expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, March 31, 2011

Sakit jantung?


Masa menonton berita tadi,
KM7 tertarik dengan satu berita
pasal kesihatan jantung.
Menurut satu kajian,
mereka yang duduk terlalu lama
dalam satu-satu masa boleh
menyumbang kepada sakit jantung.

Contohnya duduk lama
apabila menonton tv,mengadap komputer,
atau apa saja yang melibatkan 
tiada pergerakan badan.

Kalau di sekolah juga,
pelajar yang duduk terlalu lama dalam
kelas juga boleh menyumbang
kepada sakit jantung untuk jangka panjang.
Alamak...harap-harap takde lah pelajar
yang buat alasan untuk ke sana-ke mari
masa cikgu mengajar.
Budak-budak ni memang suka cari alasan.

Sesekali tu elok juga
cikgu minta pelajar berdiri
dan buat sedikit senaman ringkas.
Boleh juga menghilangkan mengantuk yer....

Kepada blogger...
haaa...mesti sihat kan...kalau
asyik blog walking...itupun senaman juga kan..
hehe...

apapun,eloklah kita sama-sama
menjaga jantung kita....
kerana mencegah itu lebih baik daripada merawat.
Sayangilah jantung anda!

Belasah isteri hamil mengidam

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang hamil empat bulan cedera di kepala dan badan apabila dipukul suaminya selepas dia mengidam buah kelur atau munggai serta lempuk durian dan meminta suaminya mendapatkan dua jenis makanan itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin di sebuah rumah di Bandar Baru Sentul, di sini, wanita terbabit yang berusia 28 tahun dipercayai ditumbuk dan ditendang suaminya yang berusia 30-an.

Sumber berkata, ketika kejadian si suami baru pulang dari kerja sebelum mangsa memintanya keluar dan membeli makanan berkenaan kerana dia mengidamkannya serta memberitahu tidak dapat tidur jika tidak memakannya.

“Lelaki terbabit yang berkemungkinan tertekan dengan tugas di tempat kerja dan belum sempat berehat tiba-tiba berang sebelum memarahi isterinya itu.

“Tindakan lelaki terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran selama lebih 20 minit sebelum si suami gagal mengawal kemarahan dan menendang serta menumbuk isterinya.


“Walaupun isterinya itu berulang kali merayu dikasihani dan mengatakan bimbang kandungannya itu terjejas, ia langsung tidak dipedulikan.

“Selepas melepaskan geramnya, lelaki terbabit keluar dari rumah dengan meninggalkan isterinya sendirian,” katanya.

Difahamkan, mangsa mula meminta pelbagai makanan dan buah-buahan yang sukar diperoleh di ibu kota kepada suaminya itu kerana mengidam selepas doktor mengesahkan dia mengandung sejak dua minggu lalu.

Sebelum kejadian kelmarin, lelaki terbabit cuba memenuhi setiap permintaan isterinya, namun hilang pertimbangan selepas tidak tahan sikap isterinya yang sering meminta makanan yang pelik dan sukar didapati.

Sumber itu berkata, mangsa yang cedera menghubungi rakannya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, mangsa hanya dirawat sebagai pesakit luar dan tidak menjejaskan bayi dalam kandungannya.

Selepas berbincang dengan ahli keluarga, mangsa yang bimbang perkara sama berulang tampil membuat laporan di balai polis menuntut tindakan diambil terhadap suaminya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.

Mymetro 31/3/2011

Wednesday, March 30, 2011

Elia Suhana sah isteri Sultan Ismail Petra

KOTA BAHARU: Cik Puan Elia Suhana Ahmad disahkan kekal sebagai isteri kedua bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, setelah Mahkamah Rayuan Syariah di sini hari ini menolak rayuan permohonan pengesahan lafaz cerai terhadap beliau.

Panel Hakim Mahkamah Syariah yang dipengerusikan Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri, Datuk Daud Muhammad, serta Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Dr Johari Mat dan Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, membuat keputusan itu selepas perayu, Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, tidak hadir ke mahkamah hari ini.

Panel hakim itu juga menolak rayuan kes itu disebabkan peguam Nik Rorhana, Zainul Rijal Abu Bakar menarik diri daripada kes itu tiga hari lepas dan penarikan itu dimaklumkan kepada pihak mahkamah melalui sepucuk surat.

