expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, June 12, 2012

Bunyi itu...... mengganggu emosiku


Entri ini sekadar meluahkan rasa terbuku di hati,sakit di mata dan pedih di jiwa.
Amboi...berat betul bunyinya tu.Apahal pula ni?
Dan apa kaitan luahan hati itu dengan gambar aircond tu?


Gambar kat atas tu aircond kat rumah saya.Oppsss rumah sewa saya!yang dindingnya dah berkulat tu.Manakala dinding kuning tu rumah sewa jiran saya.Masalahnya pasal aircond tu lah.Bunyi aircond kat sebelah rumah saya tu punyalah kuat...mengalahkan aircond kat pasar raya.Setiap kali jiran saya tu on kan aircondnya,setiap kali itulah juga kami sakit hati.Perkara ni dah lama berlaku...sehinggakan pernah kami keluar dari rumah pergi ke tempat lain semata-mata tak tahan dengan bunyi yang kuat tu.

Paling menghairankan saya,tuan punya aircond tu tak dengar ker bunyi aircondnya yang kuat tu?Kalau dilihat jenama aircondnya..sama saja dengan aircond saya tu.Di kawasan perumahan ini,memang hampir kebanyakan rumah ada aircond..tapi tak pula kedengaran bunyi yang kuat tu.Jiran sebelah lagi rumah saya,saiz aircondnya lagi besar tapi tak mengeluarkan bunyi pun apabila dipasang.

Malang sungguhlah dengan perkara ni.Nak ditegur tak sampai hati pula.Tapi lama-kelamaan hati sendiri yang sakit.Bayangkan masa kita baru nak lelapkan mata diganggu dengan bunyi aircond yang macam bunyi traktor tu?Telinga mana yang tahan kan..Isshhhh tak faham betul la...

Begitulah asam garam hidup berjiran ni.Silap-silap tegur kan ada yang terasa hati pula kan!Rasa tak sabar-sabar nak pindah ke rumah sendiri...Kalau perkara ni terjadi kepada anda...apa yang anda akan lakukan yer?

3 comments:

  1. Jumpa jiran masa yg sesuai.....bgtau masalah tu kpd jiran....insya allah dipermudahkan segalanya...

    ReplyDelete
  2. kalau kena kat akk dah lama tegor..
    mungkin orang dlm rumah tu tak sensitiv dengan bunyi..hahah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.