Friday, January 13, 2012

Kereta remote control..baru beli dah hancur!


 Sudah beberapa hari Imdad asyik menyebut nakkan kereta remote control.
Dia ni memang sukakan kereta.Dah banyak koleksi kereta yang dimilikinya,ada
yang masih elok dan tak kurang juga yang dah rosak.
Seingat KM7,setakat ni dah 2 buah kereta remote control 
yang dibelikan kepada Imdad.Semua dah rosak.


 Maka sekembalinya KM7 dari tempat kerja petang tu,KM7 pun belilah kereta ni.
Harganya RM 48,setelah tawar-menawar dapatlah RM 40.
Bukan main suka lagi Imdad dapat kereta baru petang tu



 Apa tidaknya...siap ada lampu lagi kat semua tayarnya.
Adiknya yang perempuan pun mengamuk nakkan juga kereta remote control.
Tak sampai hati tengok adiknya menangis,maka KM7 sekali lagi
ke kedai kereta mainan yang letaknya tak jauh dari rumah KM7 ni.



Kereta merah tu RM 18 jer..
Hmmm suka juga si adiknya dapat kereta merah.



Petang tu juga dua beradik ni pergi ke rumah sebelah.Biasalah budak-budak ni
kalau dapat mainan baru nak tunjukkan kepada kawan-kawannya lah.
Kebetulan kedua-dua anak jiran sebelah tu hampir sebaya dengan anak KM7 ni.
Sesuatu yang mengejutkan telah berlaku......
Entah macam mana tak sampai pun 5 minit mereka pergi...
tiba-tiba balik ke rumah dengan menangis.

Rupa-rupanya kedua-dua kereta tersebut telah rosak dipijak oleh anak jiran sebelah.
Tak tahulah macamana insiden tu berlaku..Terpijak ker saja nak pijak...
Kereta Imdad dipijak oleh anak perempuan jiran sebelah manakala
kereta adiknya dipijak oleh anak lelaki jiran sebelah.
KM7 tak terkata...apabila melihat kedua-dua kereta tu 
rosak serentak tak sampai satu hari dibeli.

Panas juga hati ni...tapi salah anak sendiri juga sebab
 nak main dengan anak jiran sebelah tu.
Budak-budak...hari kejadian tu memang tak nak kawan dah.
Tapi keesokannya dah baik semula.
Sampai sekarang kereta-kereta tu disimpan jer sebagai kenangan.
(Tak sampai hati nak ambil gambar!)

7 comments:

giegee said...
This comment has been removed by the author.
Faizal Raidenovich said...

Bebudak ni belikan mainan murah je bang.Diorang tak tau appreciate lagi benda-benda tu.Anak saya keluar nanti,memang kena beli almari kaca untuk simpan robot Gundam saya.

KM7 said...

Faizal...betul juga tu.wah..minat robot Gundam yer..

Hanif Idrus said...

Biasalah budak2..hehehe.
Gundam bukan hobi murah tuu...hehee

kakyon said...

seronok jadi budak2 sekarang kan..nak apa semua dapat..

whitecappuccino said...

alahai..kesiannya, tak puas lagi main dah hancur. nak buat macamana budak2, mesti kes berebut nak main :)

soleh ksalam said...

Salam. Bagi budak-budak main bola. InsyaAllah x rosak bola tu..-smile-