expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, October 31, 2011

Kerja...kerja...kerja

Gambar hiasan:Google
Kesian bagi yang bekerja.....

Pagi,petang,siang mahupun malam

asyik bekerja.

Pulang ke rumah pun masih memikirkan pasal kerja.

Jangan pula sampai suami,isteri mahupun anak-anak terabai.

Kesian bagi yang tak bekerja......

Pagi,petang,siang mahupun malam

asyik memikirkan pasal kerja yang tak kunjung tiba.

Kalau begini keadaannya berterusan,

Mana mungkin dapat membantu keluarga.

Diri sendiripun tak terbela.

Friday, October 28, 2011

026 Rumahku tiang biasa saja


Sekarang kerja-kerja membuat tiang depan rumah.
KM7 tak beli pun tiang-tiang yang ada di pasaran.
Sajalah...nak buat sendiri.
Kalau tiang-tiang kat kedai sekarang ni macam-macam bentuk,jenis dan corak.
Tapi KM7 suka tiang yang simple jer.

Wednesday, October 26, 2011

Aktiviti sempena Deepavali

Sempena cuti Deepavali ni,KM7 dan keluarga keluar makan-makan jer.
Tempatnya...tu..dalam gambar kat atas.Tak jauh,di KB Mall ni saja.

Menu yang dipilih untuk makan 2 orang..sebab anak-anak tak makan sangat..Harga tertera untuk set tersebut ialah RM 35.99.Tapi yang dibayar selepas makan...RM 41.05.KM7 tak tambah apa-apa kecuali tambah RM1 untuk tukar air yang diberi tu kepada air lain.Rupa-rupanya dalam bil tu...kena bayar 2 perkara lain iaitu Caj perkhidmatan 5 % berjumlah RM 1.85.Manakala Cukai Kerajaan RM 2.22.Yang lawaknya cukai perkhidmatan pun kena bayar...apa sangatlah perkhidmatannya sekadar angkat makanan jer.Kalau kita nak ambil sendiri makanan tu macamana yer...boleh tak?Hmmm nak makan pun kena bayar macam-macam bayaran tambahan..

 Lepas makan...buat lawatan ke pasar raya Pacific...tengok + beli  barangan baby...

 Kemudian....budak-budak ni mesti singgah nak main benda tu

 Siap kena pujuk untuk balik ke rumah...

Sekian terima kasih.

025 Mengikat bata:Hampir siap


Kerja-kerja mengikat bata

pada kesemua dinding luar dan dalam rumah

hampir siap.

Monday, October 24, 2011

Burung Marah pun ramai yang suka

Burung Marah:Google

Benarkah ianya benar-benar menarik,

atau sekadar mengikut trend semasa.

Burung marah pun ramai yang suka sekarang ni.

Mungkin selepas ni 

aksi binatang lain pula yang akan menjadi

pujaan hati sesetengah orang.

Sungguh aku tak faham!

Sunday, October 23, 2011

Cerita Pintu Rumah

Pintu rumah siapa ni?
Jom bercerita pasal pintu rumah.
Itu bukan pintu rumah KM7....tapi
pintu rumah seorang kenalan KM7 juga.
Cantik tak?Harganya pun boleh tahan juga rasanya.
Lupa pula berapa harganya tu.
Yang pasti ribu-ribu ringgit juga la.

Saturday, October 22, 2011

Four Seasons Restaurant Kota Bharu


Kali ni KM7 nak bercerita pasal makan pula.Yer la...asyik pasal rumah jer boring juga kan!Sempena hari cuti ni,Kami makan kat luar jer untuk lunch ni.(Macamlah selalu makan kat rumah..he..he..).Restoran  pilihan kali ini ialah Four Seasons di Kota Bharu.Sebenarnya tiada dalam perancangan pun nak ke sini hari ni.Kebetulan lalu kat situ...singgah.

Friday, October 21, 2011

024 Macam ni rupanya frame pintu dan tingkap

Selalunya kita tengok pintu dan tingkap
yang dah siap dipasang.
Kali ni mari kita lihat frame pintu dan tingkap
dalam proses pemasangannya di rumah.
Ooo...macam ni rupanya yer...


Thursday, October 20, 2011

023 Pasang frame tingkap

Sehari dua ni hujan turun mencurah ke bumi.
Macam musim banjir saja suasananya.
Jadi kerja-kerja pembinaan rumah sedikit terganggu,
khususnya untuk aktiviti mengikat bata dinding.

