expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, June 30, 2011

Apa lagi alasan untuk tidak bersenam.....

Gambar Hiasan Google
Apa khabar semua?Dah buat senaman hari ini?Kalau sudah...baguslah.Kebanyakan kita yang bekerja ni tak banyak masa untuk melakukan aktiviti senaman ni.Balik kerja dahlah lewat....kemudian sambung dengan aktiviti melayan kerenah anak-anak,ditambah dengan kerja-kerja rumah.Jadi nak bersenam secara terancang tu susah juga.

Lainlah dengan mereka yang jadual kerjanya yang tak padat,boleh luangkan masa petang-petang tu dengan bersenam.KM7 percaya...mereka yang bekerja di bandar-bandar besar...memang tak sempat nak bersenam pada waktu petang.Pukul 7 petang masih di pejabat ataupun masih dalam perjalanan pulang.Sampai rumah mestilah dah penat kan...Haa..kalau macam tu...bolehlah bersenam pada hujung minggu....berjoging bersama keluarga pun best juga.

Kesibukan kerja dalam kalangan masyarakat kita hari ini telah menyebabkan banyak alat senaman direka....yang boleh dibeli dan diletakkan di rumah.Maka  kita boleh melakukan aktiviti senaman bila-bila masa sahaja tanpa perlu keluar dari rumah.Biarpun tak dapat menghirup udara segar semasa bersenam...alat tadi sekurang-kurangnya dapat mebantu menyihatkan tubuh badan kita.

Kepada yang dah membeli alat-alat senaman di rumah...eloklah digunakan sebaik mungkin,Jangan hanya digunakan beberapa sesi..kemudian disimpan di bawah katil!Nampak sangat tiada masa nak bersenam.Sebenarnya bukan tiada masa tetapi pengurusan masa yang tidak berapa mantap.Ok..Marilah kita sama-sama bersenam.Sesungguhnya badan sihat otak cerdas.

Warna-warni Perbarisan PESKO 2011



Tuesday, June 28, 2011

Alamak...malunya!

Pokok Semalu yang pemalu
Ahh...apa yang hendak dimalukan!Memang ada dalam kalangan kita ni yang pemalu orangnya.Malu banyak perkara malu.Ada yang malu untuk berkata-kata.Ada yang malu untuk bertemu seseorang.Ada juga yang malu untuk makan banyak depan orang ramai.Pendek kata...macam-macamlah yang boleh dimalukan.

Kenapa seseorang itu mempunyai perasaan malu?Adakah sifat malu ini sudah lumrah atau sengaja dibuat-buat?Seringkali wanita sinonim dengan perasaan malu ini sehingga digelar golongan yang pemalu.Kalau lelaki jenis pemalu..camana pula tu!

Kalau nak malu...biarlah bertempat.Jangan pula semua perkara nak dimalukan.Contohnya malu untuk bertanya...haaa....kalau malu bertanya nanti sesat jalan.Baru padan muka.Malu nak makan...lapar kau!.Kalau tak ada rasa malu langsung pun bahaya juga.Nanti digelar muka tak malu.Elok saja kalau  malu-malu kucing....

Perkara paling tragis...apabila kita dimalukan.Tambah-tambah lagi kalau dimalukan di khalayak ramai.Tuhan saja yang tahu perasaan kita pada masa tu.Pengajarannya...janganlah memalukan orang lain kerana suatu masa nanti kita juga bakal dimalukan!

Sunday, June 26, 2011

Lilitkan lehermu dengan Singa

Tali leher singa
Kalau diminta untuk memakai tali leher bergambar singa macam kat atas tu...sanggup tak anda?haaa..jangan tak tahu,KM7 pernah memakai tali leher berkenaan 12 tahun yang lalu.Masa tu rasa ok jer...maklumlah masih muda belia..hehe...Jika diminta untuk memakainya sekarang....hmmm kena fikir beberapa kali dulu.

Gambar singa pada tali leher
Sebenarnya koleksi tali leher tersebut adalah pemberian daripada beberapa orang pelajar tingkatan 5D,semasa KM7 mengajar di salah sebuah sekolah di Miri,Sarawak dulu. Kononnya hadiah hari jadi lah tu.Budak-budak kat sana suka beri hadiah hari jadi kepada guru-guru mereka.Haa... kalau ada bekas pelajar KM7 kat Miri yang memberi hadiah tali leher tu...tengok...cikgu masih simpan hadiah tersebut dengan baik.

