Saturday, December 31, 2011

31.12.2011 Birthday isteri KM7

 Selamat Hari jadi buat isteri KM7
pada hari ini 31.12.2011
Hmm hari ni baru jer bertambah umur,
esok bertambah lagi umur.
Kek tu siap ada kartun lagi...maklumlah anak-anak yang pilih.

 Makan kek jer lah kali ni.
sebab isteri masih dalam pantang.

 Tu dia...siap bergambar satu keluarga lagi.

 3 orang dalam gambar di atas sebenarnya berkongsi 
bulan kelahiran yang sama iaitu Disember.
Tahun depan bolehlah sambut serentak....

 Alahai...jangan makan pisau tu...tak sabar-sabar nak makan kek tu.

Selamat hari jadi
buat isteri...semoga panjang umur,murah rezeki
dan hidup diberkatiNya.

032 Bumbung rumah:Banyak juga guna kayu yer!


 Tengoklah bumbung rumah KM7 ni,
banyak juga guna kayu yer.
Sekarang kerja-kerja memasang kayu bumbung
hampir selesai,
Tunggu masa nak pasang atap pula.

Thursday, December 29, 2011

Rasai sendiri pengalaman membeli uniform sekolah anak

 Sekolah dah nak buka!
Tahun depan anak sulung KM7,Imdad akan masuk darjah satu.
Hmm teruja juga nak beli kelengkapan sekolahnya.
Disebabkan isteri KM7 masih dalam pantang,
maka KM7 sendirilah yang shopping baju sekolah Imdad ni.

 Senang jer shopping ni.
Pergi jer ke pasar raya,kat sana semua ada.
Kali ni KM7 beli 3 helai baju sekolah jenama Canggih
dan 2 helai seluar sekolah jenama Canggih.
Hmmm canggih betul...harganya pun boleh tahan.

 Sekarang nak beli beg sekolah pula.
Lama juga kat sini.
KM7 beri peluang kepada Imdad memilih sendiri beg sekolah
yang dikehendakinya.

 Akhirnya...dapat juga beg pilihan hati.
Beg jenama Swan yang ada tayar ni dipilih Imdad.
Harganya RM 59.90
Harap-harap beg ni boleh tahan lama.
Sekurang-kurangnya sampai habis tahun 2012 nanti.

Kemudian pilih kasut dan stokin pula.
Baru beli sepasang kasut ni..macam tak cukup jer.
Nantilah lain kali,kalau perlu kita beli lagi.
Hmmm bagi yang ada anak yang pertama kali masuk darjah satu ni
memang seronok kan...

Tuesday, December 27, 2011

Ombak besar menghakis pantai Irama Bachok

 Dua hari lepas,KM7 ke pantai Irama Bachok.
Terkejut juga tengok ombak kuat menghempas pantai.
Disertai juga tiupan angin yang agak kuat.

Lihatlah....gambar ini dirakam sekitar jam 6 petang
Ombak besar membawa air laut melepasi benteng sedia ada.

 Banyak  pokok yang tumbang.
Pokok-pokok rhu juga seolah-olah menanti masa untuk tumbang.

 Pondok-pondok sepanjang pantai pun dah tak boleh digunakan.
Menurut laporan sebuah akhbar edisi timur hari ini,
ada sebilangan pondok tersebut sudahpun ranap menyembah bumi
disebabkan pukulan ombak besar semalam.

Begitu hebat hakisan yang berlaku sepanjang pantai Irama Bachok ini.
itulah fenomena alam yang kadangkala di luar jangkaan kita.
Kepada pengunjung yang datang ke pantai ini,
berhati-hatilah dengan situasi yang berlaku ini.

Saturday, December 24, 2011

Pendaftaran nama anak dan masalahnya

 KM7  menguruskan pendaftaran nama bayi di Jabatan Pendaftaran Negara
bertempat di Wisma Persekutuan Kota Bharu.
Nak datang ke sini senang jer.
Cuma masalah utamanya ialah nak parking kereta.
Kat dalam kawasan tu parking untuk staf saja kot.
Orang ramai kenalah cari parking kat luar.

 Parking kat sini boleh guna syiling ataupun kad.
Beberapa kali pusing,akhirnya dapatlah tempat parking.
Jauh juga dari Wisma Persekutuan tu.
Yang geramnya...masa masukkan beberapa sen ke dalam meter tu ok jer..
kemudian...dah jem.Camana tu?
Bimbang kena saman...carilah petak parking yang lain.
Masalah yang sama berlaku.

