expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, July 30, 2011

Ke mana KM7 menghilang?

Apa khabar semua?
Sudah 3 hari KM7 tak update blog.
Kenapa tu...merajuk ker?
Taklah...sebenarnya KM7 tak sempat nak update blog.
28 hingga 30 hb tu KM7 pergi bercuti
bersama keluarga.

Wednesday, July 27, 2011

Main tarik Upih

Main tarik upih
Pernah tengok permainan tarik upih?

atau anda sendiri pernah merasainya

suatu ketika dahulu....

Tentu seronok kan menarik rakan dengan upih.

Lebih seronok apabila giliran kita ditarik.

Tapi kalau macam gambar di bawah ni apa hal pula?

Tarik...tarik...

Tuesday, July 26, 2011

Paluan kompang...penyeri majlis

Pasukan Kompang sekolah
Kompang...tidak asing lagi bagi masyarakat Melayu.Paluan kompang dengan iramanya yang tersendiri  akan membuatkan sesuatu majlis itu bertambah serinya.Selalunya kompang ni dimainkan untuk majlis perkahwinan.Tak kurang hebatnya alunan kompang juga diperdengarkan dalam sesuatu majlis perasmian yang dihadiri oleh tetamu VIP.

Berikut maklumat tentang kompang yang KM7 petik daripada sumber Wikipedia..

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.
Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.
Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

 
Gambar belakang bahagian kompang. Kelihatan gelung plastik tebal yang digunakan bagi menala bunyi kompang dengan menyelit antara bingkai dan kulit penutup. Pada waktu dahulu, rotan digunakan.

Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyanyi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahasa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.

Monday, July 25, 2011

Ini kisah kasut

Kasut....biarpun dipakai di kaki,namun ada yang sanggup berhabisan wang untuk membelinya.Ahh...siapakah yang memiliki kasut-kasut mahal itu?Kalau bukan kita...tentunya orang lain...Bagi lelaki,mungkin tidak sekerap wanita dalam soal menukar kasut.Rasanya ada yang memakai kasut tu sampai koyak baru tukar yang baru.Golongan wanita sering menggayakan pelbagai kasut mengikut warna baju...Hmmm nasib baik lelaki tak macam tu.

Soal berapa pasang kasut yang dimiliki...bergantung kepada jenis pekerjaan yang  kita lakukan.Juga bergantung kepada jenis aktiviti yang diceburi.Mahal atau murah....tengoklah kepada keupayaan kewangan masing-masing.Janganlah ada yang sanggup berhutang semata-mata nak beli kasut baru,sedangkan kasut lama masih elok.

Kat sini KM7 nak kongsi satu gambar kasut yang menarik....(sila lihat di bawah).Kasut ni bukan untuk dipakai,cuma sebagai cenderahati.Nampak cantik kan!Sebenarnya kasut tersebut didatangkan dari negara China.Harganya RM 25 untuk sebelah.Dah nama untuk perhiasan...maka beli sebelah pun dah cukup kan...Lagipun memang tak dijual sepasang pun...bimbang ada yang cuba pakaikan untuk anak-anak kecil.Hehe...

Kasut dari China

Timba Upih

Peribahasa perigi mencari timba....Haa..ni dia timbanya...Kalau dulu timba ni diperbuat daripada upih.Apa ke benda pula upih ni?Upih ni sebenarnya kelopak daun daripada pokok pinang.Tengoklah kreatifnya orang dulu-dulu,upih ni dibentuk sedemikian rupa menjadi timba.Diikat dengan tali...lalu bolehlah digunakan untuk mengangkut air di perigi.

Mari kita saksikan rupa bentuk timba upih di bawah ni...

Bahagian luar timba upih

Sunday, July 24, 2011

Apa yang Tersirat

Koleksi KM7

Setiap orang mempunyai tanggapan

yang tersendiri apabila melihat sesuatu.

Apa yang tersurat di depan mata,

membawa seribu satu makna

yang tersirat.

Itupun.... bagi mereka yang mengerti.

Saturday, July 23, 2011

Kereta Kuda Kerajaan Solo

Pernah naik 
kereta kuda?
 Kali ini mari kita
saksikan kereta kuda lama.
Buatan tahun 1898 ni tau!
Kereta kudanya masih ada,
cuma kudanya...dah tiada
kena ganti dengan kuda baru.
Cantik sungguh
kereta kuda ni.
Biasanya digunakan
sebagai kenderaan
pengangkutan kerajaan,
istana dan pembesar agama.
Agaknya 
tak penat ker
kuda-kuda yang
menarik kereta ni?
Maklumat lanjut,
sila baca di bawah...