Daud berkata, penolakan rayuan permohonan pengesahan lafaz cerai diputuskan mengikut Seksyen 121 (C) Enakmen Tatacara Syariah 2002.

Pada 5 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini menolak permohonan pengesahan lafaz cerai Sultan Ismail Petra terhadap Elia Suhana, 32, yang difailkan oleh Nik Rorhana pada 9 Mac tahun lalu.

Dua minggu selepas itu, Elia Suhana melalui peguam syarie yang mewakilinya, Fakhrul Azman Abu Hassan, mengemukakan permohonan untuk membatalkan permohonan pengesahan lafaz cerai oleh Sultan Ismail Petra terhadapnya yang difailkan oleh Nik Rorhana.

Sultan Ismail Petra, yang ketika itu masih Sultan Kelantan, didakwa menjatuhkan talak tiga terhadap Elia Suhana pada 12 Februari tahun lepas di hadapan beberapa orang saksi ketika dirawat di Hospital Mount Elizabeth di Singapura.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Elia Suhana berkata, beliau gembira dan bersyukur dengan keputusan mahkamah berkenaan serta menganggapnya sebagai satu hadiah buat suaminya sempena hari keputeraan baginda esok.

"Saya amat gembira, sekarang ini saya boleh tumpukan kes tuntutan hak lawatan ke atas suami saya," katanya.

Pada 4 Februari tahun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan Elia Suhana melawat Sultan Ismail Petra tetapi pihak Istana Mahkota di Kubang Kerian menghalang beliau daripada bertemu suaminya dan kes itu tertangguh berikutan permohonan pengesahan lafaz cerai berkenaan yang dibuat oleh pihak ketiga, iaitu Nik Rorhana. - BERNAMA

sumber:Berita Harian Online 30/3/2011

Tuesday, March 29, 2011

Sudah boring menulis blog

Banyak juga perkara
yang mem'boring'kan dalam hidup ini.
Jangan ingat tak ada kerja
untuk dilakukan saja boleh mendatangkan ke'boring'an
dalam hidup ini.
Kalau banyak sangat kerja
yang perlu dilakukan dalam satu-satu masa
juga boleh mengundang ke'boring'an 
yang tak terkata.

Buat kerja yang sama juga
boleh mendatangkan rasa boring.
Macam apa yer?
hmmmm menulis blog hari-hari pun boring juga ker?
Boring juga lah kalau
blog tak mendapat sambutan.
apatah lagi kalau dah lama tak dapat BE.
hehe..harap encik nuffnang 
bagilah BE kat mana-mana blog
yang dah lama takde BE ni,
supaya pemiliknya tak boring untuk
mengupdate blog mereka.

Oklah...kalau anda boring,
apa yang anda lakukan?

Monday, March 28, 2011

Jom ke pasar Siti Khadijah Kota Bharu

Kali ini KM7 nak bawa anda semua
ke pasar Siti Khadijah
yang terletak di Kota Bharu.
Pasar ni terletak bersebelahan dengan
Kota Bharu Trade Centre

KBTC ni kira bangunan baru ler
yang terletak kat tengah-tengah bandar Kota Bharu.

Pasar Siti Khadijah sekarang ni
berwajah baru...tengoklah cat kuning lagi tu..
Sebelah kiri dalam gambar tu tandas.
manakala sebelah kanan pula surau.
jom tengok apa ada kat dalam pasar ni....

Beginilah suasana di tingkat paling bawah.
Banyak tempat menjual sayur,buah,ikan,ayam dan seumpamanaya.

Kalau nak membeli pelbagai jenis kuih-muih,
pakaian,kain-kain,barangan kraf dan lain-lain,
silalah ke tingkat atas...guna tangga
sebab lif dan escalator tak disediakan.

Pemandangan yang biasa dilihat
di dalam pasar Siti Khadijah Kota Bharu
macam-macam makanan ada...

Para penjual kat sini semuanya ramah-tamah.....
pasti anda akan disapa apabila melalui depan kedai mereka.
kat depan makcik tu...sambal daging tau!

nak beli keropok keping?
haa..kat sinilah tempatnya...
banyak juga pilihan.Harga?tak mahal...

