expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, January 31, 2011

Blog serius kurang sambutan?


eh...betul ker
kalau blog kita ni
terlalu serius...maka akan kuranglah sambutannya...

 sambutan di sini
merujuk kepada bilangan
pengunjung setia ke blog,
juga bilangan komen yang ditinggalkan.

hmm...KM7 rasa macam nak percaya jer..
maklumlah kalau kita serius sangat,
orang takut nak tegur.
Jadi tak mesra lah kan.
apabila tak mesra maka orang tak mau
datang lagi ke blog kita ni...

Jadi macamana yer
nak jadikan blog kita ni
kurang tahap keseriusannya?

Gunting



Semua kenal gunting.
Banyak kegunaan gunting
dalam kehidupan seharian kita.

Kali ini KM7 bukan nak
cerita pasal kegunaan gunting,
tapi nak berkongsi peribahasa
yang ada kaitan dengan gunting.

jom lihat.......


Seperti gunting dalam lipatan

maksud:

membinasakan sahabat atau bangsa sendiri


Seperti gunting makan di hujung

maksud:

berbuat sesuatu secara diam-diam dan perlahan-lahan

Sunday, January 30, 2011

Baguskah bahasa di radio swasta?

Petikan Pancaindera/Mingguan Malaysia 30/1/2011

Kadang-kadang celoteh
sesetengah deejay radio tu
membuatkan KM7 rasa bosan juga.
Yer la...dengan celoteh yang
dikira banyak...
ditambah pula dengan bahasa yang
agak keteraluan...(bagi sesetengah orang).
KM7 setuju dengan penulis
artikel tersebut.


Contoh yang diberikan
penggunaan istilah
"kau orang".
hmmm bagi golongan muda
rasanya tak kisah.
Tapi bagi golongan dewasa
lebih manis kalau digunakan istilah "anda"..




Ingatlah...
pendengar radio ni
terdiri daripada pelbagai peringkat umur.
jadi gunakan bahasa yang baik.
Ingatlah
bahasa jiwa bangsa.


KM7
sekarang ni jarang dengar radio
sebab tak suka dengar celoteh deejay....

Saturday, January 29, 2011

Ombak dan Pantai



Ombak dan pantai 
tak mungkin dipisahkan.
Nelayan dan laut juga
tak mungkin dileraikan.


Kenapa kita mencari 
ketenangan di  pantai?
adakah kerana kebiruan  laut?
atau pukulan ombak ke pantai?
atau hembusan bayu yang menyegarkan?


Sesungguhnya...
ketenangan itu ada di pantai.
justeru...
jangan rosakkan ketenangan itu...


Wednesday, January 26, 2011

Agen Insuran:Bosanlah....


Banyak betul syarikat insuran sekarang ni.
Masing-masing ingin menonjolkan
kelebihan syarikat sendiri.
Biasalah strategi perniagaan ni...
nak tunjuk keistimewaan syarikat sendiri,
maka dibuat perbandingan dengan syarikat lain.

Kononnya insuran yang
ditawarkan syarikatnya lebih baik
daripada syarikat lain.

Kadang-kadang rasa bosan
dengan kehadiran agen-agen insuran ni.
mereka ni suka sangat datang ke tempat
kerja kita.
Lebih teruk lagi ada yang seolah-olah memaksa
kita supaya menyertai insuran mereka.

Bagi yang baru nak memiliki
sebrang polisi insuran tu kira ok lah juga.
Tapi bagi kita yang dah masuk
pelbagai jenis insuran ni...takkan nak
masuk lagi kan..

Nak tukar ke syarikat insuran baru...
bukankah rugi namanya setelah
bertahun-tahun mencarum dalam syarikat lama.

KM7 sendiri dah tak layan
mana-mana agen insuran....
cukuplah dengan beberapa
polisi insuran yang telah ada untuk diri
sendiri dan keluarga.

Tuesday, January 25, 2011

Soal Hati


Bicara soal hati
memang tiada penghujungnya.
dari kecil hati hinggalah besar hati.
dari ambil hati hinggalah curi hati.

Tak kurang juga halnya
yang sanggup makan hati
dek kerana tak puas hati.

Percayalah
ikutkan rasa binasa,
ikutkan hati mati.
elakkan diri daripada
iri hati
kerana pasti akan membawa benci.

marilah bersama
bersatu hati
ke arah kehidupan
yang lebih bermakna.

(c) KM7


Senangnya dapatkan ubat

   (Utusaan Malaysia 25/1/2011)

KM7 setuju benarlah
adanya perkhidmatan pos ubat ni.
atau lebih dikenali sebagai
Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP1Malaysia)


Perkhidmatan ini membolehkan pesakit
mendapatkan bekalan ubat
tanpa perlu ke hospital,
seterusnya mengatasi masalah 
pengangkutan dan kekurangan tempat
meletak kenderaan di hospital.