Garang tak singa tu?
Pelajar-pelajar yang memberi tali leher tersebut kepada KM7 begitu suka tengok KM7 pakai tali leher tu.Hai...gelak kat cikgu ker ...suka tengok singa tu?Atau ada maksud tersirat beri tali leher gambar singa tu?Hehe...tak ada lah kan...KM7 ni bukan garang macam singa-singa tu....Apapun...setiap pemberian daripada pelajar-pelajar...KM7 akan simpan baik-baik.Terima Kasih...Miri tetap dalam kenangan!

Saturday, June 25, 2011

Budak-budak sekarang tak pakai kain pelikat

Kain Pelikat pakcik Google

Sebut kain pelikat...teringat lagu yang dinyanyikan oleh Anuar Zain masa dia budak-budak dulu.Sebenarnya kain pelikat tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu di negara ini.Biasanya kain ini dipakai oleh golongan lelaki ketika menunaikan sembahayang...juga untuk pakaian bersantai terutamanya bagi masyarakat kampung.

Hari ini pemakaian kain pelikat dalam kalangan kanak-kanak lelaki nampaknya tidak popular lagi.Berbeza dengan tahun-tahun 60 an hingga 90 an dulu...budak-budak lelaki masa tu suka memakai kain ini semasa berada di rumah.Pada masa itu terdapat kain pelikat dalam saiz kecil untuk kanak-kanak.KM7 masih ingat,semasa budak-budak dulu pernah memakai kain pelikat kecil ini.

Sekarang ni rasanya susah nak dapat kain pelikat saiz budak-budak ni.Mungkin faktor kurang permintaan menyebabkan kain ini tidak terdapat di pasaran sekarang.Kalau sejak kecil tak biasa memakai kain pelikat...mungkinkah suatu hari nanti pemakaian kain pelikat akan dianggap sebagai kuno atau klasik?

Friday, June 24, 2011

Belajar atau bercinta di universiti?

Gambar hiasan Google
Dapat melanjutkan pelajaran ke IPT sama ada awam mahupun swasta menjadi kebanggaan semua.KM7 percaya semua yang diterima masuk ke IPT tu...mesti mendapat keputusan yang cemerlang semasa peringkat SPM,Matrikulasi,Asasi dan sebagainya.Persoalannya kenapa pelajar-pelajar ni tak mampu mengekalkan kecemerlangan mereka dalam peperiksaan di universiti?

Buktinya mengikut laporan Berita Harian Online 24/6/2011
Lebih 152,000 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) bakal ditamatkan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berikutan keputusan peperiksaan mereka di bawah 2.0 mengikut Prestasi Nilai Gred (PNG).
Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, jumlah pelajar yang ditamatkan pinjaman itu membabitkan pinjaman sebanyak RM632 juta. 

Sepatutnya pelajar-pelajar yang diterima masuk ke universiti ni belajar bersungguh-sungguh.Bukan sekadar pergi kuliah jer....Masa terluang tu rajin-rajinlah buat ulangkaji ker apa ker...Ini tidak...sebilangan mereka lebih suka menghabiskan masa lapang dengan berkepit dengan pasangan masing-masing.Kononnya sebagai sumber inspirasi dalam pelajaran.

KM7 percaya kalau seseorang itu betul-betul belajar di universiti, mustahil keputusan peperiksaan mereka seteruk itu...di bawah 2.0 PNG.Memang patutlah pinjaman PTPTN mereka ditamatkan sebagai pengajaran kepada pelajar-pelajar lain supaya menyedari tujuan mereka masuk ke universiti untuk belajar bukannya perkara-perkara lain.

Hidup dalam timbunan sampah

Gambar hiasan Google

Sedar atau tidak,setiap hari kita sering membuat sampah.Kalau seorang membuang satu sampah,bayangkan berapa banyak jumlah sampah terkumpul dalam satu hari.KM7 terbaca dalam akhbar Kosmo hari ini 23/6/2011 bahawa rakyat negara ini dianggarkan membuang 12,000 tan sampah setiap hari dan dijangka meningkat sehingga 30,000 tan sehari menjelang 2020.Komposisi sampah tertinggi ialah sisa makanan (45 peratus),plastik (24 peratus),kertas (7 peratus),besi (6 peratus)dan kaca (3 peratus).

