Thursday, May 26, 2011

Apa komen anda apabila melihat perempuan korek hidung?

Gambar hiasan Google

Korek hidung?ishh biasalah...semua orang pernah buat kan!Habis tu apahal pula ni?Sebelum bercerita lebih lanjut,terlebih dahulu KM7 ingin memohon maaf kalau entri kali ni agak tak senonoh.Lebih-lebih lagi jika ia mengundang rasa tak puas hati pihak tertentu.

Jeng...jeng..jeng....ceritanya begini...Dalam perjalanan nak ke tempat kerja pagi tadi,maka berhentilah kereta KM7 kat satu trafic light.Sambil-sambil tunggu lampu hijau,mata ni terpandanglah ke arah cermin pandang belakang.Nampaklah seorang perempuan dalam usia 30an memandu seorang diri berhenti di belakang kereta KM7.Penampilannya nampak macam nak ke tempat kerja juga.

Ehh..apa dia buat tu?alamak...korek hidung.Rasa nak tergelak pun ada.Bukan korek sikit-sikit tau!bersungguh-sungguh betul.ishhh berapa lama tak korek hidung kak?Cepat-cepat KM7 tengok ke tempat lain pula.Tapi mata ni gatal betul...nak lihat lagi cermin pandang belakang.Ehhh...tak selesai-selesai lagi?

Lampu isyarat dah hijau...jadi KM7 pun meneruskan perjalanan.Dalam hati terfikir juga...mesti kakak dalam kereta tadi tak perasan ada orang melihat tingkah laku dia tu.Pesanan untuk semua...walaupun kita seorang diri dalam kereta,terutamanya semasa berhenti di mana-mana lampu isyarat,janganlah buat aksi-aksi memalukan..Maklumlah pemandu kenderaan di hadapan kita tu boleh nampak wajah kita melalui cermin pandang belakang.Ok..berhati-hati semasa memandu.

8 comments:

NURUL AINI NORAZMAN said...

euwww,. pmpuan kene la jaga penampilan skit,.pengotor kot klu nampak pmpuan korek hidung nih,.AHAHAHAH

Mrs.Yie said...

ish..kalau nak korek hedong tu sorok2 la sikit..kita depan suami pun malu nak korek hedong..apo la dio ni..huhu

blog-tips-kurus said...

jangan mengorek di semua tempat awam!! :-)

miss.Addin said...

hehe syok sangat korek hidung sampai tak perasan .

kakyon said...

tak sopan..kekadang trbuat juga.

Niza Romli said...

ish..rasa2 mcm penah buat jugak kot!! haha...

Atie iskandar said...

haha.. msti pempuan tue malu klu tekantoi..

missSenget said...

alamak...

hahaha...

tapi salah ke korek idung ek?