expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, May 23, 2012

046: Mosaic rumah baru dicuri orang!


Masih ingat lagi dengan ENTRI INI?Yer sekarang ni rumah KM7 dalam proses pemasangan mosaic.Tapi apa pula kaitan dengan tajuk entri kali ni?Memang ada kaitannya...Ceritanya begini....
Sejumlah 15 kotak mosaic yang berada dalam stor telah dicuri orang.Yer la...dicuri orang...kalau lembu tak pandai mencuri benda-benda ni semua kan...!(dengan nada geram).Kejadian berlaku pada malam perlawanan akhir piala FA.Rupa-rupanya orang sibuk memberi sokongan kepada pasukan The Red Warriors,si pencuri ni sibuk buat operasi mencuri.



Gambar kat atas ni  simpanan mosaic yang masih berbaki.Untuk pengetahuan,15 kotak mosaic yang dicuri itu dari jenama White Horse.Kepada mana-mana pihak yang membeli mosaic dari sumber yang tak boleh dipercayai...awas!Mungkin harga rendah yang ditawarkan itu adalah barang curi!

Rupa-rupanya sebelum rumah baru KM7 ini berlaku kecurian mosaic,telah pun ada beberapa rumah lain yang juga dalam proses pemasangan mosaic lantai yang menjadi mangsa pencuri ni.Tak mustahil mereka bergerak dalam satu kumpulan yang licik.



Mosaic 2 kaki ni masih ada.Tak larat nak angkut kot..Berat juga nak angkat ni.Oh ya..selain mosaic, 2 buah kereta sorong juga telah dicuri.Sebuah yang berada dalam stor manakala sebuah lagi diambil dari atas rumah.(disimpan di tempat yang tersembunyi pun boleh dicuri).Tak mustahil...si pencuri ni telah mengintip terlebih dahulu.



KM7 beranggapan,kes kecurian ni didalangi orang setempat yang mengetahui tentang projek pembinaan rumah ini.Kawasan ini pun tak terkecuali menjadi laluan penagih najis dadah dan pembekal najis dadah.Sedih melihat anak bangsa yang menghabiskan wang ringgit membeli najis dadah.Habis duit...mencuri pula!Ada kemungkinan mosaic ni dicuri oleh orang-orang tak berguna ni.Tak apalah...kalau di dunia ni mereka  terlepas...di akhirat kelak semoga mendapat pembalasan yang setimpal.



2 comments:

  1. laaa..kita susahpayah beli senang2 jer mereka curi..tentu orang yg dah selidik tentang pembinaan ni.

    ReplyDelete
  2. orang2 yang curi tu..saya raso, hok kenal2 cikgu jugak..cam taw2 je mana cikgu letok..eii..biar nyo jupo la sapo curi..molek2 igat laaa..banyak plop tuh nyo curi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.