 
Biarpun pengguna perlu membayar kos penghantaran,
tetapi ia tetap berbaloi jika
dibandingkan dengan kos perjalanan ke
hospital yang lebih tinggi.

 
Cuma pemantauan perlu dilakukan
agar tidak ada kes-kes penipuan atau
penyalahgunaan mendapatkan bekalan ubat-ubat tersebut.
Diharapkan perkhidmatan ini
diperluaskan ke  hospital-hospital
di seluruh negara ini.



Monday, January 24, 2011

Troli ker yang bersalah?


Shopping memang best
best lagi kalau ada orang sponsor.
Kali ini mari kita
lihat satu lagi
sikap orang kita
semasa shopping.

Ramai memilih untuk menggunakan troli.
yer la...senang nak isi barang yang banyak.
Masalahnya
setelah siap isi barang dalam kereta,
troli tu simpan kat mana?
tempat yang sepatutnya
atau biarkan saja kat situ?

haa...Dalam ramai yang bagus tu
ada juga yang dengan selambanya
meninggalkan saja troli tu sesuka hati.
Banyak kali juga KM7 terserempak
dengan troli yang diletakkan di belakang kereta KM7.
Sungguh tak bertamadun
mereka yang melakukannya.

Itulah sikap segelintir
orang kita.
Bercakap memang pandai
tapi tingkah laku hancur....
cakap tak serupa bikin.


'Malaysia Cantik tapi Kotor'

(petikan Berita Harian 24/1/2011)

Ini bukan cerita rekaan,
tapi telah disuarakan oleh kebanyakan
pelancong asing yang datang ke negara kita.

Sebagai warganegara Malaysia,
apa respon kita terhadap kenyataan tersebut?
Janganlah cepat melenting
tetapi eloklah diambil positif
pandangan pelancong tersebut.

Memang ada kebenarannya
di sesetengah kawasan
di negara kita
tahap kebersihannya kurang memuaskan.
Terutamanya gerai makanan,longkang dan tandas.

Itulah yang dikatakan sikap.
Memang sukar untuk membentuk sikap manusia,
melainkan diasuh sejak kecil lagi
oleh ibu bapa,guru-guru dan masyarakat.

Elok juga kalau ditekankan aspek
hukuman yang setimpal  kepada mereka yang
tidak mementingkan aspek kebersihan.
Sekurang-kurangnya boleh dijadikan pengajaran
kepada pihak lain.

Marilah kita sama-sama menjaga kebersihan
persekitaran kita.
Hidup bahagia tanpa sampah dan kekotoran.!


Sunday, January 23, 2011

Best juga jadi blogger ni....

(petikan akhbar Berita Minggu 23/1/2011)


KM7 rasa ramai yang dah baca
surat khabar hari ni.
Tengok tu...
Jadi tajuk muka depan lagi tu.

Hmmm seronoknya
kalau kita pun dapat pendapatan macam tu.
Kalau tak sebanyak itu,sebahagiannya pun jadilah.
Tapi untuk sampai ke peringkat itu
semestinya memerlukan usaha
dan pengorbanan yang banyak.

Semoga kisah-kisah kejayaan
para blogger ini 
menjadi pembakar semangat
dan motivasi buat kita semua.

kepada semua...
selamat berblogging.

Friday, January 21, 2011

Larang guru kerja Sabtu

KUALA LUMPUR: Pengetua dan guru besar sekolah di seluruh negara diminta tidak memaksa guru mereka bertugas pada Sabtu, selain patuh pada peraturan dikeluarkan kerajaan yang menetapkan hari berkenaan sebagai cuti buat kakitangan sekolah.

Sehubungan itu, guru yang tidak berpuas hati ditugaskan pengetua mereka untuk bekerja pada setiap Sabtu di sekolah masing-masing, diminta tampil membuat aduan bertulis kepada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya hak mereka untuk berehat pada hari itu dapat dibela.

Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, masih ada pengetua atau guru besar sekolah yang tidak memahami peraturan serta ingkar dengan arahan kerajaan yang menetapkan Sabtu sebagai hari cuti berehat untuk semua guru.
Bagaimanapun, beliau berkata, peraturan itu masih fleksibel kerana guru berkenaan boleh dipanggil oleh pengetua untuk bertugas pada mana-mana dua Sabtu dalam sebulan jika keadaan benar-benar memerlukan bagi menjayakan sesuatu acara yang tidak dapat dilakukan pada hari persekolahan biasa.