 Akhirnya kali ketiga mencuba,dapatlah  parking di tempat yang lagi jauh.
Maka berjalanlah KM7 ke Wisma persekutuan tadi.
Dalam 10 minit baru sampai.
Gambar kat atas tu sebahagian daripada panorama yang sempat KM7
rakamkan sambil-sambil berjalan.Penat betul.

Yang ni pula ibu pejabat polis Kota Bharu.
Letaknya bersebelahan dengan Wisma Persekutuan Kota Bharu.
Dah sampai sana...masalah lain pula dihadapi.
Beberapa dokumen yang difotostat tidak mencukupi.
Kena pula cari kedai fotostat.
Padahal pihak hospital tempohari dah senaraikan perkara yang perlu
difotostat,sampai kat kaunter pertanyaan di sini...ada lagi yang kena fotostat.
Lucunya...apabila sampai di kaunter pendaftaran...beberapa dokumen
yag difotostat tadi tak diambilnya pun.
Hah...nak marahkan siapa?nampak sangat banyak versi pasal dokumen masa
nak daftar nama bayi ni.
Apapun urusan pendaftaran tu tak mengambil masa yang lama.
Maka KM7 selamat mendaftarkan nama baby KM7 tu 
dan dah dapatpun sijil kelahirannya.

Monday, December 19, 2011

031: Setelah 3 bulan...Inilah hasilnya


 Lama tak buat entri pasal rumah baru KM7 ni.
Jadi kali ni KM7 paparkan rupa bentuk rumah setelah 3 bulan 
dalam proses pembinaan.

Thursday, December 15, 2011

Nama baby baru KM7 ialah...

 Hari ini genaplah 7 hari baby lelaki KM7 dilahirkan.
Satu majlis bercukur telah diadakan di kampung KM7.
Disebabkan hari bekerja maka majlis ni dibuat secara kecil-kecilan saja
dengan jumlah tetamu sekitar 30 orang.

 Majlis bermula jam 7.30 pagi
disempurnakan oleh Tuan Imam

 Rambut bayi dicukur oleh 7 orang jemputan.
Oh ya...nama saja bercukur,tapi sebenarnya rambut tu dipotong sikit jer.
Mungkin sehari dua lagi barulah rambut bayi tu dicukur sepenuhnya.

 Rehat sekejap...menangis pula bayi ni.
Datuknya sedang memberikannya susu.

 Haa...kan dah selesai.Mari sama-sama berdoa pula.
Kemudian diadakan sedikit jamuan nasi untuk tetamu.
Tak sempat pula KM7 nak ambil gambar masa ni.
Maklum saja...sibuk dengan pelbagai hal.
Hari ni juga tali pusat bayi dah tanggal.

Dan....nama yang diberi ialah
Muhammad Iqbal Sadiq
Semoga menjadi anak yang soleh dan berguna

Tuesday, December 13, 2011

Happy Birthday Ardini Widad

Ini adalah entri tertunda.
Sibuk dengan urusan menyambut kelahiran baby baru,
baru sekarang KM7 buat entri ni.
Sambutan hari jadi anak kedua KM7 telah diadakan pada 8/12/11 yang lalu,
Itupun tertunda juga...sebab hari jadinya yang sebenar adalah pada 7/12
Tak apalah kan...janji tetap disambut.

Selamat Hari Jadi yang ke 3 Ardini
Hari jadi kali ni buat kat kampung jer.
Lokasinya pun di luar rumah,tengok tu..di bawah pokok manggis lagi!
Majlis ringkas ni untuk keluarga terdekat sahaja.

 Ardini bersama abangnya(sebelah kiri dalam gambar) dan sepupu-sepupunya

 Sebelum potong kek,kena tiup dulu.Jom tiup ramai-ramai.

Sekarang acara makan.
Menu kali ni simple saja,Ayam dan udang bakar 
serta beberapa makanan ringan kanak-kanak.
Malam tu isteri KM7 mengadu sesekali ada rasa sakit perut,
dan keesokan paginya dia telah bersalin.Hmmm nasib baik sempat sambut birthday ni.
Tahun depan..Ardini bolehlah sambut birthday bersama adiknya yang lahir pada 9/12/11

Monday, December 12, 2011

Tahniah! Bayi lelaki

Salam semua.Beberapa hari lepas tak sempat buat entri baru.
Sebabnya KM7 baru saja mendapat cahaya mata baru.
Alhamdulillah,isteri KM7 selamat melahirkan baby lelaki
pada 9 Disember 2011 di Kota Bharu Medical Centre (KBMC).

