expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, April 30, 2011

Sudah ada yang baru,yang lama tetap dimakan

Banyak makanan tradisional yang semakin dilupakan.Bagi generasi muda,kalau tak diberitahu mungkin makanan tradisional ni sesuatu yang pelik bagi mereka.Mari kita mengenali beberapa jenis makanan tradisional.

Gelembung buaya
Hebat betul nama makanan ni.Gelembung buaya.Adakah ia diperbuat daripada daging buaya?Haha...ada ker yang nak makan daging buaya?KM7 pun tak tahulah resepi makanan ni.Macam dodol tapi bukan dodol.Rasanya memang manis.

Gula-gula manisan
Masa kecil-kecil dulu gula-gula ni memang popular.Bukan saja boleh dibeli di kedai,tapi mak KM7 selalu buat sendiri gula-gula ni.Rasanya rasa gula melaka,tetap manis.Sekarang ni gula-gula ni masih ada dijual tetapi kurang popular.Maklumlah budak-budak sekarang ni nak makan gula-gula macam yang diiklankan di TV aje..

Sagun
Nak makan sagun ni mesti dongak kepala,baru keluar serbuknya.Rasanya serbuk kelapa kering yang diproses.Pembalutnya cantikkan!Kalau zaman dulu,balut dengan surat khabar jer.hoho...klasik betul.

Kalau anda ada info pasal makanan-makanan kat atas,bolehlah berkongsi maklumat.

Alasan membeli-belah di pasaraya yang sama

Membeli-belah sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat moden.Sebab itulah banyak pasaraya di merata tempat untuk kemudahan pengguna.Cuba kira berapa kali dalam sebulan anda ke pasaraya?Hmm tentu banyakkan,terutama bagi mereka yang sudah berkeluarga,maka banyaklah keperluan yang perlu dibeli.Entri kali ini cuba melihat kenapa kita cenderung mengunjungi pasaraya yang sama setiap kali membeli-belah.


Kemudahan yang terdapat di pasaraya

Ada orang yang memberikan keutamaan kepada kemudahan yang terdapat di sesebuah pasaraya.Contohnya tempat parking kenderaan yang banyak,tandas yang bersih,surau untuk solat,tempat permainan kanak-kanak,tempat makan dan sebagainya.Kalau pasaraya tadi menepati ciri-ciri yang dikehendaki,maka tidak mustahil kita akan ke sana lagi untuk membeli-belah.



Lokasi yang strategik

Lokasi pasaraya yang strategik juga menjadi pilihan pengguna.Kita lebih senang membeli-belah di pasaraya yang berdekatan dengan kediaman atau pejabat.Selain dekat,juga dapat menjimatkan kos petrol.Kalau dah dekat sangat,hari-hari boleh ke sana.Tapi awas!jangan ponteng kerja pula semata-mata ke pasaraya.


Kad keahlian tahunan atau seumur hidup

Kalau dah nama kad keahlian,maka banyaklah faedah yang diperolehi.Antaranya, boleh membeli dengan harga yang lebih murah berbanding bukan ahli.Ada juga pasaraya yang memberikan perlindungan insurans.Pendek kata banyaklah keistimewaan kalau ada kad keahlian.Ini adalah satu cara pasaraya tadi mengekalkan ahli-ahlinya supaya kekal membeli-belah di pasaraya mereka.Anda sendiri tentu dah banyak kad keahlian pasaraya kan!



Senang membuat pilihan

KM7 suka bab senang membuat pilihan ini.Kalau kita dah biasa mengunjungi pasaraya yang sama,sudah tentu kita dah tahu bahagian dan rak tempat barang yang kita nak beli itu.Jadi taklah tercari-cari.Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga.Masuk saja ke pasaraya,terus tuju ke rak barangan yang dikehendaki.Ini dapat mengelakkan kita membeli barangan yang tak perlu.

Itu saja alasan KM7 membeli-belah di pasaraya yang sama.Anda mungkin ada sebab-sebab lain!
(semua gambar di atas hakmilik google)


Friday, April 29, 2011

Wat Machimaram,Tumpat,Kelantan

Kali ini KM7 nak bawa anda semua berjalan-jalan ke satu tempat yang dinamakan wat.Nama wat ini ialah Wat Machimaram.Jom tengok gambar-gambarnya....

Wat Machimaram terletak di Kg. Jubakar,Tumpat,Kelantan

Thursday, April 28, 2011

Tiada shoutmix:Trend blog terkini?

Gambar hiasan dari google
Akhir-akhir ini
semasa blogwalking,
KM7 terserempak dengan banyak blog
yang sudah tidak meletakkan shoutmix atau kota jerit
di blog masing-masing.
Adakah ini satu trend?
Terfikir juga kalau tiada shoutmix tu
macamana pula blogger-blogger yang berkunjung
nak meninggalkan jejak mereka.
Atau untuk mengelakkan daripada spam?
entahlah...masing-masing punya cara dan pendekatan.

Bagi KM7,shoutmix tu masih perlu.
Yer lah untuk melihat siapa yang berkunjung ke blog kita tu.
Pada masa yang sama bolehlah buat lawatan balas.
Sebab orang berbudi kita berbahasa kan!
Ok..selamat berblogging.

Kenapa orang bela binatang peliharaan?

Ada binatang peliharaan?Kalau dulu binatang peliharaan macam lembu,kerbau, kambing diternak untuk dijual atau urusan kerja di sawah dan sebagainya.Kini haiwan peliharaan seperti arnab,burung dan kucing dibela untuk dibelai-belai dimanja-manja.Bertuahlah kau binatang!hehee..Terkini terdapat macam-macam lagi spesis binatang peliharaan yang eksotik menjadi pilihan penggemar.Citarasa manusia semakin pelik.Sebelum berbicara lebih lanjut,mari kita lihat beberapa jenis binatang peliharaan yang diambil gambarnya dari google.