Nampaknya sampah yang dihasilkan melalui sisa makanan paling tinggi.Apa tidaknya....setiap hari kita perlu makan untuk hidup.Tapi tak sangka pula banyak juga yang menjadi sisa makanan tu.Kalau sampah lain boleh dikitar semula,bagaimana dengan sisa makanan?ada ker yang sanggup kitar semula makanan supaya tidak membazir.

Sebagai generasi yang inginkan negaranya bersih,eloklah kita mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan setiap warga negara tidak suka membuat sampah.Kalau boleh guna lagi sesuatu barang tu...gunakanlah...biarpun dalam bentuk atau perkara lain.Sebabnya...kalau dibuang maka jadilah barang tu sebagai sampah.

Setiap kali melalui kawasan pembuangan sampah...pasti ramai yang menutup hidung.Tapi sedarkah kita bahawa sampah itu siapa yang menghasilkannya kalau bukan kita yang bergelar manusia!Haaaa...pandai buang lepas tu tau pula tutup hidung.Fikir-fikirkanlah....

Wednesday, June 22, 2011

Bila kali terakhir anda menukar tuala?

Dah mandi ker belum?Kalau dah mandi mesti guna tuala kan!Agaknya dah berapa lama kita tak tukar tuala tu?Maksud KM7...sejak bila tuala tu dibeli dan digunakan?Ada orang tak kisah....guna tuala yang sama bertahun-tahun...asalkan sering dibasuh.

Buat apa nak tukar kalau tuala tu jenis tahan lama,tahan lasak dan tidak lusuh.Biasanya tuala yang dibeli dengan harga yang mahal ni tahan agak lama.Memang berbaloi.....Kalau yang murah pun tahan lama juga  jika jarang digunakan.

Agaknya kriteria apa yang dipertimbangkan sebelum membeli tuala?Adakah harganya semata-mata?KM7 rasa selain harga, kita juga akan tengok dari segi warna, corak, saiz dan kelembutannya.Kalau lelaki mesti suka warna yang terang-terang.....dan penting juga corak tuala tu tidak berbunga!

Beg Mesra Alam Ribena

Beg merah Ribena
 Nampak tak beg mesra alam merah tu?
Kat bawah ni ada satu lagi yang berwarna purple.

Tuesday, June 21, 2011

Dunia semakin bercelaru...di manakah kita?

Semakin hari semakin banyak kes jenayah berlaku.Bukan saja di luar negara...di negara kita sendiri pun jenayah seperti memeras ugut,rogol,malahan membunuh sudah menjadi  perkara biasa.Ahhh...dunia kini sudah tidak selamat.Begitu banyak orang jahat sekarang ni yer....

Institusi keluarga sekarang pun tidak banyak membantu mengekang jenayah-jenayah ini daripada berlaku.Tengok sajalah contoh-contoh seperti sumbang mahram, dan yang terbaru seorang bapa yang bersekedudukan dengan anak perempuan sendiri sehingga mendapat 3 orang cahayamata.Jadi macamanalah kita nak membentuk generasi akan datang kalau ketua keluarga sendiri menunjukkan contoh yang tidak baik.

Satu lagi perkara yang membimbangkan....pasal kahwin sejenis yang semakin mendapat tempat...Menurut laporan Berita  Harian 21/6/2011;

PADA 17 Jun lalu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi Majlis Hak Asasi (UNHRC) meluluskan resolusi mengiktiraf hak asasi lesbian, gay, bisexual, transsexual (LGBT). Resolusi ini mengiktiraf hak berkaitan orientasi seksual dan kesamarataan jantina dan gender. Ia seterusnya mengiktiraf perkahwinan sejenis.

Wah...dunia semakin kelam-kabut....Banyak betul kecelaruan warga dunia sekarang ni.Kalau di Pahang pula...menurut akhbar hari ini ...jumlah lelaki melebihi perempuan.Awas....jangan sampai ada yang memilih sesama jantina sebagai pasangan hidup.

Apapun...eloklah kita berbalik kepada agama.....kerana semua agama mengajak umatnya ke arah kebaikan.