“Ada pengetua menganggap keputusan mereka mengarah guru bertugas pada Sabtu terutama untuk mengadakan kelas tambahan kononnya untuk mempertingkatkan lagi pencapaian pelajar sedangkan kelas yang sudah diadakan dari Isnin hingga Khamis sepatutnya sudah mencukupi “Pengetua yang mahu mengarah guru bekerja pada Sabtu sepatutnya mengeluarkan arahan dalam bentuk surat arahan rasmi dan bukannya secara lisan kerana jika apa-apa perkara tidak diingini berlaku, pihak sekolah dan pengetua akan bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi semalam.

Hashim berkata, guru mempunyai hak untuk berehat pada Sabtu bersama keluarga serta menenangkan fikiran dan tidak sepatutnya dikerah bekerja hingga mengganggu masa senggang mereka.

Katanya, beliau memahami keadaan guru yang tersepit dan serba salah dengan arahan pengetua serta akan mengikut saja berikutan bimbang dikenakan tindakan jika enggan bertugas pada Sabtu walaupun ia sudah diisytiharkan sebagai hari cuti buat mereka.

“Ada guru yang sukarela bertugas dengan mengadakan kelas tambahan pada Sabtu atau menganjurkan program berbentuk sukan, tetapi bagi mereka yang tidak rela, jangan duduk diam dan kita minta mereka membuat aduan supaya hak mereka terbela.
“Manakala guru yang terpaksa bertugas pada Sabtu perlu berani meminta pengetua mengeluarkan satu surat rasmi yang tertera arahan mengenai tugas supaya pihak sekolah akan bertanggungjawab jika ada masalah,” katanya.

Sementara itu, Hashim turut memberi pandangan supaya beberapa perkataan yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kaum India di negara ini seperti yang terkandung dalam novel Interlok dihitamkan saja dengan dakwat bagi memuaskan hati semua pihak.

sumber:myMetro 21/1/2011

KM7: Kata jangan paksa guru kerja hari Sabtu,kemudian boleh pula dipanggil untuk 2 sabtu dalam sebulan.Habis tu nak pakai yang mana ni...hmmm kesian guru....

Thursday, January 20, 2011

JPJ lancar operasi cermin gelap

Perhatian kepada
semua pemilik kenderaan....
operasi terbaru JPJ kali ini
untuk menyaman pemilik kenderaan
bercermin gelap.
awas....terutama
bagi mereka di Terengganu.

Kenapa pemilik kenderaan
memasang cermin gelap pada kenderaan masing-masing?
KM7 rasa mungkin untuk
melindungi sinaran terik mentari.
Masalahnya  kenapa
ada penjual menjualnya kalau dah
tahu kegelapan cermin tu 
tak lulus spesifikasi JPJ?

KM7 rasa baik juga
pihak JPJ buat operasi kat kedai-kedai
yang menjual cermin gelap tu.
Kalau tiada pembekal
maka pembeli tak dapat nak membelinya kan!

Jom baca beritanya di bawah ni...


KUALA TERENGGANU - Pemilik kenderaan yang memasang cermin gelap di Terengganu bakal berdepan tindakan saman dan kompaun apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan operasi berterusan bagi mengesan mereka yang terlibat.
Pengarah JPJ Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, operasi itu dilancarkan berikutan semakin ramai pemilik kenderaan di negeri ini dikesan menggunakan cermin gelap melebihi had yang ditetapkan.
“Penggunaan cermin gelap dilihat semakin berleluasa di negeri ini dan kita akan mengadakan pemantauan dari masa ke semasa bagi mendidik pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya, sebanyak 294 notis kesalahan cermin gelap telah dikeluarkan pada satu operasi yang dijalankan oleh JPJ di Jalan Sultan Mohamad yang bermula pukul 8.30 malam tadi dan berakhir dua jam setengah selepas itu.
Beliau berkata pemilik kenderaan terbabit diminta menghantar kenderaan masing-masing untuk pemeriksaan di mana-mana pejabat JPJ dalam masa 10 hari dan jika mereka gagal mematuhi arahan notis tersebut, kompaun sebanyak RM200 akan dikenakan.
Katanya, menurut peraturan, cermin kenderaan pada bahagian sisi perlu melebihi 50 peratus dan 70 peratus kecerahan pada bahagian depan dan belakang kenderaan. - Bernama

sumber:Kosmo online 20/1/2011

Tuesday, January 18, 2011

Kenapa mesti kek?


Kalau sambut
hari jadi
atau majlis
pertunangan
atau majlis 
perkahwinan...
kenapa mesti 
ada kek?

Kalau ganti dengan
makanan lain
tak best ker 
majlis tersebut?

Kemudian
kek-kek tersebut
ada lilin
dan mesti ada
acara memotong kek.
Kalau tak ada lilin
tak cantik lagi ker
kek tadi?

Kalau tak mahu
kek...
nak tukar dengan apa yer?


Monday, January 17, 2011

Bas untuk wanita?


