Friday, June 17, 2011

Baju Medan koleksi 1969

Baju Medan tahun 1969

"Sungguh bergaya memakai baju Medan pada tahun 1969.Dipadankan dengan skirt labuh,ia sesuai dipakai untuk ke majlis-majlis keraian mahupun digayakan pada hari raya".Demikian ujar pemilik baju berkenaan,Puan Hjh. Napisah bt Daud yang masih menyimpan baju tersebut.

Pn. Hjh. Napisah bt Daud

"Keadaan ekonomi keluarga yang sederhana dengan bilangan adik-beradik perempuan yang ramai , memiliki baju berkenaan sudah dikira hebat pada masa tersebut".Ujar Pn Hjh. Napisah yang merupakan anak ketiga daripada 7 beradik yang kesemuanya perempuan.

Pandangan belakang baju

Nampaknya baju berkenaan masih dalam keadaan yang baik.Jangka masa yang sudah melebihi 40 tahun tidak menjejaskan langsung kualiti baju yang ditempah itu.Sebenarnya terdapat beberapa helai lagi  koleksi baju seumpamanya,tetapi sayang telah dimusnahkan atau dibakar bersama baju-baju lain suatu masa dahulu dek kerana sudah tak muat untuk dipakai.

Pandangan atas baju

Pandangan bawah baju

Selain baju Medan,Hjh Napisah juga mempunyai koleksi baju berikut yang tidak diketahui nama atau jenis gaya potongannya.Baju ini juga adalah koleksi akhir tahun 1960 an.

Pandangan hadapan

Kalau diperhatikan potongan tangan baju itu melebihi paras bawah baju.Macam baju yang dipakai oleh allahyarhamah Saloma dalam filem-filem P.Ramlee. Baju tersebut juga dalam keadaan yang baik.
Ditanya tentang tujuan menyimpan baju tersebut,Beliau menjelaskan perkara itu secara tidak sengaja.Anak bongsu beliaulah yang beria-ia menyelamatkan dan menyimpan dua helai baju berkenaan.Kalau tidak,alamatnya sudah musnah jugalah baju-baju tersebut.

Pandangan belakang baju

Baju tahun 60  an yang masih elok

Menurut Pn. Hjh. Napisah lagi,anak bongsunya  juga pernah memakai baju-baju berkenaan pada hari raya mahupun untuk majlis-majlis tertentu termasuklah majlis makan malam semasa di universiti.Nampaknya baju yang berusia lebih 40 tahun itu masih boleh digayakan lagi sekarang.

Nasihat beliau kepada generasi lama yang masih menyimpan baju-baju lama supaya menjaganya baik-baik kerana baju-baju sedemikian susah untuk didapati sekarang."Kalau adapun baju sekarang yang direka menyerupai baju dulu-dulu,ianya tidak setanding dengan baju-baju dahulu,terutamanya nostalgia kepada si pemakai".Ujarnya mengakhiri perbualan.

5 comments:

fairuz said...

wahhh ni kalau kene gaya, mmg nampak cantik bile pakai :0

ukhti syikin said...

Still masih cantik baju nya "D

NUR AIN AZMAN said...

assalamualaikum. aen dh follow awk. thnks dtg blog aen ye. ajak tukar link dlm bloglist? bOley2, for sure. jom lahhhh. aen no hal je :)

aku_azreen said...

ni ok ni kalo bagi kat mak saya..hahaha

Khairil said...

feshen lama2 jahitannya halus...