Friday, July 22, 2011

Nama blog pun nak sulam pada T-Shirt

Kalau tanya blogger semua...sayang tak pada blog anda?mestilah sayang kan...Jadi kalau sayang apa tandanya?Maaflah banyak soal pula.Sebenarnya KM7 nak tunjukkan tanda sayang pada blog KM7 ni dengan mengabadikannya pada T-Shirt.

Hari ini KM7 beli 2 helai T-Shirt dengan sulaman nama blog Kembara Minda 7 tertera di kedua-dua helai T-Shirt tersebut.Jom saksikan....Sehelai T-Shirt hijau dengan nama blog di bahagian depan baju.Manakala sehelai lagi T-Shirt biru dengan nama blog di bahagian belakang baju.Pasal harga...biarlah rahsia....Lepas ni bolehlah pakai T-Shirt tu ke mana-mana...Amacam?Ok tak T-Shirt tu!

T-Shirt hijau KM7

T-Shirt biru KM7

Jom pakai terompah

Terompah Google
Siapa ada terompah....sila angkat tangan....Hmmm tak ramailah.Kenapa tak buat koleksi terompah ni?Susah kan nak pakai terompah ni buat berjalan-jalan pergi shopping ker atau untuk bersiar-siar di pantai.

Sebabnya,sesorang yang memakai terompah ni perlu berhati-hati semasa berjalan.Bimbang juga kalau terjatuh kerana tapaknya agak licin.Tapi kalau dah biasa pakai tu...takde hal lah...

Terompah dulu-dulu simple saja.Tapi terompah sekarang ni macam-macam jenis,macam-macam ukiran dan lukisan.Nampak cantik dan bergaya.Sesuai juga untuk dipakai bersantai.Yer..lah kan,kalau terompah dulu-dulu tu pakai kat bilik air saja.Sekarang ni boleh dipakai untuk ke pasar juga.

Satu perkara yang menarik perhatian KM7,ada juga terompah bersaiz kecil untuk budak-budak.Selain itu keychain terompah pun ada juga.Mungkin ada dalam kalangan kita yang suka buat koleksi keychain terompah ni.Bagus juga tu!

Thursday, July 21, 2011

Ucapan Birthday dalam facebook

Petikan FB KM7


Terharu...sungguh terharu....Penuh wall facebook KM7 hari ini dipenuhi  dengan ucapan dan iringan doa sempena hari jadi KM7 hari ni.Setakat ini sudah 140 ucapan diterima melalui wall FB.Kalau kat sekolah tadi,pelajar berduyun-duyun (amboi...tak sangka ada yang ambil tahu tarikh birthday cikgu dia!) mengucapkan "selamat hari jadi",kat dalam facebook pun tak kurang meriahnya.

Sekali lagi setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua kawan,pelajar,bekas pelajar dan rakan blogger yang menitipkan ucapan buat KM7 hari ini.Ingatan kalian sentiasa dihargai KM7.Kat bawah ni sedikit sedutan ucapan kat FB KM7.....


Sebahagian sedutan ucapan dalam FB

Selamat Hari Jadi KM7

  
   Entri  khas buat diri sendiri.....


   Hari-hari yang berlalu

  terasa begitu pantas.

  Hari ini 21 Julai....

  "Selamat Hari Jadi buat KM7."

  Bertambah lagi usia...

Semoga panjang umur,

murah rezeki,
                                                   diberikan kesihatan yang baik

dan sentiasa diberkatiNya.


p/s:Terima kasih kepada semua
yang menitipkan ucapan buat KM7

Tuesday, July 19, 2011

Cenderahati:Beli atau tidak?

Seronok memilih cenderahati

Kalau pergi ke sesuatu tempat....atau dengan kata lain pergi melancong...jangan lupa membeli buah tangan atau cenderahati untuk dibawa pulang.Kalau ditanya kenapa mesti membeli buah tangan?haaa...jawabnya senang jer..sebagai kenang-kenangan untuk diri sendiri mahupun buat orang-orang tersayang yang tak ikut sama semasa kita melancong tadi.Betul tak?

Monday, July 18, 2011

Mengapa harus Cincin!

Gambar Hiasan:Google
Cincin...sesuatu yang tidak asing lagi bagi sesuatu majlis pertunangan mahupun perkahwinan.Upacara menyarungkan cincin seolah-olah satu kemestian.Soalnya...mengapa mesti cincin?

