Saturday, August 27, 2011

Selamat pulang Perantau

Gambar Hiasan:Google
Semarak bahang hari raya kian terasa.Kebanyakan warga kota mula kembali ke desa.Anda pula bagaimana?Tak balik kampung ker hari ni?Atau memang dah menetap di kampung?

Biarpun hari raya di sambut di mana-mana saja,namun sambutan di kampung pasti lebih meriah.Dengan kehijauan desa dan ramah-tamah penduduk pasti memberikan satu suasana yang menyeronokkan.

Bukan senang nak berjumpa dengan sanak-saudara dan teman-teman lama kalau bukan di hari raya.Maklumlah masing-masing sibuk di bandar.Jadi peluang cuti pada hari raya inilah patut digunakan sebaik mungkin.Bagi yang sudah berkeluarga tentunya soalan pertama...berapa anak sekarang?Soalan sensitif...berapa isteri sekarang!

Kepada perantau yang pulang ke kampung...berhati-hatilah di jalan raya.Semoga kepulangan anda kali ini menggembirakan semua yang menanti.Masing-masing pulang beraya dengan penuh bergaya.Ada yang berkereta baru,ahli keluarga baru dan segala-galanya baru.Seolah-olah satu pesta menunjuk-nunjuk pula kepada orang-orang kampung.

Jalan-jalan di kampung mula sibuk dengan kenderaan-kenderaan dari kota.Ibu bapa mesti bangga dengan anak-anak yang pulang beraya dengan kereta mewah, ataupun sekurang-kurangnya kereta baru.Tak tanya ker...kereta sendiri ker tu,atau kereta sewa pandu!Ahh..biarlah...nak bergaya setahun sekali.

Pendek kata,suasana meriah di kampung mula terasa.Dalam masa seminggu dua ni,jalan raya di beberapa buah bandar di Kelantan ni memang agak sesak.Rasa malas pula nak keluar rumah dalam suasana kesesakan jalan raya ni!

Friday, August 26, 2011

Nostalgia Susu tepung dulu-dulu

Susu tepung dulu-dulu

Terdapat banyak pilihan susu tepung di pasaran.,

dengan jenama yang pelbagai.

Gambar kat atas tu....

Susu tepung dulu-dulu.

Mungkin ada yang pernah merasainya dulu!

Tuesday, August 23, 2011

Lagu raya lama lebih Nostalgia

P. Ramlee

Dendang Perantau

Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia

( korus )
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau

( ulang korus hingga akhir )


Seminggu lagi nak raya......lagu-lagu raya dah banyak dimainkan di corong-corong radio.Begitu juga di pusat beli-belah..meriah betul dengan pelbagai rentak lagu raya.Apapun KM7 percaya lagu-lagu raya yang lama-lama ni lebih meninggalkan nostalgia.Biarpun ada lagu-lagu raya baru ni yang sedap didengar,namun kalau dengar lagu lama ni...rasa lebih bermakna hari raya tu.

Dalam banyak-banyak lagu raya...hari raya kita lebih sinonim dengan lagu Dendang Perantau nyanyian P.Ramlee.Begitu juga dengan lagu Dari Jauh kumohon Maaf nyanyian Sudirman.Tak lengkap rasanya kalau tak dengar kedua-dua lagu ni apabila nak menyambut hari raya.

Kepada yang berjauhan dengan keluarga...mesti sayu mendengar kedua-dua lagu tersebut kan!

Monday, August 22, 2011

Mengapa malas membaca?

Pintu masuk ke perpustakaan sekolah

Membaca jambatan ilmu.
Beruntunglah orang-orang yang suka membaca.
Tapi sekarang ni minat  membaca dalam kalangan
rakyat kita belum dapat dibanggakan lagi.
Kalau membaca pun...ramai memilih bahan-bahan ringan
macam surat khabar,majalah dan membaca di internet.
Nak ke perpustakaan pun rasa macam malas jer
Tengok buku-buku ilmiah yang tebal tu...rasa macam
nak tidur jer.
Agaknya apalah langkah yang paling sesuai untuk
menggalakkan orang ramai mengunjungi perpustakaan
atau membaca bahan-bahan ilmiah.

Thursday, August 18, 2011

Baju Raya:Perlukah sedondon?

Gambar Hiasan
Masing-masing dah mula sibuk
dengan segala macam persiapan raya.
sampaikan blog pun tak sempat update.
ehem..ehem..siapalah tu?

Baju raya semua dah beres ker?
Tentu dah ada warna tema yang tersendiri.
Rasanya ramai yang memilih
warna baju sedondon untuk satu keluarga.
Maklumlah untuk menunjukkan ikatan
kekeluargaan yang harmoni sempena raya ni.

Tak kurang juga yang memilih
tema warna-warni untuk seisi keluarga.
Alasannya...untuk tampak meriah di pagi raya.
Apapun warna baju raya...paling penting
baju baru kan!

Ada yang tak beli baju raya?
kesian...setahun sekali eloklah beli baju baru.
Tak mampu beli yang mahal,yang murah pun banyak...

Monday, August 15, 2011

Ke manakah hilangnya kad-kad raya?

Kad Raya sumbangan Google

Sudah dua minggu berpuasa.

Biasanya kalau dulu-dulu, masa macam ni

dah sibuk menulis dan mengepos kad raya.

Berbeza sekali sekarang ni....

seolah-olah kad raya tu sesuatu yang asing.