Bagaimanapun,sempat juga menaikkan frame tingkap.
Jadi selepas ini jika cuaca mengizinkan
maka proses mengikat bata dinding akan berjalan seperti biasa.

Apabila dah dipasang frame tingkap ni,
makin jelaslah bentuk rumah ni kan!

Sunday, October 16, 2011

022 Dinding bata semakin tinggi


 Ini pandangan sebelah kiri rumah



Yang ni mesti dapat teka ruang apa kan!




Tak lama lagi siaplah dinding tu

Thursday, October 13, 2011

021 Proses Mengikat Bata

 

Hari ni genap sebulan projek pembinaan rumah KM7 ni.
Kira cepatlah juga,dah masuk proses mengikat bata

Wednesday, October 12, 2011

Macam ni jer tanam Cendawan?


Nampak macam senang jer kan!


Tapi hasilnya memang boleh tahan


Orang yang rajin berusaha pasti akan mendapat hasilnya.

Monday, October 10, 2011

020 Setelah 29 hari......

Hari pertama pembinaan
Setelah 29 hari projek pembinaan bermula.....
Akhirnya.......
Beginilah jadinya!

Friday, October 7, 2011

Mengecat rumah?

Gambar hiasan:Google
Hai...dah mengecat rumah?cepat betul rumah KM7 ni siap!Jangan terkejut pula....lambat lagi rumah KM7 ni nak siap,takkan dah mengecat rumah pula.

Sebenarnya KM7 tengah memikirkan nak mengecat rumah ni dengan warna apa nanti.Maklumlah banyak sangat warna cat yang menarik.

Susah juga nak buat keputusan ni.Maklumlah...bimbang juga warna rumah kita nanti nampak tak menarik atau akan diketawakan orang pula.

Bermula dengan warna bahagian luar rumah,kemudian dalaman rumah dengan bilik-bilik dan ruang-ruangnya,sehinggalah ke bilik air....semua mesti difikirkan warna apa yang sesuai.

Hmm KM7 tak berapa suka kalau rumah tu dicat dengan banyak sangat warna.Boleh pening dibuatnya.hehe..Senang-senang cat warna putih jer kan semua ruang..habis cerita.Hmmm lambat lagi tu...boleh fikir-fikir lagi.

Thursday, October 6, 2011

Hobi mengumpul tisu kotak?

Gambar hiasan:Google

Penggunaan tisu dalam kalangan masyarakat kita sudah menjadi kebiasaan.Pelbagai jenis tisu dengan bermacam-macam jenama terdapat di pasaran.Persoalannya kenapa anda membeli tisu dari jenama tertentu sahaja?

Wednesday, October 5, 2011

018 Dah masuk pasir

Besi tiang
Kali ini pasir telah pun dimasukkan ke dalam 'beam'.
Juga penyediaan besi untuk tiang-tiang rumah.

Pasir dan besi tiang
Akhir-akhir ini setiap petang hujan turun dengan lebatnya.
Situasi ini sedikit mengganggu kelancaran kerja-kerja mendirikan tiang.
Bagaimanapun hujan lebat turut membantu 
menjadikan pasir di dalam beam tadi lebih 'kemas'

Kotak untuk tiang
Kotak-kotak untuk membina tiang telahpun disiapkan.
Hanya menunggu masa untuk didirikan.

Sebahagian daripada besi tiang
Tak lama lagi...siaplah tiang-tiang tu.

Monday, October 3, 2011

Sekitar Penggambaran Majalah Taqwa 2011

Sila klik pada gambar ini untuk pembesaran

Tengok apa tu?

Siapakah yang bersalah?

Jangan pandang belakang!

Ada yang sanggup berpanas

Mana lagi ni...cepatlah...panas!

Saturday, October 1, 2011

Ini bunga betul tau !

Cantik kan bunga ni
Kali ini mari kita cuci mata
dengan melihat bunga-bunga 
yang sedang berkembang mekar.
Seronok kan kalau halaman rumah kita
ada bunga-bunga macam ni.....

Bunga betul ni
Bunga plastik pun ada yang macam tu.
Tapi bunga yang asli lagi menawan.
Sungguh indah ciptaan Allah !