Bagi yang mengidam nak makan dodol,
kat pasar ni pun ada dodol,macam-macam perisa.
hmmmm oklah dah penat berjalan ni..
cukup dulu setakat ni,lain kali kita ke tempat lain pula.
pergilah melancong!

Saturday, March 26, 2011

Lencana Majlis Taman Kanak-kanak 1983


KM7 nak berkongsi
satu lagi koleksi lencana yang masih
dalam simpanan,
lencana Majlis Taman Kanak-Kanak
sempena Perayaan Ulang tahun Hari Keputeraan
KDYMM Al Sultan Kelantan
kali ke 33 pada tahun 1983.

Masa tu KM7 masih di sekolah rendah,
seronok betul apabila terpilih
mewakili sekolah dalam majlis
yang diadakan di Istana Negeri Kubang Kerian.
Lencana tu mesti dipakai sepanjang berada
dalam majlis tersebut.

Setiap kali 31 Mac 
diadakan Majlis Taman Kanak-Kanak.
Kanak-kanak sekolah rendah dan menengah
dijemput ke istana untuk
menyaksikan persembahan kanak-kanak dan
penyampaian anugerah oleh Sultan Kelantan
kepada pelajar yang terpilih.

Friday, March 25, 2011

Pulut ikan bakar vs Sampah


Sehari dua ni
hujan pula di Kelantan.
Alhamdulillah...
segar sikit tumbuh-tumbuhan.
Hujan jer mesti teringat kat makanan.
Jadi kali ini KM7 nak ceritakan
satu lagi jenis makanan yang best,
iaitu pulut ikan bakar.

Lokasinya kalau dari
jambatan Tok Bali,sebelum simpang
ke Cherang Ruku.
tengok gambar kat atas tu..
mesti ada yang pernah ke sana.

Inilah pulut ikan bakar.
harga untuk hidangan itu RM 4
KM7 beli bungkus jer pasal nak makan
kat sini.....
*
*
*
*

jeng..jeng...jeng....
nak makan kat bawah jambatan ni....
Itulah jambatan Tok Bali.
Sebenarnya ada banyak kawasan rehat
disediakan sepanjang laut di bawah jambatan tu.

Awas...ada banyak kucing
di kawasan ini.
Maklumlah dekat dengan laut,
banyak ikan kot...
Sampah pun banyak juga.
sakit mata memandang.
Nak salahkan siapa yer,
tempat rehat ada tapi tong sampah tak disediakan.
Maka bertimbunlah sampah sarap di situ.
Harap ada pihak bertanggungjawab
memantau dan mengambil inisiatif
agar kebersihan dan keindahan Tok Bali terjaga.

Wednesday, March 23, 2011

Pelajar Cemerlang SPM 2010 SMKAM

11 A
Dari kiri: Muhamad Aiman b Abd Kamal (8A+ 3A), Ilman b Ziat (9A+ 2A),
Muhammad Aiman b Arifin (8A+ 3A), Nabilah bt Nuairy (7A+ 2A 2A-),
Nur Fatihah bt Mahd Asri (6A+ 3A 2A-)


10 A
Belakang dari kiri: Ahmad Aiman b Abd Alim,Mohammad Amierul Hakim b Nordin,
Ahmad Ikram b Azmi,Muhamad Ruzaiman b Mohd Ismail,
Depan dari kiri:Nur Syahirah bt Md Zain,Nursyazwani bt Shamsulhuda,
Siti Noor Husna bt Mat Yazid.


9A
Belakang dari kiri: Fahmi Wajdi b Mohd Nazri,Khairul Najmi b Mohamed,
Mohd Nazirul b Romainor,
Depan dari kiri: Nor Fasharah Fatin bt Mat Isa,Fatin Husna bt Fauzi.


8A
Belakang dari kiri:Siti Syafiqah Hanum bt Masrof,Fatin Ilani bt Ruzani Nashrom,
Nor Hanna bt Halim,Nur Ainn bt Zuladzhar
Tengah dari kiri: Hanis Syahirah bt Mohd Zulkifli,Nur Anis bt Ab Halim,
Nik Nurul Nazipah bt Ab Halim,Fasihah bt Mohd Najmudin,
Depan dari kiri: Ahmad Faris Aiman b Asha'ari,Muhammad Haikal b Zainudin,
Adam Hamidi Auliyad b M Amran.
Tiada dalam gambar: Muhammad Faris b Mohd Zain,Ahmad Aiman b Mohd Adnan,
Nur Akmal bt Mat Nawi.

