Pahang 3-2, malam tadi.


Kelantan Darulnaim

Kami bangga dengan kejayaan tersebut.

Tahniah The Red Warrior!

Thursday, May 12, 2011

Kalau dah popular...muntah pun masuk akhbar!

Gambar hiasan koleksi KM7 yang tiada kena-mengena dengan entri

Seronok kan jadi orang popular ni.Buat apa saja mesti mendapat perhatian umum.Tambah-tambah kalau sudah mendapat liputan media,maka bertambahlah populariti.Kadang-kadang berita yang disebarkan itu tak seberapa,atau dalam kategori remeh-temeh,tapi mendapat perhatian masyarakat.Terutamanya berita yang melibatkan golongan artis,ahli politik mahupun individu yang berpengaruh.

Peminat-peminat fanatik memang tak lepaskan peluang mengikuti kisah artis mereka.Apa saja yang berlaku atau setiap aktiviti artis kesayangan mereka,mesti diikuti tanpa jemu.Contohnya artis remaja yang popular sekarang Justin Bieber yang muntah di belakang pentas pun mendapat liputan media.Sedikit petikan berita...

MANILA - Penyanyi kelahiran Kanada, Justin Bieber yang menjayakan jelajah My World di Asia tetap meneruskan konsert di Manila Selasa lalu walaupun dalam keadaan tidak sihat.....Penyanyi yang dikenali dengan lagu Baby itu difahamkan enggan menangguhkan konsertnya namun dia dilihat muntah beberapa kali di belakang pentas semasa pertengahan persembahan.(petikan Kosmo Online 12/5/2011)

haa,,,kalau Justin Bieber muntah pasti masuk berita.Kita yang muntah ni takde siapa peduli.Maklumlah tak popular...Artis kat negara kita pun sama.....buatlah apapun,mesti mendapat liputan media.Kenapa media suka paparkan cerita-cerita peribadi artis?Tak lain dan tak bukan sebab ada pembaca setia mereka.Hmmm begitulah kalau dah popularkan...

Sebagai seorang yang dah tak berapa minat dengan dunia hiburan ni...KM7 kadang-kadang tu bosan juga kalau berita-berita peribadi artis ni dijadikan tajuk utama atau muka depan akhbar.Nak gelak pun ada juga baca berita artis yang hamil sebulan dua dah menjadi liputan berita.Macamlah dia seorang saja yang mengandung kat muka bumi ni.Makcik-makcik yang ada anak berderet-deret kat kampung pun orang tak heran!

Bersara umur 60 tahun?alamak...tuanya..

Gambar hiasan Google
Ada cadangan daripada CUEPACS 
agar umur persaraan dinaikkan
dari 58 ke 60 tahun.
Berikut sedikit
petikan utusan online....

KUALA TERENGGANU 12 Mei — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sekali lagi menggesa kerajaan melanjutkan umur persaraan pekerja dalam perkhidmatan awam daripada 58 kepada 60 tahun.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, cadangan itu wajar ditimbang semula oleh kerajaan kerana beliau yakin golongan ini mampu menyumbangkan perkhidmatan dengan lebih efisyen bersandarkan pengalaman yang mereka miliki.....(berita lanjut sila baca utusan online)

haaa... para pekerja sekalian...
setujukah kalian dengan cadangan tersebut?
memang ada baik  buruknya kan.
Bergantung kepada empunya badanlah...
Tapi kalau lama sangat bekerja pun,
mungkin akan menutup peluang
generasi baru yang nak bekerja juga.
Bimbang juga anak cucu tak dapat
peluang pekerjaan dek kerana
datuk dan nenek mereka
yang tak mahu pencen-pencen. hehe..

Wednesday, May 11, 2011

Apakah hadiah yang paling sesuai sempena hari guru tahun ni?

Hadiah daripada Google

Tak lama lagi hari guru.
Selain ucapan hari guru,
pelajar suka nak bagi hadiah 
kepada guru-guru mereka.
Terutamanya pelajar sekolah rendah,
mulalah berkira-kira nak bagi
apa kat cikgu mereka tahun ni.

Sebagai ibu bapa,
kita pun terlibat sama 
apabila anak-anak mendesak
untuk membelikan hadiah buat guru mereka.
Agak-agaknya apalah
hadiah yang sesuai dibeli
untuk diberikan kepada guru-guru
anak-anak kita?
Kalau ada idea...bolehlah kongsi2....