Tuesday, July 12, 2011

Ini kisah bilik tidur

Gambar hiasan Google
















Tentu seronok jika mempunyai bilik tidur yang luas dan selesa.Kemudian dihias indah bak bilik pengantin.Alamak..ada ker orang yang sanggup menghias bilik tidur mereka macam bilik pengantin sepanjang masa ni?Kalau ada..anda memang rajin!

Untuk mendapatkan tidur yang bermutu...maka bilik tidur mestilah selesa.Kecuali bagi mereka yang jenis tak kisah...dan jenis mudah tidur...letak jer kepala di bantal...terus berdengkur.

Apakah kriteria bilik tidur yang selesa?Sebenarnya banyak....Antaranya keluasan bilik,warna dinding bilik,susun atur perabot dalam bilik tidur,hinggalah kekemasan bilik tidur.

KM7 ingin berkongsi pasal kekemasan bilik tidur.Ramai dalam kalangan kita yang sanggup membeli barangan yang cantik dan mahal dalam bilik tidur seperti katil,almari pakaian dan sebagainya.Sedar atau tidak kalau banyak sangat perabot dalam bilik tidur tu boleh menyemakkan bilik tidur?Suasana sebegitu tidak akan menimbulkan ketenangan.

Satu perkara lagi,kalau perabot saja mahal tapi pakaian,selimut dan sebagainya bersepah dalam bilik tidur..itu tidak memberi apa-apa makna untuk keselesaan.Seeloknya susun atur kelengkapan dalam bilik tidur tadi memudahkan kita untuk urusan mengemasnya.Tak mengapalah kalau kelengkapan dalam bilik tidur kita tu tidak mewah,asalkan bilik tidur sentiasa kemas dan memberi ketenangan.

Percayalah....bilik tidur seseorang itu mencerminkan peribadi tuan punya bilik tidur tersebut!

2 comments:

izfanora said...

wah.. smpai isudi bilik tidur dibangkitkan.. hihi..

betul-betul.. bagi saya, xperlu mahal. yang penting tatarias yang kemas dan bersih lebih utama.. :)

Khairil said...

bilik tidur yang kemas dan bersih berkualiti lagi dari bilik tidur yang beraksesaori mahal tapi bersepah...