Saturday, May 26, 2012

Abang beca pujaan hati!

Pernah menaiki beca roda tiga?Tentu pernah kan....Beca suatu ketika dahulu adalah sebahagian daripada jenis pengangkutan yang penting.Kalau di Kelantan,beca ini juga dikenali dengan panggilan teksi.Bagaimanapun   akhir-akhir ini penggunaan beca lebih tertumpu kepada tarikan pelancong.Kenapa orang tak suka naik beca sekarang?



Banyak sebab lah kan..antaranya naik beca ni lambat sampai ke destinasi yang dituju.Mana nak laju...pergerakan atau kelajuan bergantung kepada tenaga yang mengayuh.Kebanyakan penarik beca pula terdiri daripada golongan veteran.Lainlah kalau naik beca sekadar untuk bersiar-siar macam kat dalam gambar kat atas tu...tak jadi masalah kan!Selain itu,naik beca juga mudah terdedah kepada kemalangan.Maklum sajalah banyak kenderaan yang canggih dan laju atas jalan raya sekarang ni...

KM7 tertarik dengan beca-beca yang ada di Melaka ni.Dihias cantik dengan pelbagai bunga-bungaan.Macam naik beca semasa majlis perarakan pengantin jer.Usaha yang baik ini wajar diberi pujian.Selain menjadikannya sebagai sumber rezeki,dapatlah juga mengekalkan kenderaan ini daripada menjadi besi buruk yang tersadai di tepi rumah.

Beca-beca ini juga dilengkapi sistem audio yang bertujuan menghiburkan pelanggannya.Macam-macam lagu ada...Pengayuh beca pun mengayuh laju jer kalau lagu yang dipasang tu rancak.hehe..Mungkinkah suatu hari nanti beca-beca ni dilengkapi dengan enjin yang mana pengayuh beca bertukar menjadi pemandu beca?Biarpun inovasi itu bagus,tapi ciri-ciri asalnya yang memerlukan pengayuh beca tu janganlah dibiarkan terus hilang.

Kepada generasi baru...apa peranan anda untuk mengekalkan tradisi mengayuh beca?Sanggupkah kita melihat budaya menaiki dan mengayuh beca ini terbiar begitu saja...Masih adakah orang-orang muda yang ingin menjadi 'abang beca'?



2 comments:

sonata anak kancil said...

Bila sampai ke Melaka ni...dah dekat dengan rumah saya - sound system beca ni sgt kuat - sakit telinga mendengarnya...punca rezeki mereka dengan kehadiran pelancong - orang tempatan ni jalan kaki je...

KM7 said...

Hujung tahun lepas...kalau tahu sonata kat Melaka...boleh juga singgah kat rumah...hehe