Arnab...bulu dan telinga yang cantik
Burung....selain bulu yang berwarna-warni,kicauannya juga memikat
Kucing...sangat popular kerana manja dan cantik
Ada orang sanggup berhabisan wang untuk membeli dan penjagaan binatang peliharaan ini.Persoalannya kenapa orang suka membela binatang peliharaan ini?

1.Banyak Duit.Betul tak?Orang yang berduit saja mampu memiliki haiwan peliharaan yang mahal-mahal ni.Ada sesetengah haiwan ni dibeli dengan ribuan ringgit.Itu tidak termasuk kos penjagaan dan perubatannya lagi.Jangan tak tahu ....siap beli insuran lagi untuk binatang kesayangan mereka.

2.Untuk meluahkan kasih-sayang.Biasanya mereka yang tidak ada tempat untuk mengadu dan meluahkan kasih-sayang ni suka membela binatang kesayangan.Contohnya kucing dan anjing.Setiap kali pulang dari tempat kerja,pasti binatang ni diusap-usap.Hujung minggu pula,dibawa bersiar-siar.

3.Berjiwa penyayang.Bagus betul individu penyayang ni.sanggup membela binatang yang ada kalanya dipungut di tepi-tepi jalan.Dibawa pulang dan dijaga sebaik mungkin.

Itulah sajalah pendapat KM7.Mungkin anda rasa ada sebab-sebab lain...silalah berkongsi..Sekian terima kasih.

Wednesday, April 27, 2011

Tak rugi jadi orang baik-baik




Dalam dunia ni kan..ada macam-macam jenis manusia.Ada yang baik,ada yang jahat...dan yang ramainya spesis baik + jahat.Masing-masing tahulah kan tergolong dalam kategori mana.Kali ni KM7 nak berkongsi cerita pasal orang baik.Tak rugi tau kalau kita jadi orang baik.Sebab-sebabnya ialah...

Orang baik selalunya mendapat ramai kawan

Mestilahkan..kalau kita ni jenis orang yang baik-baik,maka ramailah yang nak berkawan dengan kita. Pergilah ke mana saja,pasti mudah mendapat kawan.Kalau dah ramai kawan ni...senanglah sikit nak minta tolong.Jadi tak rugikan kalau kita jadi orang yang baik ni.

Orang baik tak ramai musuh
Kalau kita baik dengan semua orang maka tak adalah yang nak jadi musuh kita.Orang yang tak ada musuh ni,hidupnya tenang saja...Bagaimanapun ada juga kes-kes tertentu,orang yang cemburukan orang baik-baik ni....namanya musuh dalam selimut.Orang macam ni bahaya tau!Biarlah orang nak bermusuh dengan kita,asalkan kita tidak  bermusuh dengan mereka.

Orang baik namanya sentiasa dikenang
Biasanya kebaikan seseorang itu akan dikenang sampai bila-bila.Seronok kan kalau apa yang kita buat itu dikenang oleh orang.Tapi janganlah pula buat sesuatu perkara tu untuk menunjuk-nunjuk...tak baik!Macamana kalau kebaikan kita itu tidak dihiraukan oleh orang?haaa pedulikan saja...janji kita seronok menjadi orang yang baik-baik.Dunia hari ini ada juga kes orang baik-baik ni sering dipergunakan oleh orang lain.Sebab tu lah kot..tak ramai yang nak jadi orang baik-baik ni.Apa pun...anda tentu tahu siapa anda yang sebenarnya.

Marilah kita sama-sama menjadi orang-orang yang baik......
(semua gambar di atas diambil dari google)

Monday, April 25, 2011

Kenapa pelajar tak sabar nak balik ke rumah setelah habis sesi persekolahan?

Bagi yang bergelar pelajar sekolah,ramai yang menantikan loceng akhir persekolahan setiap hari.Betul tak?Mari kita lihat apakah faktor-faktor yang menyebabkan seseorang pelajar itu teringin sangat nak balik ke rumah setelah hampir 7-8 jam berada di sekolah.Tinjauan yang dibuat secara rambang mendapati 5 sebab utama.Jom kita tengok...(semua gambar di bawah adalah hakmilik Google)

Sebab Utama:Rindukan masakan emak
Makanan yang sedap-sedap

Ramai betul yang tak sabar-sabar nak balik menikmati makan tengahari yang disediakan oleh emak.Mungkin ada yang seakan-akan nampak jer makanan tu semasa cikgu belum habis mengajar.Ada yang tak sempat nak tukar pakaian pun....terus ke dapur.Macamana yer tiba-tiba jer takde pun makanan kat meja tu.huhu..

Sebab ke 2:Nak tidur kat atas tilam empuk
Tilam yang empuk + bilik berhawa dingin




Lepas makan..mata rasa mengantuk.Maka tak lain dan tak bukan,katillah yang menjadi mangsa.Maka terlentanglah kat atas katil tu...jangan lupa untuk memasang pendingin hawa,juga kipas.Fuhhh...berapa jam mata terpejam tu?Siap dengan mimpi di siang hari lagi tu.

Sebab ke 3:Nak menonton TV
Menonton TV LCD atau LED
Budak-budak sekarang memang suka menonton TV.Tambahan TV sekarang ni canggih-canggih,tak kiralah LCD ker,LED ker..janji TV tu boleh menyajikan rancangan-rancangan kegemaran mereka.Tak pun...sambung saja dengan DVD.Tengok cerita Hantu Kak Limah...ker?Maklumlah trend sekarang ni banyak cerita hantu,sampaikan budak-budak zaman DVD ni dah tak takut hantu!

Sebab ke 4:Nak main internet
Melayari internet seluruh dunia
Dah zaman internet...kalau kat sekolah mana boleh main internet  kan.Kalau di pusat sumber atau makmal komputer pun bukannya boleh selalu ke sana.Sebab tu lah ramai pelajar yang terbayangkan internet kat rumah mereka biarpun masa tu guru sedang mengajar.Budak-budak zaman sekarang majoriti dah ada akaun facebook juga twitter.Tak kurang juga yang ada blog peribadi sendiri.Bagi yang tak ada sambungan internet di rumah,Kafe siber menjadi tempat tumpuan.

