Muka depan Berita Harian 31 Mei 2011 |
Bermula esok....kadar baru tarif elektrik akan berkuatkuasa.Jadi kepada semua yang berkenaan eloklah menjimatkan penggunaan elektrik agar tidak melebihi 300 kwj.Hmm..menurut laporan kebanyakan akhbar hari ni,kadar baru tersebut tidak melibatkan 75 peratus atau 4.4 juta pengguna domestik.
Bagi KM7 yang bukan pakar ekonomi ni...terfikir juga kenaikan tersebut mesti melibatkan sektor yang menggunakan elektrik dengan banyak.Macam sektor industri perkilangan...pasti akan menyebabkan kos pengeluarannya meningkat.Takkan pihak industri baik hati sangat tak mahu menyerap kos pengluaran tu ke atas barangan yang dikeluarkan.
Pada hemat KM7 lah....sedikit sebanyak pasti akan ada kenaikan harga barangan.Nampak gayanya pengguna domestik yang tidak terlibat secara langsung dengan kenaikan tarif ini...turut terlibat secara tidak langsung..dengan membayar pada harga yang lebih pada barangan atau perkidmatan yang dihasilkan oleh pengusaha industri.Pi... mai...pi mai...pengguna juga yang kena ...
Pendek cerita..jimatkanlah penggunaan elektrik...dan belilah barangan keperluan yang perlu sahaja.