Entahlah...mungkin cincin ada aura tersendiri untuk kedua-dua majlis tersebut.Selain itu,cincin juga dikatakan sebagai lambang penyatuan dua jiwa.Aduhai...betul ker?

Harga cincin juga menjadi ukuran.Adakah semakin mahal harganya maka semakin tinggi nilai kasih-sayang yang dicurahkan?Jawapan ada ada pada si pemberi dan si pemakai cincin.

Bagi kaum wanita,pemakaian cincin sudah menjadi lumrah.Bagi lelaki pula...ada juga yang tak suka pakai cincin ni.KM7 sendiri memang tak suka pakai cincin.Rasa rimaslah jari-jemari ni.Hmmm... cincin pertunangan dan perkahwinan dulu pun dah lupa letak kat mana.Hehe...kesian!Ehhhh...adalah...dalam simpanan.Takkan nak letak sembarangan tempat kan!

Agaknya sampai bilalah cincin akan bertahan sebagai simbol cinta untuk satu ikatan pertunangan mahupun perkahwinan.Tunggu sajalah....

Sunday, July 17, 2011

Ayam makan duit?

Gambar hiasan:Google

Masih ingat dengan tabung ayam?haa..suatu ketika dulu tabung ayam macam ni sangat popular.Kat rumah-rumah mesti ada tabung ni kan!

Saturday, July 16, 2011

Dah 6 tahun rupanya....

Selamat Hari Jadi

yang ke 6

buat Imdad.

Hari ini 16 Julai.....

genaplah 6 tahun usia

anak sulung KM7 ni.

21 Julai nanti

birthday papa nya pula!

Seronok...kami berkongsi

bulan kelahiran yang sama.

Anak ke 2 KM7,perempuan.

Berkongsi bulan kelahiran

yang sama dengan ibunya.

Penjual rambutan yang menipu

Gambar Hiasan
Murah..murah....RM 5 untuk 2 kilo.Wah...patutlah ramai orang membeli rambutan kat sini.Situasi ini berlaku di sebuah pasar tani.KM7 pun apa lagi...beli jugalah 2 kilo buah rambutan yang dah siap dimasukkan ke dalam plastik tu.

Setibanya di rumah,keinginan untuk makan buah rambutan hilang begitu saja.Nak tahu kenapa?Setelah dikeluarkan ke semua buah rambutan tu...didapati lebih 15 biji yang dah buruk atau hampir tak boleh dimakan.

Ciss! geram betul..rupa-rupanya penjual tadi letak buah yang cantik dan segar kat bahagian atas,manakala yang dah rosak tu kat bahagian bawah plastik.Patutlah rambutan yang dijual tadi dah siap dimasukkan dalam plastik awal-awal lagi.

Memanglah KM7 tak selidik dulu..tapi sebagai penjual,tindakan sedemikian boleh dikategorikan menipu pembeli.Kalau nak jual juga..beritahulah pembeli hal sebenarnya.Ini tidak..siap timbang depan kita lagi cukup-cukup 2 kilo timbangannya.Ingatkan sebab beli 2 kilo tu dapat harga murah.Rupa-rupanya jual buah yang bercampur dengan yang dah rosak.

Penjual macam tu...lambat-laun akan mendapat balasan yang setimpal.Ingatlah...hari ini awak berjaya tipu orang dalam jualan awak...esok lusa mana tahu awak akan dapat balasannya!Pengajarannya kat sini,kalau kita nak membeli apa-apa buah yang telah dipacking,eloklah kita minta penjual tu buka dulu...Kalau dia tak mahu buka..tak payah beli!Satu hal lagi berhati-hatilah kalau membeli sesuatu yang dikatakan murah berbanding penjual lain.Mesti ada sesuatu yang tak kena tu.

Lepas ni tak mahu beli rambutan lagi...nak beli strawberi lah pula.Hahaa....

Friday, July 15, 2011

Dari Titik Peluh Sendiri

Gambar Hiasan
Hadith :
Dari Zubair bin Awwam r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Apabila kamu menyiapkan seutas tali, lalu pergi mencari kayu api, kemudian dibawanya seikat kayu di punggungnya lalu dijualnya dan Allah memberi kecukupan bagi keinginannya, itulah yang lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada orang ramai diberi ataupun tidak.”
(al-Bukhari)
 
Huraian
Orang yang berjaya ialah orang yang mampu menempuh berbagai rintangan dan cabaran dalam hidup. Walau daripada mana ceruk asal seseorang itu, sekiranya dia rajin berusaha maka kejayaan akan menjadi miliknya. Bukankah rezeki Allah S.W.T ada di mana-mana. Cuma yang bakal menentukan hanyalah ‘mahu’ atau ‘tidak’ kerana kemalasan akan menjunamkan seseorang itu ke lembah kehinaan. Begitu juga dengan sikap malu hendaknya biarlah bertempat. Kata orang malu bertanya sesat jalan, malu makan perut lapar dan malu dalam mencari rezeki alamat hidup akan melarat. Sesungguhnya Islam memandang mulia pada manusia yang bekerja membanting tulang empat kerat untuk mencari sesuap nasi atau rezeki yang halal berbanding dengan mereka yang hidup meminta-minta daripada orang lain.
 