Sebab ke 5:Nak jumpa keluarga
Keluarga bahagia
Wah..bagus betul,tak sabar-sabar nak balik rumah sebab nak berjumpa keluarga tercinta.Takkan beberapa jam datang sekolah dah rindu keluarga kot.hehe...lainlah kalau tinggal di asrama.Bagi ibu bapa yang bekerja,terutama yang pulang lewat petang atau malam...maka kuranglah masa bersama-sama anak mereka.Kesian budak-budak tu,rindu nak jumpa keluarga mereka.

Itulah 5 faktor utama kenapa pelajar teringin sangat nak balik ke rumah mereka setelah selesai sesi persekolahan hari-hari.Nampaknya tak ramai yang nak balik cepat semata-mata nak siapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru.Sekian terima kasih.

Saturday, April 23, 2011

Kain lepas 70an digayakan semula oleh model alaf baru

Kain 'lepas' pelbagai guna

Kalau di Kelantan kain ini dikenali dengan nama kain 'lepas'.Gunanya untuk dibuat tudung terutamanya oleh warga emas perempuan dan kain 'semutar' oleh warga lelaki.Kalau tahun-tahun 70 an dulu memang ramai wanita berumur menjadikan kain ini sebagai tudung.Kepingan kain yang lebar dan panjang serta nipis ini sesuai  untuk cuaca di Malaysia.Bagi kaum lelaki,ramai yang menggunakan kain ini sebagai semutar dalam acara dikir barat,mahupun untuk ke laut, kebun dan sebagainya.Selain itu kain ini juga boleh dibuat kain basahan.Coraknya lebih bermotifkan bunga dan daun.

Kenangan lalu mengusik kalbu

Kenangan lalu mengusik kalbu


Belek-belek album lama terjumpa la gambar ni.
Rasanya itulah gambar yang paling lama
milik KM7 yang masih disimpan.
Kalau tak silap, gambar tu dirakamkan tahun 1978.
Seronok juga tengok gambar lama ni...
Yer la.. kalau nak balik semula
ke zaman itu sesuatu yang mustahil.
Melalui gambarlah kita boleh
mengembalikan nostalgia lama.

Semua watak dalam gambar tersebut
adalah keluarga terdekat KM7.
Sekarang semuanya sudah berkeluarga 
dan mempunyai anak-anak.
haaa...kalau anda pandai meneka,
carilah mana satu KM7.
Lucu betullah tengok budak-budak
tahun 70 an ni.
Tengoklah pakaian mereka tu.
Paling best selipar 'Jepun' yang tebal tu.

Lokasi dalam gambar tu  pun masih ada sekarang.
Cuma hutan rimba kat belakang tu
sudah bertukar menjadi jalan raya yang sibuk.
Itulah perubahan waktu.
Teringin juga KM7 mengumpulkan
semua yang ada dalam gambar kat atas tu..
untuk bergambar semula sekarang...
hmmm insyaallah.

Friday, April 22, 2011

Luahan hati Pak Belang buat yang mengerti




Bersanding atas kerusi tayar


Kecil-kecil pun dah bersanding ker?
hehe...tengoklah tu seorang masam jer muka,
seorang lagi tersengih pula.
Mana tak masam muka...kalau kena
bersanding kat atas kerusi tayar jer.
Ingatkan ada kerusi emas ker perak ker...

Sebenarnya KM7 nak fokuskan pasal
kerusi tayar tu.
Kreatif betul perekanya.
Sekurang-kurangnya idea membuat kerusi
daripada tayar ni dapat menyokong
kempen kitar semula kan!

Kerusi sebesar tu rasanya
mesti menggunakan tayar lori.
Haa..lepas ni sesiapa yang
tak mahukan tayar kereta ker lori ker..
bolehlah dibuat kerusi juga.
Jangan ada yang cabut tayar kereta
semata-mata nak buat kerusi sudahlah!

Thursday, April 21, 2011

Aksi yang tak terlampau


Jangan salah sangka pula..
aksi kat atas tu bukannya tarian poco-poco
apatah lagi aksi terlampau!

Sebenarnya aksi kat atas tu
adalah senaman untuk menguatkan lutut
dan memastikan deria pendengaran
berfungsi dengan baik.

Senaman tersebut sesuai dilakukan
bila-bila masa asalkan di tempat terbuka,
untuk pengaliran udara yang segar.
Penting juga ianya dilakukan
secara berjemaah untuk memastikan
keseronokan yang tak terkata.

Perkara yang perlu diawasi
sepanjang senaman ini ialah
pelepasan angin yang mungkin tak disengajakan.
Jadi lebih baik anda
bersedia dengan mask untuk
menutup hidung.

Ok..selamat bersenam....

Budak-budak dan UFO


Kali ni KM7 nak jemput serta
mengajak anda semua rehatkan minda
setelah penat blogwalking tu.
Caranya mudah saja....
isikan dialog yang sesuai 
dengan gambar kat atas tu.
Tak kisahlah dialog tu lucu ker,
sedih ker,gembira ker...
atau bercampur baur perasaan.
Janji anda rasa happy dan dapat merehatkan minda.
Hadiah tak disediakan...untuk suka-suka jer.

Dialog KM7.....

D: Korang semua tengok kat luar tu ada UFO lah..
C: Mana?suruh diorang tunggu kejap.
B: Malas nak layan...aku pun ada kapal terbang sendiri ni...
A: Wah...UFO ada satu kat atas dukung aku ni...hehe

sekian...dialog yang tiada kena mengena dengan sesiapa.