Sekarang ni ada bas untuk wanita pula.
Tentu kaum wanita seronok,
macam-macam ada untuk mereka.
Mungkinkah suatu hari nanti
ada syarikat pengangkutan awam
yang lain akan
menyediakan kemudahan khusus
kepada golongan lelaki?

Satu sudut memang bagus
pengasingan kenderaan mengikut jantina.
tapi dari perspektif lain
nampak macam golongan wanita
di sesetengah tempat di negara kita ni
tak berapa selamat apabila
berada di khalayak awam.

Kita boleh melihat isu ini
dari sudut positif,
iaitu memberi keselesaan kepada
penumpang pengangkutan awam
 khususnya kepada golongan wanita.

Semoga dengan adanya perkhidmatan ini
wanita tidak lagi bimbang  menaiki kenderaan awam,
tidak perlu bersesak-sesak dengan penumpang lelaki.

Masalah tetap wujud di mana-mana.
Dalam hal ini juga,wanita perlu berwaspada
kerana sesama wanita pun boleh berlaku
kes-kes jenayah 
seperti seluk saku,ragut,curi dan sebagainya.

Sunday, January 16, 2011

Rumah dalam pagar


Kebanyakan rumah di bandar berpagar.
Tujuannya?
terpulang kepada tuan rumah lah kan.
Biasanya untuk aspek keselamatan.
Tapi kalau reka bentuk pagar
sekeliling rumah tu
penuh dengan kemewahan,
maka terbuktilah tuan rumah tu
memang kaya atau suka kepada 
sesuatu yang mewah.

Kat kampung sekarang ni pun
trend rumah berpagar mula mendapat tempat.
Masalahnya bagi rumah-rumah yang terletak
berhampiran dengan jalan kampung
yang sememangnya dah sempit.
Ini menyukarkan kenderaan keluar masuk
ke kampung tersebut.

Ada juga kes-kes pemandu yang tidak
mahu mengalah untuk memberi laluan...
sehingga menimbulkan ketegangan
atau ada yang bermasam muka.
Keadaan ini sedikit sebanyak akan
melunturkan semangat kejiranan
yang semakin pudar
dalam kalangan sesetengah masyarakat kampung.

Jangan terkejut
jika suatu hari nanti rumah-rumah
di kampung semua berpagar konkrit.
Pada masa itu hubungan kejiranan pun
tidak semeriah dulu.

Siapa yang harus dipersalahkan?
entahlah.....

Saturday, January 15, 2011

Apa ni?



Lihat gambar di atas tu.
Cuba teka apa ke benda tu?
hehe..punyalah senang soalan,
budak tadika pun boleh jawab.


Sajalah kan..
rehat-rehatkan minda hari minggu ni.


Kalau dah tahu apa ke benda tu,
sekarang tolong beritahu
kat mana ada benda ni..
kat rumah anda kot?


Sebenarnya gambar tu KM7 rakamkan
di satu lokasi dalam negara.
nantilah KM7 akan beritahu
apa dan dimana.
Nak baca dulu jawapan 
daripada anda semua.hehe..

Thursday, January 13, 2011

Selamat bersara !

Selamat bersara..
oppss jangan salah faham pula,
bukan KM7 mahu bersara dari berblogging ni,
bukan juga bersara dari kerja.
Sebenarnya selamat bersara
buat Tuan Pengetua
tempat KM7 bertugas ni...
Hari ini adalah hari persaraan beliau
dari dunia pendidikan.


Pelbagai atur cara sempena majlis ini.
Antaranya persembahan nasyid dari kumpulan nasyid sekolah.
Juga penyampaian cendera hati daripada
guru,staf dan pelajar.


Paling syahdu...
acara bermaaf-maafan
dan mengucapkan selamat berpisah.
Begitulah alam perkejaan ini,
sampai masanya bersaralah kita.

p/s:Apabila kita bersara nanti,
apa yang menarik untuk kita lakukan yer?

Wednesday, January 12, 2011

Hadiah buku: ok juga kan!


Bila kali terakhir anda terima hadiah?
KM7 dah lama tak terima hadiah.huhu..kesiannya...
Sebut pasal hadiah,
banyak benda yang kita boleh jadikan hadiah.
daripada barangan yang murah
sehinggalah yang mahal-mahal.

Walau apa juga bentuk hadiah,
yang pasti penerimanya mesti suka.
(siapa tak suka kalau percuma kan!)
tapi awas...sebarang hadiah
yang diberikan itu jangan pula berunsur rasuah.

Satu bentuk hadiah yang KM7 rasa
elok dan sesuai untuk semua peringkat umur
ialah buku.
Macam-macam jenis buku ada 
di pasaran.
Cuma penerimanya mungkin
sudah baca atau memiliki buku-buku
yang kita hadiahkan kepada mereka tu,
menyebabkab mereka tak berapa seronok kan....
tak kan nak tanya dulu kot
buku apa yang mereka nak,
tak suspen la pula kan hadiah tu.

