expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, October 7, 2011

Mengecat rumah?

Gambar hiasan:Google
Hai...dah mengecat rumah?cepat betul rumah KM7 ni siap!Jangan terkejut pula....lambat lagi rumah KM7 ni nak siap,takkan dah mengecat rumah pula.

Sebenarnya KM7 tengah memikirkan nak mengecat rumah ni dengan warna apa nanti.Maklumlah banyak sangat warna cat yang menarik.

Susah juga nak buat keputusan ni.Maklumlah...bimbang juga warna rumah kita nanti nampak tak menarik atau akan diketawakan orang pula.

Bermula dengan warna bahagian luar rumah,kemudian dalaman rumah dengan bilik-bilik dan ruang-ruangnya,sehinggalah ke bilik air....semua mesti difikirkan warna apa yang sesuai.

Hmm KM7 tak berapa suka kalau rumah tu dicat dengan banyak sangat warna.Boleh pening dibuatnya.hehe..Senang-senang cat warna putih jer kan semua ruang..habis cerita.Hmmm lambat lagi tu...boleh fikir-fikir lagi.

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.