expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, December 8, 2011

Anai-anai menyerang lagi!!

Masa nak ambil pakaian dalam almari tadi KM7 dikejutkan
dengan kehadiran sang anai-anai.
Nampaknya sudah ada sejalur jalannya dalam almari KM7 ni.
Entri bulan lepas KM7 pernah ceritakan pasal kehadiran anai-anai ni 
di dinding rumah sewa KM7 ni.Sila klik sini.
Ingatkan dah selesai...rupa-rupanya makin mengganas.

Maka KM7 pun membuat pemeriksaan mengejut ke atas almari.
Terkejut besar KM7 mendapati kotak-kotak yang disimpan kat atas almari tu 
telah musnah dimakan anai-anai.
Banyak juga kotak kat atas almari tu.Kononnya disimpan
untuk isi barang apabila pindah rumah nanti.

Tengoklah hasil usaha gigih anai-anai ni.
KM7 dah beberapa kali memaklumkan perkara ni kepada tuan rumah.
Tapi takde respon.Nak buat macam mana kan...bukan rumah kita.
Kat atas siling rumah tu tak tahulah macam mana keadaannya.

Hmmm bukan main besar lagi jalan yang dibina oleh mereka.
Bimbang juga...kan runtuh atap rumah ni...tak ke kes berat.
Nak pindah rumah pun...malas nak mengemas...
sebab nak tunggu rumah baru siap dalam beberapa bulan lagi tu.

Bagi mereka yang ada masalah yang sama
eloklah sesekali tu buat pemeriksaan ke atas almari,
dan lain-lain perabot...kot-kot menjadi sarang anai-anai.

3 comments:

  1. anai2 dlm diam bergerak dan merosakkan barang...

    ReplyDelete
  2. banyak nya anai-anai..kena sembur racun nie, anai-anai nie susah nak nampak mula2, tapi bila dah teruk baru kita perasan kan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.