Kalau KM7 lah,
tak kisah buku apa pun
janji orang bagi hadiah kat kita,
terima saja dengan rasa gembira dan bersyukur
atas ingatan orang kepada kita.
Marilah kita sama-sama jadikan buku
sebagai hadiah kepada seseorang...
setuju tak?

Tuesday, January 11, 2011

Berkongsi kereta:Sanggupkah anda?



Kempen berkongsi kereta
dah lama dicadangkan.
Cuma pelaksanaannya nampak
macam kurang memberangsangkan.



Banyak perkara dan benda
kat dalam dunia ni boleh dikongsi...
(suami atau isteri?...jangan kongsi tau!)



Kereta juga boleh dikongsi.
Bagi KM7...tak nak lah berkongsi kereta.hehe...
Anda pula bagaimana?

Ibu tiri memang kejam....


Melabelkan semua ibu tiri itu kejam
adalah sesuatu yang tidak adil.
Tetapi kes-kes penderaan yang disebabkan
oleh ibu tiri ini menjadikan 
status ibu tiri itu ditakuti oleh anak-anak.

Terbaru,
laporan sebuah akhbar hari ini
berkenaan kes penderaan yang dilakukan oleh 
seorang ibu tiri ke atas seorang kanak-kanak
menguatkan lagi hujah bahawa status ibu tiri
akan tetap digeruni dan dipandang sinis oleh
sesetengah pihak.

Adik Nur Dania Qistina
dari Kampung Sungai Tiram,Johor
mati dengan 73 kesan dera terdapat pada tubuhnya.
Bayangkan penderitaan yang terpaksa
ditanggung oleh kanak-kanak  tidak berdosa
yang baru berusia 3 tahun itu.

Manusia jenis apakah yang sanggup
mendera seorang kanak-kanak yang lemah
sehingga menemui kematian,
kemudian berbohong dengan mengatakan
kanak-kanak itu lemas dalam baldi di rumahnya.
semoga balasan setimpal menemui 
pendera ini.

Kita tidak tahu punca
masalah yang berlaku sehingga terjadinya
kes penderaan ini.
Tapi sebagai manusia yang mempunyai akal yang waras,
sepatutnya ibu tiri itu dapat 
berfikir risiko tindakannya ke atas kanak-kanak sekecil itu.
Biarpun anak itu bukan zuriat sendiri
tetapi tiadakah perasaan belas kasihan atau perikemanusiaan?
Sesungguhnya anak-anak itu anugerah yang tidak ternilai.

Monday, January 10, 2011

Kenapa tak ada komen?



KM7 percaya
semua blogger yang buat entry
akan seronok jika setiap entry mereka dibaca
seterusnya ada komen daripada pembaca.

Biarpun komen yang pendek,
cukup untuk memberi motivasi
kepada kita untuk terus
menghasilkan entry.

Percayalah
setiap kali melihat sesuatu entry,
tuan blog akan melihat ruangan komen mereka
sama ada ada respon atau tidak daripada pembaca.
Hati akan berbunga riang
sekiranya entry kita itu mendapat respon yang banyak
daripada pengunjung.

Persoalannya mengapa ada sesetengah
entry kita itu tidak mendapat komen?
Mungkin isu yang dibincangkan itu
tidak menarik perhatian pembaca.
Ataupun mungkin kita sendiri
yang jarang memberi komen dalam 
blog orang lain....

Kalau anda pula...
mengapa yer rasa malas untuk memberikan komen dalam
sesuatu entry?

FACEBOOK WILL END ON MARCH 15th!

Quantcast

PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.
“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”
Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”
Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.

“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”
Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.
“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”

However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.
“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”

Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.
 But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.

“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”
The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.

Sunday, January 9, 2011

Bunga raya


Bunga raya
memang semua kenal kan.
Itulah bunga kebangsaan kita.
Tetapi berapa ramai
yang menanam bunga raya di perkarangan
rumah,pejabat,atau premis perniagaan?
*
*
*
Kalau ada..baguslah
baru nampak patriotik sikit.
Lagipun pokok bunga raya ni
jenis yang mudah ditanam dan hidup subur
dengan penjagaan yang minima.
*
*
*
Pokok bunga raya
sekarang ni banyak spesisnya.
Bunga-bunganya cantik-cantik belaka.
Tak hairanlah kalau 
ada yang jatuh cinta dengan bunga raya ni,
Anda memang patriotik.hehe...
*
*
*
Kalau ada sesiapa yang tahu tentang tips
penjagaan dan apa saja pasal
pokok bunga raya ni
bolehlah kongsi bersama ya...