Monday, June 20, 2011

Akhirnya mencecah 1000 juga

Terima kasih kepada semua followers

Hari yang menggembirakan...Tengok kat atas tu....dah mencecah angka 1000 followers KM7 ni.Terima kasih buat semua yang sudi follow blog KM7 ni.Tanpa anda semua....tak bermakna blog KM7 ni....

Mari kita lihat siapa pengunjung bertuah yang menjadi follower ke 1000 tu.Ini dia....si cantik manis....Nurul Honey.Terima kasih yer Nurul kerana sudi follow. Followers ke 999,998 dan semualah...anda semua pun KM7 ucapkan terima kasih.Kepada yang baru nak follow tu...silakan....

Ini dia blog Nurul Honey...cantik backgroundnya....penuh dengan bunga-bungaan.Kepada yang nak berkunjung ke blog Nurul Honey ni,sila klik di SINI

Blog Nurul Honey...follower ke 1000

Pesanan buat semua

Gambar hiasan Google

Ujian keberanian itu 

bukanlah berani mati,

tetapi berani hidup.

Vittoro Alfieri



Rahsia kejayaan seseorang

dalam hidup adalah sentiasa

bersedia merebut peluang

yang datang

Benjamin Disraeli

Sunday, June 19, 2011

Di sebalik redup naunganmu

Topi koleksi KM7

Biarpun hanya bergelar sebuah topi....

menabur bakti buat nelayan,pesawah,pekebun,

juga mereka yang  bergelar buruh,

daripada terik si mentari.

Di sebalik redup naunganmu....

tersimpan seribu satu cerita suka duka,

bersama keringat membasahi diri

demi meneruskan kelangsungan hidup

buat anak isteri tercinta.

Saturday, June 18, 2011

Beli biskut.....dapat bekas comel

Biskut Oreo

Anak-anak KM7 suka makan biskut ni.Masa pergi pasaraya nampaklah biskut dengan free gift nya.Jadi apa lagi,terus beli.Hai...sebenarnya nak beli biskut ker nak kan hadiahnya?hmm dua-dua lah kot. Jangan tak tahu,kami sekeluarga gemar juga membeli makanan,minuman atau apa saja yang ada free gift cantik atau ekslusif.Sajalah nak buat koleksi.

Friday, June 17, 2011

Baju Medan koleksi 1969

Baju Medan tahun 1969

"Sungguh bergaya memakai baju Medan pada tahun 1969.Dipadankan dengan skirt labuh,ia sesuai dipakai untuk ke majlis-majlis keraian mahupun digayakan pada hari raya".Demikian ujar pemilik baju berkenaan,Puan Hjh. Napisah bt Daud yang masih menyimpan baju tersebut.

Pn. Hjh. Napisah bt Daud

"Keadaan ekonomi keluarga yang sederhana dengan bilangan adik-beradik perempuan yang ramai , memiliki baju berkenaan sudah dikira hebat pada masa tersebut".Ujar Pn Hjh. Napisah yang merupakan anak ketiga daripada 7 beradik yang kesemuanya perempuan.

Pandangan belakang baju

Nampaknya baju berkenaan masih dalam keadaan yang baik.Jangka masa yang sudah melebihi 40 tahun tidak menjejaskan langsung kualiti baju yang ditempah itu.Sebenarnya terdapat beberapa helai lagi  koleksi baju seumpamanya,tetapi sayang telah dimusnahkan atau dibakar bersama baju-baju lain suatu masa dahulu dek kerana sudah tak muat untuk dipakai.

Pandangan atas baju

Pandangan bawah baju

Selain baju Medan,Hjh Napisah juga mempunyai koleksi baju berikut yang tidak diketahui nama atau jenis gaya potongannya.Baju ini juga adalah koleksi akhir tahun 1960 an.

Pandangan hadapan

Kalau diperhatikan potongan tangan baju itu melebihi paras bawah baju.Macam baju yang dipakai oleh allahyarhamah Saloma dalam filem-filem P.Ramlee. Baju tersebut juga dalam keadaan yang baik.
Ditanya tentang tujuan menyimpan baju tersebut,Beliau menjelaskan perkara itu secara tidak sengaja.Anak bongsu beliaulah yang beria-ia menyelamatkan dan menyimpan dua helai baju berkenaan.Kalau tidak,alamatnya sudah musnah jugalah baju-baju tersebut.