Sumber:JAKIM 

Wednesday, July 13, 2011

Membohongi Anak-anak

Gambar Hiasan
Mungkin ada sebab
Sesekali kita membohongi anak-anak.
Sama ada untuk menyelamatkan keadaan
mahupun melindungi sesuatu kebenaran.

Tapi sedarkah....
Perbuatan sekali berbohong itu
akan diiringi sepuluh pembohongan yang lain.
Lambat laun anak-anak akan sedar juga
yang mereka dibohongi.
Lantas mereka juga
akan melakukan perkara yang sama
kepada rakan-rakan,adik beradik
dan ibu bapa juga!

Jadi berkata benarlah
biarpun ia pahit....
Anak-anak ibarat kain putih.
Jika putih yang kita corakkan
maka putihlah mereka.

Wordless Wednesday:Alahai Romantiknya

 

Adakah  anda  seromantik zirafah itu?haha..

Tuesday, July 12, 2011

Ini kisah bilik tidur

Gambar hiasan Google
















Tentu seronok jika mempunyai bilik tidur yang luas dan selesa.Kemudian dihias indah bak bilik pengantin.Alamak..ada ker orang yang sanggup menghias bilik tidur mereka macam bilik pengantin sepanjang masa ni?Kalau ada..anda memang rajin!

Kisah penjual ubat dengan ularnya

Gambar hiasan

Ular...ular....

Semua kenal ular.

Macam-macam jenis ular ada....

Ada yang takut dengan ular,

ada juga yang suka akan ular

sehingga dijadikan haiwan kesayangan.

Pernah tengok penjual ubat...dengan ular-ularnya?

Kenapa yer penjual ubat di kaki-kaki lima ni

suka menggunakan ular sebagai daya tarikan?

sedangkan ular-ular tu tak ada kaitan pun dengan ubat yang dijual.

Monday, July 11, 2011

Untuk apa Lagi

Gambar Hiasan
Untuk apa lagi

aku menunggu dan menanti

sesuatu yang belum pasti.

Memang.....

aku alpa pada kenyataan.

Sesuatu yang indah dan berharga 

sebenarnya sudah berada di depan mata.

Terima kasih Tuhan

kerana menyedarkanku

sebelum terlewat waktu.

Janda glamor

MARANG: Berbekalkan sepotong kain batik yang dipuja dikenali sebagai kain ular berlaki atau mengawan, seorang wanita mendakwa pernah memiliki lebih 200 teman lelaki sepanjang lima tahun dia menjanda, sejak 2003 sebelum berkahwin semula pada 2008.

Akibat terlalu mengikut nafsu dan ghairah mendapat kasih sayang lelaki, wanita yang mahu dikenali sebagai Nora, 50, dari bandar ini berkata, ketika zaman ‘gemilang’nya itu dia bukan saja berjaya memancing lelaki bujang berusia 30 hingga 60 tahun, malah menjalin hubungan dengan suami orang.
Nora yang kini bergelar nenek mendakwa dia memiliki sepotong kain dinamakan kain ular berlaki yang mampu menarik minat lelaki kepadanya selain minat mendalamnya mempelajari ilmu kebatinan sejak remaja bagi menambahkan seri wajahnya.

“Kain yang tersimpan sejak 34 tahun lalu itu saya dapat daripada seorang wanita di bandar ini dan bermula daripada situ hidup saya berubah apabila sering menjadi tarikan lelaki.

“Kain batik itu istimewa kerana ada sepasang ular mengawan di bawahnya. Ia kemudian dipuja dengan ayat tertentu yang saya tidak tahu sebelum boleh digunakan sebagai penyeri, pelaris dan pengasih,” katanya. 
Nora berkata, cara penggunaan kain itu mudah iaitu hanya disimpan di dalam beg atau dompet, namun perlu berhati-hati kerana ia tidak akan mujarab jika suami atau lelaki tahu mengenai kewujudan kain itu dalam simpanannya.