Saturday, January 8, 2011

Capybara


Kenal tak haiwan kat atas tu?
mesti tak kenal kan...
sebab binatang tu bukanlah ada
dalam hutan di negara kita,
tapi berasal dari Amerika Selatan.
KM7 jumpa binatang tu kat Zoo Melaka.


Nak tahu lebih lanjut
tentang haiwan ni
jom baca kat bawah.....




sila klik gambar untuk pembesaran


Melaka Duck Tours


Siapa pernah naik kenderaan kat atas tu?
Itulah Melaka Duck Tours,
produk pelancongan terbaru di Melaka.
Kalau sebelum ni kenderaan
tu kita nampak atau naik kat luar negara jer,
sekarang ni dah ada di Melaka.

KM7 bukan nak promosi tau..
sajalah nak beritahu kot-kot ada yang 
teringin nak naik benda tu.hehe..
KM7 dan keluarga naik kenderaan tu
masa bercuti di Melaka tempohari.

Tiket untuk dewasa RM 38
manakala bagi kanak-kanak pula RM 22.
Lebih kurang satu jam melalui jalan darat dan laut.
Salah satu bangunan yang menarik
dan sempat KM7 rakamkan semasa dalam
Duck Tours di laut....masjid terapung ni....


Cantik kan masjid ni.
KM7 tengok dari luar jer.
Insyaallah kalau ke Melaka lagi,
akan singgah di masjid ni.
Ada sesiapa boleh beritahu nama masjid ni?
Ok...jumpa lagi...

Friday, January 7, 2011

Rumahku syurgaku


Asalamualaikum dan salam ceria.

Orang kata rumahku syurgaku..
betul ker?mungkin ya mungkin tidak.
Bergantung kepada situasi masing-masing.
Ada orang,rumah cukup mewah
tetapi tiada kebahagiaan.
Ada orang,rumah cukup daif
tetapi penuh kebahagiaan.

Foto di atas tu KM7 rakamkan
sekitar Chow kit,Kuala Lumpur.
Rumah pangsa macam ni memang
biasalah di sekitar bandar raya.
Ada yang menggelarkan rumah macam ni
sebagai sarang merpati.
mungkin sebab reka bentuk luarannya.
Biasalah kan hidup di kota raya ni
nak tinggal di rumah banglow bukan
sesuatu yang mudah dan mampu.

Secara peribadi KM7 rasa tak sesuai
tinggal di rumah macam ni.
Sebab tu lah KM7 tak tinggal di Kuala Lumpur tu.
Lebih selesa rasanya tinggal di kampung,
dengan rumah yang tak payah guna lif
kemudian ada sedikit halaman buat anak-anak
bermain di waktu lapang.

Apapun jenis rumah yang kita duduki,
perkara yang paling penting ialah
pengisian rumah tersebut dengan
cahaya kebahagiaan.
Supaya kita rasa selesa dan gembira
apabila berada di dalamnya.

Lagi misteri burung, ikan mati

RATUSAN ikan yang mati ditemui di tepi pantai Semenanjung Coromandel, New Zealand pada Selasa lalu
 
STOCKHOLM - Kematian ikan dan burung kini merebak selepas penemuan awal 5,000 ekor burung hitam jatuh dari langit secara misteri yang pada teori awalnya disebabkan letupan bunga api di bandar Beeba, negeri Arkansas, Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, pada Selasa lalu, bangkai 50 ekor burung ditemui di sebatang jalan raya di bandar Falkoping, Sweden.

Pada hari yang sama juga, kira-kira 200 ekor burung ditemui mati di sebuah lebuh raya di Texas, AS yang tanggapan awal dipercayai dilanggar kereta.
Sebelum ini, lebih 100,000 ekor ikan ditemui mati di Sungai Arkansas, di negeri Arkansas, AS yang dipercayai mati akibat perubahan cuaca pada minggu lalu.
Pada Isnin lalu, gambar yang dirakamkan Jabatan Alam Sekitar Maryland, AS menunjukkan dua juta ekor ikan terdampar di Teluk Chesapeake.

Alasan jurucakap jabatan itu, Dawn Stolzfus menyatakan, ikan itu mati pada minggu lalu disebabkan cuaca sejuk.
Namun apa yang menjadi misteri ialah kenapa ikan itu tidak berenang ke kawasan yang suhunya lebih panas.

Di Brazil, sebanyak 100 tan ikan sardin, sejumlah ikan keli dan gelama telah ditemui di pesisir pantai Parana, berhampiran Nicaragua.
Presiden Persekutuan Koloni Nelayan Parana, Edmir Manoel Ferreira berkata, bangkai-bangkai ikan itu ditemui sejak Khamis minggu lalu.
Beratus-ratus ekor ikan siakap ditemui mati di New Zealand pada Selasa lalu.