Tahniah ! Kejayaan anda...kebanggaan kami

Bahasa Melayu SPM 2010 @ SMKAM


Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi,

kerana dengan izinnya,

keputusan SPM 2010 bagi subjek Bahasa Melayu

sangat menggembirakan.

KM7  ingin berkongsi kegembiraan

dengan semua pelajar di sini.

daripada 140 calon SMKAM,

139 orang telah mendapat A dalam Subjek tersebut.

Tahniah juga kepada

pelajar 5IS dan 5IT yang mendapat A+,A dan A-

Saya tumpang gembira atas kejayaan anda semua.

Segala penat lelah

mengajar anda semua dari tingkatan 4 lagi

kini berbaloi dengan keputusan yang dicapai.

Tahniah sekali lagi.

Tuesday, March 22, 2011

Keputusan SPM 2010


Gambar tiada kaitan dengan tajuk.....
cuma nak memperkenalkan majalah Taqwa edisi ke 8.
Kepada calon SPM 2010 SMKAM....
sila dapatkan majalah tersebut di sekolah esok.
*
*
*
*
Esok secara rasmi
keputusan SPM akan diumumkan.
Mesti ada yang tak lena tidur malam ni....
termasuklah cikgu-cikgunya.
*
*
*
*
*
Masing-masing dengan
tekaan dan andaian tersendiri
berkenaan keputusan
yang bakal diperolehi.
Itulah seronoknya detik-detik
menunggu sesuatu keputusan peperiksaan.
*
*
*
*
KM7 doakan semua calon SPM 2010
akan mendapatkan keputusan yang cemerlang.
Semoga kejayaan anda itu
akan membanggakan guru-guru,ibu bapa dan sekolah.
*
*
*
*
Jangan lupa ucapan
terima kasih kepada
ibu bapa,guru-guru dan semua
yang merealisasikan kejayaan anda.

Monday, March 21, 2011

Anda rasa sudah tua?

(pinjam gambar pakcik google)

Agaknya macamanalah
rupa kita bila dah tua nanti kan.
opsss...dah tua ker?
entahlah susah mahu cerita,
usia berapa baru benar-benar digelar tua.
kalau tanya pada tuan punya diri,
umur 50 pun rasa macam muda lagi yer.

Anda rasa
apa ciri-ciri yang boleh 
dikategorikan tua?

Ada ker
cara-cara untuk menyedarkan
seseorang tu yang dia sebenarnya
dah tua?
(alamak sensitifnya)

(inipun gambar koleksi pakcik google)

Kepada yang sudah tua...
selamat menjalani kehidupan di usia senja.
huhu..rindunya masa muda-muda yer.

Malu ker kalau sebut kad hutang


Pembeli : Berapa harga barang ni?
Penjual: Tak mahal encik...RM 1500.00 jer.
Pembeli: Oklah saya mahu beli.
Penjual: Encik nak bayar cash atau guna kad hutang?
Pembeli: ?????(niat untuk menggunakan kad kredit terbantut)
              hmm tak jadilah.isteri saya tak suka pula barang tu.
Penjual:Macam ni punya orang pun ada ker....

Macamana yer kalau semua urusan menggunakan kad kredit tu ditukar namanya kepada kad hutang? hehe..KM7 rasa ada yang malu nak guna kad kredit lagi lepas ni.Maklumlah setiap kali nak berurusan,orang sebut kad hutang.Bayangkan di pintu-pintu masuk atau kaunter-kaunter pembayaran pusat beli belah tertera ayat "boleh bayar guna kad hutang"

Jadi kalau sesiapa yang mempunyai banyak kad hutang,maknanya orang itu mempunyai banyak hutang...(mesti ada yang marah ni! maklumlah dah memang mampu bayar kan!)Tapi kalau betul-betul mampu bayar,guna wang tunai,bayar penuhlah....Kebanyakan yang guna kad hutang ni adalah mereka yang membayar atau menggunakan wang yang banyak kemudian dibayar secara ansuran kepada bank terlibat.

