Wednesday, December 7, 2011

Apa kaitan kanak-kanak dan alat permainan?


Betul ker budak-budak dan permainan tak dapat dipisahkan?
KM7 rasa betul...sebabnya anak-anak KM7 sendiri kalau dibawa ke pasar raya
mesti nakkan mainan.
Kat rumah ni tak tahulah dah berapa banyak alat permainan mereka tu...dah boleh buka kedai.hehe.
Kat atas tu mainan terbaru anak sulung KM7..
Macam biasalah...dia ni tak nak benda lain...melainkan kereta.



Baru jer beberapa hari lepas beli majalah tu.
Hmmm puas tengok dalam TV,nak tengok dalam majalah pula.



Kereta api kat atas tu pula menjadi pilihan anak perempuan KM7.
Ehh dia pun terikut-ikut kan abangnya lah ni sukakan kenderaan.
Lagipun kat TV kan ada rancangan kartun kereta api ni.
Memang besar pengaruh TV pada budak-budak ni.



Satu lagi mainan terbaru anak perempuan KM7 ni telefon kat atas tu.
Siap ada bunyi-bunyi lagi tu.Maklumlah kena pakai bateri tu.
KM7 tahu..bukan nak main sangat tu,tapi berkenan kat kepala kereta api tu jer.



Bukan main suka lagi tengok kereta api tu bergerak.
(sila abaikan keadaan yang bersepah tu)
Nasib baik harganya taklah mahal sangat.
Budak-budak ni tak perlu rasanya beli mainan yang mahal-mahal,
sebab mereka main sekejap jer .
Dah puas main...nak beli baru pula.
Kan bagus kalau ada tempat yang boleh sewakan alat permainan ni untuk kanak-kanak.
Tapi....kalau beli pun bagus juga...lepas main simpan baik-baik.
Apabila mereka besar nanti boleh tengok balik.Nostalgia!

p/s: KM7 juga rindukan alat mainan masa kecil-kecil dulu...tapi semuanya sudah hancur/hilang.
Dulu mainan tak banyak.Kalau ada satu dua tu...mesti main sampai rosak.

4 comments:

Diana said...

mainan adalah memori..

whitecappuccino said...

memang diakui, kanak2 dan barang permainan tidak dapat dipisahkan..yang lelaki mesti nak kereta, lori bulldozer dan sebagainya..yg pompuan pulak pekakas masak2 anak patung..:)

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

alat mainan sy kecik2 dulu pun dah xde...kenangan...dulu selain min masak2, suka main patung askar...huhuu

cikpinky said...

kanak2 mmg sinonim dgn permainan :)