expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, November 30, 2011

Inilah hasil kerja tangan...

Cuba teka..apalah yang sedang dijahitkan oleh isteri KM7 tu.
Bertungkus -lumus dia menjahit,
siang dan malam silih berganti.
V
V
V
V
V

Kemudian diisi pula dengan benda ni
V
V
Kenal ker apa ke bendanya tu?
hmmm tu namanya kekabu...
Rasanya anda dah boleh agak nak buat apa ni kan
Jom tengok hasilnya....
V
V
V
Dan...akhirnya siaplah satu set......
V
V
V
V
V
Cantik tak?hehe...
Itulah hasil kerja tangan isteri KM7 dalam beberapa hari ni.
Sebenarnya itu adalah sebahagian daripada persiapan kami
untuk menerima kehadiran cahaya mata ketiga,
insyaAllah...pertengahan bulan Disember nanti (tak lama lagi tu)
Harap semuanya berjalan lancar.Amin.

Monday, November 28, 2011

Banjir sudah berakhir?

 Semasa entri ini ditulis,keadaan banjir di Kelantan khususnya semakin pulih.
Cuaca panas sehari dua ni membolehkan orang ramai menjemur 
apa yang patut di bawah sinaran matahari.

 Paras air di beberapa kawasan sudah mula surut.
Jalan-jalan yang ditutup sudah pun mula dibuka semula.
Aktiviti yang terhenti disebabkan banjir dulu...dah boleh disambung semula.
Tapi mangsa-mangsa banjir rasanya sedang sibuk
membersihkan rumah-rumah mereka yang dinaiki air.
Biasa kita dengar pelbagai bantuan diberikan kepada mangsa banjir semasa banjir.
Tapi jarang kita dengar bantuan selepas musim banjir,
contohnya bantuan membersihkan rumah-rumah mangsa banjir...Mengapa yer?

Syukur juga kerana musim banjir kali ni berlaku
semasa cuti persekolahan.
Biarpun calon-calon SPM dan STPM masih menduduki peperiksaan,
namun jangan jadikan banjir sebagai alasan tidak dapat menjawab peperiksaan dengan baik.
Semoga banjir kali ini memberi pengajaran kepada semua pihak!

Thursday, November 24, 2011

KM7 suka handphone Samsung...Anda pula bagaimana?


Nak jual handphone ker pula?ishhh takdelah...sebenarnya nak berkongsi pasal handphone kegemaran KM7.KM7 memang suka jenama Samsung ni.Dalam tahun ni saja dah 3 model handphone ni KM7 beli.

Saturday, November 19, 2011

Majlis Graduasi Anak-anak Tadika Nur 2011


Hari ini 19 November 2011,KM7 sekeluarga menghadiri majlis Graduasi Anak-anak Tadika Nur.Anak sulung  KM7 dah tamat belajar kat tadika ni.Sekejap saja masa berlalu,dah 3 tahun Imdad belajar kat Tadika Nur ni.

 Majlis ini diadakan di Dewan Besar,Balai Islam Lundang,Kota Bharu.

Perasmian dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh En Azhar b Zahari,Penolong Pengarah  Penguatkuasaan Unit Pendidikan Swasta,JPN Kelantan

 Tahniah kepada Imdad dan kawan-kawan yang habis belajar di Tadika Nur

 Terima kasih yang tak terhingga kepada semua guru Tadika Nur yang telah mengajar Imdad
sehingga boleh membaca,menulis dan mengira.


Majlis diserikan lagi dengan beberapa persembahan oleh anak-anak pelajar.

Tuesday, November 15, 2011

Kenapa kerjaya guru sering dipersoalkan?

Sumber kartun:Harian Metro 15/11/2011
Sehari dua ni kalau belek-belek suratkhabar,banyaklah dipaparkan pasal guru kerja sembilan jam bermula tahun depan.Biarpun perkara ini masih di peringkat percubaan di 4 buah negeri sahaja,namun maklumbalas daripada pelbagai pihak begitu memberangsangkan.

Banyak pendapat sama ada pro dan kontra dilontarkan.Baguslah ada percambahan minda.Sekurang-kurangnya boleh diambil perhatian oleh pihak terbabit.Secara peribadi KM7 rasa penetapan masa kerja guru 9 jam sehari ni tak mendatangkan masalah...kerana sebelum ini pun guru bekerja lebih daripada 9 jam sehari tapi masyarakat umum tidak nampak.Mereka lebih nampak kerja guru ni banyak cuti...Padahal masa cuti guru dipenuhi dengan kelas-kelas tambahan dan segala bentuk kem untuk kecemerlangan pelajar..Jadi dengan penetapan masa 9 jam ni diharapkan kerjaya lain tidak cemburu lagi dengan guru.

Bagaimanapun,untuk lebih adil...guru-guru tak payahlah  membawa balik segala bentuk kerja sekolah ke rumah.Macam kerja pejabat yang lain.habis jer waktu pejabat, segala urusan berkaitan yang belum selesai...sambung esok pula.Hujung minggu pula tak payah libatkan guru dalam apa-apa yang berkaitan dengan kurikulum mahupun kokurikulum.Lawatan pelajar ataupun sebarang pertandingan kokurikulum perlu dibuat dalam waktu 9 jam sehari bekerja tu saja..Kesian betul menjadi guru penasihat atau guru pengiring yang membawa pelajar ke mana-mana pertandingan di luar daerah yang melibatkan beberapa hari terpaksa meninggalkan keluarga sendiri.Boleh ker buat semua  macam tu?Kalau tengok situasi sekarang....agak mustahil...