Bukan saja malas nak menulis dan mengeposnya,

nak membelek-beleknya kat kedai pun macam dah hilang selera.

Alahai...kenapalah agaknya!


Sunday, August 14, 2011

Mengkritik ada baik buruknya


Tanyalah sesiapapun....

mesti sedih apabila dikritik atau ditegur kan!

Memang seronok mengkritik orang ...

Justeru,

berhati-hatilah apabila mengritik atau menegur orang lain,

kerana dibimbangi akan mengguris hati orang tersebut.

Sekali hati terluka,

bukan senang untuk mengubatinya.

Saturday, August 13, 2011

Bulan puasa:Hilang mood berblog?

Gambar yang tiada kena mengena dengan entri

Sejak akhir-akhir ni

mood untuk update blog

tak berapa bersemangat.

Adakah disebabkan bulan puasa?

Mungkin yer juga kot.

Maklumlah...banyak perkara

yang nak dilakukan di bulan mulia ini.

Apapun selamat berblog buat semua.

Terima kasih kerana sudi singgah di blog KM7 ni.

Friday, August 12, 2011

Nostalgia Mangkuk tingkat di bulan puasa

Mangkuk tingkat dulu- dulu
Bulan puasa ni

bagus juga bertukar-tukar juadah.

Penuhkan mangkuk tingkat tu

dengan pelbagai juadah,

kemudian bolehlah dihantar kepada

sesiapa yang diingini.

Tapi jangan pula mengharapkan balasan.

Berdebar juga kalau terima mangkuk tingkat

yang penuh dengan juadah berbuka.

Sebabnya...kena balas balik pemberian tersebut.

Maklumlah...Orang berbudi kita berbahasa.

Tuesday, August 9, 2011

Sesekali berbuka puasa kat luar

Berbuka puasa di New Horizon Garden Restaurant

Sesekali tu nak juga 

berbuka puasa kat luar kan.

Kali ini kita berbuka puasa

di New Horizon Garden Restaurant,di Kota Bharu.

Menu kali ini......kat bawah ni...

Menu pilihan kali ini

Monday, August 8, 2011

Nostalgia bekas simpanan ais

Bekas simpan ais
Bekas ni dulu

selalu mak guna

buat simpan ketulan ais.

Masukkan ais ke dalamnya

agar ais lambat cair.

Kadang-kadang tu

boleh  juga dibuat

tempat simpanan nasi,

agar nasi lambat sejuk..

Corak dan warna bekas ni

masih segar dalam ingatan.

ahh.. nostalgia sungguh!

Sunday, August 7, 2011

Nostalgia Ubat Nyamuk Ridsect

Ridsect dulu-dulu

Sekarang ni 

ada macam-macam jenis dan nama ubat nyamuk.

Tak macam dulu...sebut Ridsect..

mesti teringatkan ubat nyamuk.

Tapi ubat nyamuk macam dalam gambar 

kat atas tu nak guna macam mana yer?

pakai sembur jer ker..

KM7 tak pernah guna penyembur Ridsect 

macam dalam gambar tu....

Friday, August 5, 2011

Nostalgia Dapur Minyak Tanah

Dapur minyak tanah

Suatu ketika dulu

dapur ini pernah berbakti

kepada sebahagian besar masyarakat kita.

Peredaran masa menjadikannya terus dilupakan.

Betullah....

Sudah ada yang baru,

yang lama tak bermakna lagi!

Wednesday, August 3, 2011

Nostalgia Kerusi bayi

Kenangan lalu mengusik kalbu

Kenal tak dengan apa 
yang ada dalam gambar di atas?
Nampak macam kerusi bayi kan!
KM7 tak pasti apa ker nama sebenarnya.
Tapi fungsinya untuk diletakkan bayi
dalam lingkungan umur 6 bulan ke atas.
Siap ada roda lagi kat bawah tu...
Untuk memudahkan pergerakan.
Jadi senanglah melatih budak berjalan.
Sekarang,macam-macam bentuk
dah ada...dari yang murah hinggalah
yang mahal.
Apapun... bagi yang pernah duduk dalam
kerusi tu....pasti ada nostalgia sendiri.

Tuesday, August 2, 2011

Berbuka dengan apa hari ni?

Gambar Hiasan Google

Apa khabar semua?Baru sehari puasa...amacam?Macam-macamlah yer rasanya.Paling seronok apabila tiba waktu berbuka puasa..Hmmm..penuh makanan di meja.Habis ker makan tu?Biasanya masa membeli tu semua rasa nak makan...tapi apabila tiba waktu berbuka,makan sebiji dua...dah kenyang.Maklumlah perut sudah diisi dengan pelbagai jenis air.

Juadah berbuka beli ker masak sendiri?Bagi yang bekerja,memang mudah kalau beli jer kat pasar-pasar Ramadan yang muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Lagipun kat pasar tu ada banyak pilihan kuih-muih dan lauk-pauk.Cuma rasanya saja mungkin tidak menepati citarasa sesetengah orang.

Apapun eloklah kita berjimat dan tidak membazir dalam bab makan minum di bulan puasa ni...Bukankah membazir itu amalan syaitan?Ok...Selamat berbuka dengan juadah yang menjadi pilihan masing-masing.

Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa

Gambar hiasan Koleksi KM7

KM7 mengambil kesempatan ini

untuk mengucapkan

Selamat menjalani ibadah puasa

buat semua blogger

dan pengunjung blog KM7

yang beragama Islam.

Semoga ibadah puasa tahun ini

lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.