KM7 bersetuju dengan langkah yang diambil oleh Bank Negara yang mengehadkan kepada 2 kad hutang saja kepada mereka yang berpendapatan RM 36,000.00 setahun.Manakala bagi yang berpendapatan minimum RM 24,000.00 setahun barulah layak memohon kad hutang ni.Jadi kalau tak cukup syarat tu jangan beranganlah nak pakai kad hutang.Wah..lepas ni orang yang pakai kad hutang tu boleh bergaya lah kononnya
mempunyai pendapatan yang banyak..hehe...

Apapun baik buruk penggunaan kad hutang ni bergantung kepada si pemakainya.Pandai guna maka tak terbebanlah dengan senarai hutang yang panjang berjela.....sekian.

Sunday, March 20, 2011

Saturday, March 19, 2011

Tahniah SMKAM


Perkara yang paling menggembirakan
semua warga pendidik adalah apabila anak-anak didik
mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Lebih gembira lagi apabila sekolah dinobatkan
antara sekolah terbaik peringkat kebangsaan.

Entry kali ini KM7 ingin berkongsi kegembiraan,
sekolah tempat KM7 bertugas telah dinobatkan
TEMPAT PERTAMA daripada sepuluh
sekolah terbaik SMKA
bagi peperiksaan PMR 2010.

Biarpun KM7 tidak mengajar
di peringkat menengah rendah,
tetapi kejayaan ini turut
dikongsi bersama seluruh warga SMKAM.

tahniah sekali lagi kepada
76 orang calon PMR SMKAM
yang telah mendapat 9A dalam PMR 2010
yang lalu.

Sekarang 3 kelas tingkatan 4
di SMKAM terdiri daripada pelajar-pelajar
yang mendapat 9A PMR 2010.
Semoga SPM 2012
akan melakar sejarah terbilang!

Chicken Chop Selera Cik Siti

Bagi yang sering
ke bandar Kota Bharu,
kedai kat atas tu memang tak asing lagi.
nama kedai...Selera Cik Siti.
KM7 sendiri mesti lalu
depan kedai tu setiap kali
ke bandar Kota Bharu.
Kali ni nak masuk la...
tengok apa yang ada....

haa..ini suasana dalam kedai.
Biarpun tak besar,namun nampak bersih dan kemas.
kat dinding tu terpamer kedai gred A.
Kedai ni sentiasa ramai pelanggan.
sebenarnya ada banyak menu kat sini.
tapi yang popularnya....

itu dia...chicken chop.
hmmm sedapnya...
KM7 nampak ramai yang pesan chicken chop ni.
KM7 pun pesanlah juga.
memang sedaplah...
ok...selamat menjamu selera.

Friday, March 18, 2011

Permai Resort and Rest House

Apa khabar semua?
lama rasanya tak update blog.
sebenarnya kami bercuti sekejap,
tak jauh cuma di Bachok,Kelantan jer.

Tuesday, March 15, 2011

Perhatian kepada penggemar daging kambing

Makan daging kambing memang sedap.
Tapi sebelum makan tu...
kambing ni kena sembelih dulu.
Pegang kuat-kuat...takut terlepas pula kambing tu.

 Berakhirnya satu kehidupan
seekor kambing.
selamat tinggal dunia!

alamak...gantung diri ker?
hehe...acara melapah..buang kulit.
jangan lupa,badan kambing tu
kena sapu gandum...bukan bedak tau!

itulah daging kambing
yang siap dipotong.
cuba tengok pakcik sebelah kanan tu buat apa..
tengah proses kepala kambing!
ambil otak dan sebagainya,
boleh dimakan juga.

dah masuk periuk.
tak lama lagi siap untuk dimakan.
OK...selamat menjamu selera.

Sesiapa yang tahu khasiat
atau pantang larang
daging kambing ni
bolehlah berkongsi di sini yer.TQ

Cerita pasal Bloglist

KM7 percaya kebanyakan blog
mempunyai bloglist.
Tak kiralah banyak atau sedikit
blog yang tersenarai dalam bloglist tersebut,
yang pastinya bloglist tersebut ada fungsi
dan kelebihannya.