Berita Harian:15/11/2011
Hanya guru dan mereka yang faham profesion ini saja yang tahu kedudukan sebenar.Semua kerjaya ada tekanan kerja tersendiri.Perkara ini elok ditangani dengan berhemah agar guru dapat mendidik anak bangsa dengan sepenuh jiwa raga...dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga....atau sekadar melaksanakan tanggungjawab dengan ala kadar.

Rakyat Malaysia Terancam!!


Terancam?...menakutkan betul tajuk tu.Sebab tu lah KM7 nak buat satu entri pasal kesihatan.Bukan apa,sebagai peringatan kepada kita semua.Diabetes...semua sudah tahu penyakit tu.Tapi kalau disebut kencing manis.....orang kampung pun senang faham apa ker benda tu.

Siapa yang berisiko menghidapnya?Jom tengok kat bawah ni....

1.Mereka yang berumur 30 tahun atau lebih
2.Penghidap hipertensi
3.Wanita yang pernah mengalami diabetes semasa mengandung
4.Seorang yang tidak aktif
5.Mempunyai tahap kolesterol yang tinggi
6.Mempunyai ahli keluarga yang menghidap diabetes
7.Mempunyai berat badan berlebihan,gemuk atau obes

Diabetes boleh dicegah...jom Amalkan gaya hidup sihat...

Sunday, November 13, 2011

029 Rupa bentuk rumah setelah 2 bulan

Dah lama tak buat entri pasal rumah.Kali ini KM7 nak tunjukkan rupa bentuk rumah
setelah memasuki 2 bulan proses pembinaannya.

Sekarang ni tengah menyiapkan pemasangan frame pintu dan tingkap
di bahagian depan rumah pula.

 Bata-bata juga diikat di bahagian depan rumah

Nampak besi-besi kat kat atas tu?
Itu untuk pembinaan tangki air.Tangki air dibina di bahagian atas rumah.
Ok...cukup setakat itu dulu....

Saturday, November 12, 2011

Guru kerja 9 jam mulai tahun 2012?

ALOR SETAR 11 Nov. - Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 buah sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baharu itu akan dilaksanakan di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak dengan tempoh percubaan selama enam bulan sebelum diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran.

Katanya, pihak NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.

Jelas beliau, pihaknya menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.

"NUTP berpendapat sistem bekerja sembilan jam seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah.

"Selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya. Malah, ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan," katanya pada sidang akhbar di sini malam tadi. Hadir sama, Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.


Menjelaskan lebih lanjut, kata Hashim, tempoh percubaan waktu berkerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.

"Kesatuan dimaklumkan bahawa para guru di sekolah terlibat sudah diberikan taklimat berhubung perkara ini.

"Walaupun ia tempoh percubaan sebelum diperhalusi pelaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran, ramai guru sudah merasa tertekan dan kita bimbang perkara ini akan menganggu tugas mereka di sekolah," katanya.

Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut.

Sumber:Utusan Online 12/11/2011

Gambar pemandangan dilelong RM13.5 juta

INILAH foto Sungai Rhine yang dirakam oleh Gursky dan dicetak di atas kaca akrilik. 

Hobi mengambil gambar ni kadang-kadang boleh mendatangkan hasil yang lumayan juga tau!Percaya atau tidak...lukisan kat atas tu bernilai  AS$4.3 juta (RM13.5 juta).Memang berbaloi kalau gambar yang dirakamkan tu boleh dijual semahal tu.Siapa yang menjual dan membelinya?

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Sekeping gambar pemandangan Sungai Rhine di Jerman yang dirakam pada tahun 1999 oleh artis Jerman, Andreas Gursky dijual pada harga AS$4.3 juta (RM13.5 juta) di sini, sekali gus mencatat rekod lelongan gambar termahal di dunia.
Bertajuk Rhein II, gambar warna itu dijual pada Selasa lalu dalam satu lelongan oleh firma Christie.

Agensi lelongan berkenaan bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pembeli tersebut.
Rekod gambar termahal yang pernah dijual dalam lelongan sebelum ini ialah sekeping gambar yang dirakam oleh Cindy Sherman bertajuk Untitled.
Foto berkenaan dijual pada harga AS$3.8 juta (RM11.9 juta) oleh firma lelongan Christie pada Mei lalu. - Agensi

Sumber:Kosmo Online 12/11/2011

Friday, November 11, 2011

11-11-11


Akhirnya tiba juga tarikh 11.11.11 ni

Cantik sungguh tarikh ni.

Pastinya ramai yang mengambil kesempatan

mengabadikan sesuatu pada tarikh ini.

Tuesday, November 8, 2011

028 Aidiladha di rumah baru

Tajuk kasi gempak sikit......
Macamlah rumah dah siap...nak beraya kat sini pula..

Friday, November 4, 2011

027 Jom ke belakang rumah


Asyik tengok bahagian depan jer...
Kali ini KM7 akan bawa anda semua
ke bahagian belakang rumah..hehe..
Bata-bata semua dah beres diikat.

Tuesday, November 1, 2011

Anai-anai mula menyerang

Tengok tu..jalan anai-anai dalam salah sebuah bilik di rumah sewa KM7 ni.
Hmm...ini bukan kali pertama serangan anai-anai ni.Tapi dah banyak kali.
Akhir-akhir ni musim hujan,maka banyaklah anai-anai dalam rumah ni.

Bukan saja dinding,malah frame pintu pun menjadi mangsanya.
Malam ni KM7 bersihkan sarang tu....esok pagi ada semula.
Begitu rajin anai-anai ni bekerja.

Nampak tak...beberapa ekor anai-anai sedang bekerja tu?

 Zoom sikit....bagi yang tak kenal anai-anai boleh tengok dekat-dekat..

KM7 suka gambar ni...
Nampak jer kecil anai-anai ni tapi bahaya...
boleh merosakkan perabot dan rumah !