expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, January 31, 2012

Semburan asap pemedih mata?

 Gerangan apakah yang berwarna putih itu?
kabuskah?awankah? atau asapkah?
alamak...buat suspenlah pula.

Sebenarnya asap jer tu
Tengoklah...habis sekampung.
Hmmm ada yang membuat pembakaran terbuka ker?

 Ini jawapannya...
Rupanya semburan asap oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
haaa...ini adalah kes denggi yang berlaku di kampung KM7 baru-baru ini.
Seorang budak telah disahkan demam denggi.
Maka pihak berkenaan telah membuat semburan asap di sekitar kawasan kampung.

 Yang ni pula...mereka yang lari menyelamatkan diri 
daripada terkena semburan asap.

Kepada semua penduduk kampung,
marilah sama-sama membersihkan kawasan rumah
daripada menjadi sarang nyamuk Aedes yang menjadi punca Denggi.

Saturday, January 28, 2012

Iqbal Sadiq dah 50 hari!

 Ini anak ketiga KM7.
Dah 50 hari Iqbal dilahirkan.
Ekslusif di blog KM7 sahaja gambar-gambar ni.

 Dah boleh dibawa berjalan-jalan,
dekat-dekat jer.
Setakat ni tak pernah meragam lagi.

 Dah pandai tengok orang ni.


 Suka betul dapat tengok anak senyum.

Nama saya Muhammad Iqbal Sadiq

Monday, January 23, 2012

035:Siling,Pendawaian dan alarm


 Salam semua.Dah lama tak update blog,
sejak kematian ayah KM7 seminggu yang lalu. (klik di sini )
Semalam, KM7 pergi menjenguk rumah yang sedang dibina.
Sekarang tengah disiapkan pemasangan batang paip untuk 
pendawaian elektrik,alarm dan juga pemasangan siling.

Tuesday, January 17, 2012

Pergi buat selamanya

 15 Januari 2012 (Ahad) jam 8.45 malam, ayah KM7 
telah menghembuskan nafas yang terakhir.
Kematiannya dalam usia 74 tahun,hanyalah sakit tua.
Tak pernah masuk hospital.
Cuma beberapa kali ke klinik apabila sakit-sakit urat.
Cuma akhir-akhir ni sering mengadu lelah dan tak boleh berjalan jauh.

 Jenazah dibawa ke tanah perkuburan 
pada 16 Januari jam 9.45 pagi.

 Liang lahad..tempat persemadian terakhir di dunia ini.

 Selamat tinggal semua di dunia ini...

 Solat jenazah,selain dilakukan di rumah, 
juga dilakukan di tanah perkuburan.

Al Fatihah buat ayahanda KM7,
Allahyarham Haji Abdullah bin Mat Yusoff.

Friday, January 13, 2012

Kereta remote control..baru beli dah hancur!


 Sudah beberapa hari Imdad asyik menyebut nakkan kereta remote control.
Dia ni memang sukakan kereta.Dah banyak koleksi kereta yang dimilikinya,ada
yang masih elok dan tak kurang juga yang dah rosak.
Seingat KM7,setakat ni dah 2 buah kereta remote control 
yang dibelikan kepada Imdad.Semua dah rosak.

Tuesday, January 10, 2012

Friday, January 6, 2012

Tuesday, January 3, 2012

Hari pertama Imdad bersekolah

 Hari ini merupakan hari pertama
anak sulung KM7,Imdad melangkah ke alam sekolah rendah.

 Inilah sekolah rendah tempat Imdad belajar.
Buat masa ni,nama dan lokasi sekolah biarlah rahsia.

 Suasana dalam kelas Tahun Satu

 Masih ada ibu bapa yang baru nak mendaftar anak-anak mereka.
KM7 dah mendaftar awal,dalam cuti lagi
semasa hari pendaftaran diadakan tempohari.

 Selamat menempuh alam persekolahan.
Budak-budak sekarang tak perlu ibu bapa menunggu mereka lagi.
Tak macam zaman kita bersekolah dulu.hehe..

Horey!...waktu pulang dah tiba.
Laju jer budak-budak ni keluar kelas.
Esok jangan lupa...pergi sekolah lagi yer.

Sunday, January 1, 2012

Hari ni KM7 nak jadi follower lah


Selamat Tahun Baru 2012
Di mana-mana sahaja..ucapan ini diucapkan.
Semoga kehadiran 2012 membawa kebahagiaan
buat kita semua.

KM7 mengambil kesempatan ini juga
untuk mengucapkan 
Selamat Tahun Baru 2012
kepada semua follower,pembaca dan pengunjung
blog Kembara Minda 7 ini.

Hari ini 1 Januari 2012
KM7 nak buat sesuatulah dengan blog ni.
Apa tu?

KM7 akan menjadi follower
kepada sesiapa yang follow blog KM7 ni.
Senang cerita,
Kalau ada blogger yang follow
blog KM7 ni,
maka KM7 akan follow juga blog anda.
Ingat..cuma hari ini sahaja.
Hari-hari lain tu....tengok keadaanlah pula.
(p/s...sila tinggalkan pesanan dalam 
ruangan komen..kot-kot terlepas pandang)

Bukan selalu buat tawaran ni kan..
Jadi marilah kita sama-sama memeriahkan
dunia blogging ni untuk tahun 2012 ni pula.