expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, May 19, 2011

Sering memberi alasan?Kenapa?

Gambar hiasan google

Memberi dan mendengar alasan adalah dua perkara yang berbeza.Ada orang suka memberi alasan.Namun tak ramai yang suka mendengar alasan.Tambahan pula kalau alasan yang diberikan itu adalah alasan yang sama atau alasan yang tak berapa masuk akal.Perlu diingatkan memberi dan mendengar alasan ini sering berlaku serentak.Kalau tak ada yang memberi alasan,bagaimana pula orang nak mendengar alasan.

Agaknya kenapa orang suka memberi alasan?Kalau alasan yang betul tu kira ok lah kan.Masalahnya orang yang sering mengada-adakan atau mereka-reka alasan.Nampak sangat nak melarikan diri dari satu-satu tugas atau tanggung jawab.Peribahasa ada mengatakan bahawa hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.Jadi bagi yang malas tu...banyaklah alasan atau dalih yang diberikan.

Sesekali memberikan alasan...itu boleh diterima.Tapi kalau banyak sangat atau kerap memberi alasan...awas...lambat laun orang tak akan percaya.Jangan sampai dicop sebagai pembuat alasan yang hebat!Agaknya apalah yang kita boleh buat kepada mereka yang sering memberi alasan ni?

4 comments:

  1. ALASAN!!..erm..perkara normal bila nak sembunyikan masalah and kesilapan diri..:)


    kotak shoutbox pulak??

    ReplyDelete
  2. kadang2 beri alasan kerana mahu lari daripada tanggungjawab..

    Lawak mengenai Buta IT

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Datang visit sini..dan baca entri :) nice blog~
    Sudi2 la visit me @ frommetoyou eh..arigatou..(^____^)

    ReplyDelete
  4. yup . jgan suke bagi asalan . nanti jadi habit

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.