Pandangan belakang baju

Baju tahun 60  an yang masih elok

Menurut Pn. Hjh. Napisah lagi,anak bongsunya  juga pernah memakai baju-baju berkenaan pada hari raya mahupun untuk majlis-majlis tertentu termasuklah majlis makan malam semasa di universiti.Nampaknya baju yang berusia lebih 40 tahun itu masih boleh digayakan lagi sekarang.

Nasihat beliau kepada generasi lama yang masih menyimpan baju-baju lama supaya menjaganya baik-baik kerana baju-baju sedemikian susah untuk didapati sekarang."Kalau adapun baju sekarang yang direka menyerupai baju dulu-dulu,ianya tidak setanding dengan baju-baju dahulu,terutamanya nostalgia kepada si pemakai".Ujarnya mengakhiri perbualan.

Pengukur Kelapa...anda ada?

Pengukur Kelapa

Dulu-dulu mana ada mesin parut kelapa,

ada pengukur kelapa ni pun sudah dikira bagus.

Cara nak guna...duduk jer kat atas badan pengukur kelapa tu,

kemudian parutlah kelapa pada matanya kat depan tu.

ala...senang jer,....

tapi awas.....takut terkena tangan...luka berdarah.

Bayangkan masa kenduri kahwin dulu-dulu

nak parut kelapa dalam jumlah yang banyak...

haaa...masa tu masing-masing kena bawa pengukur kelapa

dari rumah ke rumah pengantin.

wah..seronok dan meriah mengukur kepala kelapa ramai-ramai...

Thursday, June 16, 2011

Nostalgia Pengacip Pinang

Pengacip Pinang

Makan sirih mestilah dengan pinangnya.

Generasi kini entahkan kenal entahkan tidak pada pokok pinang.

Apatah lagi dengan si buah pinang.

Nak makan buah pinang...bukan sembarangan,

mesti ada pengacipnya.

Kalau nak tahu.... pengacip pinang kat atas tu

berasal dari negara China,

Dipercayai sudah berusia ratusan tahun.

Begitu seni ukiran pada pengacip pinang tersebut.

Rasanya pengacip pinang secantik itu

digunakan oleh golongan bangsawan.

Mustahil ia digunakan oleh rakyat jelata.

Dalam masyarakat Melayu di negara kita pun,

suatu masa dahulu

amalan memakan sirih pinang merupakan satu kemestian.

Kalau nak tahu cara penggunaan pengacip pinang,

eloklah bertanya kepada warga tua yang banyak pengalaman.

Perlukah Pusat Asuhan Anak di tempat kerja?

Selamat bekerja kepada yang sedang bekerja.Pada masa ini,di manakah anak-anak anda?Bagi anak-anak yang bersekolah,maka di sekolahlah mereka.Bagi yang masih kecil...tentunya berada di Pusat Asuhan Anak atau nursery.Kali ini KM7 akan berkongsi cerita pasal anak-anak di nursery.

Sedar atau tidak,nursery sangat penting buat ibu bapa yang bekerja.Maklum sajalah....sehari suntuk kita di tempat kerja,maka nursery lah tempat bergantung harap untuk menjaga anak-anak kita.Bayaran bukan soal utama asalkan keselamatan anak-anak terjaga.

Alangkah bagusnya kalau di tempat kerja masing-masing disediakan satu pusat asuhan untuk anak-anak pekerja.Jadi pekerja boleh terus ke tempat kerja bersama anak tanpa perlu berkejar ke tempat penjaga.Kan dapat menjimatkan masa dan kos petrol.Lagipun kalau dah berada satu tempat ni...boleh memberi ketenangan jiwa kepada kita yang bekerja.Tapi jangan pula ada yang mengambil kesempatan kerap melawat anak sehingga menjejaskan produktiviti kerja.

Penyediaan pusat asuhan anak di tempat kerja juga rasanya dapat mengurangkan masalah berhenti kerja dalam kalangan wanita.Betul tak?Sebab ada wanita yang berhenti kerja semata-mata untuk menjaga anak-anak mereka di rumah.Bukankah ini akan merugikan tenaga kerja negara?

Tidak dinafikan penyediaan pusat ini akan meningkatkan kos operasi sesebuah organisasi.Tapi untuk jangka masa panjang,KM7 rasa...ianya sangat berbaloi.Anda pula bagaimana?

