expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, May 30, 2012

Ipad atau Galaxy tab?


Nak beli ipad ker Galaxy tab?hmm...sampai sekarang pun masih belum membuat keputusan.Rasanya tak payah beli kot..hehe..Kalau cadangkan kat wall FB,macam-macam cadangan yang diberikan.Bagus juga minta pendapat orang lain ni kan.Mari kita tengok apa cadangan mereka...Eh....gambar kat atas tu apa kaitannya pula?

 Ini sebahagian daripada cadangan yang bernas.Akan dipertimbangkan.


Masa jalan-jalan dengan anak petang tadi ternampak benda ni.Alamak...design dan saiz macam ipad jer.hehe..Kreatif juga pihak yang mencipta benda ni,ikut trend semasa lah katakan!Jadi apa lagi...saya pun belilah.Harganya tak semahal galaxy tab.Cuma RM56.90 jer.Apa ker benda ni?

 Namanya Intellective Computer,sejenis alat permainan untuk kanak-kanak.
Skrin kecil jer..sesuailah dengan harga.Apapun banyak fungsi pembelajaran alat ni.

 Pandangan keseluruhan alat ni
Takde lagi penggunaan keyboard.
ala-ala touch screen pula!tapi yang ni tekan skrin...hehe..

Kotak belakangnya...Ada penerangan tentang 80 Activities & Games yang terdapat dalamnya.Saya tak mahu cerita panjang sebab bukannya nak promosi mainan ni pun..Lainlah kalau dapat komisen...nak juga promosi....kan!

 Imdad sedang meneliti permainan ni.senang jer...sekejap dah pandai guna pun.
Sabar yer..nanti papa belikan galaxy tab satu.


1 comment:

  1. teringin nk pakai telefon pintar,
    tp kne btunggu keje dulu la,, huu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.