expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, May 30, 2011

Klinik swasta yang menjadi pujaan hati

Klinik:Hiasan Google

Masyarakat kita sudah ramai yang mampu mendapatkan rawatan di klinik-klinik swasta.Kalau di bandar-bandar besar,terdapat banyak klinik swasta.Keadaan ini menguntungkan kita kerana kita dapat membuat pilihan untuk ke kilinik yang disukai.

KM7 perhatikan ada sebilangan klinik swasta ni ramai betul pesakit yang datang mendapatkan rawatan.Padahal di kawasan yang sama ada juga klinik swasta yang lain.Kenapa yer?

KM7 rasa...mesti mereka yang datang tu suka dengan doktor yang merawat.Yer la...mungkin doktor tu peramah,atau teliti dalam pemeriksaannya.Bayangkan doktor sendiri yang keluar memanggil nama dan menjemput pesakit dengan mesra...tanpa menggunakan khidmat pekerjanya memanggil nama pesakit.

Personaliti dan penampilan doktor sangat penting tau!Kalau ada doktor yang masam jer muka kemudian bertanya..."sakit apa?"hmm makin sakitlah pesakit tu.Kemudian periksa pesakit pun ala kadar jer...terus bagi ubat.Kalau macam tu baik beli ubat kat farmasi jer terus.

Ada pesakit yang sanggup ke klinik yang agak jauh dari rumah mereka,dan sanggup menunggu lama semata-mata ingin mendapatkan rawatan daripada doktor yang dirasakan selesa berurusan dengannya.Ada yang tak kisah pun pasal bayaran asalkan mendapatkan rawatan yang sempurna.

3 comments:

  1. Faktor layanan doktor dan kakitangan klinik serta faktor kos rawatan dipertimbangkan dalam memilih klinik..

    ReplyDelete
  2. masa saya kat malaysia dulu, saya pun ada klinik swasta feveret saya.. sebabnya ialah doctor tu peramah dan baik hati.. :)

    ReplyDelete
  3. btoi2...bwu2 nie gk xsihat...cik abg bwk g klinik p tersgt la teruk layanan dia...dah 2 banyak lak cas tambahan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.