Mencari cinta yang hilang

Itu cinta milik Google

Siapa mencari cinta pula ni?Sana-sini mencari cinta.Dah jumpa ker belum?Kalau belum...itu tandanya  anda perlu mencarinya lagi. Biasanya cinta kalau dicari susah nak dapat.Itu orang cakaplah...KM7 sendiri tak tahu sangat pasal mencari cinta ni.

Paling best kalau cinta itu hadir sendiri tanpa dipaksa.Masa tu baru tahu indahnya dunia percintaan.Terutamanya muda-mudi yang suka melayan cinta.Salahkah kalau orang dewasa atau yang sudah berumur jatuh cinta untuk kali kedua atau kesekian kalinya?

Apapun biarlah cinta itu atas landasan yang betul.Hiasalah ia dengan cahaya keimanan.Selamat bercinta kepada yang berkenaan.

Alma meter tetap dalam kenangan


Sebut pasal sekolah,

semua orang ada kenangan tersendiri.

Meskipun manis,pahit,suka dan duka.

Segalanya pasti terpahat utuh

di kotak kenangan.

Biarkan kenangan itu tetap segar

bersama putaran waktu.

Sesungguhnya aku merindui

zaman persekolahanku.

Wednesday, April 20, 2011

Andai dapat kuundurkan masa

Jam pakcik Google


Mustahil kan nak undur masa.

Tapi kalaulah masa tu dapat diundur semula,

KM7 teringin nak balik ke zaman kanak-kanak.

Rasa macam tak puas lagi jadi kanak-kanak.

Hehe...seronok betul.

Macam takde apa-apa masalah dalam hidup.

Anda pula macam mana?

Tuesday, April 19, 2011

Bakul purple pelbagai guna

Kali ini KM7 ingin berkongsi satu barangan yang menarik perhatian KM7 iaitu bakul purple pelbagai guna ini.Saiz bakul tersebut taklah besar sangat.Panjangnya cuma 20 cm, lebarnya 14 cm dan ketinggiannya 16 cm.Siap ada tangkai lagi tu.Maka bolehlah dibawa berjalan-jalan.

Ini bahagian dalamnya pula.Cukup sesuai untuk diisi barangan seperti alat make up,alat tulis, aksesori-aksesori lain yang kecil.Nak isi makanan untuk dibawa berkelah pun boleh juga kan!Oh ya bakul ini diperbuat daripada plastik yang digunakan untuk mengikat kotak.Dijalin sebegitu rupa mengikut kreativiti pembuatnya.KM7 tertarik dengan jalinan yang kemas dan warna yang menarik.

Mesti anda nak tahu juga harganya kan.KM7 beli bakul tu dengan harga RM 18.Mungkin di tempat anda harganya lain pula kan.Kalau anda pun berminat,carilah kat kedai-kedai kraftangan mesti ada tu,sebab KM7 buat entry ini pun saja-saja nak tunjuk koleksi barangan yang menarik perhatian KM7 jer.Bukan nak menjual pun.hehe...Sampai sekarang bakul tu tak diisi apa-apa lagi.Hmmm nak isi apa yer?

Monday, April 18, 2011

Mana best makan kat rumah atau kat luar?

Gambar Hiasan Google

Kalau anda diberi soalan
Suka makan kat rumah atau kat luar?
haaa....apa jawapannya?
Kenapalah KM7 tanya soalan macam ni yer..

Sebenarnya semasa KM7 keluar
membeli makanan kat luar tadi,
nampak ramai betul orang kat kedai-kedai makan.
Maka timbullah pertanyaan dalam hati,
ehhh mereka semua ni tak makan kat rumah ker?
Bukan satu dua,malah banyak kedai makan
dipenuhi pelanggan yang sedang makan-makan.

Agaknya mereka tu dah boring kot makan kat rumah.
Ataupun sajalah nak ubah selera kan!
KM7 sendiri pun rasa macam dah bosanlah
kalau makan kat luar ni...
yer la masa bujang-bujang dulu memang sering makan kat luar.
Bukan memilih kedai sangat pun,
janji makanan tu boleh dimakan dan mengenyangkan.
(padahal tak pandai memasak pun...hehee)
Itu cerita masa di perantauan...Miri nun di Sarawak.

Orang sekarang ni dah banyak duit kan.
Sebab kalau makan kat luar boleh tahan juga harganya.
Kalau satu keluarga yang ramai tu...
mahu kempis dompet dibuatnya.
Mahal tak apa janji makanan yang dihidangkan itu
memenuhi citarasa.
Paling menyampah kalau terpaksa menunggu sangat lama
untuk menikmati makanan yang dipesan.
Dengan kata lain...dah hilang selera makan
dek menunggu lama.

Air pun ada pasang surut

Gambar hiasan Google


Air pun ada pasang surut


maksud;

Keadaan hidup seseorang tidak menentu,
kadangkala senang dan kadangkala susah.


KM7: Begitulah resam hidup di dunia ini.Ada ketikanya kita gembira dengan kesenangan dan kegembiraan yang diperolehi.Sebaliknya sedih atau kecewa tatkala kesusahan melanda.Kalau diperhatikan keadaan pantai,jelas sekali ada pasang surutnya.Bertepatanlah peribahasa yang mengatakan bahawa Air pun ada pasang surutnya jika dilihat dalam konteks kehidupan manusia.

Keadaan hidup yang tidak menentu ini sepatutnya dijadikan pedoman buat kita supaya lebih berhati-hati.Terutamanya apabila beroleh kesenangan,janganlah lupa diri.Manalah tahu,kesenangan itu tidak kekal lama.Contohnya peniaga yang beroleh keuntungan lumayan atau perniagaan yang berkembang pesat,janganlah boros atau cepat lupa diri.

Bagi yang menghadapi kesusahan pula,janganlah terlalu bersedih.Anggaplah itu sebagai satu dugaan dan cabaran agar kita lebih berusaha untuk memperbaikinya.Ingatlah suatu hari nanti kejayaan pasti menjadi milik orang-orang yang berusaha.