Antara kebaikan bloglist ni...
pemilik blog boleh melawat terus
blog yang tersenarai dalam bloglist mereka.
Kita juga dapat melihat 
update terbaru dari blogger.
Selain itu pengunjung setia blog kita
mungkin akan turut melawat blog 
yang tersenarai dalam bloglist kita.

Seronok kan kalau blog kita
tersenarai dalam blog blogger lain,
kemudian ada pelawat yang 
datang ke blog kita apabila melihat
link blog kita dalam bloglist blogger lain.

Justeru, bertukar-tukar link 
dalam bloglist adalah satu cara positif 
untuk meningkatkan trafik.
jangan hanya sebelah pihak ajer
menyenaraikan link dalam bloglist...
kesian...bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi
cewahh...ayat romantik sikit...

Kepada yang sudah senaraikan
blog KM7 dalam blog mereka,sila maklumkan..
nanti KM7 akan masukkan link blog anda
dalam bloglist KM7 juga.
Sebab orang berbudi kita berbahasa...

Kepada yang sudah buang link
blog KM7 dari blog anda..ishhh sedihnya...
(apa nak buat...orang dah tak suka...)
maka KM7 dengan berat hati
akan delete juga link berkenaan.

Oklah...
sekian terima kasih.

Monday, March 14, 2011

Keputusan SPM 2010


Sejak bulan Februari lagi
macam-macam tarikh jangkaan
keputusan SPM 2010 akan diumumkan.
Budak-budak ni pun satu hal...
suka buat andaian sendiri
pasal tarikh keluar result SPM.
Tak lain tak bukan,
ini mesti tak sabar-sabar 
nak tengok result kan!

Lepas ni tak perlu
kecoh-kecoh lagi tau...
23 Mac nanti haa..bersedialah kamu semua
dengan tisu buat mengelap
air mata sedih atau gembira.
Harap-harap semua akan menangis kegembiraan...
Kalau gembira...buat apa menangis kan!

Berdebarnya calon menunggu hari itu
berdebar lagi guru-gurunya !

jom baca ni......

KUALA LUMPUR: The Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination results will be out on March 23. Education director-general Datuk Abdul Ghafar Mahmud confirmed the date yesterday with the News Straits Times.

Between Nov 23 and Dec 20 last year, some 467,970 candidates sat the SPM examination at 3,594 centres nationwide.

There has been much speculation on various online channels such as blogs and social networking sites about the date the results will be released.

NST:10/3/2011


Masih tidur lagi !..bangun...bangun...


Semua orang perlukan tidur,
dan hampir semua orang suka tidur,
Tidur perlu untuk merehatkan
sistem badan kita.
Tidur yang cukup akan membuatkan
seseorang itu segar dan bertenaga.
Tidur yang berlebihan
akan membuatkan seseorang itu
malas dan tidak produktif.

Bila perlu tidur?
rutinnya kita tidur pada waktu malam.
Tapi tuntutan kerja juga
menyebabkan waktu tidur seseorang itu
sering berubah-ubah.

Anda pula bagaimana..
suka tidur tak?hehe...

Friday, March 11, 2011

Nak sambung ker tidak?

Belajar ke peringkat paling tinggi
memang menjadi idaman semua.
Cuma kemampuan dan nasib
telah menentukan tahap pendidikan seseorang.
Beruntunglah mereka yang mampu
dan dapat menghabiskan
pembelajaran ke peringkat tertinggi.
maklum sajalah banyak cabaran
dan dugaan untuk melanjutkan
pelajaran ini,
terutama bagi mereka yang sudah
bergelar suami,isteri,ibu atau bapa.

Kebanyakan kita apabila
habis ijazah pertama maka
berakhirlah aktiviti menuntut ilmu.
Tak ramai yang sanggup buat master
apatah lagi apabila sudah berkerjaya dan berkeluarga.
Apapun segalanya bergantung kepada
sikap kita sendiri kerana
di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Pengorbanan sangat penting
untuk melanjutkan lagi pelajaran.
Terpaksa mengurangkan masa bersama
anak isteri atau suami.
Malah ada yang terpaksa berpisah untuk satu tempoh masa.
Segalanya untuk mengejar cita-cita.
Tapi awas...
jangan sampai ada yang terjerat dengan cinta
untuk kali keduanya.