Nora berkata, melihat dirinya menjadi tarikan lelaki, ibu bapanya menyuruhnya berkahwin pada 1981 dan mendapat sembilan anak.

“Walaupun sudah berkahwin, masih ada lelaki yang mahu mendekati, tetapi saya pandai menyembunyikan rahsia itu daripada pengetahuan suami,” katanya yang kini mempunyai 10 cucu.
Menurutnya, akibat pergolakan rumah tangga berikutan diburu lelaki yang terpaut dengannya, dia bercerai pada 2003 dan dalam menjanda selama lima tahun.

Berbekalkan kain ular berlaki itu, dia memikat ramai lelaki untuk menjadi kekasihnya dan sepanjang lima tahun menjanda dia mendakwa mempunyai lebih 200 teman lelaki.

Bagaimanapun, Nora berkata dia tidak pernah melakukan hubungan seks dengan mereka, sebaliknya sekadar berseronok seperti berbual dan keluar minum bagi menghilangkan kebosanan.
“Bagi mendapatkan lelaki bagaikan memetik jari dan mereka akan mendekati sama ada meninggalkan nombor telefon atau mempelawa saya keluar bersiar-siar,” katanya.

Nora yang bekerja sebagai peniaga sambilan produk kecantikan berkata, dia mempercayai kain yang dipuja itu memberi kuasa dalam hidupnya hingga mudah mendapatkan lelaki tanpa perlu berkata-kata.

Menurutnya, selepas lima tahun menjanda, dia berkahwin kali kedua dengan seorang lelaki berusia 10 tahun lebih muda daripadanya pada 2008.
“Bagi menguji keberkesanan kain itu, saya pernah meletakkannya di dalam dompet suami tanpa pengetahuannya dan tidak lama selepas itu, suami hilang nafsu seks kepada saya,” katanya.

Namun katanya, lama-kelamaan kain itu menimbulkan banyak masalah kerana dia masih menjadi tumpuan lelaki sehinggakan untuk sukar menjalankan urusan harian selain bimbang tembelangnya mempunyai ramai kekasih diketahui keluarga dan rakan.

“Saya sudah tua dan hidup pada usia ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mencari keredaan Ilahi atas kesilapan lampau,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata umat Islam haram mempercayai perkara tahyul dan khurafat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh berkata, mempercayai unsur yang tidak diajar agama boleh menjejaskan akidah seseorang kerana setiap yang dijadikan Allah adalah sempurna.
“Orang Islam sepatutnya tidak menjadikan makhluk lain seperti jin dan syaitan sebagai tempat untuk mereka meminta pertolongan bagi tujuan tidak baik.

“Justeru itu, mereka yang sudah terlanjur mengamal ilmu tidak menepati syariat Islam wajib meninggalkan perbuatan itu dan pulang ke pangkal jalan selain mendalami ilmu agama dengan lebih sempurna,” katanya. 

(sumber mymetro 11/7/2011)

Sunday, July 10, 2011

Beli gelas RM1.92, jual semula RM90,779

Tak sangka betul ada koleksi gelas lama 

mendatangkan keuntungan besar kepada pemiliknya.

Jom pergi selongkar almari masing-masing...

manalah tahu kot-kot dalam almari kita tu 

ada juga koleksi gelas lama yang boleh mendatangkan 

pulangan lumayan.

TIGA gelas pada abad ke-18 yang dilelong pada harga RM90,779 selepas dibeli dengan kos RM1.92 oleh seorang wanita di Portsmouth.

LONDON - Seorang wanita terkejut apabila mendapati tiga gelas yang dibelinya pada satu jualan but kereta dengan harga 40 pence (RM1.92) satu gelas di Portsmouth berjaya dilelong pada harga £18,880 (RM90,779), lapor sebuah akhbar semalam.

Selepas dia membeli gelas itu, wanita tersebut membawanya ke sebuah firma lelongan di Chichester, Sussex Barat untuk mendapatkan pandangan pakar mengenai nilainya.

Wanita itu meminta maaf kepada beberapa kakitangan firma itu jika tindakannya membawa gelas murah tersebut akan merugikan masa mereka.
Namun, kakitangan itu mendapati, gelas itu bernilai tinggi kerana ia dihasilkan oleh pembuat gelas terkenal pada abad ke-18, William Beilby.
Ia dilelong oleh firma Stride and Son pada harga pada harga £18,880 termasuk yuran yang dibeli oleh seorang pembeli. - Agensi
(sumber:Kosmo Online 10/7/2011)

Hari-hari makanan segera?

Gambar hiasan Google


Sebut pasal makan....macam-macam makanan ada.