Wednesday, June 15, 2011

Manisnya madu...pahitnya hempedu

Lebah Ciptaan:Koleksi KM7

Kecekalan sang lebah

mengumpul madu patut dipuji.

Madu sangat mujarab sebagai penawar penyakit.

Tapi "madu" yang satu ini

sering diperkatakan...

manis bagi seseorang yang memilikinya

tetapi penuh emosi bagi yang menghadapinya.

Ada apa dengan bunga raya....

Gambar Koleksi KM7


Gambar Koleksi KM7

Tuesday, June 14, 2011

Wanita muda tidak kisah bermadu sudah jadi trend

KUALA LUMPUR 13 Jun - Rela hidup berkongsi kasih atau bermadu kini menjadi trend bagi wanita berusia di bawah 30 tahun kerana kebanyakan lelaki yang sudah berkahwin kukuh dari segi kewangan.
Pegawai Psikologi Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Zaiton Mohd. berkata, mereka memilih lelaki yang sudah berkahwin kerana mahu bergantung hidup dengan golongan itu.
 "Lelaki yang sudah berkahwin juga lebih matang dan emosi lebih stabil berbanding dengan lelaki muda," katanya.

Monday, June 13, 2011

Tak Macho kah Lelaki itu kalau....

Gambar hiasan Koleksi KM7

Tak macho kah lelaki itu kalau....
Sering membantu isterinya melakukan kerja-kerja rumah,
mengemas,membasuh,memasak mahupun menjaga anak.

Tak macho kah lelaki itu kalau....
Tak merokok dan menghembuskan asap berkepul-kepul
di khalayak ramai.

Tak macho kah lelaki itu kalau....
Sering menyendiri dan menjauhkan diri
dari segala macam permasalahan dunia.

Tak macho kah lelaki itu kalau.....
Tidak mempunyai teman wanita keliling pinggang
buat penghibur di kala suka mahupun duka.

Tak macho kah lelaki itu kalau....
Tak pandai mengambil hati isterinya 
dengan mengingati tarikh-tarikh penting hubungan mereka.

Tak macho kah lelaki itu kalau...
Bergantung harap pada belas kasihan orang lain
dek kerana kelemahan dan kekurangan diri.

Tak macho kah lelaki itu kalau....
Menangis kerana kehilangan
orang tersayang dalam hidupnya.

Tak macho kah lelaki itu kalau....
Banyak memberi komen dan cerewet
dek kerana tak puas hati atas sesuatu perkara

Ahh...terlalu banyak persoalan...
Bukan senang menjadi seorang lelaki yang macho pada
pandangan seorang wanita.

Menyaksikan matahari terbenam di waktu senja

Selamat petang semua....Petang-petang kala mentari terbenam....begitu cantik panoramanya.Ayuh...bersama KM7 menyaksikan keindahannya.Sangat sesuai dan romantis bagi pasangan bercinta.....Awas...jangan rapat-rapat...waktu senja banyak syaitan menggoda.hehe..

Sungguh mendamaikan


Begitu indah ciptaan Tuhan


Memberi ketenangan
Semua foto di atas dipetik daripada Google

Sunday, June 12, 2011

Sayangkan anak,tangan-tangankan,Sayangkan isteri,tinggal-tinggalkan,Sayangkan baju.....?

T Shirt Sarawak yang penuh kenangan

Sayangkan baju....nak buat apa yer?pakai?simpan?beri kepada orang?.Macam-macamlah boleh buat kan.KM7 nak cerita satu baju kesukaan KM7 ni...gambar kat atas tu....T-Shirt ni dah lama beli masa kat Sarawak dulu.Rasanya dah lebih 10 tahun kot dalam simpanan.
Sebab sayanglah T-Shirt tu masih dalam simpanan.Sekarang ni baju tu dah masuk kotak.hehehe.....Tunggulah beberapa tahun nanti akan dikeluarkan semula.Sebelum masuk kotak...ambil gambar dulu yer.Kasi zoom sikit...


Gunung Mulu National Park:Belum sampai lagi ke sini...

Melalui T-Shirt juga kita dapat mengenali sesuatu destinasi dalam mahupun luar negara.Bertuahlah sesiapa yang selalu ke luar negara tu,dapat beli T-Shirt cantik-cantik kat sana.Kalau KM7...beli T-Shirt tak semestinya mahal....janji berkenan dengan warna atau gambar-gambar lukisan kat baju tu.