Thursday, March 10, 2011

Suka tak kalau lelaki boroi?

Itu perut pakcik google...mengancam tak?

Isu lelaki boroi sering mendapat perhatian.
Seolah-olah menjadi satu kebiasaan
bagi golongan lelaki yang sudah berkeluarga.
Kenapa....? tak hensem ker
kalau lelaki mempunyai perut boroi?
Bukankah itu tandanya
mereka senang hati dan
mempunyai selera makan yang tinggi.
Secara tidak langsung
menggambarkan isteri-isteri mereka
pandai memasak..hehe...betul ker?
Kalau suami boroi ok jer
tapi kalau isteri boroi....tolong...tolong...

Selamat menjamu selera

Amacam dengan menu di atas?
haaa...saja la tunjuk menu dulu.
ada yang dah lapar tu.hehe...

Sebenarnya hari ini kat sekolah
KM7 mengajar ni diadakan 
jamuan pot luck
ala...jamuan yang masing-masing bawa bekal
kemudian sama-sama makan.

seronok juga kan...
makan free lah katakan
hehe selamat menjamu selera.

Wednesday, March 9, 2011

BE sudah merajuk


Sila baca entry ini
dengan nada penuh kesedihan..huhu..

Sudah 3 bulan KM7
tak merasa dapat BE.
Kali terakhir dapat BE ni Disember tahun lepas.
Banyak juga BE tahun lepas,
tapi semua dah jadi ME.

Nak salahkan siapa?
salahkan diri sendiri kot..
maklumlah kesibukan kerja
maka tak dapat post  entry yang best.
Maka pengunjung pun tak ramai.

Bukan senang nak pikat BE ni..
Kalau bilangan pengunjung sehari
hampir 200 pun belum tentu lagi dapat BE.
Tambah lagi kalau jumlah pengunjung
ke blog yang tak tentu jumlahnya.
Kadang-kadang banyak...
kadang-kadang sedikit.

Apapun KM7 menulis bukan semata-mata
mengejar BE.
Tapi kalau dapat BE maka
semangat untuk menulis entry
menjadi semakin berkbar-kobar.
Betul tak?

p/s:terima kasih kepada semua follower blog ini
juga kepada pengunjung-pengunjung ke blog KM7 ini.

Makan burger ajer?

Ini burger pakcik google

Selamat malam semua.
Makan apa malam ni?
makan burger ajer?
KM7 pun makan burger ajer.
Dah bosan makan nasi...
hmm burger pun sedap juga.
sekarang ni ada macam-macam jenis burger.
dari selapis hingga berlapis-lapis
tak muat mulut nak makan.

Kalau burger kat 
restoran makanan segera tu,
harganya boleh tahan juga.
KM7 beli kat tepi jalan jer...
harganya kira berpatutan,
janji sedap kan!

Ok...mari kita
sama-sama makan burger.

Tuesday, March 8, 2011

Memasak atau tunggu nak makan jer...

(foto hiasan:Google)

Kalau diberi pilihan
sama ada memasak atau makan,
mana satu yang anda pilih?
Rasanya ramai yang akan pilih makan.
Sebabnya makan itu mudah
manakala memasak itu memerlukan kepakaran dan masa.

Bagaimanapun kedua-duanya penting.
Kalau tak ada yang nak memasak
macam mana nak makan.
Begitu juga kalau tak ada yang nak makan,
memasak sedap-sedap pun tak guna kan.

haa..jadi kat rumah tu
kena ada yang rajin memasak
dan juga yang rajin makan.
Barulah meriah dapur rumah tu.
Masalah timbul apabila
ada yang nak makan tapi
tak ada yang nak memasak.huhu..

Peringatan kepada tukang makan..
kalau masakan tukang masak tu
tak berapa menepati selera tekak anda,
buat-buat sedaplah yer..hehe.
kalau merajuk nanti makan kat kedai lah jawabnya.
Ok selamat memasak dan selamat makan.


Hobi mengumpul Poskad

(foto hiasan:Google)

Pernah menerima poskad?
mesti ada kan...
terutamanya dalam tahun-tahun 70an,80an,dan 90an.