Ada yang suka makanan yang dimasak sendiri,

tak kurang juga yang suka makanan segera.

Dunia moden dan kesibukan kerja

menyebabkan ramai yang memilih untuk makan makanan segera.

Anak-anak sekarang ni suka sangat

kalau dibawa ke restoran makanan segera.

Pengambilan makanan segera yang kerap

boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan.

Persoalannya....... sekerap mana kita patut 

mengambil makanan segera?

Saturday, July 9, 2011

Asal-usul nama kampung

Ramai juga dalam kalangan kita yang berasal dari kampung.Tapi tahukah kita asal-usul nama kampung kita tu?Generasi muda agaknya tak berapa nak ambil tahu asal-usul nama kampung mereka.

Kalau diperhatikan nama kampung kebanyakannya ada kaitan dengan persekitaran seperti nama pokok,nama bunga dan ada juga diambil dari nama binatang.

Apapun nama kampung itu,hanya orang dulu-dulu juga yang tahu kenapa nama kampung itu dinamakan sedemikian.Kadangkala  ada nama kampung yang kita rasa macam lucu jer....tapi bagi orang dulu-dulu mungkin biasa jer....malahan satu kebanggaan buat mereka.

Nama melambangkan identiti.Jadi nama kampung itu akan melambangkan identiti kampung itu.Justeru rasanya tak perlulah ditukar-tukar nama kampung yang sudah dikenali ramai.Sebagai generasi baru,rasanya wajarlah diusahakan untuk mendokumentasikan asal-usul nama-nama kampung agar terus diingati.

Alangkah bagusnya kalau ada pihak-pihak tertentu yang membuat kajian tentang perkara ini...seterusnya membukukannnya untuk pengetahuan generasi akan datang.Mungkin ada yang menyatakan mustahil kerana di negara kita terdapat begitu banyak kampung.Namun...sesuatu kejayaan itu bermula dengan langkah pertama.Kalau tiada pihak yang ingin memulakannya....maka mustahil perkara ini menjadi realiti.

Thursday, July 7, 2011

Taqwa dan Tawakkal

Foto Hiasan
Foto Hiasan
Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah,

nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar,

dan memberinya rezeki dari arah yang

tiada disangka-sangkanya.

Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah,

nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.

Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan

(yang dikehendaki)Nya.

Sesungguhnya Allah telah mengadakan

ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

(At-Talaq:2-3)

Seronoknya merempit di jalan raya

Mat Google merempit
Biar apapun istilah yang digunakan...sama ada mat rempit, pelumba haram mahupun samseng jalanan, hakikatnya sama... berlumba motor secara haram di jalan raya.

Fenomena ini sudah biasa dalam kalangan remaja.Macam tak ada kerja lain nak dibuat,remaja ni sering melepaskan gian berlumba motor di jalan-jalan raya.

Banyak faktor yang mendorong mereka merempit.Antaranya sikap remaja itu sendiri yang inginkan keseronokan..atau ingin diterima oleh rakan sebaya yang lain.Mereka pantang dicabar...maklumlah darah muda!Ditambah pula kurangnya pengawasan daripada ibu bapa...maka aktiviti ini terus berleluasa.Kalau ibu bapa tak belikan motor untuk anak-anak mereka,ada juga yang pinjam motor kawan untuk merempit.

Ada juga yang merempit untuk hadiah.Sama ada berbentuk wang pertaruhan mahupun dalam bentuk lain seperti ganjaran gadis.Si gadis ni pun satu hal juga suka dijadikan mangsa mat rempit yang menjuarai sesuatu pertandingan.

Sedar tak...aktiviti merempit ini banyak keburukannya.Terutamanya kalau berlaku kemalangan.Seperti petikan laporan akhbar.....

PASIR MAS: Empat remaja yang berlumba haram maut apabila motosikal yang ditunggang mereka merempuh satu sama lain dalam kejadian di Kampung Banggol Chicha, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mereka ialah Mohd Amirul Afiq Baharom, 17, Raja Ahmad Muzamil Raja Mansor, 18, Mohd Fikri Mat, 19, dan Abdul Muhaimin Makhtar, 21.
"Mereka mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan semuanya maut di tempat kejadian," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.(Berita Harian Online 7/7/2011)

Alangkah ruginya remaja yang menjadi pewaris negara pada masa hadapan yang mati begitu sahaja.Kadang-kadang timbul rasa geram juga apabila berhadapan sekumpulan remaja yang berlumba ni...Mereka seolah-olah tidak mengendahkan kenderaan lain.Sudah beberapa kali KM7 terserempak kumpulan mat rempit yang melanggar lampu isyarat merah.Sengaja mencari nahas mereka ni!

