expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, September 27, 2011

Kasih sayang ditukar dengan hadiah?


Kebanyakan ibu bapa hari ini bekerja.
Kebanyakan waktu mereka dihabiskan di pejabat
ataupun di tempat kerja.
Justeru anak-anak pula banyak menghabiskan masa
dengan pengasuh,guru-guru mahupun rakan sebaya.

Untuk mengambil hati anak-anak,
Ibu bapa bekerja ini sering membelikan hadiah
mahupun menurut saja kemahuan anak-anak
dalam bentuk material.

Persoalannya...
wajarkah ibu bapa bekerja hari ini
menukarkan kasih sayang dengan hadiah
kepada anak-anak?

Wednesday, September 21, 2011

Mahalnya harga rumah sekarang

Gambar hiasan:Google
Gambar kat atas tu bukannya rumah KM7 tau!.Itu sekadar gambar hiasan yang dipetik daripada Google.Kebetulan sekarang ni KM7 dalam proses pembinaan rumah,maka adalah juga buat rujukan di internet tentang rumah banglo terkini.

Kalau dilihat dari segi rekabentuk,kebanyakan rumah banglo terkini agak simple.KM7 pun minat juga dengan rekabentuk yang simple ni.Agaknya rumah KM7 ni macamana yer.Tunggu...sampai masanya KM7 akan paparkan juga dalam blog ini.Lambat lagi nak siap...tahun depan yer..

Kalau diteliti dari segi harga,kebanyakan rumah yang mempunyai keluasan 1500 hingga 1900 kaki persegi berada pada harga RM 300,000.00 ke atas.Ini di kawasan Kota Bharu.Harga tu termasuk tanah la.Pendek kata kalau nak banglo yang melebihi 2000 kaki persegi sekarang ni kena ada 1/2 juta.Wah....mana nak cari duit tu?

Bagi yang ada tanah sendiri,kira beruntunglah .Sebab harga tanah sekarang ni boleh tahan juga terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar.Makin lama harga rumah semakin mahal....kalau tak buat atau beli sekarang,makin mahal harganya nanti.Takkan nak menyewa rumah jer kan!

Tuesday, September 20, 2011

014 Tapak tiang...siap

Bahagian dalam

Sebelum dimasukkan simen

Selepas dimasukkan simen

Siap

Sunday, September 18, 2011

013 Tapak tiang

Simen dimasukkan ke dalam lubang
Beberapa hari ini cuaca panas terik.
Memudahkan kerja-kerja menggali lubang,
seterusnya memasukkan simen di bahagian tapak tiang.

Simen dah kering
 Semua sudah beres,menunggu masa untuk pembinaan tiang pula.

Pemandangan di tapak pembinaan
Sebahagian daripada peralatan yang digunakan untuk pembinaan

Friday, September 16, 2011

012 Kisah asam keping,garam dan tawas

Asam keping
Entri kali ini bukan pasal resepi atau kelas masakan.
Tapi masih lagi pasal perigi yang digali di belakang rumah yang sedang dibina.
Dalam entri sebelum ini KM7 dah maklumkan yang perigi tu 
telah berjaya dibina.
Habis tu apa kaitan asam keping,garam dan tawas ni?

Garam
Haa...bahan-bahan ni semua dimasukkan ke dalam perigi
yang baru dibina.
Mengikut petua orang tua...tujuannya supaya
air perigi tersebut jernih dan tidak berbau.

Tawas
Kuantiti bahan-bahan yang perlu dimasukkan tidak diketahui dengan jelas,
Masukkan mengikut kesesuaian dan keperluan.
Mungkin lain tempat,lain pula petuanya.

Bahan-bahan tadi dimasukkan ke dalam telaga
Upacara ini telah dilakukan oleh ayah KM7 sendiri.
Semoga usaha yang dilakukan ini memberikan hasil yang diharapkan
dengan keizinanNya.

Thursday, September 15, 2011

011 Lubang tiang dan racun anai-anai

Penyediaan tapak tiang
Lubang digali untuk pembinaan tapak tiang.
Terdapat kira-kira 36 lubang semuanya.

Siap untuk dimasukkan simen
 Tulang belakang tiang-tiang ini daripada besi.
Besi dipotong dan dibentuk sedemikian rupa semasa di tapak projek.