Bahagian atas belakang baju.KM7 suka logo hornbill tu

Oklah....itu saja pasal baju kesayangan KM7.Ada beberapa helai lagi T-Shirt yang turut sama masuk kotak...nanti KM7 cerita dalam entri lain.Terima kasih kerana membaca entri ini.

Pembersihan Blog List

Ehh...kenapa pula ni...nak bersihkan bloglist?Kat mana kotornya sehingga perlu dibersihkan tu?hehe...Sebenarnya dalam sehari dua ni KM7 dalam proses pengemaskinian bloglist KM7 ni.Mana-mana link blog yang tiada kaitan akan dibuang daripada bloglist KM7.

Alamak...link blog mana yang tiada kaitan tu?Jangan risau...bukan semua link blog terlibat.KM7 cuma akan buang link blog yang tak linkkan blog KM7 ke blog mereka jer.Haaa...baru adil kan...Orang berbudi kita berbahasa.

Mmmm.... kepada mana-mana blogger yang ada linkkan blog KM7 ke blog anda...tapi KM7 belum linkkan blog anda dalam bloglist KM7...tolong maklumkan yer....nanti KM7 akan masukkan.Kepada mana-mana link yang KM7 buang dari bloglist KM7....jangan marah yer...sebab dah lama link tu kat situ.....

Ok..Terima kasih kepada semua blogger yang telah sudi bertukar-tukar link dengan blog KM7.Selamat berblogging.

Piala FA : Tahniah Terengganu

Tahniahlah kepada pasukan Terengganu yer kerana menjuarai Piala FA.Hmm sedih juga dengan kekalahan pasukan Kelantan ni...tapi nak buat camana kan...dah itulah keputusannya.Ingatkan dah boleh menang,rupa-rupanya tak jadi.

Dengan kemenangan 2 -1,pasukan Terengganu boleh berbangga kerana berjuang sehingga ke saat-saat akhir.....tanpa berputus asa.Kepada The Red Warriors...teruskan perjuangan kerana kalah menang adat pertandingan.

Apapun...esok Kelantan bercuti........

Saturday, June 11, 2011

Kerana sehelai jean...rosak kain semesin basuh

Gambar hiasan Google

Pagi-pagi lagi dah bengang!...Kenapa pula tu?Ini kisah sehelai jean anak lelaki yang dibasuh bersama pakaian lain dalam mesin basuh.Habis turun warna hitamnya kepada pakaian lain.Jean tu baru dibeli dari sebuah pasar raya.Kira branded jugalah...tapi tak sangka...warna hitamnya tu boleh luntur....

Apa yang menyedihkan....kat dalam mesin basuh tu ada banyak pakaian lain yang baru-baru,cantik-cantik...telah mendapat kesan hitam jean tersebut.Maka rasanya tak dapat diselamatkan lagi baju-baju lain tu.Nak pakai pun nampak pelik jer.Lepas ni kira buang jer la kot.

Pengajarannya...kalau beli pakaian baru,tak kira mahal ke murah..apabila nak basuh,mesti diasingkan daripada pakaian lain.Kalau ada pakaian yang kita sayang....jangan basuh guna mesin basuh...basuh guna tangan sendiri jer.isshh...rajin ker membasuh pakaian guna tangan sendiri ni.....

Friday, June 10, 2011

Hari Jumaat : Perjumpaan Keluarga

Perjumpaan kanak-kanak

Hari ini sempatlah KM7 balik kampung sempena cuti hari Jumaat.
Kebetulan diadakan sedikit jamuan untuk ahli keluarga terdekat.
Maka berkumpullah mana yang sempat datang.

Ada acara makan-makan

Maka seperti biasa....kalau dah jumpa mesti ada acara makan-makan.
Sambil makan-makan....adalah cerita masing-masing. 
Ada lagi beberapa orang yang tak sempat masuk gambar...

Sebahagian VIP majlis perjumpaan

Seronok juga kalau sekali-sekala dibuat perjumpaan untuk ahli keluarga.
Selain dapat mengetahui perkembangan masing-masing,
dapat juga mengeratkan silaturrahim ahli keluarga.Terutamanya generasi muda.

Sebahagian kanak-kanak yang sempat bergambar

Anak saudara...Fahmi Hakim