Kepada remaja sekalian....kalau anda berbakat dan nak jadi pelumba terkenal....berlumbalah di litar yang betul yang telah disediakan.Jangan merempit di jalan raya yang boleh mengundang keecelakaan kepada diri sendiri mahupun pengguna-pengguna jalan raya yang lain.Kalau tak sayang pada nyawa sendiripum...ingatlah pengguna jalan raya yang lain sayang akan nyawa mereka.

Tuesday, July 5, 2011

Apa istimewanya teksi?

Teksi Pakcik Google
Dah lama tak naik teksi ni.Maklumlah sejak ada kereta sendiri...takkan nak naik teksi pula kot.Dulu-dulu selalu juga naik teksi ni untuk ke bandar mahupun ke sekolah.

Kalau kat Kelantan ni teksi lebih dikenali dengan kereta sewa.Manakala teksi pula merujuk kepada beca.

Pengalaman menaiki teksi ni macam-macamlah kan.Masih ingat lagi kalau nak naik teksi...mesti pilih kereta yang baru-baru.Sebabnya kebanyakan teksi dulu-dulu boleh dikategorikan dah lanjut usia.Mungkin sebaya dengan pemandunya.Lagi satu...dulu-dulu tak banyak teksi yang ada pendingin hawa.

Paling tak best kalau dapat pemandu yang sangat peramah...letih nak menjawab soalan mereka.Kalau kita diam...mungkin ada penumpang lain yang peramah akan bersembang dengan pemandu tersebut.Maka jadilah sesi perbualan hebat...yang kadang-kadang membosankan kita,terutama kalau perkara yang dibincangkan itu isunya tidak menarik perhatian kita.

Tak menarik juga kalau ada dalam kalangan pemandu teksi mahupun penumpang yang lain merokok sepanjang perjalanan.Memanglah anda bayar tambang .....tapi asap rokok anda tu boleh  mengganggu kesihatan saya!Ada juga pemandu yang suka memainkan muzik yang kuat dalam teksi mereka.Lagu dangdut lagi tu!

Pasal tambang...tak pasti pula berapa tambang teksi sekarang ni bagi setiap 1 kilometer perjalanan.Agaknya tambang sekarang sudah tinggi berbanding 10 tahun yang lalu.

Hmm...kalau berpeluang...jom kita naik teksi.

Pastikan alam sekitar bersih

Gambar Hiasan
Alangkah bagusnya

kalau semua makhluk bernama manusia

menjaga kebersihan .

Kalau masing-masing sedar dan

memainkan peranan menjaga alam sekitar,

maka tak akan berlaku kerosakan dan pencemaran

alam ini dek kerakusan manusia sendiri.

Ayuh...sama-samalah kita menjaga

kebersihan dan keindahan alam ini.

Semuanya untuk generasi akan datang.

Jagalah persekitaran kita!

Monday, July 4, 2011

Terima Kasih buat mereka yang memberi komen

Nampak tak kat  sebelah kiri entri ni?Mereka adalah rakan kongsi idea dalam blog KM7 ni.Dengan kata lain...senarai pemberi komen terbanyak dalam bolg KM7 setakat entri ini disiarkan.

Biasanya kita membuat entri penghargaan buat followers....termasuk followers bertuah yang mencapai bilangan sasaran dalam blog.Kali ini KM7 nak buat entri penghargaan dan terima kasih buat rakan-rakan blogger yang sudi datang dan memberi komen dalam blog KM7 ini.

Tiga orang blogger yang sering datang dan memberi komen dalam blog KM7 mengikut ranking ini ialah zmah(41),whitecappuccino(41) dan Khairil(38).Terima kasih..terima kasih dan terima kasih.Kepada blogger-blogger lain juga terima kasih kerana sudi singgah di blog ini dan meninggalkan komen anda.

KM7 rasa...bagus juga ada widget ini dalam blog masing-masing.Selain kita menghargai pemberi komen..kita juga dapat mengenali siapa yang rajin memberi komen dalam blog kita tu.Kalau ada kelapangan...bolehlah keluar makan-makan ker.hehe...yer ker?

KM7 cuba juga meluangkan masa untuk meninggalkan komen dalam beberapa blog.Cuma ada beberapa blog yang mana sukar untuk kita meninggalkan komen.Banyak sangat langkah yang perlu diikuti sebelum komen kita dapat dipaparkan.Hal inilah yang mematahkan semangat untuk menulis komen.Seolah-olah blog tersebut tak mesra komen.