 Ekslusif untuk pembaca blog ini saja,KM7 paparkan beberapa keping foto.
(dalam facebook pun KM7 tak upload gambar-gambar ni!)

Ini adalah baby sejurus dilahirkan,
Masih dalam bilik bersalin.
Baby lelaki seberat 3.0 kg ni selamat dilahirkan pada jam 8.21 pagi.
KM7 berpeluang menyaksikan sendiri kelahiran bayi ni.
(Ini pengalaman ketiga,Dua anak sebelum ni pun KM7 masuk ke dalam bilik bersalin)
Kesian melihat isteri yang menanggung kesakitan melahirkan bayi.
Terima kasih kepada isteri yang bertarung nyawa untuk melahirkan bayi ni.

Yang ni masa dalam bilik.
Luas juga bilik ni.Sesuai untuk kaum keluarga datang melawat.

Sebahagian daripada kaum keluarga yang datang
untuk melihat kehadiran orang baru dalam keluarga kami.

Kakaknya ni pun tak sabar-sabar nak pegang adik barunya.
Asyik minta untuk meriba adik ajer.

 Alhamdulillah...sihat semuanya

Nyenyak tidur tu....
KM7 mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan
setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak KBMC
yang telah memberikan perkhidmatan  dan layanan yang baik
semasa kami berada di sana.
Terima kasih juga kepada semua yang telah memberi ucapan tahniah
dalam facebook KM7.

Thursday, December 8, 2011

Anai-anai menyerang lagi!!

Masa nak ambil pakaian dalam almari tadi KM7 dikejutkan
dengan kehadiran sang anai-anai.
Nampaknya sudah ada sejalur jalannya dalam almari KM7 ni.
Entri bulan lepas KM7 pernah ceritakan pasal kehadiran anai-anai ni 
di dinding rumah sewa KM7 ni.Sila klik sini.
Ingatkan dah selesai...rupa-rupanya makin mengganas.

Maka KM7 pun membuat pemeriksaan mengejut ke atas almari.
Terkejut besar KM7 mendapati kotak-kotak yang disimpan kat atas almari tu 
telah musnah dimakan anai-anai.
Banyak juga kotak kat atas almari tu.Kononnya disimpan
untuk isi barang apabila pindah rumah nanti.

Tengoklah hasil usaha gigih anai-anai ni.
KM7 dah beberapa kali memaklumkan perkara ni kepada tuan rumah.
Tapi takde respon.Nak buat macam mana kan...bukan rumah kita.
Kat atas siling rumah tu tak tahulah macam mana keadaannya.

Hmmm bukan main besar lagi jalan yang dibina oleh mereka.
Bimbang juga...kan runtuh atap rumah ni...tak ke kes berat.
Nak pindah rumah pun...malas nak mengemas...
sebab nak tunggu rumah baru siap dalam beberapa bulan lagi tu.

Bagi mereka yang ada masalah yang sama
eloklah sesekali tu buat pemeriksaan ke atas almari,
dan lain-lain perabot...kot-kot menjadi sarang anai-anai.

Wednesday, December 7, 2011

Apa kaitan kanak-kanak dan alat permainan?


Betul ker budak-budak dan permainan tak dapat dipisahkan?
KM7 rasa betul...sebabnya anak-anak KM7 sendiri kalau dibawa ke pasar raya
mesti nakkan mainan.

Tuesday, December 6, 2011

030:Kerja-kerja memasang kayu bumbung rumah

Dah lama tak buat entri pasal rumah.
Maklumlah...hujan dan banjir beberapa minggu lepas
menyebabkan kerja-kerja pembinaan sedikit tergendala.
Sekarang,cuaca dah OK,maka kerja diteruskan semula.

Dalam minggu ini kerja-kerja memasang kayu untuk bumbung
sedang giat dijalankan.
Bukan senang nak pasang kayu bumbung tu..
kena angkat kayu dan memasangnya dalam kedudukan yang tinggi macam tu.

 Pandangan bahagian depan rumah

 Dari sudut pandangan sisi.

Tengok dari jauh.Hmm dah nampak bentuk sebuah rumah.