Tuesday, September 6, 2011

003 Penyediaan semula tapak rumah

Laluan asal ke tapak rumah

Akhirnya,setelah selesai urusan pemilikan dan penukaran status tanah,juga urusan pinjaman perumahan, maka projek pembinaan akan dimulakan dalam masa yang terdekat.Jadi beberapa perkara perlu dibereskan sebelum kerja-kerja pembinaan dimulakan.

Kerja-kerja pembersihan semula

Nampak tu...kawasan ini telah dibersihkan semula.Kalau peringkat awal dulu sudah dihabiskan ribuan ringgit untuk kerja-kerja pembersihan tapak,tidak mustahil perkara yang sama berulang kerana sudah lama tanah ini terbiar.


Inilah tapak rumah
 Setelah mini hutan rimba dibersihkan,maka nampak lapang sikit tanah tu.Biarpun begitu,sekeliling tanah KM7 ni masih lagi nampak pokok-pokok menghijau.Itu semua tanah jiran....mana boleh ditebang kan!



Laluan atau jalan yang diturap dengan tanah
Tanah KM7 ni rendah sikit dari jalan, maka banyak juga tanah yang diperlukan untuk meninggikan jalan untuk ke tapak rumah.Tanah-tanah juga dibeli untuk meninggikan kawasan tapak rumah.Tunggu...dalam entri berikutnya.


4 comments:

Khairil said...

cantik tapak tu cikgu..dekat dgn sekolah... seronok ye kalau ada sebidang tanah dan boleh buat rumah idaman.. tahniah cikgu..

KM7 said...

Terima kasih Khairil...harap2 projek ni dapat disiapkan mengikut jadual.

Hisyam Muhibah said...

tanah pusaka ke tanah beli ni cikgu? memang impian saya juga untuk buat rumah sendiri.. tapi tak kesampaian..beli je lah rumah daripada pemaju

KM7 said...

ini tanah pusaka....kalau nak beli tak mampu rasanya.hehe