Sunday, April 17, 2011

Pagi-pagi dah terpaksa buat dosa

Rutin harian setiap pagi
ke tempat kerja sama ada menggunakan kenderaan sendiri
mahupun kenderaan awam.
Pastinya pelbagai ragam dan gelagat
pemandu atau pengguna jalan raya 
yang terpaksa dihadapi saban hari.

Paling menyakitkan hati apabila
kita memandu di lorong laju tetapi
ada beberapa buah kenderaan yang
'bersiar-siar'di lorong berkenaan.
Punyalah kita nak mengejar masa
tapi  pemandu berkenaan tak menunjukkan
rasa bersalahpun mereka melambat-lambatkan kenderaan.

Rasa nak menyumpah juga dalam hati
kepada pemandu yang tak reti-reti nak 
bagi signal untuk masuk ke simpang atau
berhenti di tepi jalan.
Sudahnya kita sendiri yang terpaksa
membrek kecemasan.
Bayangkan kalau ada beberapa buah kereta lain
di belakang kereta kita tu.

Satu lagi hal
pemandu-pemandu motosikal
yang tak sayangkan nyawa,
suka menyelit-nyelit di celah-celah kenderaan.
Kononnya dia cukup hebat di jalanraya.

huh...hal-hal sedemikian
memang menyumbang kepada rasa geram
dan nak marah.
Tak pasal-pasal dapat dosa apabila
kita menyumpah-nyumpah mereka tu.
Kalau nak bersabar pun...ada hadnya kan!
kalau hari-hari macam tu nak bersabar lagi ker?
Itulah sikap segelintir pemandu di Malaysia.

Saturday, April 16, 2011

Perlukah aku terus berblog?

Gambar hiasan Google

Akhir-akhir ini dunia blogging tak semeriah dulu.
Rata-rata blog yang dikunjungi
menghidangkan cerita yang biasa-biasa saja...
lebih tepat lagi menghidangkan
berita yang sudahpun ada dalam surat khabar online.
Ataupun dibuat sedikit pengubahsuaian...
tapi berkisar kepada berita yang sudah diketahui.

Apapun itu adalah hak
blogger itu sendiri.
Dah blog dia...maka suka hati dialah
nak letak apapun kan!

Masalahnya ialah kepada
pengunjung-pengunjung blog yang
mengharapkan untuk membaca sesuatu 
yang menarik atau berguna.
Dengan kata lain...setelah mengunjungi
blog itu maka pulanglah dengan tangan kosong.
Lebih parah lagi apabila
cerita yang dihidangkan itu
memualkan bagi sesetengah pembaca.

Contohnya ada blogger
yang syok bercerita pasal
teman hidup atau pakwe atau makwe masing-masing.
Habis segala-galanya dibongkar
macam tiada rahsia lagi.

Jadi bukan senang nak menulis blog
yang dapat memuaskan hati semua orang.
Cuma biarlah apa yang kita sampaikan itu
adalah hasil daripada idea kita sendiri,
dan lebih penting lagi
sesuatu yang boleh menjadi pengajaran buat semua.

Menulis blog juga memerlukan 
kecekalan hati dan minat yang berterusan.
Maklumlah BE yang tak muncul-muncul sejak sekian lama
turut menghakis semangat berblogging.
Kalau nak buat duit dengan blog...rasanya
tak kesampaian.
Banyak halangan untuk blogwalking
dan mempromosikan blog.
Sudahnya....menulislah jika ada kelapangan
dan minat yang berterusan.

Friday, April 15, 2011

Ke mana menghilangnya burung-burung itu?

Gambar hiasan Google

Suka tengok burung.Ada pelbagai jenis burung dengan warna dan rupa bentuk yang pelbagai.Best lagi kalau burung-burung tu jinak dan boleh dipegang dan dibelai.Tapi awas...jangan bela burung dalam sangkar.Kesian burung-burung tu.Walaupun sangkar tu sangkar emas,tapi kebebasan lebih utama.

Masih terdapat dalam kalangan masyarakat kita yang membela burung dalam sangkar, dengan pelbagai tujuan sama ada hiasan, untuk mendengar siulan burung-burung tu atau juga untuk menyertai sebarang pertandingan.Biarpun segala keperluan burung seperti makanan dan minuman tersedia,namun jauh di sudut hati burung-burung tu tersimpan perasaan tak puas hati dek kerana kebebasannya tersekat.Amboi...yer ke ni...itu pandangan KM7 sajalah..sebab tak pernah berbual soal isi hati burung-burung tu.

Ada juga burung-burung yang dimakan dagingnya,seperti burung merpati.Bagi ibu-ibu mengandung dikatakan baik untuk makan daging burung merpati agar anak yang bakal dilahirkan itu cerdik.Betul ker ni atau sekadar kebetulan saja.Kalau banyak sangat burung merpati di sesuatu tempat,pasti akan mengundang masalah juga kan.

KM7 suka tengok burung-burung yang terbang bebas kemudian hinggap di dahan pokok,memberikan siulan terutamanya di pagi hari.Namun kicauan burung semakin berkurangan kini...Ke manakah menghilangnya burung-burung itu?

Thursday, April 14, 2011

Anda memang bermasalah jika membaca masalah ini.

Terlalu memikirkan sesuatu masalah boleh menyebabkan diri seseorang itu semakin murung.Ada yang makan tak lalu,mandi tak basah,tidur tak lena....dek kerana memikirkan sesuatu yang mengganggu perasaan.Masalah dalam kehidupan adalah sesuatu yang lumrah.Cuma tahap kekuatan mental seseorang itu saja yang membezakan antara orang yang cekal menghadapi masalah atau membiarkan masalah membelenggu diri.

Berkongsi masalah merupakan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah.Tapi kepada siapa kita nak kongsi masalah diri kalau tidak ada orang yang boleh dipercayai untuk mendengar masalah kita?Tidak mustahil ada yang rela menyimpan saja masalah diri dek kerana tidak mempercayai orang lain untuk mendengar masalahnya.Awas...lama-lama memendam masalah boleh memakan diri sendiri.