Di Britain, sebanyak 40,000 ekor ketam setan merah turut mati di Kent kelmarin.
Sementara itu, beribu-ribu ekor bangkai ikan ditemui terapung di sungai Spruce, bandar Port Orange, negeri Florida pada Selasa lepas.
Terdapat juga golongan yang percaya kematian pelbagai spesies haiwan itu merupakan petanda ketibaan hari kiamat pada 2012 seperti yang diramalkan tamadun kuno Maya di Mexico.

Di Internet pula, heboh mengenai teori konspirasi tentang eksperimen-eksperimen rahsia oleh kerajaan sebagai penyebab fenomena misteri itu.
Setakat ini, saintis-saintis masih melakukan satu siri ujian bagi mengenal pasti punca sebenar pelbagai spesies haiwan itu mati. Keputusan ujian tersebut bagaimanapun, hanya akan diketahui dalam tempoh beberapa minggu lagi. - Agensi

sumber:Kosmo Online 7/1/11
 

Thursday, January 6, 2011

Banjir datang lagi

Assalamualaikum dan salam ceria.

Hujan

Hujan

Hujan

Sejak malam tadi hujan turun
tak henti-henti di Kelantan,
khususnya di daerah Kota Bharu ini.
Hari ini sungai-sungai mula melimpah,
dan air mula memenuhi
kawasan yang rendah.

Hmm... nampak gayanya
banjir mula melanda Kelantan,
untuk kali kedua.
Kali pertama Disember dulu,
tak banyak kawasan yang terlibat.
Kali ini,tak tahu lagilah,
harap-harap keadaan ini
tidak berpanjangan.

Untuk ke tempat kerja hari ini
pun terpaksa meredah hujan yang agak lebat.
Nak balik dari tempat kerja
juga beberapa kawasan sudah
tidak boleh dilalui kerana
air sudah melimpah ke atas jalan raya.

Seperti biasa banyak
juga kereta yang tersadai
di tepi jalan raya kerana
mengalami masalah kerosakan enjin
dek kerana terpaksa meredah air.

Esok dan seterusnya
keadaan belum pasti.
Nasib baik esok dan lusa cuti,
jadi tak perlu fikirkan
masalah untuk ke tempat kerja.

Kalau keadaan berlanjutan,
nampak gayanya ada yang terpaksa
ambil cuti kerana tidak dapat
ke tempat kerja.

Apapun dalam keadaan banjir ini,
semua pihak perlu berwaspada
dan berhati-hati.
Kanak-kanak juga jangan bermain air tau!

Wednesday, January 5, 2011

Selepas ini apa lagi mahu naik?

Assalamualaikum dan salam ceria.

Masuk jer tahun baru,
macam-macam dah naik harga.
daripada makanan,minuman hinggalah perkhidmatan.
Kalau gaji naik pun macam
takde maknanya...
tak boleh nak buat simpanan sebab kos hidup
semakin meningkat.

terbaru....
jom baca dan renung-renungkanlah....

Harga petrol RON97, minyak tanah naik

KUALA LUMPUR - Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam tadi, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.
Beliau berkata, dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Hashim yang dihubungi berkata, beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam tadi.

Harga bahan binaan dijangka naik

KUALA LUMPUR - Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) menjangkakan peningkatan harga bahan mentah bagi industri pembinaan tahun ini, namun masih pada tahap yang berpatutan.
Presidennya, Kwan Foh Kwai, berkata persatuan itu menjangkakan peningkatan itu kurang daripada 10 peratus.

"Jika kenaikan harga bahan mentah lebih daripada 10 peratus, peserta industri akan mencari sumber alternatif.
"Harga bahan mentah sentiasa ditentukan oleh kuasa pasaran, walaupun akan ada kenaikan harga tetapi dalam peratusan yang berpatutan," katanya kepada pemberita selepas upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MBAM dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di sini semalam.

Mengenai prospek industri bagi 2011, Foh Kwai berkata, MBAM yakin tahun ini menjanjikan keadaan yang baik, disokong oleh pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan Program Transformasi Ekonomi (ETF).

Sementara itu, menyentuh mengenai MoU yang ditandatangani semalam, beliau berkata, kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk menghasilkan program-program pendidikan dan latihan bagi industri pembinaan.

sumber:Kosmo online:5/1/11

Bagai langau di ekor gajah

Assalamualaikum dan salam ceria.


Kali ini mari kita teliti satu perumpamaan Melayu;


Bagai langau di ekor gajah


Maksud:

menurut perintah orang yang lebih berkuasa


contoh ayat:


Walaupun Munir akauntan di syarikat itu,dia tetap bagai langau di ekor gajah kerana terpaksa berbuat seperti yang diarahkan oleh pemilik syarikat dalam hal ehwal kewangan.