Racun anai-anai dan peralatan penyiraman racun
Racun anai-anai disiram dalam semua lubang tadi.

Wednesday, September 14, 2011

010 Akhirnya...siap juga perigi

Perigi yang sudah dapat digunakan
Akhirnya siap juga perigi...Alhamdulillah.
Bimbang juga takut jadi macam sebelum ni,
perigi digali separuh jalan jer.

009 Pembinaan bermula

Pembinaan bermula
Secara rasminya kerja-kerja pembinaan rumah
bermula pada 12 September 2011 (Isnin)

Tapak rumah
Semoga projek ini berjalan dengan lancar
dan mengikut spesifikasi yang sepatutnya.
Jangkaan siap dalam masa 11 hingga 12 bulan.

Tuesday, September 13, 2011

008 Solat hajat di tapak rumah

Solat hajat
Sebelum kerja-kerja pembinaan rumah bermula, diadakan solat hajat
bertempat di tapak rumah.
Memandangkan solat hajat ini diadakan pada hari bekerja
maka tak ramai yang dijemput, sekadar keluarga terdekat sahaja.

Monday, September 12, 2011

007 Perigiku tak menjadi

Kerja penggalian terpaksa dihentikan
Kenapa pula perigi tak jadi?Sebabnya terdapat sebatang kayu besar
yang melintangi kat bawah lubang yang digali itu.
Dipercayai batang kayu tersebut berusia ratusan tahun
memandangkan kedalaman perigi yang digali itu sudahpun 12 kaki.

Sunday, September 11, 2011

006 Kerja-kerja menggali perigi

Perigi yang baru dikorek
Biarpun ada banyak pilihan sumber bekalan air,KM7 nak bina perigi juga.
Maka bermulalah kerja-kerja penggalian perigi atau 
 lebih dikenali sebagai telaga di Kelantan.

Friday, September 9, 2011

005 Operasi menimbun tanah

Timbunan tanah
Kerja-kerja menimbun tanah dilakukan dalam masa 2 hari,
Membabitkan sejumlah 70 anak lori

Thursday, September 8, 2011

004 Jalan ke tapak rumah

Jalan ke tapak rumah
Laluan atau jalan  ke tapak rumah dibina  bagi memudahkan untuk 
mengangkut segala keperluan pembinaan.Bukan itu saja....
ianya juga memudahkan tuan rumah 
berkereta sampai ke tapak rumah.Jalan tu masih 
dalam kawasan tanah KM7.

Tuesday, September 6, 2011

003 Penyediaan semula tapak rumah

Laluan asal ke tapak rumah

Akhirnya,setelah selesai urusan pemilikan dan penukaran status tanah,juga urusan pinjaman perumahan, maka projek pembinaan akan dimulakan dalam masa yang terdekat.Jadi beberapa perkara perlu dibereskan sebelum kerja-kerja pembinaan dimulakan.

002 Hutan Rimba di tapak rumah

Laluan masuk yang penuh kehijauan

Pada 4 September 2011,KM7 berkunjung ke tapak rumah yang dibersihkan  lebih 3 tahun yang lalu.Hasilnya amat memberangsangkan.Lihatlah tanah yang sudah dibersihkan tahun 2008 lalu telah bertukar menjadi  mini hutan rimba.Nasib baik tak jumpa hidupan rimba yang membahayakan....

Monday, September 5, 2011

001 Pembersihan Tapak Rumah

Kerja-kerja menggali dan menumbangkan pokok kelapa
Mengimbau kembali kerja-kerja pembersihan tanah untuk tapak rumah pada tahun 2008. Gambar-gambar ini dirakamkan pada 25 Januari 2008.Lupa pula nak kira berapa jumlah pokok kelapa yang ditumbangkan pada masa ini.Pendek kata banyaklah juga.

Friday, September 2, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Aidilfitri 2011
Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog KM7.
Sibuk berhari-raya.....Raya keempat baru sempat
menjengah dan meng 'update' blog.
KM7 percaya,rakan-rakan blogger sekalian
mesti banyak cerita menarik sepanjang
musim perayaan ini yang boleh dikongsi 
melalui laman blog masing-masing.
Apapun KM7 mengucapkan
Selamat berhari raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.