Bagus juga jika kita tidak ambil peduli sangat masalah yang berlaku itu.Ye la..sekurang-kurangnya masalah itu tidak membebankan fikiran kita.Buat-buat takde masalah kalau banyak sangat masalah....kan senang..!Anggaplah masalah itu sebagai perkara biasa. cuma perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu masalah yang berlaku itu.

Wednesday, April 13, 2011

Study group kat universiti...seronok kan!

Suka buat study group?mestilah kan...terutamanya semasa belajar kat universiti.Study group ker...work group ker...perkara biasa semasa menuntut di IPT.Malah kat sekolah sekarang ni pun budak-budak dah buat aktiviti study group ni.

Apa yang ingin diketengahkan KM7 di sini adalah study group masa kat universiti.Sajalah nak bagi nostalgia sikit kepada yang dah lama meninggalkan dunia universiti ni...Masa belajar dulu,seronok betul kalau ada work group ni.Maklumlah dalam group KM7 ni ada pelbagai bangsa...Melayu,Cina,India,Iban dan sebagainya.

Kalau projek tu ambil masa yang lama,maka keraplah perjumpaan yang dilakukan.Biasanya perjumpaan diadakan pada waktu malam di kafeteria universiti.Hmmm sambil berbincang sambil makan dan minum.Jangan tak tahu...kadang-kadang perbincangannya sikit jer tapi perbualan perkara lain yang banyak.hehe..

Best juga kalau dalam group tu ada perempuan..haaa jangan salah faham pula yer.Maksud KM7,pelajar perempuan ni  rajin sikit dalam bab-bab membuat rujukan,catatan dan urusan taip-menaip ni.Habis tu yang lelakinya buat apa?biasala...lelaki ni hebat dalam hal-hal memberikan pendapat,tak kurang juga ada yang suka buat lawak.

Masa kat universiti dulu..pukul 1 pagi ker..2 pagi ker biasalah kan..tak tidur-tidur lagi.Macam burung hantu pula.Kononnya buat perbincangan..tapi ntah apa-apa yang dibincangkan.hmm...Oklah..rindu pula suasana belajar dulu-dulu...Anda pun mesti ada pengalaman yang sama kan!

Salah laku remaja:Bersalahkah ibu bapa?

Sejak akhir-akhir ini ramai yang memperkatakan kes salah laku dalam kalangan remaja.KM7 pun nak mengulas jugalah sikit.Antara kes salah laku remaja ialah buli,seks bebas,pil khayal,dadah,buang bayi dan banyak lagi kes jenayah yang lain.Berani betul remaja zaman sekarang ni.

Pihak yang tak terlepas dipersalahkan dalam hal ini biasanya ibu bapa.Maklumlah ibu bapa adalah golongan yang paling hampir dengan remaja.Bagaimanapun suka disentuh di sini bahawa zaman sekarang ibu bapa terpaksa berhempas pulas bekerja demi keselesaan keluarga itu sendiri.Mana mungkin sepenuh perhatian diberikan kepada anak-anak.Melainkan ibu atau bapa yang tidak bekerja...bolehlah meluangkan masa yang banyak terhadap anak-anak.

Bayangkan terdapat ibu atau bapa yang keluar awal pagi dan pulang lewat petang atau ada yang sampai ke rumah setelah anak-anak sudah pun lena tidur waktu malam.Jadi sebahagian besar masa remaja tadi bukanlah bersama-sama dengan ibu atau bapa mereka.Sebaliknya remaja lebih terdedah dengan guru-guru di sekolah, atau pun rakan-rakan sebaya mereka.Tidak keterlaluan jika dikatakan ada segelintir ibu bapa lebih suka jika anak-anak mereka berada di sekolah dalam jangka waktu yang lama bagi mengelakkan hal-hal yang tidak diingini berlaku di luar sekolah tanpa pengawasan mereka.

Begitu mencabar peranan guru-guru di sekolah.Sebahagian besar masa mereka dihabiskan mendidik dan menjaga anak-anak orang lain.Anak sendiri pula bagaimana?hmmm dalam usaha mendidik itupun masih ada  pihak yang mempertikaikan tugas guru.

Berbalik kepada soal salah laku remaja ini,KM7 berpendapat banyak faktor yang mempengaruhinya.Selain daripada rakan sebaya,media massa,dan sikap masyarakat...sikap remaja itu sendiri yang memang terkenal dengan sikap ingin mencuba,menjadi faktor perdana.Apapun, pendidikan awal yang dicorakkan oleh ibu bapa terhadap remaja tadi banyak mempengaruhi tingkah laku remaja.Alamak...ibu bapa lagi......

Tuesday, April 12, 2011

Kenapa lelaki malas mendandan wajah?

Sila tengok muka sendiri depan cermin sekarang.Amacam?ada apa-apa perubahan ker?Perubahan dari segi warna kulit mahupun bilangan garis dan kedutan.Alamak...mungkin ada yang terkejut dek kerana perubahan yang kian nampak.Tapi ada juga yang tersenyum lebar dek kerana wajah semakin berseri bertambah jelita mahupun semakin kacak.

Tahniah kepada kaum hawa yang tak henti-henti membelek wajah depan cermin.Berbeza sekali dengan kaum adam  yang agak keberatan untuk melekat lama-lama depan cermin.Entahlah...mungkin sudah suratan begitu.Patutlah kan kebanyakan kosmetik di pasaran sekarang ni sasaran utamanya kepada wanita.Sebab wanita ni tak puas-puas nak mencantikkan wajah.hehe...untuk siapa?tak lain tak bukan untuk suaminya juga kan..

Akhir-akhir ni sudah ada satu trend kaum lelaki pun suka mendandan wajah.Apa dah jadi ni....Kalau setakat menjaga kebersihan muka tu kira ok lah kan..tapi kalau dah sampai kerap buat facial dan rawatan wajah yang lain tu kira tak macho lah kan!.Masing-masing ada citarasa sendiri nak buat macam mana kan...