Ok...Apapun..Terima kasih sekali lagi...Jangan lupa....datang lagi dan komen lagi.Komen anda amat dihargai.

Sunday, July 3, 2011

Sampai bila Aku harus MenciumMu....

Baby Google
Seronok kan tengok baby masa kecilnya..hmm sungguh comel...rasa mahu dicubit-cubit saja pipinya.Tak kiralah baby tu anak sendiri ker atau  anak orang lain.

Bercakap pasal baby sendiri ni...perasan tak masa baby aje kita selalu cium-cium kat pipi,hidung mahupun dahinya.Tapi apabila baby ni dah jadi budak...aktiviti ciuman terhadapnya macam terhenti begitu saja...kenapa yer?

Haa...sebabnya kita dah ada baby yang baru...hehe...Kalau adala...kalau dah tak ada...camana tu?Agaknya budak-budak ni perasan tak papa dan mama mereka suka cium mereka masa kecil...tapi apabila dah besar ni....tak pula dicium macam masa kecil-kecil dulu.Tapi ada juga ibu bapa yang mencium anak-anak mereka setiap kali sebelum tidur.Aduh...sayang sungguh...rasanya tak ramai bapa yang buat macam tu...termasuklah KM7 ni!Biarpun tak ada ciuman sebelum tidur...tapi kasih-sayang terhadap anak-anak tetap ada.

Sebenarnya ciuman terhadap anak-anak ni boleh mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak.Pasti anak-anak rasa disayangi apabila menerima ciuman daripada orang-orang kesayangan mereka.Kalau ibu yang mencium anak-anak yang dah dewasa tu kira oklah kan...Tapi kalau bapa mencium anak gadisnya...hmmm suspen juga tu..

Kisah sekuntum bunga raya kuning

Bunga Raya

Memandang ke arah sekuntum bunga raya yang baru hendak berkembang telah mengajak KM7 untuk mendekatinya.Terus terdetik di hati untuk membuat satu entri pasal bunga raya ni.Kenapa KM7 begitu teruja dengan sekuntum bunga raya kuning ini?

Sebenarnya terlintas di kepala ini...kenapa bunga secantik ini hanya berkembang sehari cuma...Keesokan harinya akan layu dan gugur ke bumi,diganti dengan kuntuman lain pula yang berkembang.Sungguh indah ciptaan yang maha Esa.Kadangkala terfikir juga kenapa Allah tidak jadikan kuntuman bunga itu berkembang untuk satu tempoh masa yang lama?.Sebaliknya setiap hari kita akan disajikan kuntuman baru yang berkembang.

Ya..itulah antara tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran yang maha pencipta.Segala yang diciptakanNya di muka bumi ini ada hikmahnya.Sebagai makhluk yang diberikan akal fikiran...seharusnya kita berfikir setiap kejadian itu adalah dengan keizinanNya.Bersyukurlah atas segala kurniaanNya...biarpun hanya sekuntum bunga raya kuning!

Friday, July 1, 2011

Ketika bersendirian....

Sesekali jika anda tinggal berseorangan di rumah,asrama,tempat kerja atau di mana-mana sahaja...seronok tak?Kalau tinggal bersendirian kat rumah sesekali tu seronok juga kan!Maklumlah...boleh buat apa yang disukai tanpa gangguan.Contohnya boleh berblogging tanpa gangguan anak-anak.hehe..

Adakalanya kita memerlukan masa untuk bersendirian.Mungkin untuk merehatkan minda ataupun juga untuk merehatkan tubuh badan dengan sepuas-puasnya tanpa sebarang gangguan.Jadi eloklah sesekali tu kita menyuruh suami atau isteri dan anak-anak balik ke kampungnya...dan kita berehatlah seorang diri di rumah.Hmmm itupun kalau rumah suami atau isteri kita tu berdekatan.Ada juga kes orang suka pasangannya balik kampung lama-lama...Hai..macam nak jadi bujang semula jer tu.

Kalau berseorang kat pejabat pula...camana yer..apa nak buat?Takkan nak tidur kot...Haa.. ada yang mengambil kesempatan untuk berblog atau berfb.Bagi yang bujang tu...bergayut dengan telefon ker?Lantaklah...janji jangan guna telefon pejabat sudah!

Dalam banyak situasi bersendirian...Ada satu situasi yang menakutkan....Bersendirian dalam kubur....Semua pasti akan merasainya.Jadi penuhilah hidup kita dengan amalan yang baik agar bersendirian dalam kubur nanti ada cahaya yang akan menyinari....