Tuesday, January 4, 2011

Terima Kasih Nuffnang

Assalamualaikum dan salam ceria.

Entry ini adalah sebagai
tanda penghargaan
khas buat nuffnang.
terima kasih nuffnang....
kenapa?mesti dapat agak kan.

Hari ini KM7 telah menerima sekeping cek
daripada pihak nuffnang.
Inilah cek pertama KM7 setelah
hampir setahun berblog.
Jumlahnya taklah sampai ratusan ringgit,
tapi KM7 tetap bersyukur
kerana rezeki jangan ditolak...
musuh jangan dicari.

Mesti ada yang tertanya-tanya
takkan baru satu cek saja
dalam tempoh setahun?
ehh betul tu.....
sebabnya KM7 ni bukannya aktif
blogwalking.
Tak sempat...ditambah pula
masalah internet yang sering tersangkut-sangkut.

Cuma sebulan dua akhir tahun 2010
KM7 cuba publish kan sekurang-kurangnya
satu entry dalam sehari.
Entry pula..macam-macam ada.hehe..
maklumlah segala benda boleh dijadikan cerita.

Terima kasih yang tak terhingga juga
kepada semua rakan blogger
yang tak jemu-jemu singgah di blog KM7 ni.
Tanpa anda semua..dunia blogging KM7 tak bermakna.

Sekali lagi,Terima kasih Nuffnang,
dan semua pengiklan yang sudi muncul
di blog KM7 ini.

Monday, January 3, 2011

Blog:Kadang-kadang buntu juga

Assalamualaikum dan salam ceria.

Ishh..kadang-kadang tu rasa
macam buntu jer nak menulis blog ni.
Maklumlah azam tu nak
buat entry lebih dari satu sehari.
Ditambah pula
dengan kerja-kerja
yang bertimbun ni.

Bukan senang nak update
beberapa entry sehari,
bagi KM7 yang berblog,
pada masa yang sama
jadi bapa,suami dan pekerja.

Biasalah apabila orang tua
cuba menulis blog ni.
Tak macam orang muda....
idea mesti fresh dan cerita
ada tarikan tersendiri.

Tak apalah....
KM7 berblog ni pun untuk suka-suka saja,
di samping menambah kenalan.
Harap-harap blogger lain tak jemu
datang ke blog KM7 ni.

Kembali ke Sekolah

Assalamualaikum dan salam ceria.

Hari ini secara rasmi semua pelajar
telah kembali ke sekolah.
Begitu juga dengan
semua warga pendidik
telah memulakan tugas
masing-masing.
Jadi selamat kembali ke sekolah.

Awal tahun ni
semua bersemangat...
nak buat tu nak buat ni...
baguslah tu..
semoga semangat tu
kekal sehingga ke akhir tahun.

Kepada pelajar yang baru
bergelar pelajar sekolah..
tentu seronok dengan pengalaman baru.
Bagi pelajar yang sudah
tamat belajar...
selamat menempuh alam baru.
tak payah pakai uniform sekolah lagi .....

Ok...
Selamat kembali ke sekolah.

Sunday, January 2, 2011

SALE sepanjang tahun ker?

Assalamualaikum dan salam ceria.

Hujung tahun ada SALE
Awal tahun baru pun ada SALE.
Cuti-cuti musim perayaan pun ada SALE.
Pendek kata sepanjang tahun ada SALE.

ehh... macamana ni...
bila masa pula yang betul-betul SALE.
confiuse juga jadinya....

Bagi yang berduit tak kira masa SALE ke tidak,
janji ada masa dan ada mood...beli saja.
Bagi yang tak berapa berduit macam KM7 ni,
tunggu SALE baru nak shopping.
Tapi kalau dah sepanjang masa SALE ni
tak payah tunggu-tunggu....
beli jer kalau perlu dan mampu.

Alangkah bagusnya jika
semua pasar raya mengadakan SALE
yang betul-betul murah la...
dua kali setahun ker...
sebab kalau dibuat sepanjang tahun
tapi harga setakat diturunkan 20 sen hingga seringgit
tu..rasanya tak berbaloi kot nak tunggu SALE
baru nak membeli.

Sebagai pengguna kita berhak
untuk membuat pilihan sama ada
hendak membeli atau tidak.
Jangan terpedaya dengan iklan jualan murah
yang belum tentu betul-betul murah atau sebaliknya.

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum dan salam ceria.

KM7 mengambil kesempatan ini 

untuk mengucapkan

Selamat Tahun Baru 2011

kepada semua pengunjung blog KM7 ini.

Semoga 2011 ini membawa

Kebahagiaan

Kesenangan

Kekayaan

Kesejahteraan

dan yang paling utama

Keberkatan

buat kita semua.