Tapi kalau dibuat survey,KM7 rasa tak ramai pun lelaki yang konsisten membersih muka guna pembersih muka.Alasannya tak ada masa atau malas nak membelek wajah lama-lama.Apatah lagi untuk memakai pelbagai jenis krim.haa.. sebab tu lah wajah lelaki kebanyakannya nampak kusam.Kusam pun kusamlah kan janji hati senang dan banyak duit.haha...

Tiba-tiba....teringatkan guru-guru lama

Gambar Hiasan:google

Tiba-tiba saja KM7 teringatkan
cikgu-cikgu yang pernah mengajar KM7 dulu,
dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah.
ahh...alangkah indahnya
zaman persekolah dulu.
wajah guru-guru dulu tetap segar
dalam ingatan.
Biarpun masa dan zaman telah banyak berubah,
namun kenangan itu tetap utuh di sanubari.

KM7 percaya
anda juga mempunyai cikgu-cikgu yang baik
dan menjadi pujaan hati semasa sekolah dulu.
Jangan tak tahu pula,
ada pelajar yang suka sesuatu subjek itu
disebabkan guru yang mengajarnya.
Begitu juga sebaliknya....
biasalah budak-budak kan..

Masa sekolah dulu,KM7 biasa-biasa saja...
tak ada bakat untuk dibanggakan.
Maka sebab itulah kurang dikenali dalam kalangan guru..
hmmm kesian betul.
Tapi percayalah setiap pelajar itu 
memerlukan perhatian dan bimbingan guru.
Mereka pasti berbangga apabila guru
memberikan perhatian kepada mereka.

Apa pun,
Terima kasih buat semua
yang bergelar cikgu,
kerana jasa kalian tetap dikenang.


Sunday, April 10, 2011

Cantik kau nyah !

Gambar:petikan mymetro

Membaca akhbar Metro Ahad
hari ini kita disajikan dengan berita
pertandingan ratu mak nyah.
Aduhai....macam-macamlah.
Kononnya untuk kerja amal.
Rasanya macam-macam
pendapat dan pandangan berhubung
isu ratu mak nyah ni.
Ada yang bersetuju dan ada yang tak berkenan.

Memang tak dinafikan
ada kalangan nyah ni yang nampak
cantik macam perempuan betul.
Biarpun mereka mempunyai naluri tersendiri,
namun tiadakah pihak-pihak yang
ingin membawa mereka ni 
balik ke pangkal jalan?
atau mereka sendiri
yang tidak mahu berubah?

Inilah sebahagian daripada
penyakit sosial yang memang sudah lama wujud
tapi seolah-olah terpinggir atau dipinggirkan.
Jangan biarkan mereka terus hanyut dalam
dunia fantasi ciptaan mereka sendiri.
Sedarlah hidup di dunia ini hanya sementara!


Saturday, April 9, 2011

Awas...Orang Minyak muncul lagi !

Gambar hiasan Google

Ini bukan cerita orang minyak
zaman filem P Ramlee,
Tapi cerita orang minyak zaman sekarang.
Tak sangka betul zaman sekarang ni
ada lagi yang nak jadi orang minyak.

Dalam berita jam 8 malam tadi
ada berita pasal orang minyak ni.
kat mana?
haa...di Terengganu.
Jangan bimbang...
orang minyak ni telah berjaya ditangkap
oleh tuan rumah dan penduduk kampung.

Modus operandinya sama macam dalam filem....
panjat bilik anak dara pada waktu malam,
dalam keadaan berbogel.
Cuma tak lumurkan minyak pada badan.
hehe sanggupnya berbogel dan panjat bilik
anak dara.
Nasib baik berjaya ditangkap.

Dalam berita tadi juga ditunjukkan
orang minyak yang berjaya ditangkap ni.
hmmmm muda dan handsome lagi tu..
dia ni ditambat pada tiang elektrik 
setelah dipakaikan seluar pendek oleh penduduk setempat.
Jadi tontonan ramai sebelum dibawa ke balai polis.
Kesian....

Kepada kaum wanita,
sila berwaspada....bimbang ada lagi
orang minyak versi baru yang akan muncul.
Kepada yang bercita-cita nak jadi orang minyak...fikir-fikirkanlah...

Kepada semua wanita...berhati-hatilah !

Foto hiasan:Google

Kepada semua yang bergelar wanita,
tak kiralah status anda
sebagai anak,remaja,pelajar sekolah,
pekerja,isteri atau ibu,
jagalah maruah diri sebaiknya.
Berwaspadalah terhadap persekitaran.
Banyak kes cabul dan rogol akhir-akhir ini.
Nak salahkan lelaki 100 peratus
dalam hal ini pun tak boleh juga kan...
Kepada pencabul dan perogol pula,
tak terfikirkah mereka kalau hal ini
terjadi kepada anak,isteri atau ibu mereka sendiri?
Kali ini mari kita ambil 
iktibar daripada 2 kes di bawah....

Penceroboh perkosa wanita  

GOMBAK: Seorang wanita ditutup mata, diikat tangan dengan tali sebelum dirogol seorang lelaki yang menceroboh bilik tidurnya di rumah kedai yang disewa berhampiran Stesen Bas Rawang, dekat sini, Rabu lalu.
Sebelum kejadian, mangsa berusia 20-an tidur bersendirian di rumah itu selepas pulang kerja kira-kira jam 12 tengah hari.

Menurut sumber, mangsa yang bekerja di sebuah kedai serbaneka terjaga daripada tidur apabila mendapati lehernya dicekik seorang lelaki sebelum matanya ditutup dengan kain.
“Tindakan lelaki itu mengakibatkan mangsa terkejut dan berlaku pergelutan ketika cuba mempertahankan diri, namun gagal, malah suspek turut mengikat tangan mangsa dengan tali.

“Selepas menghalang mangsa meronta-ronta, lelaki itu menyelak baju dan kain mangsa sebelum merogolnya.

“Mangsa yang tinggal berseorangan di bilik itu tidak menyangka dirinya menjadi pemuas nafsu lelaki terbabit yang gagal dikenali kerana ketika kejadian matanya ditutup,” katanya.
Sumber berkata, puas mangsa merayu dilepaskan, namun suspek tidak menghiraukannya, malah bertambah ghairah meratah tubuh wanita terbabit.

“Selepas merogol, suspek mengambil dompet mangsa dan melarikan diri.
“Malah, mangsa dibiarkan tanpa dilepaskan ikatannya. Mangsa berjaya melepaskan diri tidak lama kemudian, namun suspek melarikan diri,” katanya Mangsa membuat laporan di Balai Polis Rawang kerana bimbang dengan keselamatan dirinya jika kejadian itu berulang.
Petikan MyMetro 9/4/2011

Pelajar dakwa dirogol bomoh
JITRA: Seorang pelajar perempuan tingkatan lima dirogol seorang bomoh ketika sedang mendapatkan rawatan perubatan tradisional yang kononnya untuk membuang makhluk halus yang merasuk badan gadis berkenaan di rumah suspek di Simpang Kemboja di sini, malam Selasa lalu.

Difahamkan gadis berkenaan datang bersama bapanya ke rumah bomoh berusia 36 tahun itu untuk berubat pada petang Isnin lalu, bagaimanapun diminta untuk datang semula pada malam esoknya (Selasa) kononnya untuk membuang makhluk halus yang masuk ke dalam tubuh gadis itu.


Gadis itu yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Hitam di sini, datang ke rumah bomoh berkenaan bersama bapanya kira-kira jam 8.30 malam sebelum diminta untuk ke sebuah bilik bagi memulakan rawatan perubatan tradisional berkenaan.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Supritendan Ibrahim Mohamad Yusof, berkata bomoh itu dipercayai mengambil kesempatan merogol pelajar berkenaan ketika sedang berdua-duaan di dalam bilik terbabit untuk merawat mangsa.


"Bapa mangsa tidak menyedari perlakuan keji bomoh berkenaan terhadap anak gadisnya kerana diminta menunggu di ruang tamu rumah berkenaan ketika 'sesi rawatan' dan hanya menyedari anaknya dirogol selepas dimaklumkan mangsa pada keesokannya.


“Bapa mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada pagi Rabu lalu sebelum tangkapan dilakukan petang hari sama di tempat kerja suspek iaitu di sebuah syarikat ternakan udang di sini kira-kira jam 7 petang," katanya pada sidang media di sini, semalam.


Difahamkan, isteri dan anak suspek turut berada di rumah berkenaan ketika dia melakukan perbuatan terkutuk itu.


Ibrahim berkata, bomoh berkenaan direman empat hari bermula kelmarin dan suspek disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun serta sebatan.


"Kita sudah mengambil keterangan mangsa dan sedang menjalankan siasatan terhadap kes ini selain mengesan sama ada suspek pernah melakukan jenayah sama kepada pesakit wanita yang mendapatkan rawatan dengannya.


"Justeru, polis menasihatkan ibu bapa supaya berhati-hati ketika membawa anak gadis mendapatkan rawatan tradisional dengan bomoh atau dukun kerana kita dapati kes seumpama ini sering berlaku," katanya.
Petikan Berita Harian Online 9/4/2011

Friday, April 8, 2011

Budak-budak sekolah sekarang memang hebat

Budak-budak sekolah sekarang ni
memang hebat...
bukan saja keputusan peperiksaan
semakin baik,
bahkan tingkah laku pun makin hebat.
2 peristiwa berasingan yang menunjukkan
kehebatan budak-budak sekolah zaman sekarang,
jom ikutinya di bawah,
*
*
*

 

Gengster budak sekolah

KUALA TERENGGANU - Perasaan mahu membalas dendam yang membuak-buak mendorong sekumpulan lebih 20 pelajar sebuah sekolah menengah agama dekat sini menyerbu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling, Marang untuk memukul seorang pelajar tingkatan lima.

Serangan ala gengster pada pukul 11 pagi itu berlaku apabila kesemua pelajar terbabit menceroboh sekolah mangsa lalu pergi ke kelas Wan Nur Azri Wan Mohamad, 17, selepas waktu rehat sebelum membelasahnya di belakang bangunan makmal.

Difahamkan, kumpulan pelajar tersebut datang ke sekolah berkenaan dengan menaiki kenderaan dari sekolah mereka yang terletak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi Wan Nur Azri apabila kesemua suspek bertempiaran melarikan diri selepas perkara itu dimaklumkan kepada guru SMKA Durian Guling.
Ibu mangsa, Zalina Mamat, 45, memberitahu, dia dan suaminya bergegas ke sekolah sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anaknya.

 

Guru retak batang hidung ditumbuk pelajar

KANGAR - Seorang guru cedera di bahagian hidung setelah ditumbuk oleh seorang pelajar ketika cuba mendapatkan penjelasan mengenai satu kes pergaduhan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan, Padang Besar dekat sini semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, guru tersebut, Mariati Matail, 37, retak pada batang hidung akibat ditumbuk oleh pelajar tingkatan dua berkenaan di koridor bangunan sekolah itu.

Ketika kejadian, Mariati yang mengajar subjek Sejarah terserempak dengan pelajar terbabit yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan dengan pelajar lain.
"Saya panggil pelajar itu dan mahu membawanya ke bilik guru untuk mendapatkan penjelasan mengenai pergaduhan itu.

"Bagaimanapun dalam perjalanan ke bilik itu, tiba-tiba dia menumbuk hidung saya," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini semalam.
Akibat tumbukan tersebut, hidung Mariati berlumuran darah dan dia kemudian bergegas ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke HTF.

Petikan Kosmo Online 8/4/2011